Veterinar : Apa itu H1N1 @ Selsema babi??? - Cerita Ita                                                             Veterinar : Apa itu H1N1 @ Selsema babi??? Langkau ke kandungan utama

Veterinar : Apa itu H1N1 @ Selsema babi???

Apa itu H1N1 @ Selsema babi???

entry kali ni cuma nak bincang satu perkara yang sedang melanda negara sekarang ni...maaflah kalau entry ni menyinggung sesiapa pun..tiada sikit pun terniat untuk berbuat demikian, cuma untuk menjelaskan perkara yang masih belum jelas...sekiranya ada...cewaaah...ayat...hehe..sorry ek..terlebih lak..

ramai yang masih menyebut penyakit influenza H1N1 ini dengan nama penyakit selsema babi...hinggakan menteri pun berbuat demikian, jadi tak hairan la kalau ada antara rakyat juga mempunyai fikiran yang sama...bukan nak salahkan Malaysia dalam masalah ni..even kat negara lain pun dinamakan dengan bermacam2 nama..Mexican flu la..Spanish flu la...dan ada juga yg nak sebut Swine flu...

ada beberapa teori tentang influenza ni


teori pertama mengatakan yang virus ni datangnya dari ASIA..hah? sekali lagi kita dipersalahkan bila terjadinya benda2 mcm ni...tapi dengan kajian yang "diorang" buat boleh ke kita menyangkalnya? cuma kita disokong dengan fakta yang menunjukkan wabak baru hendak bermula di ASia..jika asia la puncanya kenapa kes dan kematian tidak mula dengan negara asia sendiri?..

teori kedua yang mengatakan yang virus ni berasal dari virus influenza yang menyerang babi sebelum ni..ini dinyatakan oleh Dr Anne Schuchat from the [US] Centers for Disease Control and Prevention dan diumumkan pada 23 April 2009...teori ini juga mengatakan yang virus ini terhasil akibat mutasi virus manusia, burung dan juga babi...jadi kalau nak salahkan babi saja macam tak bape ok kan? mungkin kena sebut Penyakit MaBuBa kot...hahaha..masuk semua spesies sekali gus...

teori ketiga mengatakan penyakit ini memang berpunca dari babi....teori ini cuma asumption sahaja kerana payah untuk dibuktikan.. dibuktikan juga yang babi boleh mendapat influenza dari spesies manusia dan burung...

serangan wabak ini bermula pada pertengahan Mac 2009..bermula dengan penyebaran di sekitar Mexico..virus ini mungkin telah lama terlepas dari pandangan kerana setelah disahkan mengalami wabak pada April 2009 di Mexico mereka mula mencari puncanya..dan disahkan puncanya ialah daripada swine influenza A H1N1...disebabkan kawasan budak 5 tahun, mangsa pertama ni adalah tempat pembiakan babi maka babi dijadikan punca tapi Mexico telah membuat ujian terhadap semua babi dan didapati negatif tetapi ada pendapat veterinarian seluruh dunia mengatakan jika serangan penyakit telah bermula pada Feb 2009 bermakna semua babi yang menyebabkannya mungkin telah selamat menjadi makanan pada April 2009 ketika wabak berlaku...

jangkitan pertama berlaku pada babi ialah di Kanada yang melibatkan pekerja di ladang babi yang pulang dari Mexico pada 12 April 2009 dan mempunyai simptom influenza dan memindahkannya kepada babi yang dijaganya..450 dari 2000 ekor mempunyai simptom yang sama..19 dari 45 sampel positif untuk influenza A dan 15 dari 24 adalah dari H1..dan 99-100% identiti sama dengan H1 yang diasingkan daripada manusia di USA dan Mexico...lupa nak ckp satu perkara pd Jun 2009 dorang tarik balik kenyataan dan mengatakan orang ni tiada kaitan dengan penyebaran wabak pada babi...camana tu?

so my friends...disebabkan semua teori ini susah untuk dibuktikan aku rasa haruslah kita menggunakan H1n1 sebagai pengenalan kepada penyakit ini sehingga aslah satu teori ini dibuktikan....agree with me?

fuyooo..ada lebih 1000 strain virus influenza dalam babi tau...
bila nak abis check? ;)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat