Socialize

Follow my blog with Bloglovin

Jumaat, 6 November 2009

khas buat seorang teman

entry kali ni khas buat azizul, itu pun kalau2 dia terbaca blog aku ni...

azizul ni anak buah aku kat tempat keja merangkap rakan sekerja...hari isnin baru ni dia dapat surat kena tukar ke bukit tengah, penang...

aku nak cerita pun terasa sebaknya...tapi apa nak buat kan azizul..tuntutan tugas...
dia pekerja yang cukup rajin, dedikasi dan dapat markah cemerlang dr aku tiap thn...bukan sebab dia pandai bodek..tapi dia memang pandai keja...sanggup ot bebila masa pun..susah nak cari pekerja macam dia ni..
alhamdulillah aku diberi kesempatan bekerja dengan dia sejak bulan 7 thn 2007 hinggalah sekarang ni...
dia diperintahkan pindah pada 15hb ni..
mesti korang pelik kan..nape aku siap tulis cerita pasal dia kat sini...

sebabnya dia antara insan teraniaya...kesian kat dia...mangsa kepentingan diri orang lain...kami semua terkejut bila dia dimaklumkan kena pindah...mana tidaknya..dia belum confirm dan baru je balik dari kursus induksi..tetiba dapat surat kena berpindah 3 penjuru...alasannya sebab org yg lagi 2 penjuru tu yang mintak pindah dan secara langsung nama dia dinaikkan dan menjadi mangsa...kesian dia..sampai sekarang pun masih tak terurus sejak dengar makluman tu...

semalam aku berbincang dgn azizul, dia kata dia nak langsungkan perkahwinan dia insyallah dlm awal thn depan jadi dia nak mintak tangguh pertukaran selama 2 bulan...dia dah buat surat tp bos tak nak sokong...bila aku baca surat dia, patut la bos tak nak sokong sebab dia tulis alasan peribadi...aku suruh dia buat surat lain, suh dia masukkan alasan yg berkaitan dgn keja2 yang dia mesti selesaikan sebelum berpindah..lepas tu baru nampak sikit cahaya ceria dr muka dia...aku nak menulis pun terasa sebak dada aku ni haa...aku slow talk dgn dia..."ada ke budak2 tu tepon dia sebelum nak mintak tukar"...dia jawab dengan sedih.."ada doc tp cuma tanya saya nak tukar ke tak dan saya jawab tak..lepas tu tetiba lak sy dengar benda ni dah sampai ke KP"...sambung dia lagi..."yg saya sedih diorang tak tanya pun kalau2 saya nak timbangkan lagi..kalau tak leh la saya kata tunggu la dalam setahun ke tunggu saya settle hidup saya dulu..."
alahai..aku dengar pun sedih...terus aku kata.."awak hantar je la surat ni dulu cepat2..biar HQ tentukan.."

ini la manusia...aku pelik nape ada orang yang mcm ni...semua orang ada kepentingan tapi jangan la nak mengutamakan kepentingan diri sampai mengaitkan orang lain...itu tak bersih namanya...aku rasa orang yang buat benda ni tak fikir semua kesannya...
kesan yang utama...semua sahabat kat sini dan mula melabelkan 'dia' sebagai kawan makan kawan...itu sungguh tak baik untuk kerja dia..napelah benda2 macam ni tak bawak bincang betul2? kami kat sini ada post untuk C32..aku cadang kalau azizul dah confirm aku nak cadang kat bos suruh dia memangku jawatan tu..jadi C27 dah kosong dan anytime kalau ada orang nak datang dah boleh...sekarang ni apa sudah jadi?...

aku cuma berdoa apa yang terbaik untuk semua aje la buat masa ni..

untuk azizul,
jadikan ini salah satu ujian untuk berjaya....jangan sesekali jadikan ia halangan...mungkin ini takdir yang dah ditentukan dalam hidup awak...teruskan berjuang dan insyallah akan ada hasilnya nanti...kami disini sentiasa mendoakan yang terbaik buat awak..mana tau nanti bila naik pangkat awak leh balik semula ke sini...dan jalinan persahabatan tidak akan putus buat selama-lamanya...jangan lupa singgah sini kalau on the way ke pekan ye..

kata2 yang sy pinjam dari seorang kawan..."Kita pohon kekuatan,... Allah beri kesulitan utk jadikan kita kuat, Kita pohon keteguhan hati,... Allah beri kita masalah utk diatasi, Kita pohon keyakinan, Allah beri kita ujian utk memantapkan iman & jiwa,..... Kadangkala kita tidak dpt apa yang kita ingini,.... tapi bukankah kita sentiasa dpt apa yang kita perlukan... Cerita menarik lain

0 Luahan Ikhlas: