Logo KBBA

Khamis, 16 Julai 2009

tips untuk bg anak makan...

yg post kali ni untuk kawan2 yang ada masalah senasib dengan aku..

masalah anak yang tak mau makan...cam hakimi la...

dulu aku cuba macam2...bila tau dia suka makan lobak aku masak..masuk hari kedua dah taknak...sawi..bayam...cam tu gak...dia suka makan mee..tak kira la mee apa pun...aku pun masukkan sayur campur cam kacang, lobak dan jagung tu semua...sekali dia makan sayur je la...mee tu dah macam tak sedap lak...
bagi vitamin lak..mcm2 dah aku bg...aku rasa sampai lebih dose kot 1 hari...tapi selera dia cam tu gak...

sekarang ni aku dah tau mcmana nak selesaikan...yang ni untuk anak aku la..
perhatian kepada ibubapa yang ingin menggunakan tips ini untuk anak mereka, seperti yang anda tahu pembesaran bebudak ni lain ok...hehe..

1.skrg bila dah sampai waktu makan aku tak akan bagi susu...bior pun dia mintak...
2.bila sampai time makan aku pasang dvd cite katun yang dia suka..tak kira la..dora ke...apa ke..
3. aku bior je dia makan sendiri...yg ni dah lama praktis..mmg hari2 keja aku kena mop lantai..
4. bila dia tengah leka tengok tv sambil nyanyi2 versi hakimi tu...aku sambil2 suap sekali ke mulut dia...suap banyak2 sikit...hehe...
5. kalau bagi dia makan mee lak...aku kena tiru makan cam iklan maggi tu...siap hirup mangkuk...mula la dia datang sama nak hirup...pastu kata...dapppp...sedapla tu...hehe..
6. pastu aku saje je biskut dan ajak dia cicah2 dengan air...memula dia main je...lelama dia makan gak...
7. dia suka makan jajan sambil tengok tv...sekarang aku tukar jajan jadi cornflake @ honeystar @ coco crunch...
8. aku sentiasa ada bekal biskut dan air kotak dlm keta...dia akan makan lebih sikit kalau tgh jln..

yg lelain aku akan update dari masa ke semasa k..

Supplement untuk diet...

salam semua..dah lama aku tak update blog ni...sejak hari sabtu hari tu...ahad tak sempat..isnin pun tak sempat..selasa dan rabu ada seminar patho...kali ni seminar ni dianjurkan di kuantan so kami kena la prepare untuk semua persediaan seminar tu...alhamdulillah semua orang berpuashati dengan persiapan dan perjalanan majlis cuma paper untuk present je kurang...azam aku mulai sekarang kena ada at least 1 paper untuk present kat seminar ni...seminar akan datang bln oct ni lak...so..get ready ita...

sebenarnya bukan sal seminar ni yang aku nak bincangkan kali ni...sempena sekarang ni aku berazam nak kuruskan badan..ada la ramai yang syorkan aku produk untuk kurus ni...ada yang murah dan ada yang harga di sampai ceceah beratus2 ringgit...

dengan itu aku pun buat la survey sikit2 tentang produk2 ni...antaranya yang tengah hangat sekarang ni...biodex dan jus mate 5..

untuk kengkawan yang tengah makan produk ni aku nasihatkan korang berhenti la guna produk ni dengan segera...sebabnya hasil dari kajian yang aku buat sendiri dan info yang aku dapat...

1. biodex - produk ni dah dibanned pun kat malaysia ni...kalau korang tengok kat TV9 yang pepagi tu...aku tak ingat lak pagi bila...tapi diorang jemput panel dari kementerian kesihatan...dia kata produk biodex utk slim yang dia display kat atas meja bersama2 produk lain tu...banyak lagi woo...aku pun tak ingat semua...ada mengandungi sibutramine...

ni yg aku dapat mengenai sibutramine ni..

Sibutramine is manufactured by Abbott Laboratories. It is classified as a Schedule IV controlled substance in the United States, despite having virtually no potential for abuse (due to its lack of appreciable dopaminergic effects). It is likely that the compound's use as an anorectic is the sole reason is it classified as a controlled drug, as "overprescription" of anorectics (as a class) in the mid-20th century resulted in a number of cases of abuse or addiction.

sibutramine juga boleh menyebabkan penggunanya mengalami kesan seperti:
aku tak larat nak tulis...hehe

Frequently encountered side effects are: dry mouth, paradoxically increased appetite, nausea, strange taste in the mouth, upset stomach, constipation, trouble sleeping, dizziness, drowsiness, menstrual cramps/pain, headache, flushing, or joint/muscle pain.
Sibutramine can substantially increase
blood pressure and pulse in some patients. Therefore all patients treated with sibutramine should have regular monitoring of blood pressure and pulse.
The following side effects are infrequent but serious and require immediate medical attention:
cardiac arrhythmias, paresthesia, mental/mood changes (e.g., excitement, restlessness, confusion, depression, rare thoughts of suicide).
Symptoms that require urgent medical attention are
seizures, problems urinating, abnormal bruising or bleeding, melena, hematemesis, jaundice, fever and rigors, chest pain, hemiplegia, abnormal vision, dyspnea and edema.
Currently, no case of
pulmonary hypertension has been noted, although related compounds (such as Fen-Phen) have shown this rare but clinically significant problem.

2. jus mate 5

yg ni kandungan utama dia adalah seperti berikut:

Ramuan Utama Jus Diet Mate 5

1. Garcinia Cambogia (HCA)
Hydroxycitric Asid (HCA) yang terdapat daripada buahan Garcinia Cambogia sangat berkesan untuk menghalang pembetukkan lemak disamping bertindak mengaktifkan badan untuk menukar karbohidrat kepada tenaga dan bukannya lemak. Ianya juga begitu berkesan untuk bertindak mengawal selera makan.

memang betul tu...
tapi HCA ini juga berpotensi menyebabkan hepatoxic ( toxic pada hati).
ini bermakna dengan menggunakan produk ini secara berterusan boleh menyebabkan kerosakan hati yang teruk di kemudian hari...
ini yang teramat penting untuk semua tahu...

Kebaikan Garcinia Cambogia:
Berkesan mengurangkan berat badan
Menghalang selera makan
Menghalang pembentukan lemak
Mengurang kolesterol
Menambahkan tenaga
HCA dalam garcinia combogia amat berkesan menahan kegemukan selepas memiliki berat badan idaman
Merawat masalah kemurungan, susah tidur, migraine, gastrik, kencing manis, darah tinggi.

2. Hoodia Gardoni

Mengurangkan selera (tidak ingat makan langsung selama lebih 24 jam!!!)
Berkesan dalam mengurangkan pengambilan kalori
Memberi tenaga tambahan
Semulajadi dan selamat untuk diamalkan
Herba ini dihasilkan daripada pokok Kaktus dari Afrika

ejaan sebenarnya adalah Hoodia gordonii
tumbuhan ni memang digunakan sebagai appetite suppressant secara tradisional tapi lum ada kajian saintifik yang membuktikannya..yang penting tumbuhan ni dah jadi endangered species sekarang ni..

3. Guar Gum
Merupakan juga ramuan yang diperkaya dengan fiber.
Kebaikan Guar Gum:
Memberi rasa kenyang
Bertindak baik bagi mencuci usus
Membuang lemak, glukos dan racun dari usus
Menyihatkan usus
Menyihatkan jantung
Mengatasi masalah stroke

4. L-Carnitine
Merupakan satu ramuan yang begitu berkesan dalam pembakaran lemak (fat burner), menambahkan tenaga dan mengekalkan tahap kecergasan badan sepanjang hari. L-Carnitine merupakan ramuan yang sangat mujarab dalam program diet di mana ianya sangat effektif untuk mengurangkan rasa lapar dan letih.
Kebaikan L-Carnitine:
Menambahkan tenaga dan mengekalkan tahap kecergasan badan sepanjang hari
Ianya ramuan yang bagus bagi melindungi jantung, saraf dengan bertindak sebagai agen antioksida

natural source dia selalunya daripada worm...eeee...

5. Inulin
Satu ramuan yang diperkayakan dengan fiber daripada buah-buahan. Rasa yang manis tetapi tidak diserap kedalam badan.
Kebaikan Inulin:
Bagus untuk kencing manis
Memberi tenaga tambahan
Meningkatkan kadar metabolisme badan

6. Soy Protein
Soy protein adalah sumber daripada protein lengkap tanpa kolesterol menggantikan protein haiwan.
Kebaikan Soy Protein:
Ramuan tanpa kolesterol
bagus untuk penjagaan jantung
Soy protein melancarkan kitar haid dan kesuburan wanita


memang ada kebaikan yang ada pada setiap produk tu...aku tak nafikan yang tu tapi kita kena ambik tau jugak keburukannya...so kawan2 agak menakutkan kan...???
sebab tu aku pilih untuk makan secara sihat untuk kurus daripada makan benda2 yang tak berapa sihat kan.....hehehe..

Sabtu, 11 Julai 2009

Diet 10 Jul 09

pagi:
aku makan 2 keping roti + lempuk durian

tengahari:
Oat + sayur kangkung + ikan masak lemak


petang:
sama sarapan pagi

malam:
buah jambu sebiji + asam

horeey takde nasi lagi hari ni...

Jumaat, 10 Julai 2009

Gambar terbaru


ada orang tanya aku nape aku kata aku dah gemuk...ni aku upload gambo terbaru aku...tengok la...mana lebih besar...aku ke atau gajah tu....jawab..jawab....

Diet 9 Jul 09

pagi:
pagi semalam aku tak tahan tengok laksam kat gerai makcik jkr tu...cam sedap je..so pagi aku makan laksam..hehe

tengahari:
hari ni aku try makan oat + sambal hiris kentang..jenuh nak ngabiskan...1 jam tu aku ambik masa utk 1/2 cawan oat je...aku tak tengok pun oat tu...kalau tengok terbayang cam muntah hakimi je...uweekkk...hish loya lak tekak aku...tapi aku berjaya menghabiskannya jugak...nasib la sambal tu pedas kalau tak aku tak dapat nak bayangkan apa yang akan terjadi....hehe....

petang:
aku tak makan apa-apa pun..

malam:
kit kat lagi sejoring...buah jambu batu 1 biji dgn asam...roti 2 keping cicah kuah lemak cili padi (kuah ikan yang aku masak utk shah)

alhamdulillah hari ni aku berjaya mengelakkan nasi...semoga aku berjaya untuk hari-hari seterusnya lak..amin...

Khamis, 9 Julai 2009

Diet 8 Jul 09

8 Jul 09

pagi :
aku dah beli kuih keria tapi tak sempat makan sebab nak gi jerantut cepat...simpan dalam beg..

tengahari :
makan nasi + ayam goreng cili padi + sayur petola masak air dengan soo hoon

petang :
makan kuih yang beli pagi tadi..hehe..shah offer apam balik...dan aku berjaya menolaknya...yeeehaaa...

malam:
cuma makan sejoring kit kat...lebih hakimi nye dalam peti..tak leh tahan la tengok...aku makan 1 je tau...patah lagi tu..ada lagi 2 joring aku tinggal dalam peti tu...
berjaya gak menahan diri dari makan mee goreng yang aku goreng untuk suami dan anak tersayang...huhu.....

Nak kurus!!!

ni azam aku mulai minggu ni...sebabnya balik kampung baru ni adik2 aku semua komplen dia kata angah dah gemuk...alamak...bukan aku nak kata ye ke? tapi nampak sangat ke? hehe...sekali aku timbang...haaah ambik ko dah 66kg ko! gila kalau dah macam ni kena turunkan berat badan...tak heran la nape la susah sangat nak dapat baby lagi sorang kot...berat noo badan ni haa..

berat aku dulu masa lepas spm 55kg...lepas tu masuk U..disebabkan belajo yang teramat susahnya dulu tu aku turun sampai 49kg...pastu keja...start keja mula la makan macam-macam...semua yang tak penah makan aku bedal...last2 berat aku naik sampai 55kg sampai la aku mengandung...masa ngandungkan hakimi berat aku paling tinggi pun cuma 59kg je...korang mesti tak caya kan? betul...dr sampai marah kat aku sebab berat tak naik...aku nak buat camana..bukan aku sesaja pun...lepas bersalin..berat aku turun balik tapi cuma susut 3kg je..jadi 56kg...lepas pantang aku makan pil perancang...lepas tu menjadik-jadik aku nye selera makan...sampai shah pun pelik...last aku berenti ambik pil tu bln 10 tahun lepas tapi yang lagi peliknya selera makan aku tak lak nak berenti sama tu...letih tul...sampai la sekarang semua baju aku kena beli saiz XL dan ke atas...

sebab tu aku bertekad NAK KURUS gak walau macamana cara sekalipun...semoga aku berjaya menunaikan hasrat murniku ini...doakan ye kawan-kawan...(walaupun hati kecil ku ini tak berapa nak merelakan untuk ku meninggalkan semua idaman kalbuku....aiskrim..chocholate...kek...ooowwh...tidak...)

selepas ni aku akan update diet setiap hari dan berat setiap minggu....chaiiiyok...chaiyok...

Selasa, 7 Julai 2009

Jumaat, 3 Julai 2009

camne nak masuk gambo?

aku dah try banyak kali dah...asyik tak leh je...camane nak masukkan gambo ye kawan2...aku tengok blog orang happening je...dengan gambor2 segala....tapi camane nak buat ek?

Khamis, 2 Julai 2009

Balik kampung dan kecoh kat umah kenduri

ni gambo bakal adik ipar aku

haa...tu la kek yg sikit lagi hakimi nak senggol tu...

along and the girls



aku bersama my SIL yg sporting giler...
hah..nampak kan aku dah gemuk?


uda, abah dan adik

hari jumaat lepas kami balik kampung aku kat kluang, johor...best sesangat sbb dah lama tak balik...bulan lepas kami tak balik sebab duit dah abis banyak masa gi kuching aritu..hehe...kali ni balik lama..nak balas dendam...hehe...dari khamis mlm jumaat sampai hari selasa baru balik...

balik kali ni lebih special lak sbb adik aku yang no 4, andak nak tunang...orang dekat je, 1 felda je...kalau jadi alamatnya menantu mak dah 2 orang dah orang situ gak...hehe..kalau merajuk senang nak balik umah mak bapak...lebih seronok lagi sebab semua adik-beradik ada...lebih seronok daripada raya je gayanya...macam2 yang kami nak makan mak aku masak...best2...hehehe...siap makan durian dan manggis puas2 lagi tu...

citer pasal andak tunang ni la yang aku nak cite kali ni...disebabkan shah kena keja hari sabtu dan ahad tu...dia cuma hantar aku mlm jumaat tu dan balik semula keesokkan harinya...andak pulak bertunang sabtu mlm ahad...jadi mlm andak bertunang tu tinggal la aku sorang2 kena jaga hakimi...
masa maghrib tu lagi dia dah buat hal..memula kami semua sibuk bentang tikar...dia terlari-lari...terjerit-jerit sana sini...dah macam histeria pun ada...suka sangat dia...semua orang tanya...nape dengan anak angah ni? aku lak cuma leh jawab entah... yelah selalu duk kat umah aku tu cuma ngadap muka aku dengan ayah dia je yang ada...nak buat perangai pun tak boleh kot...
lepas isyak tu orang dah mula berkumpul..masa tu aku dah siapkan dia dengan baju melayu siap pakai samping...hehe...ni penangan sebab dah ada orang cakap dia perempuan la ni...

bila orang dah masuk rumah ..duduk..hakimi pun gilir2 pegi salam semua atuk2 dan makcik2 yang ada kat situ...lepas salam satu orang dia letak dua2 tangan kat belakang cam YB sambil tengok2 sapa lagi yang nak bersalam dengan dia...peh mesti semua orang cakap berlagak tul anak angah....hish..hish..hish...nuras tul ayah dia budak ni...abis citer kat umah..

sampai kat umah tunang andak kami pun ambik posisi dekat dengan almari cantik pakcik tu...dia mula buat perangai lagi...masa ni hakimi sibuk lak nak bukak2 almari cantik tu...sibuk tunjuk2 motor dalam lemari tu...Ya Allah...masa ni aku rasa muka aku nak jadi hulk pun ye dah agaknya...dia sibuk jerit2...alamak...nak kuar pintu jauh la pulak...kami duduk dekat dengan kek hantaran tu...tetiba lak dia berlari pegi kat pakcik dia dekat dengan pintu...aiseh sikit lagi tersenggol kek tu...aduhai...tak dapat nak bayangkan muka kau masa tu...langsung sepatah haram ayat pak2 imam yang sibuk berbincang tu aku tak dengar...mata..telinga..semua la fokus kat hakimi je...

dah abis semua tu...masa makan lak...diorang hidang nasi beriani...sedap tul...baru perasan lak perut ni tak makan apa2 sebab sibuk tadi...ingat leh la makan...aku pun ambik lauk2 semua duduk kat kerusi...siap sedia 1 lagi kerusi utk hakimi...tengok2 hilang mana tah anak bertuah aku tadi ni...dia dah seronok2 berlari2 dengan bebudak lain...hampeh tul...aku makan2 lebih kurang je sbb dia dah mula main sorok2 celah2 motor dan keta yang ada kat laman...huh..letih tul...masa nak balik lak lagi satu hal dia taknak balik lak...aku tanggal selipar dia...dia pakat jerit2...yayah...yayah...tak payah la tu...aku masa tu dah tak peduli kat orang lagi dah...terus nak bawak balik...last2 sampai atas bukit sikt tetiba je dia babai semua orang...hehe...anak bertuah betul...

semua orang cakap bebudak memang camtu...tapi kalau shah ada dia tak buat camtu sebab takut dengan ayah dia...hish...kalau tanya aku lainkali kalau shah takde tobat aku tak nak gi dah...bior aku duduk rumah pun tak pe...