Jun 2009 - Cerita Ita                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2009

Colour baru...

semalam kami beli colour pencil baru untuk hakimi...seronok betul dia..sampai-sampai rumah je terus cari note pad dia...meniarap kat depan tv sambil menconteng dengan kaler baru... sebenarnya sebelum ni tak terpikir pun nak belikan kaler ni tapi masa last friday aku gi shell beli nak beli air..tapi tetiba lak nampak milo dalam kotak..beli 2 free kaler dalam bekas bulat..aku tengok comel bekas tu jadi aku pun belilah...rupa-rupanya ada orang yang suka sangat dengan kaler tu...hehe..tak sia-sia membeli...baru bagi tak sampai setengah jam dah tumpul...hehe..excited betul...tu yang semalam beli kaler yang baru dan yang warna dia ok sikit dari kaler free tu...hehe..sampai nak gi sekolah pun nak bawak gak...terpaksa la umi dan ayah tipu..memula masuk dalam bakul baju dia tapi last-last ambik balik..hahaha...harap-harap dia tak teringat la....

Lanchang, Raub, Pahang.

Minggu lepas seminggu aku kena gi kursus kat lanchang, raub, pahang. kursus ni more to epidemiological study...peh letih...siang malam ada kelas..tp so far ok banyak benda yang leh review, almaklumlah lecturer yg ajar dulu yang ajar.. hehe banyak tak ingat dah...kursus ni diorang buat kat dalam hutan simpan kuala krau..kat institut biodiversiti perhilitan..jauh tul masuk dalam tapi makanan sedap so tak terasa la.. kesian shah kena tinggal dgn kimi kat umah berdua je..masa aku nak gi ari isnin tu kimi demam, selsema + batuk lagi...shah bawak dia gi klinik petang isnin tu...lepas tu sampai hari khamis kimi dah ok, shah lak yang demam...hehe demam rindu kot...kesian abg kena jaga anak sampai demam-demam ye.. petang khamis tu penganjur bawak kami gi pusat pemuliharaan gajah, kuala gandah..best sangat kat sini...ada 4 aktiviti leh buat kat sini...memula leh bagi gajah makan, buah-buahan diorang dah sediakan..pastu leh tunggang gajah..aku try 2 aktiviti ni..bagi makan ok..tapi geli sikit mul

Trip Raub

Hari Sabtu lepas kami sekeluarga balik ke Raub. Raub ni sebenarnya kg shah sebelah arwah abah dia. Dulu-dulu shah selalu balik kg dgn arwah abah tapi semenjak arwah abah dah takde jarang dia balik sini. Lepas aku kawin dengan shah kami cuma balik sekali je dulu…lepas kami nikah. Lepas tu terus tak balik-balik lagi. Jadi kali ni kami balik sebab nak pegi kenduri kawin sepupu shah sambil bawak si kecik, hakimi..bior dia leh kenal semua ahli keluarga dia… programnya pun bermula petang jumaat tu, kami dah siap kemas barang dari malam jumaat lagi…senang sikit…petang jumaat leh terus jalan.. Gerak dari rumah dalam kul 6 lebih…sampai kat lebuhraya pantai timur tu tak tau nak ambik simpang kuar kat mana…maklumlah dah 3 tahun tak balik…dulu masa balik 2006 tu pun shah ikut jalan biasa sebab banyak rumah sedara nak kena singgah…kami nekad je la masuk ikut simpang lancing/raub…rupa-rupanya jauh la pulak nak sampai raub dari situ…kalau kami tau terus je kuar ikut simpang bentong…masa masuk simpang