kelahiran - Cerita Ita                                                             kelahiran Langkau ke kandungan utama

kelahiran

Salam semua,

Maaf ye kalau korang pelik baca entry kali ni. Sebenarnya entry2 kali ni ditulis masa aku dalam pantang hari ke 10. Aku x dapat nak taip direct kat blog sebab ada masalah lak dengan netbook yang baru beli ni...dia x leh nak detect lak modem broadband aku tu..tah apa tak kena agaknya..semalam berjam shah menunggu kedai tu godeh2 tapi x leh gak..diorang suh rujuk kat celcom lak..error dia akan keluar bila kita nak autorun modem tu...ada x sesapa tau cara nak settle benda ni? Hari ni shah busy lak dia kata x sempat nak gi celcom. Lagi satu tokey kedai tu lak cicirkan modem aku tu kat kedai dia, tak masukkan sekali kat dlm beg netbook ni...maka x dapat la aku nak bertenet hari ni...


Untuk kali ni aku nak ceritakan detik-detik pada 21 Mei 2010 yang lepas, sudi2kan lah diri membaca ye...Alhamdulillah, Allah masih mendengar doa2ku dan kawan2 yang sangat mengambil berat dan turut mendoakan. Terima kasih semua.

21 Mei 2010 Jumaat

Jam 3.30 pagi, aku terjaga...rasa sakit cam contraction lak kat perut aku...tapi memula aku biarkan je..takut2 aku je yang perasan sendiri..yelah kan ada dalam 10 hari lagi kan due date anak dalam perut ni..aku pun lum ambik cuti lagi..cadangnya nak ambik cuti start minggu depan kalau lum bersalin lagi sebab macam dah x larat sangat dah bawak perut.

Kul 4 pagi sakit tu cam rasa makin kuat, aku mula x senang baring, rasa nak gi tandas lak...aku lepaskan hajat sesiap dah supaya harap2 anak tak terkeluar dengan najis cam hakimi dulu. Lepas tu aku habiskan masa dengan mengemas baju2 dan barang2 yang nak dibawa ke hospital. Masa ni aku rasa contraction dah 1x dalam 10 minit. Haa jangan x caya kalau aku cakap masa ni baru aku leh teringat sakit nak beranak tu camne tau...haha...ye la kan dah 3 thn lepas tu...

Kul 5 pagi, aku rendam sanggul fatimah yang aku pinjam dari kak rudi jiran akak ipar aku, kak ani...masa ni aku ingat nak ambik air dia buat air selusuh la, biar senang bersalin..masa aku rendam je dalam setengah jam dia kembang elok dalam besen tu...kak ani dah pesan kalau terasa sakit baru rendam...aku ikutkan je la...
dalam kul 6 lebih aku ambik air tu bubuh dalam tumbler untuk aku bawak ke hospital nanti...sambil tu aku minum gak sikit2..masa ni shah dah sedar dan di pelik tengok aku tengah dok sibuk mengemas barang2...aku cakap kat dia yang aku dah sakit...dia cam panik gak...dia tanya nak gi hospital sekarang ke? Aku kata x pe sakit x kuat lagi...

Kul 7 pagi, aku dah start sms semua org berkenaan di tempat keja inform yang aku x keja sbb dah mula sakit. Shah gi keja dengan hakimi naik motor je...selepas pesan mcam2 dengan aku..
Kul 7 pagi sampai kul 12 tengahari aku siap basuh baju...sidai baju...kemas rumah...sapu sampah...basuh pinggan...sambil menahan sakit yang datang sekejap2..aku ingat pesan org jdn duduk diam2 kalau dah rasa sakit...lagi aktif kita lagi mudah bersalin.

Kul 1 tengahari, aku dah rasa contraction 1x dlm masa 5 minit...sakit makin lama dan kerap..aku call shah mintak dia hantar hospital terus...dalam kul 2 petang dah sampai kat hospital..tapi tunggu giliran nak check dalam setengah jam gak...kul 2.45 ptg doc start buat test ECG kat anak...doc tu kata contraction tak kuat sangat..dalam 7 minit sekali...lepas tu jantung anak cam tidur je...dia reach 143 je paling tinggi...doc jangka dlm 150++ kalau nak bersalin...lepas tu doc tu bagi aku minum...tapi still sama...dia kata ok tapi dia nak check jalan dulu..bila dia check dia cam terkejut gak sebab masa tu dah bukak 5cm..doc start tanya aku ulang2 kali betul ke xde kaluar tanda lagi...lepas aku yakin xde dia check mmg dia kata still no puncture...lepas tu doc tu goyang2 perut aku suh bagi budak dalam perut ni jaga tapi masih camtu gak...dia buat iv line lak kat tangan kanan aku untuk masuk air, laju air tu, x perasan lak bape drop per sec tapi yang pasti mmg laju sampai tangan aku ni masih bengkak dan sakit sampai ke hari ni..

Kul 3.30 ptg..doc suh gerak terus ke labour room..aku inform shah kat luar, mintak dia belikan air milo untuk alas perut pasal dari tadi aku tak makan, takut xde tenaga nak teran lak nanti.

Kul 4.30 ptg, aku dah siap terbaring dalam labour room...masa ni jantung anak dah start increase ke 148-149..cuma contraction masih x kuat..masa ni aku masih leh senyum2 dgn doc dan nurse.

Kul 5.30 ptg, air mentuban dipecahkan...sakit makin kuat...tapi sekejap2 je...tapi heart rate anak dah makin kuat..sampai 155..masa ni dah x leh nak senyum2 dah..shah pun aku x bagi pegi jauh dah...suh pegang tangan aku je..

5 minit sblm kul 7 aku dah rasa cam nak meneran dah...bila nurse check je opening dah 8 cm...dia kata nak tolong buang air kencing dan jalan leh fully open...bila air kencing dah keluar masih x fully open tapi dia kata boleh kalau aku pandai teran...sudahnya kul 7 mlm aku start meneran...ok diorang kata dah leh nampak rambut dia...alhamdulillah dengan 3 kali teran dan dengan bantuan nurse2 yang aku paksa tekan kaki aku (hehe), aku berjaya melahirkan dengan selamatnya...dan lahirlah Ahmad Najmi Afiq pada jam 7.15 malam...

Ulasan

  1. Tahniah Ita,akhirnya beranak jugak kau setelah aku beranak..heheh..apapun selamat berpantang dan selamat menjaga baby baru...

    BalasPadam
  2. tahniah ta... selamat berpantang.... jangan lupa letak gambar baby yea...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat