Logo KBBA

Khamis, 12 November 2009

DinoTrek 2

kelmarin on the way gi opis aku ada nampak banner yang gantung2 kat tiang lampu sepanjang jalan nak gi opis...biasa la aku yang kepochi ni kan...kalau nampak benda2 camtu mesti nak tengok dan baca...ye la nanti makcik ni tak tau cerita semasa lak kan...salah satu sebabnya sebab aku nampak gambo dinasour kat banner tu...huh...ni mesti cite best kan....cam biasa gak...aku paksa la shah bawak selow sikit sebab makcik ni nak baca apa yang tertulis kat situ...yang aku nampak cuma dia tulis bermula 11 nov 09 dibuka sampai kul 6.30 ptg dan waktu akhir untuk masuk kul 4.30 ptg...kat yayasan pahang...fuyoo...cam menarik ni...leh bawak hakimi tengok....

aku pun surf la kat tenet nak cari berita selanjutnya...aku cari kat yayasan pahang danini yang aku dapat...

MENGEMBARA KE ALAM PRASEJARAH BERSAMA PETROSAINS DINOTREK 2 DI KOMPLEKS YAYASAN PAHANG (YP)




Oleh: ZARINAH BINTI HAMID 05 Nov, 2009

Dinosaur kini di Kompleks YP! Dibawakan khusus untuk masyarakat di Negeri Pahang oleh Petrosains, Galeri Sains Petroleum yang terletak di Suria KLCC, Kuala Lumpur - pameran interaktif yang dinamakan DinoTrek2 ini memaparkan ciri-ciri unik termasuk sembilan dinosaur animatronik yang boleh dilihat secara lebih dekat. Antara bahan-bahan yang akan dipamerkan termasuklah dinosaur Maiasaurus, Protoceratops, Velociraptor, Spinosaurus dan Tyrannosaurus Rex.
Petrosains DinoTrek 2 ini direka khas untuk memupuk proses pemikiran secara kritikal bagi meneroka kemungkinan untuk mengetahui dan mempelajari dengan lebih lanjut tentang sejarah masa lampau bagi membolehkan kita membuat perbandingan di antara zaman prasejarah dan kajian-kajian yang telah dijalankan.
Pameran ini membolehkan pelawat meneroka, menyelidik teori dan fenomena menarik yang berlaku pada zaman prasejarah melalui pelbagai aktiviti dan bahan pameran yang menekankan pembelajaran secara ‘discovery learning’.
Selain itu pameran ini juga mempunyai 12 pameran interaktif yang membolehkan pengunjung-pengunjung bersama-sama keluarga belajar secara 'hands-on'. Antara yang menarik ialah Dino Dig, Dino Dance, Dino Puzzle dan Dino Quiz.
Berada di Kompleks YP bermula 11 November 2009 hingga 30 Jun 2010, pengunjung bolehlah melayari laman web www.petrosains.com.my untuk mendapatkan maklumat harga tiket dan lain-lain maklumat.
Pameran ini akan dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Adnan bin Haji Yaakob pada 10 November 2009. Kompleks YP dipilih sebagai destinasi pameran ini berdasarkan fungsi organisasi ini sebagai hub pengetahuan dan pendidikan masyarakat di Negeri Pahang.
lambat lagi nak abis tu...so kawan2 moh kita gi ramai2...

gaji nov 09 dipinda

pepagi ni aku bukak laman web AG..saje tengok2 kot ada perubahan tarikh gaji bulan ni...sakit tul nak tunggu gaji bulan ni pasal gaji bulan lepas diberi pada 8hb...bayangkan la nak menyampaikan 25hb tu...aduhai..lama nooo....

bila aku buka web dia ada tulis camni...

03/11/2009
Perubahan Tarikh Bayaran Gaji Bulan November 2009 daripada 25 November 2009 Kepada 23 November 2009

Dimaklumkan Hari Raya Aidiladha akan disambut pada 27 November 2009( Jumaat ). Oleh itu, tarikh pembayaran gaji bagi bulan November 2009 telah dipinda kepada 23 November 2009 ( Isnin ) bersesuaian dengan Arahan Perbendaharaan 105 (b) dan Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 6 Tahun 2004.


alhamdulillah lega hati den...hehe...sempat la nak belanja untuk raya haji dulu sebelum balik kg...

Isnin, 9 November 2009

tangkal..perlu ke ek?

tetiba lak hari ni aku terpikir lak nak letak cerita pasal tangkal..korang semua tau kan?
alkisah sebenarnya semalam aku berborak2 dengan makcik sebelah rumah cerita pasal anak menangis malam semua..last2 ada la makcik tu tersebut lepas buat tangkal..dia dah tak menangis lagi...

aku cam pelik gak..zaman sekarang ni ramai lagi yang percaya benda2 gini ek...aku lak tak bape percaya sebab mak abah aku pun bukan jenis percayakan tangkal2 ni semua...diorang kata leh memesongkan akidah je...

mak mertua aku pun masih percaya lagi tangkal2, jampi2 ni semua...sampai cucu2 dia demam pun sibuk suruh pegi jampi serapah semua tu..aku...? terpaksa la kan..nak jaga hati mertua..tapi dalam hati ko...tuhan je tau...dah la tok tu siap mintak ayam sekor la..siap rokok bagai...hantu dia yg nak ke cam nak nyedapkan perut dia je...last2 aku suh je shah beli ayam panggang giant..hehehe...aku kata kalau tok tu nak makan dah senang...tinggal cicah sos je...hehehe..jahat ye aku ni...?

siap aku perli2 lagi shah...sampai sekarang ni dia kalau mak dia sebut pasal air jampi ke apa ke dia buat tak tau je...sakit bawak klinik senang!...hehe

tapi amalan2 ni pada aku tak leh terima akal la...cam aku dulu ada ke dia suh aku duduk kat pintu dgn hakimi siap sapu2 dgn kain hitam..mulut dia lak tah baca apa2 tah...aku tak dengar sepatah haram pun...hehehe...ada yang siap buat tangkal ayat2 Quran...letak dlm kain hitam...lilit la kat lengan ke leher ke....pastu budak tu gi la bawak masuk tandas la..mana2 la...kan tak betul namanya tu kan...
abg aku pun penah ada masalah gak pasal tangkal ni...mak mertua dia siap buatkan tangkal pasal anak dia suka menangis malam2...datang abang aku dikeratnya tangkal tu...buang..hehe akak ipar aku tengok je...dia pun cam tak caya gak tapi ikutkan orang tua je...abg aku ni jenis mmg tak makan saman..dia tak kisah la nak jaga hati mertua ke apa ke...yang penting benda tahyul tu jangan ikut dia kata la kan...aku respek kat dia...sampai sekarang ni terbukti pun anak dia tu nangis pasal perut tak kenyang sebab alahan susu lembu...

jadi berbalik pada tangkal ni...korang percaya ke?

Jumaat, 6 November 2009

khas buat seorang teman

entry kali ni khas buat azizul, itu pun kalau2 dia terbaca blog aku ni...

azizul ni anak buah aku kat tempat keja merangkap rakan sekerja...hari isnin baru ni dia dapat surat kena tukar ke bukit tengah, penang...

aku nak cerita pun terasa sebaknya...tapi apa nak buat kan azizul..tuntutan tugas...
dia pekerja yang cukup rajin, dedikasi dan dapat markah cemerlang dr aku tiap thn...bukan sebab dia pandai bodek..tapi dia memang pandai keja...sanggup ot bebila masa pun..susah nak cari pekerja macam dia ni..
alhamdulillah aku diberi kesempatan bekerja dengan dia sejak bulan 7 thn 2007 hinggalah sekarang ni...
dia diperintahkan pindah pada 15hb ni..
mesti korang pelik kan..nape aku siap tulis cerita pasal dia kat sini...

sebabnya dia antara insan teraniaya...kesian kat dia...mangsa kepentingan diri orang lain...kami semua terkejut bila dia dimaklumkan kena pindah...mana tidaknya..dia belum confirm dan baru je balik dari kursus induksi..tetiba dapat surat kena berpindah 3 penjuru...alasannya sebab org yg lagi 2 penjuru tu yang mintak pindah dan secara langsung nama dia dinaikkan dan menjadi mangsa...kesian dia..sampai sekarang pun masih tak terurus sejak dengar makluman tu...

semalam aku berbincang dgn azizul, dia kata dia nak langsungkan perkahwinan dia insyallah dlm awal thn depan jadi dia nak mintak tangguh pertukaran selama 2 bulan...dia dah buat surat tp bos tak nak sokong...bila aku baca surat dia, patut la bos tak nak sokong sebab dia tulis alasan peribadi...aku suruh dia buat surat lain, suh dia masukkan alasan yg berkaitan dgn keja2 yang dia mesti selesaikan sebelum berpindah..lepas tu baru nampak sikit cahaya ceria dr muka dia...aku nak menulis pun terasa sebak dada aku ni haa...aku slow talk dgn dia..."ada ke budak2 tu tepon dia sebelum nak mintak tukar"...dia jawab dengan sedih.."ada doc tp cuma tanya saya nak tukar ke tak dan saya jawab tak..lepas tu tetiba lak sy dengar benda ni dah sampai ke KP"...sambung dia lagi..."yg saya sedih diorang tak tanya pun kalau2 saya nak timbangkan lagi..kalau tak leh la saya kata tunggu la dalam setahun ke tunggu saya settle hidup saya dulu..."
alahai..aku dengar pun sedih...terus aku kata.."awak hantar je la surat ni dulu cepat2..biar HQ tentukan.."

ini la manusia...aku pelik nape ada orang yang mcm ni...semua orang ada kepentingan tapi jangan la nak mengutamakan kepentingan diri sampai mengaitkan orang lain...itu tak bersih namanya...aku rasa orang yang buat benda ni tak fikir semua kesannya...
kesan yang utama...semua sahabat kat sini dan mula melabelkan 'dia' sebagai kawan makan kawan...itu sungguh tak baik untuk kerja dia..napelah benda2 macam ni tak bawak bincang betul2? kami kat sini ada post untuk C32..aku cadang kalau azizul dah confirm aku nak cadang kat bos suruh dia memangku jawatan tu..jadi C27 dah kosong dan anytime kalau ada orang nak datang dah boleh...sekarang ni apa sudah jadi?...

aku cuma berdoa apa yang terbaik untuk semua aje la buat masa ni..

untuk azizul,
jadikan ini salah satu ujian untuk berjaya....jangan sesekali jadikan ia halangan...mungkin ini takdir yang dah ditentukan dalam hidup awak...teruskan berjuang dan insyallah akan ada hasilnya nanti...kami disini sentiasa mendoakan yang terbaik buat awak..mana tau nanti bila naik pangkat awak leh balik semula ke sini...dan jalinan persahabatan tidak akan putus buat selama-lamanya...jangan lupa singgah sini kalau on the way ke pekan ye..

kata2 yang sy pinjam dari seorang kawan..."Kita pohon kekuatan,... Allah beri kesulitan utk jadikan kita kuat, Kita pohon keteguhan hati,... Allah beri kita masalah utk diatasi, Kita pohon keyakinan, Allah beri kita ujian utk memantapkan iman & jiwa,..... Kadangkala kita tidak dpt apa yang kita ingini,.... tapi bukankah kita sentiasa dpt apa yang kita perlukan...

1st check up

hari ni aku masuk opis lambat sikit, dah kul 9.45pg baru sampai opis sebab hari ni aku buat check up pertama untuk baby dalam perut ni...
untuk 1st ni agak lambat sikit la sebab nak tunggu misi tu tulis satu2 kat dalam buku pastu salin lak dalam buku satu lagi(copy klinik)..leceh tul kan...

masa aku datang tu awal..baru kul 8pg..biasalah kalau kat klinik desa ni selalu patient tak ramai jadi diorang rilek2 je lagi...aku dah ambik nombor semua...bawak hakimi dok kat kerusi, tetiba ada misi tu tanya nak buat buku ye? aku cakap ye..terus dia kata letak la ic ke..buku anak pertama ke dgn no tu sekali...oooo..mana la aku tau kan...diorang tak cakap..aku datang kat situ ambik no semua pakat tengok je...ada 4-5 misi kat situ..semua pakat tengok je....itu pun dia bunyi bila shah dah naik dan duduk dekat aku...shah kata dia nak sound je tadi...aku kata sabor bang..sabor....

dah tu dia suh aku amik air kencing semua...dah la hari hujan, tandas lak kat luar...tak mesra pengguna langsung..tandas kat dalam tu 'UNTUK STAFF SAHAJA'....biasalah kan...aku rasa kat opis aku ni takde lak tandas yang untuk staff saja...double standart betul kan...?

nak check hb mesin diorang lak rosak..jadi kena check kat klinik jln gambut lak...hari lain...
disebabkan sejarah mak aku ada penyakit pakej semua tu.aku kena la jalani ujian gak...
dia bg aku tarikh 18/11/09 ni suh datang lagi..
23/11/09 lak kat klinik jln gambut...
dan next appointment 7/12/09...

dan hasil check up hari ni...
kencing ada albumin sikit...diorang suh minum banyak air masak...
hb x tau
tekanan darah 110/60
tinggi 153.3cm
berat 61.2kg (eh aku dah kurus banyak la...ni mesti sebab x leh makan aritu)
lain2 ok..alhamdulillah...

lepas aku check berat aku check berat anak bujang aku sekali...buat dek je misi2 tu semua tengok...alahai berat hakimi cuma 10.7kg je...rasa badan dia cam dah naik banyak lepas tukar susu ni...rupanya x banyak mana pun...tapi alhamdulillah la dia masih sihat kan...

masa aku keluar dari klinik shah dan hakimi dah dalam keta...hakimi mengamuk tadi...habis semua biskut bear dia buang..last2 shah buat susu..lepak dalam keta...

Khamis, 5 November 2009

kena gi jalan? tp aku taknak..

semalam bos aku bg surat kena gi meeting kat bukit merah laketown resort...
ni la masalahnya...sebab aku tengah lemah2 gemalai ni kan...kalau disuruh pegi mana2 memang aku kalau leh tak nak la kan...

masalahnya..
pertama..aku akan menyusahkan orang je..sedangkan nak gi keja pun puas kena kerah dengan shah suh naik keta cepat2..aku bukan apa tak mau cepat tu..tak tahan tul la kena duduk dlm keta tu...macam2 bau aku hidu tah..kalau shah bawak laju2 sampai lantun2 kat dalam keta tu pun aku cepat2 sadarkan dia...kalau nak balik umah mak shah kat pekan pun aku bercinta dah rasanya...tah bape kali berenti tepi jalan nak muntah la...x leh tunduk2 la..x leh laju la...tu lum kira lagi nak berenti gi kencing la...ni kan pulak nak naik keta jabatan ke bukit merah tu...mau la en dollah berhenti ribu kali kot tengah jalan sebab aku...

kedua..gi sana nanti sure la kena duduk hotel kan..korang tau je la tekak org ngandung ni...ikan patin masak tempoyak yang aku suka sangat tu (sampai mak mertua aku siap simpan part yg lemak2 tu kat menantu dia ni..hehe) pun rasa loya sangat2 bila bau...tu baru baru..lum telan lagi..hari tu shah paksa aku jamah gak..last2 setengah jam tak keluar tandas tu..muntah sampai dah tak tau nak keluar apa dah...
ni yang paling buat aku risau..kalau kat hotel tu mestilah diorg masak speciality diorang kan...kalau lauk bukan2..maunya aku ni nak makan? alahai...lama lak tu..17hb sampai 20hb..tak daya la aku...

bos lak tanya leh gi tak? aku cepat2 kata tak nak...balik johor pun aku tangguh wei...nasib lamak aku nak kata aku lupa daratan ke apa..tapi aku betul2 tak sanggup...harap2 bos jgn la paksa aku pegi...amin..

Isnin, 2 November 2009

Mabuk dah takde....jom kita memasak..

alhamdulillah...lepas aku scan hari jumaat haritu cam dapat satu aura baru lak..mabuk pun kurang dah sekarang ni..cuma tak tahan buat lak hal terjaga2 memalam....kalau gi bilik air tu biasalah kan..mau 4-5 kali semalam tp kali ni terjaga lak sebab sakit badan..tak leh nak tidur...terkebil2 aku sesorang..toleh kiri hakimi tidur dgn lena...toleh kanan lak shah tgh sedap berdengkur....ni dah masuk 5 hari dah camni...kalau terus mau pitam aku dibuatnya...

ingatkan hari sabtu ahad baru ni kan cuti leh la tidur2 siang ke apa...tapi disebabkan tinggal rumah dengan hakimi...anak bujang aku ni mula la ajak akua bergasak sama dengan otromen2 dia tu...aduhai...tak layan kang kesian lak..ye la masa cuti2 ni la dia ada masa dengan aku kan...tapi mata makcik ni yang tak tahan...dah la malam tak leh tidur...siang pun tak leh nak cover gak....

tapi yang bestnya start hari sabtu hari tu aku dah leh masak..alhamdulillah...berasap dah dapur aku ni...lama sangat dah tak memasak...bawang pun dah nak tumbuh dah...
hari sabtu menu dia...sarapan tempe goreng cicah sambal kicap...tengahari lak ketam masak pedas, hakimi nye ketam masak sup...
bersilat shah dgn hakimi makan....sian aku tengok...hakimi lak tak henti2 kata sedap...sian anak aku...lama noo agaknya tak rasa masakan umi dia...

hari ahad aku buat sarapan roti telur....yang ni pun hakimi kata hmmmm...dap...alahai...
tengahari merangkap petang goreng udang dan sayur sawi goreng...

cadangnya hari ahad kami nak jalan2 ke pantai tengok orang main layang2...tapi bila shah balik keja dalam kul 3 lebih tu hakimi tidur lagi...jadi kami tunggu la dia bangun tidur...dah bangun dalam kul 5 lebih...hari lak macam nak hujan jadi secara tak langsung aktiviti dibatalkan...lepak2 kat rumah je la akhirnya...

tetiba terpikir lak hari ni nak masak apa ye.....