Cuti-cuti Malaysia - Kuching - Cerita Ita                                                             Cuti-cuti Malaysia - Kuching Langkau ke kandungan utama

Cuti-cuti Malaysia - Kuching
















sebenarnya trip ke kuching ni kami tak plan pun dari awal..tapi selepas dapat email dari group MAVP( malaysia association of veterinary pathology) nak buat 1st annual seminar kat sana bulan 3 lepas aku pun plan nak bawak shah dan hakimi ikut sama la..hehe...

bulan 3 tu lagi aku dah star tengok2 tiket kat air asia dan mas..mas leh bagi rm690 untuk 2 adults dan 1 child..tp kena beli at least sebulan sebelum tarikh berlepas..air asia lak masa aku tengok tu leh bagi rm654 utk 3 adults lum masuk dia punya hidden charges lagi..aku decide tunggu dulu la...then bulan 4 aku tengok lagi..air asia leh bagi rm29 je tiket utk sorang aku pun grab la...masuk hidden charges plus makanan kena la 3 adults tu rm654 ok la tu kan...hehe..

disebabkan ini pengalaman pertama kami naik flight, aku agak takut gak..bukan takut apa..takut anak tak muntah, mak dia lak yang muntah..hehe..buat malu je kan...

13/5/09
kami ambik cuti hari ni untuk gerak awal ke kl (tidur umah along aku).
kami gerak dalam kul 12 tghari sampai kat umah dia lebih kurang kul 4 ptg..along ambik kami kat tengah jalan ...lama tak gi umah dia aku pun dah lupa jalan..
kesempatan mlm tu aku ambik untuk melawat umah rodzianah, kawan masa sekolah menengah dulu...dia siap masak mee goreng lagi untuk aku...alhamdulillah rezeki...thanks rodzi..menyusahkan ko jek...lainkali ko hidang KFC je kan senang...hehe..tak yah nak susah2...

14/5/09
malam tadi aku tak lena tidur...RISAU...
kul 4.30 pg aku dah bangun siapkan itu ini...kul 5.15pg aku gerak semua orang termasuklah andak aku yang kena paksa hantar kami ke LCCT...hehe..hakimi pun kena paksa bangun awal dan mandi pagi..memula dia menangis gak..marah la sebab tengah tidur sedap2 pastu kena kejut lak...

kul 5.45 pg kami gerak dari umah along kat sentul ke LCCT...jauh gila! nak ikut expessway andak tak tau lak...redah je la..kul 7pg baru sampai LCCT...sampai2 kat situ tercangak2 lak sebab tak pernah naik flight kan...nak check in kat mana ni??? janji dengan muzie (kawan masa matrik) nak jumpa dia kejap pagi sebelum gi tu...sebab dia keja kat air asia...ingatkan sempat la..rupa2nya..siap2 check in dah kul 7.30pg..sempat beli air mineral ngan gi toilet je diorang dah panggil...laaa...tak sempat lak...

kul 8 pg dah masuk dalam flight AK5202 (mesti ingat flight 1st tu), aku mmg dah book kami dok kat depan2..6a-6c..kul 8.20 pg tepat kami pun berlepas...pengalaman caner? cam naik roller coaster je aku rasa...shah dah macam cuak2 gak..dia jenais gayat cam aku gak...tp alhamdulillah kami tak muntah!..hehe..hakimi lak cam pelik je..mesti dia kata asal tak nampak pokok2 tepi jalan cam naik bas aritu...hehe...aku je yang saje reka2 tu...dia diam sekejap bila kakak2 seksi tu hantar makanan...makan2 semua dia diam je leka main2..minum susu semua...rezeki kami lagi dapat lak cabutan bertuah! dapat pen air asia...hehe..muka kami nampak sangat kot 1st time naik..tu yang diorang kesian tu...hakimi lak..dia buat cam naik keta..memanjang nak duduk atas riba aku..rugi je bayor 1 seat lagi tu...huh...
masa nak turun tu hakimi dah boring dah..sib baik sampai awal dari jangkaan kalau tak mesti dia lagi boring tu..tp bila kakak2 seksi tu tegur dia senyap la pulak...tu yang mak aku pernah cakap tu...anak angah ni macam shin chan je la...suka je kalau perempuan cantik tegur dia...alahai nak oii....

bila kami sampai kat kuching kul 10.30 pg tu hari tengah hujan renyai2...aku kena call orang yang jemput sebab nama aku termiss dari senarai...alahai...
tp takpe kul 11 pg dah sampai hotel dan dapat check in awal..kul 11.30 pg je dah selamat berbaring...hehe...letih wooo bangun awal pagi...bilik ok cuma tak bestnya toilet dia pakai sliding door..leceh tul...lagi la bila aku nak lari bila hakimi kejar nak ikut sama mandi...lambat tul leh tutup pintu..last2 dah tutp tetiba lak dia dah ada sama kat dalam bilik air tu...huh...buat penat je... lagi satu kami tak dpt tengok view sungai dr sini...lainkali kalau nak dok sini kena pastikan dia bagi yg ada view sungai la...

petang tu kami jalan2 sampai ke seberang sungai tu...gi kilang kek lapis dayang salhah...then ptg tu tidur keletihan...

15/5/09
hari ni tak plan apa2 pun ingat nak jalan2 gi muzium...tp jalan2 kat waterfront je dah sampai kul 12 tghari dan hari hujan la pulak...balik hotel tidurkan kimi dan shah sekali..aku join meeting MAVP sampai kul 5 ptg...kul 6 ingat nak jalan2 tp banyak kedai tutup..last2 kami gi makan kat Barok Cafe kat seberang tu...mungkin salah timing..datang masa peak hour...makanan lambat..sampai kimi dah makan nasi meja orang sebelah dah...kesian lapo sangat dah anak aku...kami lak dapat midin belacan je dgn air sirap campur...makanan lak? yang sedap cuma midin tu je..yang lelain kureng sikit...ikan lak tak bape fresh la..lepas tu kami balik bilik dan tidur..

16/5/09
hari ni satu hari aku skip seminar ni...hehe...pepagi dah beratur dgn semua ahli keluarga yg tak terlibat dgn seminar untuk gi ke kampung budaya..hehe...naik keta jabatan...hehe jimat duit shuttle..kalau naik shuttle tu rm20 gi balik untuk seorang tu...kul 8.45 pg kami bertolak ke kampung budaya...sampai dalam kul 9.30 pg la camtu...sampai2 je sekali dengan bebudak PLKN...so diorang buat satu baris dan kami pun buat satu baris gak...kami bawak surat dari kementerian so leh dapat special fee..rm45 untuk adult (biasa rm60) dan rm27 untuk child (biasa rm30)...ok gak kat sini...letih sebab hakimi takut nak jalan atas titi kayu yang ada lubang2 tu..hehe...yang tak bestnya kamera kami habis bateri dan terlupa bawak bateri spare..yang paling best kat sini pertunjukan tarian diorang la..respek aku kat diorang sebab orang yang sama je yang menari tu...tapi cam tak penat je...hakimi lak tak berenti tepuk tangan...hehe..
kul 1 ptg kami bertolak gi kilang kek lapis dayang salhah lagi...hakimi paling suka gi sini...kat tepi kedai tu ada tempat duduk dan dia letak kek untuk dirasa kat atas meja dia...hakimi asyik dok bukak katup bekas kuih tu...dia ingat kami gi beraya umah orang kot...hehe...balik dari situ gi singgah masjid kuching la..then makan terus kat situ...balik dah kul 4 singgah lak kat pasar satok...kul 5.30 ptg balik hotel...

17/5/09
aku join seminar sampai kul 12.30tghari...pastu gi makan tengahari then jalan2 cari barang2 yang leh bawak balik...tengah pilih2 tu..hakimi tersambar satu drum kecik je...ngam2 dia kepit serata kedai sambil buat pertunjukan..bila orang tepuk2 kata pandai lagi la tak mau lepas...nasib badan kena la aku membayor pulak...mahal ko...rm22 satu tu...sib baik leh kurang lagi rm2 inggit...anak punya pasal...kami gi seberang lagi...beli kek lapis lak..gi airport kul 6 ptg..kul 8 naik flight balik...balik kali ni..hakimi dgn shah bantai tidur je...bangun2 nak makan lak..hish...aku lak tak leh nak tidur...ngeri tengok hari kat luar tu...kejap2 terang je sebab kilat...doa je jangan jadi apa2..lagi aku risau bila dia asyik goyang2 je...hish..nauzubillah...sampai kl kul 11.30 mlm..adik aku dah siap tunggu dah...hehe..bagus la driver ni...

18/5/09
bertolak balik ke kuantan...dengan azam next year kami kema pegi lagi...kali ni nak gi serikin..jalan puas2 kat pasar satok...gi bt 4 beli pasu....

tips dan nasihat:
1. kalau nak ambik air asia, pastikan beli makanan dia sekali..tak rugi sedap..
2. lainkali kalau nak ambik seat ambik no 7 leh tengok 2 tingkap..hehe
3. ni yang paling penting...lainkali kena sedia duit bebanyak untk shopping!!!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat