Follow my blog with Bloglovin

Khamis, 25 Jun 2009

Colour baru...

semalam kami beli colour pencil baru untuk hakimi...seronok betul dia..sampai-sampai rumah je terus cari note pad dia...meniarap kat depan tv sambil menconteng dengan kaler baru...

sebenarnya sebelum ni tak terpikir pun nak belikan kaler ni tapi masa last friday aku gi shell beli nak beli air..tapi tetiba lak nampak milo dalam kotak..beli 2 free kaler dalam bekas bulat..aku tengok comel bekas tu jadi aku pun belilah...rupa-rupanya ada orang yang suka sangat dengan kaler tu...hehe..tak sia-sia membeli...baru bagi tak sampai setengah jam dah tumpul...hehe..excited betul...tu yang semalam beli kaler yang baru dan yang warna dia ok sikit dari kaler free tu...hehe..sampai nak gi sekolah pun nak bawak gak...terpaksa la umi dan ayah tipu..memula masuk dalam bakul baju dia tapi last-last ambik balik..hahaha...harap-harap dia tak teringat la....

Isnin, 22 Jun 2009

Lanchang, Raub, Pahang.







Minggu lepas seminggu aku kena gi kursus kat lanchang, raub, pahang. kursus ni more to epidemiological study...peh letih...siang malam ada kelas..tp so far ok banyak benda yang leh review, almaklumlah lecturer yg ajar dulu yang ajar.. hehe banyak tak ingat dah...kursus ni diorang buat kat dalam hutan simpan kuala krau..kat institut biodiversiti perhilitan..jauh tul masuk dalam tapi makanan sedap so tak terasa la..

kesian shah kena tinggal dgn kimi kat umah berdua je..masa aku nak gi ari isnin tu kimi demam, selsema + batuk lagi...shah bawak dia gi klinik petang isnin tu...lepas tu sampai hari khamis kimi dah ok, shah lak yang demam...hehe demam rindu kot...kesian abg kena jaga anak sampai demam-demam ye..

petang khamis tu penganjur bawak kami gi pusat pemuliharaan gajah, kuala gandah..best sangat kat sini...ada 4 aktiviti leh buat kat sini...memula leh bagi gajah makan, buah-buahan diorang dah sediakan..pastu leh tunggang gajah..aku try 2 aktiviti ni..bagi makan ok..tapi geli sikit mulut dia basah-basah gitu...hehe..tunggang lak..Ya Rabbi..takutnya..tergolek-golek atas punggung dia tu..pastu leh mandi dengan gajah lak..yang ni aku tak buat malas nak basah-basah...last sekali diorang bagi tengok video diorang tangkap gajah..baru aku tau yang cuma M'sia dan Thai je yang ada expert dalam tangkap gajah ni..

ada 1 lagi tempat menarik kat sini..deerland...tempat dia macam mini zoo..yang ni kena bayar tapi cuma rm5 je untuk dewasa..kanak-kanak aku tak sure lak...tempat dia kalau dari kuala gandah ni masuk kanan...terus je sampai jumpa pintu masuk deerland tu...untuk kawan-kawan yang cari tempat bercuti yang bajet ciput tapi berbaloi leh la gi 2 tempat ni...best...kami pun cadang nak gi lagi bulan depan...kali ni nak bawak anak & family sekali...






Selasa, 9 Jun 2009

Trip Raub

Hari Sabtu lepas kami sekeluarga balik ke Raub. Raub ni sebenarnya kg shah sebelah arwah abah dia. Dulu-dulu shah selalu balik kg dgn arwah abah tapi semenjak arwah abah dah takde jarang dia balik sini. Lepas aku kawin dengan shah kami cuma balik sekali je dulu…lepas kami nikah. Lepas tu terus tak balik-balik lagi.

Jadi kali ni kami balik sebab nak pegi kenduri kawin sepupu shah sambil bawak si kecik, hakimi..bior dia leh kenal semua ahli keluarga dia… programnya pun bermula petang jumaat tu, kami dah siap kemas barang dari malam jumaat lagi…senang sikit…petang jumaat leh terus jalan..
Gerak dari rumah dalam kul 6 lebih…sampai kat lebuhraya pantai timur tu tak tau nak ambik simpang kuar kat mana…maklumlah dah 3 tahun tak balik…dulu masa balik 2006 tu pun shah ikut jalan biasa sebab banyak rumah sedara nak kena singgah…kami nekad je la masuk ikut simpang lancing/raub…rupa-rupanya jauh la pulak nak sampai raub dari situ…kalau kami tau terus je kuar ikut simpang bentong…masa masuk simpang lancing tu jam lebih kurang kul 9.15 mlm…jalan dia memula cam ok lepas tu mula la banyak lak lubang kat jalan tu…dah tu jalan makin kecik lak…laaa…jalan mana lak yang kami lalu ni…makin lama jalan tu makin gelap la..hati dah rasa tak sedap dah ni…bila tengok kat batu jalan tu dia tulis Raub 54km lagi…alahai jauhnya…shah dah ajak patah balik…tapi bila pikir balik tak sanggup lak sebab kena pusing balik dekat 1 jam gak…last2 kami terus gak….akhirnya sampai gak kat Mempaga…Raub…seterusnya Sega…

Sampai kat Sega tu dah kul 11 mlm dah…cari la pulak umah Wan Cu…tengok2 tak jumpa simpang masuk..kami pun terus lagi ke depan sikit nak cari Masjid Sega Tat… rumah kenduri tu dekat dgn masjid…terlepas lagi…sebabnya kawasan dekat masjid tu gelap sagup (kata abah aku) langsung takde lampu… akhirnya dapat juga cari umah pengantin..aku tak masuk pun malam tu sebab hakimi dah tidur..kena jaga dia lak dalam keta… lepas tu baru kami pegi umah wan cu tempat kami bermalam…rupanya simpang masuk dah tukar…patutlah tak jumpa…hehehe..

Pagi esoknya..pepagi lagi shah dah kerah kami semua bangun…dia nak ajak gi semua umah mak sedara dia dulu… memula gi umah mak ngah rugayah… kat sini hakimi dapat bawak balik jam buruk orang ni..haha…kenan betul kat jam tu…lepas tu umah mak tam…terus ke umah kenduri..umah umi…lepas makan2 kenduri…terus ke ulu dong…umah mak teh…target nak mandi air terjun…kalau lalu area ni mesti aku ingat kat datuk mazlan yang kena kerat2 dengan mona fendy dulu...dia orang sini la…ada lagi umah yg dia tengah buat…sekarang ni dah jadi hutan dah pun….kalau ikut cerita orang sini…mesti diorang akan kata.. itulah yg jadi kalau tak bersyukur dengan apa yang kita ada…nauzubillah…
kul 3 ptg kami gi…orang punyalah ramai..sampai tak leh nak parking…memula tengok kat lata cekas..parking keta penuh…pastu naik lagi gi ke lata jarum lak…kat sini parking keta ok..tapi nak parking mandi la tak leh lak…orang punyalah ramai…tapi sebab nak lepas gian turun la jugak…suka sangat la si hakimi tu jumpa air…dekat setengah jam mandi.. kami nak balik sebabnya hakimi dah mengigil gila…risau lak, dia bukannya leh sangat sejuk2 gitu…tapi air dia memang sejuk gila..cam air batu…dengan air terjun belumut kat kg aku pun kalah..sejuk betul… hakimi start lak buat drama….menangis tak mau naik…sudah….panik aku…shah dukung dia naik aku lak dah ready dengan tuala…hehe…senyap terus…
Lepas tu kami balik makan…hehe…mak teh dah siap masak kat umah…lepas makan2 kami lepak2..borak2…lepas maghrib kami bertolak balik kuantan…