mainan baru ummi - Cerita Ita                                                             mainan baru ummi Langkau ke kandungan utama

mainan baru ummi

mainan ni sebenarnya aku dah booking lama dah...

yang aku nye dari tahun lepas lagi masa tu beria2 nak ngandung lagi...ye la aku plan nak bersalin tahun ni tau...tp tu la kan rezeki mana leh jangka...

lepas seketika masalah kewangan lak..jadi benda ni tergantung je lepas buat bayaran separuh...nasib baik penjual tu ok...alhamdulillah ada rezeki aku lagi tu....bulan ni aku dapat buat bayaran keseluruhan dan akhirnya barang selamat dihantar...

sampai je rumah, aku terus menerai barang ni...tak sabo noo rasanya...

ni la barangnya.....tarra...
tu dia...mainan aku sebenarnya ialah breastpump...set spectra 3...
gambar kat bawah tu ialah peralatan yang ada dalam beg tu...comel beg tu...

mesti korang pelik nape aku nak beli benda alah ni kan...masa hakimi lahir dulu aku betul2 buta pasal breastfeeding...ye la orang first time beranak mana nak tau kan..masa tu lak buta IT..tambah teruk lagi la...lahir je hakimi aku tumpah darah yang teruk...lepas tu lemah sesangat...dok lak spital sorang2 mana la ada orang yang nak ingatkan susukan anak setiap 2 jam...bodoh betul aku masa tu...aku susukan hakimi lepas lahir dan bila dia bangun tidur je...dah la hakimi asyik tidur je...mungkin sebab ubat yang aku sedut untuk tahan sakit masa nak bersalin kerana proses yang terlalu lama tu...

sampai je umah lepas kuar spital hakimi dah tak mau minum susu badan...aku lak beli la pam susu yang cikai2 je...masa tu tak tau apa2 kan...mula la berdarah2 puting aku..sakitnya tuhan je yang tau...last2 hakimi terus tak nak menyusu...aku lak berurut dengan bidan semua tak jalan...takde langsung susu badan yang keluar..korang mesti pelik kan bila aku cite..ye la saiz aku nye je dah double triple dr orang lain kan...hehehe..anugerah Illahi...tp tu la Dia nak uji aku lak sampai aku tak mampu bagi susu kat anak aku...sehari tu je la hakimi dapat...lepas2 tu tarak...sebab tu bila dia dah besar ni selalu kena sakit aku tak heran...budak tak cukup colostrum kan...tuhan je tau apa aku rasa...sedih tau..anak orang leh bergantung dengan mak dia..anak aku bergantung dengan botol...umur 7 hari dah pandai pegang botol sendiri...menitis air mata aku masa tu...hish..tak leh nak kenang2 la..buat aku sedih je...

sebab tu aku ambik keputusan sebelum aku ngandung lagi nak beli pam yang bagus supaya aku leh susukan anak aku sebaik mungkin...at least 2 tahun ke...insyallah...semoga Allah makbulkan doa aku...korang semua pun doakan aku ye....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat