Follow my blog with Bloglovin

Jumaat, 24 April 2009

VETERINARY DRUG MANAGEMENT SEMINAR

semalam aku hadiri seminar ni kat Putrajaya. seminar ni dianjurkan oleh VAM (Veterinary Association on Malaysia) dgn DVS (Department Veterinary Service). seminar ni dah dibuat dengan jayanya dan aku tabik dengan semua yang menganjurkannya walaupun baru pertama kali ianya dibuat. antara speaker yang ada semalam adalah 2 pegawai farmasi senior dr kementerian kesihatan, 2 pegawai veterinar dr dvs dan seorang pengawai veterinar swasta.

sesi pertama dimulakan dengan ceramah dr 2 pegawai dr kem. kesihatan berhubung dengan list drug dan poison dan segala berkaitan dengan pendaftaran dan kelulusan. kesimpulannya ada 5000 drugs yg digunakan oleh vet seluruh malaysia dan hanya 900 application diterima..yg lain kena register sblm dateline 30 jun 2009 ni.

di akhir sesi seperti biasa ada Q & A. kesian aku tengok diorang dah la pertama kali present dlm VAM function. kena jawab soalan bertubi2 lak..

antara persoalan yg diajukan adalah:

1. mengapa hanya ada seorang wakil vet (pegawai veterinar) dalam DCA (drug committe) sedangkan ada 5000 dadah yg digunakan?

2. mengapa Poison Act 1953 masih digunapakai sedangkan pada masa itu hanya ada seorang vet di M'sia? akta ini membenarkan profesional dan trademan membeli dadah yang terkawal bagi kegunaan semasa.

3. satu soalan yg dr belakang dan tidak diajukan..kenapa dadah kegunaan haiwan mesti bawah kawalan DCA yang dikawal oleh kem. kesihatan???

at last kesian aku tengok 2 pegawai ni, mesti lepas ni dia serik dah nak dtg lagi...hehe...



sesi kedua lak oleh 3 pegawai yg lain lak...

diorang cerita pasal drug unit yg baru diwujudkan oleh dvs untuk memantau penggunaan semasa dan aduan penyalahgunaan..

so kawan2 kalau ada yang tau pasal penyalahgunaan segala jenis dadah termasuk antibiotik yg terlarang dan perangsang yang berkaitan haiwan, ajukanlah aduan anda ke DVS yang berpusat di ibu pejabat kami di putrajaya. penting sangat benda ni bagi memastikan makanan kita selamat dan tiada kesan ke atas pengguna.

untuk Q & A orang dah tak tanya banyak sebab dah lapar sangat masa ni kot...cuma ada yg minta list untuk all the drugs should be reported.



kalau untuk orang yang x de kaitan dengan bidang ni mungkin dia akan kata x de la apa2 sangat tapi sebenarnya topik ini lah yang menjadi isu bagi kami di bidang ni selama ni..



apa yang dapat disimpulkan dari seminar ni adalah satu forum mengenai isu ini patut diadakan.

Rabu, 22 April 2009

Tarikh Lahir

Hari ni aku buat kuiz kat facebook...kenali diri anda melalui tarikh lahir...dan keputusannya macam ni...

Tarikh Lahir pada 03 haribulan-------------------------
Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi pasangan yang lahir pada tarikh ini. Tapi jangan cuba mempermain-mainkannya, dia akan mengamuk dengan hebat. Dia tergolong pasangan yang bijaksana dan bertanggungjawab. Sifat jujur & ramah adalah modal utamanya dalam bergaul. Tapi dalam soal cinta dia merupakan pasangan yang susah untuk di mengertikan.

rasanya macam betul kot...hehe...yg pertama tu memang aku setuju sesangat le...

Isnin, 20 April 2009

Cameron Highlands







Ketiga,

Percutian kami ke Cameron Highlands, bukan percutian sangat pun..hehe…sebenarnya kami ikut trip hari keluarga Kelab Veterinar Pahang ke sana.. tapi alhamdulillah..seronok..tapi biasalah kan kalau dah namanya pun percutian beramai2 ni mestilah ada aje masalah kan?...

Pagi Sabtu 14/3 kami dah siap2 awal2 pagi. Hakimi pun aku dah kejut awal pagi nak suruh mandi, memula dia macam nak menangis je tapi lepas tengok air..ok je..hehe.. kul 7.30 pagi kami bertolak dari rumah dan sampai ofis kul 7.45 pagi. Masa kami sampai dah ramai yang tunggu kat depan ofis state. Orang dah ramai cuma bas je yang tak nampak bayang lagi. Shah kata dia ada nampak 2 bas parking dekat sek cina depan tu. Rasanya betula la tu bas kami kot. Tunggu kat situ lama la jugak, janji nak jalan kul 8 pagi. Last2 bas datang kul 8.30 pagi. Semua yang kat situ pun dah boring tunggu tapi orang lain tak bawak anak kecik cam aku, hakimi la ahli rombongan paling muda kat situ. Puas dah aku dok layan hakimi terlompat2 sebab ramai orang dan tengok ikan kat kolam (nasib baik ada ikan ni, kalau tak sure boring gila anak aku). Kul 9 kami semua selamat naik bas. Bas bergerak dalam kul 9.30 pagi la lebih kurang. Pastu la baru je bergerak sikit dia pakat berhenti la kat bengkel dekat dengan area jaya gading, tah batu berapa tah aku tak pasti (hehe..selalu kena tanya orang bab ni). Dia nak check lak lampu bas dulu, pelik aku agaknya diorang selalu buat camni kot.. patutnya check la dulu sehari sebelum bergerak.. pastu kami berhenti lagi kat caltex sebelum masuk lebuhraya sebab nak join sekali dengan bas dari pekan. Lepas tu terus bas menghala ke lebuhraya pantai timur – lebuhraya karak. Pastu kat karak berhenti lagi, masa tu dah kul 1 ptg. Kami dah lapo gila dah masa tu, ingatkan diorang nak berhenti mana2 makan pagi dulu jadi kami pun tak makan la sarapan sebab ingat pagi sangat lagi. Nasib baik kami bawak bekal makanan penuh satu bakul yang selalu hakimi bawak pegi taska..hehe..konon bekal kat anak la, siap dengan air kotak, kacang, biskut segala..hehe..last2 umi ayah dia yang sapu... diorang berhenti ni pun sebab nak tunggu bas dari temerloh je sebenornya. Tunggu punya tunggu bas tak nampak bayang, so diorang kata kita jalan dulu then berhenti kat hentian rawang lak. Dah sampai rawang kul 2.30 ptg. Bas temerloh masih tak nampak bayang. Last2 baru tau yang bas tu rosak. Disebabkan tak tahan menunggu kami desak bas kami bergerak. Antaranya aku la tu sebab tak tahan tengok anak aku yang asyik main dekat longkang yang dalam tu, karang bercuti kat hospital lagi aku kang.

Kul 3.45 ptg kami bergerak semula. Kul 6.45 ptg kami sampi ke pej. Veterinar daerah cameron highlands. Siap pendaftaran semua dan sampai di hotal jam 7.15 mlm. Malam tu ada acara makan malam dan cabutan bertuah. Kami turun dah pukul 8.45 mlm sebab letih. Makan malam ok. Sedap cuma disebabkan hari hujan dan persediaan untuk hari hujan tidak disediakan maka kami malam tu dapat la minum air sirap bercampur air hujan. Sedap gak tak pernah aku rasa...hehe...malam tu aku dapat la satu hamper kecik dgn kipas meja...alhamdulillah rezeki...malam tu jugak hakimi tidur atas meja sebab umi dia nak tunggu dapat hadiah cabutan bertuah..hehe.. malam tu jugak hakimi leh tidur dengan baju tebal yang dia tak suka tambah lak dengan sweater yang tebal dan selimut (benda yang paling dia benci)...

Keesokan paginya kami sarapan kat hotel, kul 9.30 pagi bertolak ke Mardi.. ingatkan jauh sangat..dekat je rupanya...takde apa sangat nak buat kat sini...kami cuma beli kaktus je buat buahtangan. Lepas tu gi Kea farm lak...ramai orang bornong macam2 kat sini..aku? takde apa pun kami cuma jalan2 je...beli keychain sikit, strawberry fresh dan kering je. Kul 2 kami dah turun semula. Kul 3 berhenti kat bharat minum teh...dan terus bertolak balik. Kesimpulannya... aku dgn shah tak puas hati! Kami nak pegi sendiri lain kali. Baru best!

Kalau tanya aku kenapa aku kata best tempat ni..sebabnya dia lebih sejuk dari rumah mak aku yang kat kaki gunung belumut tu...dan dia ada jual macam2 yang aku tak leh nak beli sebab dah abis duit....sebab tu aku kena datang lagi...hehe...






Hakimi masuk wad!







Kedua,

Hakimi masuk wad! 2 kali dalam masa 2 bulan! Apa lagi aku nak cakap selain letih. Yang pertama memula dia kena batuk je. Aku ingat macam batuk biasa je la. Lepas tu pagi jumaat 2/1 aku hantar dia macam biasa kat taska. Tetiba kul 10.30 pg cikgu dia sms kata dia makin teruk. Aku terus gi ambik dia, memang nafas dia makin dalam dan laju. Aku dah risau terus bawak gi klinik pesakit luar kuantan. Pastu dr kat situ suruh kami pegi x-ray kat hospital lak then ptg kang bawak x-ray datang sekali. Kami buat semua yang disuruh dan dtg semula petang tu. Dan akhirnya, hakimi kena admit ward hari tu jugak jam 6 ptg. Hari ini dalam sejarah sebab kami pegi hospital dari klinik pesakit luar naik ambulans yang alarm dia terpasang (pasal hari tu jem yang agak teruk kat kuantan). Sampai sekarang ni hakimi tak leh nampak ambulans walaupun lampu dia tak pasang mesti dia akan bunyi2 mulut..hehe.. dan aku pun terpaksa la ambik percutian 5 hari 5 malam kat hospital dan merayakan hari lahir aku kat hospital. Kalau korang nak tau, bosan tul aku! Sebabnya masuk hari kedua hakimi dah ok sikit. Oxigen tube dah leh cabut. Dia dah leh tidur lena, cuma kami yang tak leh nak lena sebab setiap malam ada baby yang masuk ward sebab kena demam tarik...kesian sangat aku tengok...bila siang lak hakimi lost control. Sampai semua nurse dah kenal muka dia, mana taknya dia akan ronda dari hujung sampai hujung ward tu..pening tul aku..letih..tapi aku tak kurus2 gak.. hakimi sepatutnya dah balik hari ketiga tu lagi tapi dr tak berani bagi balik sebab dia dengar peparu dia masih lagi berbunyi, yang peliknya bunyi tu akan ada bila pagi dan waktu dia tidur je..lastnya hari rabu tu kami dapat balik jugak akhirnya tapi kena dtg buat susulan sebulan lagi.

Sebulan lepas tu kami gi buat susulan lak. Sebenarnya hakimi dah kena simptom macam sebulan yang lepas pada 2/2 tu lagi tapi kami cuma bawak dia ke klinik swasta untuk ambik neb je. Lepas tu dia ok 3/2 check up yang patut dia pegi, jadi kami bawak dia pegi hospital lagi dan terus kena masuk wad sekali lagi. Tapi kali ni dia tak teruk sangat so dr cuma bagi neb 6 hourly je berbanding dengan masa masuk pertama dulu 4 hourly. masuk malam ketiga dr kata blood profile dia ada problem dia kata hakimi dehydrated. Pelik gak aku sebab aku rasa dia ok je, makan ok, minum ok. Last2 kena ambik blood sekali lagi. Kul 1.30 pagi masa aku tengah lena, kena kejut dgn dr sebab nak ambik darah hakimi. Tengah aku mamai2 nak angkat anak aku yang tengah tidur lena, dr tu datang lagi dan kali ni sambil marah dia cakap “ kak, boleh cepat sikit tak? Saya banyak lagi keja lain, bukan nak buat untuk anak akak sorang je..” marah betul aku dengar ayat tu, tapi dah ditakdirkan yang aku ni seorang yang penyabar so aku diam je la. Dan kul 1.45 pagi terdengar la tangisan anak aku pepagi buta sebab kena ambik darah. Takde perikemanusiaan betul diorang ni. Lepas2 ni aku serik dah nak hantar hospital ni lagi...Dan kali ni dapat la kami percutian percuma selama 3 hari 2 malam lak..hehe.. hakimi kena datang semula dalam masa sebulan lagi. Dan alhamdulillah lepas check up tu dr kata dia ok je tapi kena datang semula bula 5 nanti dengan bawak carta progress batuk dia sekali.
Disebabkan aku dr jugak walaupun untuk haiwan, aku pun buat diagnosis jugak untuk anak aku, cuma aku tak leh bagi ubat je..hehe..aku rasa masalah anak aku ni sebenarnya disebabkan cuaca. Masa dia kena tu kedua2 masa tu adalah cuaca terburuk selama kami pernah tinggal kat rumah ni. Kami pindah rumah ni dulu awal tahun 2008, masa tu tengah musim hujan yang lebat disertai angin yang kuat. So hakimi pernah kena keadaan yang sama cuma takde rapid breathing je.. masa dia kena 2008 tu dia cuma batuk dgn selsema je then dr bagi 2 kali neb dan dia ok. Tapi kali ni pulak cuaca makin teruk, angin lak makin kuat, pernah sekali tu rumah aku bergegar kerana bunyi guruh dan kilat (sampai aku dah terpikir apa nak bagitau kalau wartawan tanya nanti, kalau2 rumah aku menyembah bumi..hehe..kalau aku dapat kuar tv la..). dari keseluruhan history dia sebenarnya anak aku takde lelah Cuma dia tak tahan sejuk je. Tapi aku pelik la, sebagai dr haiwan kami dilatih untuk mengambil history pesakit termasuk semua yang terlibat tapi kat hospital ni aku tengok banyak yang missing. Boleh kira dengan jari bape dr yang datang tanya benda2 yang berkaitan macam tu, yang lain tu cuma datang ambik respiratory rate dan heart rate je then tulis benda2 yang dirasakan progress pesakit dalam fail pesakit yang kebanyakannya aku rasa tak berguna langsung. Banyak kali gak aku kena marah pasal curi2 baca..hehe..

Dugaan..

Pertama,
Perkara yang berlaku bulan 1 lepas..tarikh keramat 13/1/2009 kalau boleh aku tak nak ingat benda ni sampai bila2..cukuplah kalau cakap yang benda ni menyebabkan aku jadi hampir2 kurang siuman…tapi alhamdulillah masih ada sayang… ya..masih ada yang sayang…aku bersyukur sangat2 sebab ada keluarga yang sangat mengambil berat…terima kasih semua.. kalau tak aku tak tau apa yang akan terjadi sekarang ni… Allah s.w.t Maha Adil.. Dia uji hambanya..dan di masa yang sama Dia tolong hambanya…Allah Maha Besar..
Terima kasih juga pada kawan2 juga insan yang mengambil berat…tak terbalas budi yang telah kalian berikan….

Selamat datang...jemput..jemput..masuk...

Salam semua..

Sebagai permulaan...terima kasih pada yang sudi melawat...aku buat blog ni ada banyak sebab sebenarnya...pertama nak meluahkan rasa, kedua friendster susah nak access dah sekarang ni, dan ketiga sebab ikut kawan2 yang banyak buat blog... semoga semua yang membaca terhibur....
Semenjak kali terakhir aku tulis kat friendsteri, macam2 perkara berlaku dalam hidup aku…
Kalau rajin lawat la blog baru aku kat sini.