Follow my blog with Bloglovin

Khamis, 31 Disember 2009

tahniah adik!



24hb baru ni keputusan PMR telah selamat diumumkan...

alhamdulillah adik aku yang bongsu selamat mengambil keputusan dia dan mendapat cemerlang..8A!

tahniah adik...semoga kejayaan adik berterusan untuk masa2 akan dtg lak...

Rabu, 30 Disember 2009

merajuk

kelmarin aku merajuk dgn shah..masa petang kami balik keja tu shah ajak beli donut yg aku nak sesangat tu (big apple donut)..bila dah beli kami makan sambil balik ke umah..
sampai umah je lepas mandi semua aku tetiba terasa nak makan ikan bakar..terus la suggest kat shah nak makan kat tg lumpur..

dia kata yang dia penat sangat..mmg aku faham dah 2 malam berturut2 dia kena keja malam, tambah lak dengan takde cuti sekarang ni..cam kesian gak tapi hati aku ni haa..meronta2 nak rasa ikan bakar...camne ek..?

aku pun terus suh dia beli ikan kat pasar jaya gading yg dekat dgn umah aku tu je..aku suh dia cari ikan cencaru...dah macam terasa2 cicah dengan air asam..sementara tunggu dia balik umah aku dah siap masak nasi, goreng sayur kacang dgn tomato dan siap buat air asam dah..aku pikir nanti kalau shah balik tinggal bakar ikan je..sedap tu cicah dengan air asam..cam dah meleleh air liur dah tu...

tetiba lepas sejam shah balik dgn hampanya dia kata xde ikan cencaru...la..sedih tul rasa hati ni..cam nak je drive sendiri keta tu gi carik kat mana2 pun...pastu dia bising2 nape aku x ckp awal2 nak makan ikan cencaru bakar la...lepas dia bebel2 aku terus buat tak tau hidang nasi semua hadap makan dengan hakimi...sambil makan tu menitik air mata aku terkilan..sedih tau aku dah siap prepare air asam lg tu...

bila dia tgk aku menangis lagi la dia bising2..terus aku kata kalau ita menyusahkan abang dan ita salah, ita mintak maaf...terus dia diam dan kata bukan nak carik salah sapa2..last2 dia kata esok abang carikan..

memang betul semalam dia gi beli ikan tu kat giant tp kan betul orang cakap orang mengandung ni memang pelik agaknya..aku tak lak terasa nak makan lagi ikan tu dah..dia bawak balik pun aku tak sibuk2 nak siang ke apa ke...last2 aku tidur je tanpa makan apa2 pun malam tadi..pelik kan...hai..dugaan untuk dia la kot agaknya...sabar je la ye bang...pembawaan budak tu...hehe(aku pinjam ayat yanti ni)..

check up ke 5

pagi tadi aku gi check up ke 5 untuk kandungan kali ni..pepagi dah siap mandikan hakimi dan siap dia nangis2 lagi kena air sejuk...zalim ye ummi dia..hehe

kami daftar dah dekat kul 9 pg..hakimi awal2 dah parking dekat depan tv..pastu masa masuk tu dah ramai org..gi amik air kencing semua then tunggu lak..lepas tu misi panggil timbang dan ambik bacaan hb..pastu tunggu turn nak check perut...agak lama gak sampai hakimi sempat main sembunyi2 dengan kucing lagi...

sebenarnya aku cam risau sikit sebab aku kan tak bape sihat bape hari ni..ni pun masih selsema dan batuk2..antibiotik pun aku baru habiskan..ubat batuk dgn selsema aku tak makan pun..biar la dia baik sendiri..malas nak asyik makan ubat je..sian kat baby dlm perut ni..

sampai la giliran aku check, lepas check darah semua, misi suh aku baring...

dia tanya skrg ni patutnya dah 18 minggu kan..aku jawab la ya..
tapi dia kata tinggi rahim aku dah macam 20 minggu..pastu dia nak check jantung dah ada belum bunyi dia..
bila dia letak je alat tu terus dengar bunyi jantung anak aku yang sangat jelas..kira2 148beat/sec..ok la tu

hati aku lak lega sesangat..alhamdullillah anak aku masih membesar dengan sihat..ummi akan pastikan semangat ummi sentiasa kuat untuk anak ummi ye sayang..

hasil check up hari ni:
hb: 11.3 (dah drop banyak sgt so misi suh makan pil iron 2 biji lak, 1 pg 1 mlm)
berat: 62.5kg (naik 100 gram je..lor mana gi makanan yg aku makan selama ni..?)
blood pressure: tak ingat lak tadi nak tengok tp within normal range la kot sbb tu misi tak cakap apa2 pun..
jantung baby: 148beat/sec

next check up lak 14/1 ni kat jln gambut sbb dr nak scan utk tetapkan edd..dan lepas tu check up biasa 27/1 lak..

Isnin, 28 Disember 2009

aku jadi ultraman? n layang2





alkisah semalam shah nak kena ot malam, dah 2 malam berturut2 dia kena keja malam..
kelmarin hakimi ok je bila shah keluar...sebabnya petang tu kami dah bawak dia gi main gelongsor kat taman baru kat pantai kempadang tapi dia tak puas hati gak..sebabnya..

masa dia tengah seronok main2 tu ada la anak tok empat kat kampung ni datang nak main gak tapi orang lain semua dia bagi lalu kat gelongsor tu tapi bila hakimi nak lalu je dia buat saje je duduk kat tengah2 gelongsor tu tak bagi hakimi lalu..apa lagi jadi drama la kat situ..aku kalau tak mikirkan anak tok empat dan bapak dia ada kat situ nak aje aku seligi kepala budak tu...geram tul aku..terpaksa la kami bawak hakimi main kat tempat lain lak..dalam keta jangan kata la...bukan setakat drama swasta je..drama kerajaan semua ada la...letih aku nak mengamankan suasana..puas aku pujuk..esok kalau ummi ada duit ummi beli sepuluh benda tu ye nak...tapi tetap gak bunyi..nak losor...alahai sian tul..

sampai kat taman pantai sepat lak, shah ternampak orang jual layang2..mula la episode lain lak...beli layang2 ben 10 satu..terus nak main..shah janji dgn dia main esok sbb hari dah petang sgt...nangis lagi...hehe...dahsyat tul..terpaksa lak pujuk tunjuk2 lembu yang bersepah nak balik kandang...tima kasih tuan lembu...baru leh lega sikit..tp malam tu mula la ronda2 keliling umah dgn layang2..huh..x leh kata apa dah..bila dia dah tido aku sorok..bukan apa..risau rosak sebelum dpt main je nanti..

semalam lak kami gi la main layang2 sambil main pasir kat tepi pantai...hari ni no more gelongsor...aku malas la nak drama2 balik kang...hakimi seronok main pasir sambil susun kulit kerang kat pasir menimbun tu..sampai tak nak balik lg..ayah dia buat2 undur keta baru la dia nak naik..

malam lak drama pasal nak ikut ayah gi keja..shah siap je pakai baju terus dia kata ikut...waaa..shah dah cemas dah..dah le dia dah lambat..dia suh aku pasang ps2..suh pasang game ultraman..aku mana reti benda2 tu semua..pastu suh aku mainkan lak...waaa..sudahnya sampai kul 9 lebih dia tak nak berenti lagi..tangan aku dah merah2 dah tekan butang2 game tu..lepas tu dia mintak susu..alhamdulillah leh aku berehat..tukar channel 611 ada cite doraemon..lega..senyap jap...dlm kul 10.30 dah tarik tangan aku ajak masuk bilik tidur..hehehe..bagus2..

demam

hari khamis lepas aku balik rumah dgn rasa semacam...lepas mandi2 semua...terus bergulung dalam selimut...shah pelik..nape pulak? aku kata kat dia yang badan aku ni serba tak kena..kaki tangan rasa sejuk..badan x tau nak kata..mata lak panas macam nak terkeluar dah...jadi malam tu aku berhajat tak yah masak...

dalam kul 8, shah kuar gi giant beli beras dan barang2 dapur sikit..hakimi ok je hari ni dia x nak ikut..mungkin dia ingat ayah dia nak pegi keja la kot..

dalam kul 9 shah dah balik umah...dlm kul 9 lebih 2 beranak tu dah start lapo...kesian la pulak bila si ayah mula mintak rendamkan maggi tuk dia..jadinya terpaksa lak la aku bangun masak maggi kari sayur spesel kat dia siap bubuh udang 3 ekor..kat hakimi lak maggi ayam je..pulun 2 beranak tu makan..huh zalim tul aku ni yek..sian kat diorang..

sampai hari ni aku masih lagi selsema dan batuk....demam alhamdulillah dah ok..takut gak nak makan ubat beria2 sangat..kesian kat anak dalam perut ni..aku dah 2 hari berturut2 asyik minum air kelapa je..harap2 sakit aku cepat la sembuh..tak tahan rasa berat je kepala ni..

1st day

hari jumaat lepas hari pertama aku pakai baju mengandung..dan pagi ni aku buat keputusan tunggu lg seminggu la baru leh pakai..alasannya?

sebab hari jumaat aritu semua org pandang aku semacam je...nape ek...?

nak aje aku kata kat diorang semua yg baju kurung aku semuanya bila dah x muat dah...satu kat tang atas tu..dah beso bebenor...lagi satu disebabkan perut ni dah semakin membesar...kain semua dah tak saiz dah...kalau nak pakai baju yang pinggang dia ada getah semua x pe lagi tapi yang separuh ada zip tu terpaksa aku bukak lak hook dia dan pakai takat zip tu je...hehe kan dah parah tu...perut tak beso mana pun tapi untuk pakai baju yang menyeksa camtu dari kul 7pg sampai 6 ptg? maunya berbirat pinggangku yang menawan ni..opssss..

kena lak time keja banyak, peluh2 lg...puh...gatal2 semua la kat pinggang tu...aku nak survey baju yg ada sekali dgn seluar lak kali ni...dulu masa ngandung hakimi tak sempat nak merasa baju lawo2..maklumlah masa tu baru dpt keja gomen...gaji lak kena tangguh 3 bulan...bila dpt gaji lak banyak lak hutang yg dah bunga2 dan ropol2 lagi tu...kena lak masa tu shah dok jauh...perbelanjaan masa tu aduhai..tuhan saja yang lebih mengetahui...
lgpun masa tu badan tak beso mana pun..sedang2 elok je..so baju kurung banyak yg leh pakai..sampai ada seluar yang aku beli masa ngandungkan hakimi dah dekat nak due pun x leh sarung dah sekarang ni...waaa..aku dah gemuk..

Rabu, 23 Disember 2009

sangat bagus!

hari ni aku sempat ambik video hakimi main leapster..ala permainan yg aku cite sebelum ni..sekarang dia dah kenal shape walaupun x reti nak sebut...blog ni nanti2 la aku repair ye..tgh busy nak abiskan keja akhir thn ni dulu...

k layan la video ni dulu ye...lepas ni lak aku masukkan gambor2 percutian kami lak.. video

Selasa, 22 Disember 2009

jalan2 hujung tahun 2009

minggu lepas kami gi jalan2..cuti2 malaysia...bukan jauh pun..gi KL je..mesti org KL gelakkan je aku kan..buat apa la sibuk2 dtg KL ni..

aku ingatkan nak shopping sakan la kan..al maklumlah tgh YES sekarang ni...tapi shah lak yang cakap NO..hahaha..plan memula mmg nak shopping tp at last kami dah letih balik je la...

kami bertolak dr umah mak mertua aku hari jumaat dalam kul 9.45pg..kekonon la nak gerak pepagi kan..sekali hujan lebat lak...huh..sedap tul tido..siap lawan2 lak sapa lambat bangun..hahaha..

sampai kl dah kul 2 petang..lama nooo ke? kami berhenti banyak kali plus sesat masa nak cari umah along aku kat sentul..ye la ..last kami gi bulan 5 hari tu.. lupa dah jalannya...sib baik jumpa..

sampai2 je..kl hujan amat lebatnya..x leh nak gerak memana pun..last2 kami ambik turn tido..memula shah pastu aku..pastu hakimi lak...terus la x leh nak jalan memana dah...malam lak kami pakat tgk tv lak..hahaha..apa barang kan dtg kl jejauh tengok tv jek..abis tu hakimi dah tido x sampai hati lak nak kacau dia tido..

so mlm tu xde plan apa2..esoknya pepagi lagi kami dah kuar..x la pagi sgt pun dalam kul 10pg gitu...plan hari ni nak pegi taman burung...malam tadi siap google map nak gi dan balik lg tu..takut sesat...
itu pun sesat gak padahal jalan terus pun leh sesat...sesedor kami dah lalu kat muzium segala..nak sedapkan hati punya pasal aku cakap kat shah kalau tak kita x tau muzium kat mana kan bang...?

pusing balik dan jumpa pun taman burung...nasib baik...sampai je lepas beli tiket kami pun masuk..ronda2...seronok gak kat sini sebab burung dia lepas bebas camtu je..hakimi la orang yg paling seronok..mana taknya baru je nak tengok burung yg ni tetiba lak muncul burung lain..siap main kejar2 lagi tu...cuma satu je la masa kami datang tu dah mendung..tak abis round lagi hari dah hujan...nasib baik ada tempat leh berteduh...tapi hakimi dah naik bosan sampai jatuh terlentang 2 kali kat situ sementara tunggu hujan teduh..hujan teduh je, shah ajak gi tempat lain...

masa tu kaki mmg dah lenguh gila..nak cramp pun ada..mana taknya jalan kat taman ni berbatu dan cam ada bukit2 sikit..aku lak pakai sandal ala makcik2 lak tu..letih wooo kaki nahan jatuh...shah kata lepas ni nak gi lagi..waaa ye ke? akan ku pastikan memakai sport shoes selepas ni...

lepas kuar dr taman burung memula ingat nak gi muzium..tetiba lak shah ajak ke aquaria klcc..aku apa lagi on je la...hakimi lak sebab letih sangat sampai tertidur dalam keta...dan bermula la kisah kami cam pro jalan kat kl ni nak gi lak klcc...
nasib baik sign board klcc tu TERANG DAN JELAS..kalau tak sampai ke mana la agaknya kami ni...lepas ni harus beli GPS untuk jejalan ni..

sampai kat klcc dah kul 3 nak pusing2 lak cari parking sampai sesat barat lg sekali...hampir 15 min kami pusing2 kat tempat parking tu...letih tul...dapat parking je hakimi bangun..terus berdiri tegak sambil cakap lets go...waah bersemangat waja tu...

memandangkan dah petang maka kami buat keputusan nak gi petrosains je la..tapi setelah mendaki tangga bergerak (setelah gagal menaiki lift) kami sampai kat pintu masuk petrosains tu dah tertulis tiket jualan hari ini telah habis...waaa..kecewanya...

pastu terus buat keputusan nak gi aquaria...sampai kat situ kena beratur lak nak beli tiket...ramai tul orang...tapi apa punya sengal la aquaria ni kan nak ambik gambar kat pintu masuk pun x bagi pakai kamera sendiri..suh pakai kamera dia jek..betul2 buat bisnes tul!

masuk aquaria..ok gak la best tp cam tak puas la..tempat tu tak besor mana pun..macam tak padan dengan tiket rega rm25 tu...ada satu incident yg buat kami hot dalam ni..hakimi tak mau tinggalkan tv yg leh touch2 tu..bila kita touch2 dia kuar la gambo dgn info2...waaaa..dia siap nangis guling2 lagi tu nak suh aku dukung dia sebab tv tu tinggi...lupa lak aku nak suggestkan org aquaria tu supaya sediakan kusi kat situ...letih la aku kan asyik nak dukung je dah la kami bayar mahal2 sebab nak tengok ikan sesampai je nak main tv..baik takyah...

shah lak...haaa..ni lagi satu cite...along aku dengan baik hatinya meminjamkan kami kamera DSLR canon dia yang mahal tu...apa lagi cik abang aku ni dok sibuk dengan kamera dia tu je la...pastu siap masa balik kenen2 lak dengan aku..yang, kalau dapat yg murah sikit pun ok kan yang...amboi...

so gambar2 kami kat 2 tempat ni banyak kat along aku lg..lupa lak nak transfer hari tu..

lepas tu kami gi makan..masa makan ni pun aku dah jadi singa..sebabnya hakimi la sapa lagi..sibuk nak makan sendiri taknak aku suap..air lak nak 1 cawan dia sorang, aku nak tolong pegang pun x leh..tup2 air tu jatuh ke lantai..apa lagi..menyinga la aku time tu..sampai2 je umah along sedang elok je waktu maghrib...letih gegila dah tu..kul 8 lebih je hakimi dah tertelap sebelah aku kat kusi..sian anak aku...dalam hati rasa bersalah gak marah2 dia..ye la dia dah la letih dapat tidur sekejap je dalam keta...dia tak buat hal sangat pun dah kira ok dah tu...

masa nak balik tu lalu kat surau..terpandang la buai warna pink..baru aku teringat kawan aku masa sekolah dulu ada dok satu flat dgn along buat majlis aqiqah anak dia...laaa..dah abis pun haa..sakan sangat berjalan...lupa semua..

malam tu kami tidur dalam keletihan...

esoknya..plan nak shopping2 sikit kat jalan TAR dgn SOGO..tapi shah dah tak larat..sian lak nengok dia..so kensel...kami gerak balik dr umah along dalam kul 12tghari..ingat nak singgah zoo..nanti kat dalam leh naik train sebab dah tak larat nak jalan kan..tapi sampai2 je parking pun penuh...train kat dalam apatah lagi kan...so kensel lagi...

on the way balik kami singgah kat bukit tinggi je...kat apa tah nama tempat tu lupa lak..ala yg ada bangunan cam kat obersea tu..tu pun sekejap je sebab hari nak hujan...sekejap2 pun sempat la hakimi pau duit utk beli buih sabun 1...sebelum tu main2 dengan arnab kat rabbit park kejap..pusing2 kami pun balik...sampai kat kuantan dah kul 8 mlm dah...letih tul percutian kali ni..hakimi sampai tidur sepanjang jalan dari bukit tinggi ke kuantan...cuma berhenti rehat kat temerloh je..

hasil percutian kali ni:
1. best sebab leh bawak hakimi gi taman burung dan aquaria
2. tak bape best sebab x leh shopping
3. shah dah berangan nak dapatkan DSLR satu..waaa..kena paksa dia buat part time lepas ni
4. kena cari GPS satu lepas ni nak jimatkan masa perjalanan..
5. timbul cadangan nak gi melaka lak bulan 2 thn depan..waaah...best tu..harap2 aku larat lg la berjalan... ;)

dah gila!

blog aku dah gila..hahaha..ni gara2 nak tuko layout la ni...tengok adak buat cam cantik je..last2 semua hilang..hahaha..nanti la kalau ada masa aku betulkan balik..

Rabu, 9 Disember 2009

koleksi video hakimi dan dino

seperti yang dijanjikan inilah dia koleksi video hakimi yang takut masa basuh keta aritu dan dino yang hakimi takut gak...k layan.... video

tgk muka hakimi takut tu...hahaha...





yg ni lak video dino



x leh nak upload lak..lainkali la ye..

Isnin, 7 Disember 2009

melawat rumah

sesi kami lepas gi Pantai Sepat tu ialah melawat rumah kami yang dalam pembinaan lagi...

kami dah lama nak masuk tp takut lak...leh ke masuk kawasan pembinaan ni...ye la kan...buatnya bumbung tu tetiba runtuh tak ke naya...hehehe...imaginasi je tu...hakimi la orang paling seronok walau dia tak faham apa yang kami buat kat umah lum siap ni...gambar kat hp shah lak..nanti aku upload kendian ye...

tp bila melangkah masuk je..hati aku dah berbunga2 riang..hehehe...sekali umah siap je aku kena tukar kan..hehehe...apa nak kata...?

yg aku ada skrg ni cuma gambar dapur dia je...kecik yg amat..bila dah biasa dok umah kg yg ada dapur besor, rasa cam dapur ni teramat la keciknya...alahai...



tp yg aku suka..kat tingkat 2 dinding dia separuh leh tengok tangga...kena blok gak ni takut anak panjat...bilik air atas bawah semua asing tandas dan bilik mandi..best ..x yah reno lg dah...lg satu yg paling best dah ada rak kasut kat luar siap2 tepi garaj...beso lak tu...harus aku bubuh stroller anak semua dlm tu...hahaha...

lambatnya la lagi oktober 2010......

jalan2 ke DinoTrek dan Pantai Sepat

ahad, 6hb disember 09,
hari ni kami bersyukur sbb bangun2 je pagi yang sungguh cerah...matahari menampakkan sinarnya setelah 2 hari suram...kami dah lama tak jalan2...hehehe..bukan lama pun 2 hari je..tu pun sejak hujan lebat hari tu...kali ni kami plan nak gi pameran DinoTrek kat Yayasan Pahang(YP)...

jadi kami pun settlekan dulu kain baju, sarapan lempeng bodoh dengan cicah2 balance sayur peria semalam...bagus..tak membazir kan...hehe..sebenornya bini pemalas tu...
pastu dah siap2 semua kul 2.30 ptg kami gerak dari umah...shah berhenti kuar duit jap kat petronas..pastu dia kata nak basuh keta lak la...ala yang pakai mesin auto tu...aku penah ikut dia sekali dulu hakimi takut..hahaha...kali ni kami pegi lagi...
masa beratur tu hakimi dah nampak berus dia yang pusing2 tu...dia dah start nyorok kat kelangkang aku dah...sampai dekat2 air pancut je dia dah standby kat belakang siap bantal kecik tutup muka separuh...sambil mulut kata akut..akut...hahaha...cian anak bujang aku...gambar? ada tp kat kamera tinggal lak dalam keta..lupa nak ambik tadi...aku siap rakam video lg tu...

siap2 basuh keta semua, kami gi ke YP, sampai kat situ dalam kul 3 ptg, ramai gak orang..ye la cuti sekolah dgn ari ahad kan..kami pun gi la masuk...kena naik tangga, kat tangga tu cam gelap sikit dan ada kepala dinosor kat situ..hakimi dah start peluk shah kuat2 dah masa ni...kami pun beratur nak beli tiket...tiket dewasa rm6, kanak2 rm3, budak2 sekolah rm2, kalau pakej family 2 dewasa, 2 kanak2 dapat rm14...tapi kan lepas tu baru kami perasan kalau masuk terus pun takyah bayo pun tak pe kot pasal takde orang check tiket pun...hehe..jahat ek aku..tp aku bayo tau!

kami pun masuk la...masa ni hakimi dah x mau turun dah...dia nak dukung je..sebabnya dia dah dengar bunyi2 dino kat dalam tu...mcm2 bunyi la ada...hehehe...ada gak lagi yg dia takut selain cicak...

ada macam2 permainan kat dalam tu...tp my personal view..tak berbaloi la harga tiket dia rm6 tu sebabnya tempat tu kecik je..padang bola pun besar lg kot...tp ye la kan mana kita leh tgk dinosor kat tempat lain kan..so ok2 je la...

ada yg lebih kelakar, dalam pameran tu ada la pentas kecik jauh sikit dr dino2 kat situ..ade ke hakimi suh aku dgn shah duduk kat situ je..siap jerit2 panggil ayah dia lagi ajak duduk situ...hehehe...dia ingat selamat kot..dino tak kejar kita...hahaha...macam2 pikiran bebudak ni kan...

kami buat degil je..tuar gak semua tempat + permainan..cuma 1 je hakimi suka part tembak2 kat mulut dino..siap dia jerit2 tembak..tembak...huh..kejam tul!

sesampai je kat pintu exit dia dah siap tarik2 baju shah tujuk pintu keluar...hahaha...aku cam nak guling2 gelak pun ada...mana taknya sebelum ni bukan main lagi kalau tengok gambar dino kat banner tu..siap buat bunyi2...warrrgh..warghh..lagi tu...hahaha...bila dah gi takut la pulak...

bila sampai keta siap babai2 dinosor lg tu...bila tanya nak naik lagi..cecepat dia geleng..hik..hik..hik...tak tahan tul aku...

lepas tu kami gi ronda2 Pantai Sepat lak...makan2 goreng pisang dan kopok kat tepi pantai...masa ni hakimi dah tidur...tetiba lak dia bangun dan tunjuk2 pantai..terkejut aku..hehehe..sib baik dia tak mintak nak mandi pantai..angin dan ombak sangat kuat..bahaya sangat kalau nak mandi..heran aku macamana leh ada mak bapak yang bagi anak dia mandi2 kat pantai tu...kalau jadi apa2 tak ke nyesal nanti...?


p/s..gambor will upload later k...

hakimi main hujan?




aku baru nak try tampal2 gambo camni...menjadi gak...kat atas tu gambo hakimi tgh main hujan kat tepi2 je..pastu dia gi atas rumput tu ha..

gambo yg bawah lak hujan yg sgt2 lebat, air paya yg dah naik dan shah(berpayung merah) sibuk nak jd penyelamat...hehe...

dari hari jumaat, hujan tak berhenti2...lebat sesangat sampaikan astro dah jadi cam biskut chipsmore..kejap ada kejap xde...yang best kami tidur hari sabtu sampai lewat bangun...bujang kecik aku pun sama..hujan lebat kan..sedap tul dok bawah selimut...hehe...bangun2 je bukak pintu belakang tengok air dah penuh paya belakang tu...jiran kat belakang umah lak tengah busy menyapu air dari masuk umah dia..siap sambil tahan bubu dgn jaring lg tu...ada la diorang dapat ikan sekor 2...aku dgn shah? jaring pun xde tengok je la kan...

sambil2 tu kami tengah sibuk mendobi stok baju yang seminggu terperap tu...aku pun leka la sambil2 buat air...shah lak gi tolong pakcik sebelah buat kenduri kawin anak dia..sian dia buat kenduri xde orang leh gi..sebabnya...jalan kat belakang umah aku x leh nak lalu air separuh rim keta dah...kalau kat nun...depan simpang satu lg lak...bukan kata rim lg...dgn keta2 leh tenggelam...sampai 2 trip pakcik tu hantar lauk kat umah aku...last2 aku lego lauk2 tu ke umah akak ipar aku lak...ye la kan..kalau kat umah aku sapa nak makan...

sambung cite tadi...tgh aku leka2 buat air...aku bior je hakimi main air hujan yang jatuh2 dr bumbumg umah..saje bg anak rasa hujan kan..bukan selalu dia dpt main pun...masa aku nak ambik sudu nak kacau gula aku tengok hakimi dah hilang...aik? mana anak aku ni gi?...

sekali aku tengok dia tengah sedap bermandi manda kat tengah hujan pulak tu...waaah...ini sudah lebih...aku pun jerit la...Ya Allah...dia pusing sambil senyum2 tanpa rasa bersalah sikit pun...pastu mencicit dia masuk dengan baju yang dah basah lencun tu sambil sengih2...suka la tu dapat main hujan...lepas tu terus hilang cite air aku...aku tarik dia mandi terus...masa mandi pandai lak kata sejuk...tadi yang berjeram air hujan kat luar tu x lak sejuk?

aku x kisah pun dia nak main hujan cuma yang aku risau dia dah la jadi pengunjung tetap klinik pasal asal sejuk je selsema + batuk...tambah lak belakang umah tu air paya dah naik sampai menakutkan aku..buatnya hanyut nanti sapa nak jawab...? meroyan ummi ko ni nanti nak oiii....

Jumaat, 4 Disember 2009

darah??? panik!!!

kelamarin aku mandi cam biasa la lepas balik keja...tetiba rasa cam nak terkencing lak...sekali bila aku kencing, keluar lak darah merah cam baru dan cam lapisan tebal gitu...aku panik betul masa tu..terus terjerit2 panggil shah suh tengok...shah lak kelam kabut ingatkan ada apa hal kat dalam bilik air tu..bila dia dah tgk, aku tgk muka dia cam cemas gak tapi dengan coolnya dia kata x de apa2 la tu....aku dah tak sedap hati sampai semalam gi keja pun hati tak senang...rasa nak gi jumpa doc jam2 tu gak...

tapi bila dah petang lepas balik keja semalam, shah berenti jap beli goreng pisang...hujan2 ni kan makan goreng pisang, goreng keledek cicah sambal kicap kat umah tu sambil minum air teh panas mesti sedap kan...? hehe..lari tajuk lak...
aku nak cite masa shah gi beli tu aku layan hakimi main2 dalam keta, alasan tak mau dia ikut ayah dia dalam hujan tu..masa aku nak tunduk ambik mainan dia terjatuh...aku leh rasa perut aku bergerak sikit...hati aku lega dah...alhamdulillah baby tu nak bgtau takde apa2 la tu...jgn risau ummi..

mlm tadi pun masa aku baring telentang aku leh rasa dia gerak sekali lg..korang mesti pelik kan...kalau biasa orang ngandung 5 bln ke atas baru rasa kan...? tp tu la doc kata kulit perut aku nipis so sbb tu aku leh rasa..masa hakimi dulu pun camtu gak, cite dgn maka aku pun dia tak caya...ye la anak dia dah 7, mana leh lawan pengalaman dia kan...tp serius aku leh rasa...

mcm mlm tadi pun shah tekan sikit kat perut aku dia dah leh rasa baby tu...misi yg check aku pun kata gitu gak...dia cuma tekan2 lebih kurang je, dah leh rasa kedudukan baby tu..

aku harap2 takde apa2 la hendaknya...doakan aku selamat sampai bersalin dengan jayanya ye...

bila pikir2 nape darah leh kuar...aku rasa sebab tengahari tu ada satu inciden yang buatkan aku terkejut dan berlari kat dalam opis ni...kalau shah tau mesti dia marah...aku x bgtau dia pun...mintak2 la jangan jadi apa2..karang nyesal tak sudah aku ni...

Rabu, 2 Disember 2009

check up ke 4 dan MOGTT

semalam aku dpt call dr klinik kempadang kul 4 ptg suh datang untuk buat test MOGTT yg aku penah cite tak jadi ari tu...diorang suruh posa dari malam tadi sampai pagi ni...

so tadi pagi aku tak gi opis terus gi klinik dr umah je...sms je kat bos yg aku datang lambat sikit...
dah la pg tadi hujan...sedapnya tidur cam malas je nak bangun...hehe....

sampai je kat pintu pagar klinik tu dalam kul 8 pg, aku dah bersiap sedia nak turun berbekalkan kuih seinggit, air masak dlm botol mineral dan buku cite (yg berjaman ler aku nak ngabiskan tu), hakimi lak buat drama, nak ngikut, memula dia nak masukkan buzz lightyear smlm tu dalam handbeg aku..selalu dia buat mcm tu kalau nak gi pasaraya memana, ye la ayah dia tak bagi bawak mainan tp dia tak sampai hati selalu nak tinggalkan..benornya hati dia tak puas main lg tu.. pastu shah pun pujuk dia kata kita tak leh ikut ummi, ummi nak check adik, abg long kena gi sekolah...masa tu dia dah semacam dah..aku nak cium dia buat tak tau je, nak salam nak taknak je...last2 aku keluar shah kata mengamuk siap baling2 bantal dalam keta lagi...hahaha...terpaksa la shah bawak keta seround ke pantai dulu nak pujuk dia, nasib baik pantai dekat je dengan klinik tu..kalau tak, tak ke naya tu...masuk2 je dah ramai orang..so aku carik parking baik punya seperti biasa depan tv...

lepas tu misi panggil aku, dia tengok check up aku sepatutnya 7hb ni jadi dia kata kita sekalikan je la..tak yah datang 2 kali...aku lak cepat2 enggeh je...alhamdulillah lega...

pastu seperti biasa check air kencing...timbang...lepas tu diorang ambik darah pertama...minum glukos...hish nak termuntah aku..dia skrg ada warna hijau lak tu kalau dulu clear je...apa la diorang ni cuba la letak2 perisa oren ke mangga ke..tak la orang loya sangat kan..pastu tunggu lak selama 2 jam...masa aku minum tu dah kul 9 pg jadi kena ambik darah balik dalam kul 11 pg..diorang panggil aku masuk bilik lak check perut semua...sambil check tu mulut aku ni kan rajin tanya2 kan...aku tanya la nape doc nak scan aku banyak kali?...misi tu kata last scan aku tunjuk EDD aku 22/5/10 sedangkan kalau kira manual 31/5/10 jauh sangat dari target, sebab tu dia nak scan lagi masa 20 minggu...biasa ukuran yang leh pakai dalam 8, 20 dan 1 lagi minggu dia sebut aku tak ingat....oooo..camtu ke...lepas tu lak aku melepak sambil baca buku cite..nasib baik aku bawak kalau tak mesti bosan gila punya la...kul 11 pg selesai semua aku pun tepon shah mintak ambik dan balik opis...next check up lak 30/12/09...
hasil check up hari ni:
albumin: negative
berat: 62.4kg (ambik ko...naik mencanak2 tu sampai 1.4kg, misi tu siap tulis dgn pen merah..hikhikhik...)
BP: 90/60 (aik turun lak?)
perut: ok..misi tu kata leh rasa anak...
hasil MOGTT : kalau tinggi diorang akan call..

masa aku tgh duduk lepak2 tadi kan ada la ppuan belakang aku borak2...dan aku terdengar...bukan sengaja ok...dia kata dia dah dekat 5 thn kawin nak anak tp gi sana sini berubat tak dapat2 gak...sampai pegi satu gynae tu kata yang telur(ovum) dia tak matang..laki dia lak mula nak salahkan dia...tetiba lepas 2-3 bulan jumpa gynae tu dia disahkan ngandung...dalam hati aku alhamdulillah....akak sebelah tu lak cakap tu la rezeki tuhan ni mana la kita tau...betul akak tu cakap...aku pun lepas hakimi lahir dulu sibuk nak makan perancang konon takut termengandung kang anak rapat sangat...pastu aku dah berhenti perancang pun sampai dekat setahun baru leh ngandung balik....ambik ko! nak sangat jarak...diberinya jarak betul2!

lepas tu aku baca lak kat mana tah...dia kata kalau kita ambik perancang sebenarnya kita akan berhentikan proses ovulasi dan selepas tu kalau kita dah berhenti perancang kesan dia akan ambil masa sehingga 6 bulan baru ada ovulasi balik...

sebab tu aku tekad lepas aku beranak nanti aku tak mau la makan perancang...kalau Allah nak bg rezeki anak rapat pun bior la...aku dah nekad!

mainan baru hakimi lak...

entry ni lak pasal mainan baru hakimi....

bukan baru sebenarnya...aku beli yang second hand...dari mama anis...terima kasih ye fiza...


kalau aku nak beli yang baru mesti tak mampu...harga sampai beratus2....aku beli semua ni fiza kira harga murah2 je...alhamdulillah hakimi sangat suka...balik2 je semalam sibuk main dengan buzz dalam keta...sampai umah lak sibuk dengan 3 lagi tu....

yang aku beli sebenarnya 3 je..buzz tu fiza bagi pree je...thanks fiza...

mainan baru ummi

mainan ni sebenarnya aku dah booking lama dah...

yang aku nye dari tahun lepas lagi masa tu beria2 nak ngandung lagi...ye la aku plan nak bersalin tahun ni tau...tp tu la kan rezeki mana leh jangka...

lepas seketika masalah kewangan lak..jadi benda ni tergantung je lepas buat bayaran separuh...nasib baik penjual tu ok...alhamdulillah ada rezeki aku lagi tu....bulan ni aku dapat buat bayaran keseluruhan dan akhirnya barang selamat dihantar...

sampai je rumah, aku terus menerai barang ni...tak sabo noo rasanya...

ni la barangnya.....tarra...
tu dia...mainan aku sebenarnya ialah breastpump...set spectra 3...
gambar kat bawah tu ialah peralatan yang ada dalam beg tu...comel beg tu...

mesti korang pelik nape aku nak beli benda alah ni kan...masa hakimi lahir dulu aku betul2 buta pasal breastfeeding...ye la orang first time beranak mana nak tau kan..masa tu lak buta IT..tambah teruk lagi la...lahir je hakimi aku tumpah darah yang teruk...lepas tu lemah sesangat...dok lak spital sorang2 mana la ada orang yang nak ingatkan susukan anak setiap 2 jam...bodoh betul aku masa tu...aku susukan hakimi lepas lahir dan bila dia bangun tidur je...dah la hakimi asyik tidur je...mungkin sebab ubat yang aku sedut untuk tahan sakit masa nak bersalin kerana proses yang terlalu lama tu...

sampai je umah lepas kuar spital hakimi dah tak mau minum susu badan...aku lak beli la pam susu yang cikai2 je...masa tu tak tau apa2 kan...mula la berdarah2 puting aku..sakitnya tuhan je yang tau...last2 hakimi terus tak nak menyusu...aku lak berurut dengan bidan semua tak jalan...takde langsung susu badan yang keluar..korang mesti pelik kan bila aku cite..ye la saiz aku nye je dah double triple dr orang lain kan...hehehe..anugerah Illahi...tp tu la Dia nak uji aku lak sampai aku tak mampu bagi susu kat anak aku...sehari tu je la hakimi dapat...lepas2 tu tarak...sebab tu bila dia dah besar ni selalu kena sakit aku tak heran...budak tak cukup colostrum kan...tuhan je tau apa aku rasa...sedih tau..anak orang leh bergantung dengan mak dia..anak aku bergantung dengan botol...umur 7 hari dah pandai pegang botol sendiri...menitis air mata aku masa tu...hish..tak leh nak kenang2 la..buat aku sedih je...

sebab tu aku ambik keputusan sebelum aku ngandung lagi nak beli pam yang bagus supaya aku leh susukan anak aku sebaik mungkin...at least 2 tahun ke...insyallah...semoga Allah makbulkan doa aku...korang semua pun doakan aku ye....

Selasa, 1 Disember 2009

selamat hari raya aidiladha

selamat menyambut hari raya aidil adha buat semua ye...tahun ni aku beraya kat kluang lak...tapi kami balik malam raya hari tu...aku balik umah mak mertua aku dulu sebelum tu..tidur semalam dan lepas tu balik kluang lak...alhamdulillah selama kami berkahwin dah nak dekat 4 tahun ni tak penah lagi ada masalah giliran nak balik kg..dan aku bersyukur dapat suami macam shah yang amat memahami dan bertolak ansur...terima kasih abang...

kami bertolak dr umah mak mertua aku dalam kul 8 mlm ...sampai kluang dalam kul 12.30 tgh malam...masa sampai mak dgn abah tak tidur lagi..mak sibuk kat dapur...abah lak terpacak depan tv...alang, uda berjalan...adik kat dalam bilik....lepas tu hilang cite mak nak masak sbb dah menghadap cucu dia...

minggu lepas along hantar anak2 dia balik kg...so ada la 2 orang sepupu hakimi tu kat umah atuk dia...abah dia kena teman mak dia kena keja masa raya....andak lak tgh on the way....andak sampai lebih kurang kul 6 pg...

pagi tu sesi..makan...makan...dan makan....biasa la kan raya....apa nak buat lagi...dah tengahari sikit semua orang macam kena tembak je....umah mak dah macam medan perang...semua dah terbongkang kekenyangan....aku lak puaskan hati makan lauk2 raya...masa ni la nak makan kan...nanti besok kalau aku dah bersalin..mesti payah nak makan lauk2 raya ni sbb masa raya thn depan mesti aku baru sgt bersalin kan....

apa lagi..lepas makan ketupat dengan kari, makan lak dengan ungkep, makan lak dengan sambal goreng, makan lak dengan rendang, makan lak lepat dengan diulangi lauk2 di atas...wow...cam pesta makan je kalau korang tgk aku...hehehe....memula kami ingat raya kali ni nak jejalan..tapi akhirnya dikuburkan saje niat tu...dan kami lepak2 je kat umah...hari ahad kami bertolak balik ke umah mak mertua aku lak..raya sehari kat situ dan balik umah malam tadi...sampai umah dalam kul 10.45 mlm dah...letih tul badan ni rasanya...hakimi dah tidur aku pun apa lagi terus zzzzz...

check up ...?

ni check up ke bape ye...jap aku kira...kalau masuk yg klinik swasta ari tu dah masuk 3 kali la ni...haa ok...
hari tu, isnin, 23hb nov 09

aku kena buat check up hari ni kat klinik jalan gambut...kira kes aku ni rujukan dr klinik desa la...yanti, kalau ko baca entry aku kali ni mesti ko lg kecut perut...hahaha...so aku dah delete sikit mana yg sensor2 sgt tu...hari ni shah dgn aku ambik cuti...kami dah plan hakimi kami hantar ke taska sampai tengahari..jadi dia tak la terkejar2 kat dalam klinik tu nanti..kul 8.45 pg aku sampai kat klinik..mak aihh..ramainya orang...dah ambik no semua aku duduk tunggu giliran dipanggil...shah lak lepas drop aku kat klinik terus menguruskan urusan pembayaran bil dan hutang semua...

dalam 10 minit aku tunggu no aku dipanggil..diorang suh timbang, ambik air kencing....masuk je tandas..alahai....nak komen lagi ni...hehe...sorry la korang yg terpaksa baca komen aku ni...bukan apa aku amatlah tak puas hati dengan kebersihan klinik ni...

aku dah check up ke 6 klinik kerajaan sejak aku ngandungkan hakimi lg tp lum pernah jumpa klinik yang macam ni...masuk je tandas ada 3 bilik kat situ...satu tu utk org kurang upaya yang tandas besor tu kan...siap ada mop dan penyapu tandas dalam tu..ok...satu permandangan biasa...

kat sinki lak...diorang letak botol2 plastik buat isi air kencing tu terlungkupkan kat atas sinki tu je...alahai...'bersihnya'....dah la pam tandas pun tak berfungsi dan air terus keluar menitis2 dari paip tu...aku tak salahkan diorang sebab klinik ni beroperasi walaupun di hari minggu tapi aku rasa tahap kebersihan mesti la kena jaga kan...ni lak lagi klinik yang deal dengan budak2 kecik dan ibu2 mengandung yang banyak risiko ni...aku cari peti cadangan pun tak nampak lak...letak tempat tersorok kot...hehehe...

lepas tu rutin la kan...check BP, hb (yg x leh buat kat klinik kempadang hari tu) dan check blood for HIV rutin...lepas tu jumpa dr utk scan bb...sebenarnya part ni yg buat aku susah hati...korang nak tau nape..aku rasa tak sedap hati beberapa hari ni...sebabnya aku tgk perut aku cam tak naik2..tak de perubahan apa2 pun...so cam pelik gak kan...ada tak ye anak aku dalam tu....tp alhamdulillah lepas dr scan nampak dah dia dah ada jari semua..alahai kiutnya...dah 3 kali lebih besar dr gambar aku penah paste kat sini dulu...gambar scan kali ni x sempat nak snap sbb dr nak cepat2 sbb ramai patient...so lain kali ek...as lon as dia sihat aku lega...

ada inciden masa misi nak ambik darah, ada la sorang pelatih belajor ambik darah..dia ambik darah aku lak tu...dah la aku ni gerun sikit tgk jarum besor tu..nama aje dr haiwan...org ambik darah pun takut...hahaha...lepas tu dah la budak tu tak masuk jarum habis kat tangan aku...lepas tu masa dia tarik keluar leh darah tu keluar dr jarum menitik2 kat atas tangan aku..alahai...nasib baik je aku tak tumbang terus tau..aku control cool je...padahal...aduhai...dlm ati ni jgn ambik darah aku lagi la dik oiiii....

ni hasil checkup kali ni,

hb: 13.2
BP: 110/70
berat :61kg (makin turun 0.2kg dr yg lepas)
anak: alhamdulillah sihat
hiv: negative

lepas aku check up..abis dalam kul 12 tengahari gitu...kami terus gi beli katil anak bujang aku..so sekarang ni semua leh tidur atas katil...sebelum ni kitorang tidur kat bawa walaupun ada katil sbb takut hakimi tergolek ke bawah katil...

lepas tu ambik hakimi gi giant, makan2 atau nyum2 kata hakimi....shopping sakan kat giant dan balik rumah...masa kuar giant tu dah kul 3.30ptg..
aku kira2 sempat lagi kami gi kunjung ke Dino Trek nak tengok dinosor lak..tapi sekali jem dah...sampai2 je kat yayasan tu dah kul 4.15 ptg..tetiba hakimi lak berak..terpaksa balik rumah dulu basuh berak semua dan kuar balik...sampai kat pagar Yayasan tu dah kul 4.45 ptg...terlepas peluang nak tengok sbb dia dah tutup kul 4.30 ptg tadi lagi..kecewa tul aku...shah siap nak pujuk2 aku lagi...ala ummi sampai tahun depan tu pameran dia...dah tu apa lagi..balik rumah la...sesi mengemas barang dapur lak...

MOGTT check up - versi tak jadi

memula aku nak cite pasal MOGTT versi tak jadi ni... hari tu 17hb nov 09, aku dengan bersemangatnya berpuasa start kul 10 mlm tu tak makan apa2...pasalnya esok aku kena buat MOGTT kat KD kempadang...MOGTT ni stand for modified oral glucose tolerance test...
alasan kena buat pasal mak aku ada history pesakit diabetes, jantung dan darah tinggi..kiranya full package la...hehe..dulu masa aku ngandung hakimi pun kena buat jugak...tapi masa tu result negative...so selamat...

ingat kali ni nak tipu je..kata aku takde keluarga yg ada sejarah apa2 penyakit pun...pasalnya? tak sanggup la nak minum air gula tu...cam nak termuntah aku dibuatnya..tp memikirkan benda2 cam ni berisiko maka tak jadi la aku berbohong...aku dah halau tau setan tu jauh2...hehehe...

sesampai aku kat klinik, hulur kad semua siap paking baik punya depan tv...siap bawak bekal lagi tau...almaklumlah aku kul 8 dah makan ni nak kena puasa lagi 2 jam lebih kurang...fuyoo..lama lagi tu...dalam 10 min lepas tu misi panggil.. awak datang utk mogtt je kan? aku jawab a'ah...semalam kita ada call tp tak angkat..kami nak bagitau test tak jadi sebab takde sugar...tarikh akan datang kami akan bagitau kemudian ye...

terus pastu aku tepon shah, nasib baik dia tak jauh leh pusing ambik aku lak...baru aku ingat ada 3 misscalled semalam masa aku tgh buat kes kat pm room tapi aku tak tau sapa..aku call balik tapi no busy...so aku ignore je la...klinik rupenya...looorrr...bekal aku la...dalam keta gak aku makan....hehehe...

update..update..update..

pagi ni nak mula menaip entry balik setelah 2 minggu ku tinggalkan...2 minggu ni ni dihujani macam2 halangan...kepala sakit berminggu2 dan broadband yang macam apa dlm 2 minggu ni...sbb musim hujan ni kot...dan akhirnya hari ni aku menaip semula...dan hari ni ada beberapa entry aku nak masukkan..

entry pertama, staff kami azizul meninggalkan kami secara rasminya pada 13hb nov 09 kerana diminta melaporkan diri pada 15hb nov 09 di MVK bukit tengah...kesian dgn azizul ni..mintak tangguh 2 bulan pun tak dapat....hari jumaat tu kami buat majlis perpisahan utk dia...semua diminta buat ucapan...aku...? sempat cakap terima kasih pd dia dan air mata tak tertahan lepas tu....sadis wooo....

jadi bermula 16hb nov 09 baru ni aku dapat staff baru....alahai...ni yang letih nak cite ni....kami kat sini tgh berhempas pulas nak menjayakan persijilan ISO ...tetiba lak staff kena tukar...dah la banyak method yang melibatkan seksyen bakteriologi yang aku jaga...aduhai...akit kepala....betul selama 2 minggu lepas sakit kepala yang amat sangat menyerang aku....sampai tak leh tidur..tak leh pikir...semua tak leh la....nak makan ubat takut lak ada kesan sampingan kat baby yang baru je bape minggu nak hidup ni...sian kat dia...

naik minggu kedua lak staff baru amik cuti belajor...adoiiii...lagi la macam terhentak makcik ni....tak daya la...minggu kedua lak mula LA mengadu yg PPS baru tak kenal organ dan banyak procedure dia tak tau...Ya Allah...dugaan lagi.... tabahkan hati hambamu ini ya Allah...

aku ingat lagi surat reject azizul punya penangguhan tu...siap tulis penangguhan ini akan menyebabkan masalah pada operasi MVK bukit tengah..peh....sekarang ni sapa lak nak jawab masalah operasi kat MVK kuantan ni???

dah la auditor tetiba bg date utk ascessment bln 2..haru betul....tp pagi ni aku lega sikit rayuan utk tangguh ascessment tu ke bln 3 atau 4 berjaya...alhamdulillah...so sebelum aku bersalin ni kena pulun dulu la...