Follow my blog with Bloglovin

Khamis, 10 Jun 2010

Susu Badan

Malam pertama aku bagi gak najmi susu badan tapi aku rasa mmg susu badan aku xde langsung masa tu..puas aku tekan2..perah2..mmg xde langsung..sian najmi isap dengan penuh perasan..puting aku pun jadi sakit..sudahnya nurse tolong bagi susu formula mlm tu..masa tu aku dah kecewa sangat2 dah sebab memikirkan usaha aku nak perah susu untuk anak sampai bila2 dia nak tu cam takleh jadi kenyataan je..
Esoknya aku leh kuar wad dlm kul 10 pagi...balik rumah aku try lagi bagi susu badan...masih cam xde apa yang keluar...sampai hari ahad, najmi lak kena demam...semalaman kami x tidur...tapi shah amat kuat meyokong aku untuk bagi susu badan..dia sanggup tolong aku bagi susu formula pakai syringe je..pastu aku tetap bagi najmi isap puting aku sambil aku lalukan susu ikut syringe kat celah2...
Sampai hari isnin, datanglah tukang urut yang aku dah booking untuk urut sepanjang 3 hari..dia tolong urut dada aku sekali..dia kata pundi susu aku tersumbat x lepas keluar..dia tolong urut bagi keluar...pastu dia tengok puting pun dia kata sumbat gak, dia tolong cungkil bagi keluar...lepas tu alhamdulillah susu badan aku turun mencurah2...rezeki najmi...
Tapi hari isnin tu aku bawak najmi ke hospital sebab demam dia kebah sikit je..risau jugak hati..masa kat rumah dah 38°C sampai kat hospital dah turun jadi 37.2°C..berkat aku jelum kepala dia dengan air asam jawa+beras+air batu yang tukang urut tu buat...
Masa kat hospital ni la datang ujian lagi kat aku...anak aku ditempatkan kat nursery untuk pengawasan rapi..jadi aku x leh duduk dekat dia..setiap 3 jam kena dtg bagi susu kat dia..masa ni susu aku baru je mula nak ada..najmi lak merajuk2 bila kena bagi susu ikut masa...mana x ye lum puas dah kena tinggal..lepas tu pepandai je nurse2 kat situ top up dengan susu formula..sian anak aku...aku sampai nangis2 ko kena dengan nurse2 kat situ...bila aku dah nangis baru diorang diam..benci aku!
Terpaksa lak aku perah susu dan simpan sampai waktu dia nak menyusu...masa ni dada aku dah bengkak dan sakit dah..macam nak demam pun ada...ni la kali pertama aku rasa camni..dulu masa hakimi, x dpat langsung nak menyusukan dia..perah2 pun dapat sikit je..agaknya masalah aku sama mcm ni cuma tukang urut dulu tu x bape pandai nak lerai mana yang sumbat2 agaknya...
Alhamdulillah masuk hari ni dah masuk hari ke 20 kami dan hari ke 14 najmi aku susukan dengan susu ibu... Cerita menarik lain

4 Luahan Ikhlas:

Ros Lina Ismail berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

salam.saya hadapi masalah yg sama mcm rozita.tp masih x jmpe tukang urut yg sesuai.boleh saya dpt kn no telefon tukang urut tersebut.di mana dia tinggal.terima kasih.

Ros Lina Ismail berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Rozita berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

boleh email saya di rozitaabdrahman@yahoo.com

Ros Lina Ismail berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

saya dh email ke rozita.masih menunggu balasan.terima kasih..