Follow my blog with Bloglovin

Khamis, 26 Ogos 2010

Selasa, 24 Ogos 2010

FADHILAT ZIKIR ASMAUL HUSNA

salam semua,
sempena bulan ramadhan ni elok la kita banyakkan berzikir kan? jadi kali ni aku nak kongsi benda2 kat bawah ni ye...

FADHILAT ZIKIR ASMAUL HUSNA

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sampaikanlah pesanKu biarpun satu ayat..."

Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Nabi s.a.w bersabda:"Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, iaitu 100 kurang satu. Siapa yang menghafalnya akan masuk syurga." dari Sahih Bukhari.

1. Allah

2. Ar-Rahman - Maha Pemurah

3. Ar-Rahim - Maha Penyayang

4. Al-Malik - Maha Merajai/Pemerintah

5. Al-Quddus - Maha Suci

6. As-Salam - Maha Penyelamat

7. Al-Mu'min - Maha Pengaman

8. Al-Muhaymin - Maha Pelindung/Penjaga

9. Al-‘Aziz - Maha Mulia/Perkasa

10. Al-Jabbar - Maha Pemaksa

11. Al-Mutakabbir - Maha Besar

12. Al-Khaliq - Maha Pencipta

13. Al-Bari' - Maha Perancang

14. Al-Musawwir - Maha Menjadikan Rupa Bentuk

15. Al-Ghaffar - Maha Pengampun

16. Al-Qahhar - Maha Menundukkan

17. Al-Wahhab - Maha Pemberi

18. Ar-Razzaq - Maha Pemberi Rezeki

19. Al-Fattah - Maha Pembuka

20. Al-‘Alim - Maha Mengetahui

21. Al-Qabid - Maha Penyempit Hidup

22. Al-Basit - Maha Pelapang Hidup

23. Al-Khafid - Maha Penghina

24. Ar-Rafi’ - Maha Tinggi

25. Al-Mu’iz - Maha Pemberi Kemuliaan/Kemenangan

26. Al-Muthil - Maha Merendahkan

27. As-Sami’ - Maha Mendengar

28. Al-Basir - Maha Melihat

29. Al-Hakam - Maha Menghukum

30. Al-‘Adl - Maha Adil

31. Al-Latif - Maha Halusi

32. Al-Khabir - Maha Waspada

33. Al-Halim - Maha Penyantun

34. Al-‘Azim - Maha Agong

35. Al-Ghafur - Maha Pengampun

36. Ash-Shakur - Maha Pengampun

37. Al-‘Aliyy - Maha Tinggi Martabat-Nya

38. Al-Kabir - Maha Besar

39. Al-Hafiz - Maha Pelindung

40. Al-Muqit - Maha Pemberi Keperluan

41. Al-Hasib - Maha Mencukupi

42. Aj-Jalil - Maha Luhur

43. Al-Karim - Maha Mulia

44. Ar-Raqib - Maha Pengawas

45. Al-Mujib - Maha Mengabulkan

46. Al-Wasi’ - Maha Luas Pemberian-Nya

47. Al-Hakim - Maha Bijaksana

48. Al-Wadud - Maha Pencinta

49. Al-Majid - Maha Mulia

50. Al-Ba’ith - Maha Membangkitkan

51. Ash-Shahid - Maha Menyaksikan

52. Al-Haqq - Maha Benar

53. Al-Wakil - Maha Berserah

54. Al-Qawiyy - Maha Memiliki Kekuatan

55. Al-Matin - Maha Sempurna Kekuatan-Nya

56. Al-Waliyy - Maha Melinuingi

57. Al-Hamid - Maha Terpuji

58. Al-Muhsi - Maha Menghitung

59. Al-Mubdi' - Maha Memulai/Pemula

60. Al-Mu’id - Maha Mengembalikan

61. Al-Muhyi - Maha Menghidupkan

62. Al-Mumit - Maha Mematikan

63. Al-Hayy - Maha Hidup

64. Al-Qayyum - Maha Berdiri Dengan Sendiri-Nya

65. Al-Wajid - Maha Menemukan

66. Al-Majid - Maha Mulia

67. Al-Wahid - Maha Esa

68. As-Samad - Maha Diminta

69. Al-Qadir - Maha Kuasa

70. Al-Muqtadir - Maha Menentukan

71. Al-Muqaddim - Maha Mendahulukan

72. Al-Mu'akhkhir - Maha Melambat-lambatkan

73. Al-'Awwal - Maha Pemulaan

74. Al-'Akhir - Maha Penghabisan

75. Az-Zahir - Maha Menyatakan

76. Al-Batin - Maha Tersembunyi

77. Al-Wali - Maha Menguasai Urusan

78. Al-Muta’ali - Maha Suci/Tinggi

79. Al-Barr - Maha Bagus (Sumber Segala Kelebihan)

80. At-Tawwab - Maha Penerima Taubat

81. Al-Muntaqim - Maha Penyiksa

82. Al-‘Afuww - Maha Pemaaf

83. Ar-Ra'uf - Maha Mengasihi

84. Malik Al-Mulk - Maha Pemilik Kekuasaan

85. Thul-Jalali wal-Ikram - Maha Pemilik Keagungan dan Kemuliaan

86. Al-Muqsit - Maha Mengadili

87. Aj-Jami’ - Maha Mengumpulkan

88. Al-Ghaniyy - Maha Kaya Raya

89. Al-Mughni - Maha Penberi Kekayaan

90. Al-Mani’ - Maha Membela/Menolak

91. Ad-Darr - Maha Pembuat Bahaya

92. An-Nafi’ - Maha Pemberi Manfaat

93. An-Nur - Maha Pemberi Cahaya

94. Al-Hadi - Maha Pemberi Petunjuk

95. Al-Badi’ - Maha Indah/Tiada Bandingan

96. Al-Baqi - Maha Kekal

97. Al-Warith - Maha Membahagi/Mewarisi

98. Ar-Rashid - Maha Pandai/Bijaksana

99. As-Sabur - Maha Penyabar

FADHILAT ZIKIR ASMAUL HUSNA

(fadhilat ini dipetik dari tajuk buku Khasiat Asmaul-Husna & Himpunan Ayat-Ayat Al-Quran, susunan : Abu Nur Husnina, keluaran Pustaka Ilmi).

1. "Ya Allah!" apabila dizikirkan 500 x setiap malam, lebih-lebih lagi selepas solat tahajjud atau solat sunat 2 rakaat mempunyai pengaruh yang besar di dalam mencapai segala yang dihajati.

2. "Ya Rahman!" apabila dizikirkan sesudah solat 5 waktu sebanyak 500x, maka hati kita akan menjadi terang, tenang & sifat-sifat pelupa & gugup akan hilang dengan izin Allah.

3. "Ya Rahim!" apabila dizikirkan sebanyak 100 x setiap hari, InsyaAllah kita akan mempunyai daya penarik yang besar sekali hingga manusia merasa cinta & kasih serta sayang terhadap kita.

4. "Ya Malik!" apabila dizikirkan sebanyak 121 x setiap pagi atau setelah tergelincirnya matahari, segala perkerjaan yang dilakukan setiap hari akan mendatangkan berkat & kekayaan yang diredhai Allah.

5. "Ya Quddus!" apabila dizikirkan sebanyak 100 x setiap pagi setelah tergelincir matahari, maka hati kita akan terjaga dari semua penyakit hati seperti sombong, iri hari, dengki dll.

6. "Ya Salam!" apabila dizikirkan sebanyak 136 x, InsyaAllah jasmani & rohani kita akan terhindar dari segala penyakit sehingga badan menjadi segar sihat & sejahtera.

7. "Ya Mukmin!" apabila dizikirkan sebanyak 236 x, InsyaAllah diri kita, keluarga & segala kekayaan yang dimiliki akan terpelihara & aman dari segala macam gangguan yang merosakkan.

8. "Ya Muhaimin!" apabila dizikirkan sebanyak 145 x sesudah solat fardhu Isyak, Insyaallah fikiran & hati kita akan menjadi terang & bersih.

9. "Ya 'Aziz!" apabila dizikirkan sebanyak 40 x sesudah solat subuh, InsyaAllah, kita akan menjadi orang yang mulia, disegani orang kerana penuh kewibawaan.

10."Ya Jabbar!" apabila dizikirkan sebanyak 226 x pagi & petang, semua musuh akan menjadi tunduk & patuh dengan izin Allah.

11. "Ya Mutakabbir!" apabila dizikirkan sebanyak 662 x, maka dengan kebijaksanaan bertindak, kita akan dapat menundukkan semua musuh, bahkan mereka akan menjadi pembantu yg setia.

12."Ya Khaliq!" dibaca mengikut kemampuan atau sebanyak 731x, InsyaAllah yang ingin otak cerdas, cepat menerima sesuatu pelajaran , amalan ini akan memberikan otak kita cerdas dan cepat tangkap (faham).

13."Ya Baarii'!" sekiranya kita berada didalam kesukaran atau sedang sakit, dibaca sebanyak 100 x selama 7 hari berturut-turut, InsyaAllah kita akan terlepas dari kesukaran & sembuh dari penyakit tersebut.

14."Ya Musawwir!" sekiranya seorang isteri yang sudah lama belum mempunyai anak, maka cubalah ikhtiar ini dengan berpuasa selama 7 hari dari hari Ahad hingga Sabtu. Di waktu hendak berbuka puasa, ambil segelas air & dibacakan "Ya Musawwir" sebanyak 21 x, kemudian diminum air tersebut untuk berbuka puasa. Bagi sang suami, hendaklah berbuat perkara yang sama tetapi hanya dengan berpuasa selama 3 hari. Kemudian pada waktu hendak berjimak, bacalah zikir ini sebanyak 10 x, InsyaAllah akan dikurniakan anak yang soleh.

15."Ya Ghaffaar!" sambil beri'tikaf (diam dalam masjid dalam keadaan suci) bacalah zikir ini sebanyak 100 x sambil menunggu masuknya waktu solat Jumaat, InsyaAllah akan diampunkan dosa-dosa kita.

16."Ya Qahhaar!" dizikir menurut kemampuan atau sebanyak 306 x, maka hati kita akan dijaga dari ketamakkan & kemewahan dunia & InsyaAllah orang-orang yang selalu memusuhi kita akan sedar & tunduk akhirnya.

17. "Ya Wahhaab!" dizikir sebanyak 100 x sesudah solat fardhu, barang siapa yang selalu didalam kesempitan, Insya Allah segala kesulitan atau kesempitan dalam soal apa pun akan hilang.

18. "Ya Razzaq!" dizikir mengikut kemampuan sesudah solat fardhu khususnya solat subuh, Insya Allah akan dipermudahkan rezeki yang halal & membawa berkat. Rezeki akan datang tanpa diduga!! tetapi perlulah dilakukan dengan ikhtiar yang zahir.

19. "Ya Fattah!" dizikir sebanyak 71 x sesudah selesai solat subuh, InsyAllah hati kita akan dibuka oleh Allah, sehingga mudah menerima nasihat agama.

20. "Ya 'Aalim!" dizikir sebanyak 100 x setiap kali selesai solat Maktubah, Insya Allah akan mendapat kemakrifatan yang sempurna.

21. "Ya Qaabidhu!" dizikirkan 100 x setiap hari, maka dirinya akan semakin dekat dengan Allah & terlepas dari segala bentuk ancaman.

22. "Ya Baasithu!" Bagi mereka yg berniaga atau mempunyai usaha2 lain, kuatkanlah usaha & berniaga itu dengan memperbanyakkan membaca zikir ini setiap hari, InsyaAllah rezeki akan menjadi murah.

23. "Ya Khaa'fidh!" dizikirkan sebanyak 500 x setiap hari, dalam keadaan suci, khusyuk & tawaduk, InsyaAllah segala maksud akan ditunaikan Allah. Juga apabila mempunyai musuh, musuh itu akan jatuh martabatnya.

24. "Ya Raafi!" dizikirkan setiap hari, baik siang atau malam sebanyak 70 x, InsyaAllah keselamatan harta benda di rumah, di kedai atau di tempat-tempat lain akan selamat & terhindar dari kecurian.

25. "Ya Mu'izz!" dizikirkan sebanyak 140 x setiap hari, Insya Allah akan memperolehi kewibawaan yang besar terutama ketua-ketua jabatan atau perniagaan.

26. "Ya Muzill!" Perbanyakkanlah zikir ini setiap hari, sekiranya ada orang berhutang kepada kita & sukar untuk memintanya, InsyaAllah si penghutang akan sedar & membayar hutangnya kembali.

27. "Ya Samii'!" Sekiranya inginkan doa kita makbul & pendengaran telinga kita tajam, biasakanlah zikir ini setiap hari menurut kemampuan, lebih-lebih lagi sesudah solah Dhuha, InsyaAllah doa akan mustajab.

28. "Ya Bashiir!" Dizikirkan sebanyak 100 x sebelum solat Jumaat, InsyaAllah akan menjadikan kita terang hati, cerdas otak & selalu diberikan taufik & hidayah dari Allah.

29. "Ya Hakam!" dizikirkan sebanyak 68 x pada tengah malam dalam keadaan suci, InsyaAllah dapat membuka hati seseorang itu mudah menerima ilmu-ilmu agama & membantu kecepatan mempelajari ilmu-ilmu agama.

30. "Ya Adllu!" dizikirkan sebanyak 104 x setiap hari sesudah selesai solat 5 waktu, InsyaAllah diri kita selalu dapat berlaku adil.

31. "Ya Lathiif!" Dengan memperbanyakkan zikir ini mengikut kemampuan, InsyaAllah bagi para peniaga, ikhtiar ini akan menjadikan barangan jualannya menjadi laris & maju.

32. "Ya Khabiir!" Dengan memperbanyakkan zikir ini setiap hari, terkandung faedah yang teramat banyak sekali sesuai dengan maksud zikir ini antara lain faedahnya ialah dapat bertemu dengan teman atau anak yang telah terpisah sekian lama.

33. "Ya Haliim!" Dizikirkan sebanyak 88 x selepas solat lima waktu, bagi mereka yang mempunyai kedudukan di dalam pemerintahan, syarikat atau apa saja, InsyaAllah dipastikan kedudukannya tidak akan dicabar atau diungkit-ungkit atau tergugat.

34. "Ya 'Aziim!" dizikirkan sebanyak 12 x setiap hari untuk orang yang sekian lama menderitai sakit, InsyaAllah akan sembuh. Juga apabila dibaca 12 x kemudian ditiupkan pada tangan lalu diusap-usap pada seluruh badan, maka dengan izin Allah akan terhindar dari gangguan jin, jin syaitan & sebagainya.

35. "Ya Ghafuur!" bagi orang yang bertaubat, hendaklah memperbanyakkan zikir ini dengan mengakui dosa-dosa & beriktikad untuk tidak mengulanginya, InsyaAllah akan diterima taubatnya oleh Allah.

36. "Ya Syakuur!" dizikirkan sebanyak 40 x sehabis solat hajat, sebagai pengucapan terima kasih kepada Allah, InsyaAllah semua hajat kita akan dimakbulkan Allah. Lakukanlah setiap kali kita mempunyai hajat yang penting & terdesak.

37. "Ya 'Aliy!" Untuk mencerdaskan otak anak kita yang bebal, tulislah zikir ini sebanyak 110 x (** di dalam bahasa Arab bukan Bahasa Malaysia!!) lalu direndam pada air yang dingin & diberikan si anak meminumnya, InsyaAllah lama kelamaan otak si anak itu akan berubah cemerlang & tidak dungu lagi. InsyaAllah mujarab.

38. "Ya Kabiir!" Bagi seseorang yang kedudukannya telah dirampas atau dilucut gara-gara sesuatu fitnah, maka bacalah zikir ini sebanyak 1,000 x selama 7 hari berturut-turut dalam keadaan suci sebagai pengaduan kepada Allah. Lakukanlah sesudah solat malam (tahajud atau hajat).

39. "Ya Hafiiz!" dizikir sebanyak 99 x, InsyaAllah diri kita akan terlindung dari gangguan binatang buas terutamanya apabila kita berada di dalam hutan.

40. "Ya Muqiit!" Sekiranya kita berada di dalam kelaparan seperti ketika sesat di dalam hutan atau di mana sahaja sehingga sukar untuk mendapatkan bekalan makanan, maka perbanyakkan zikir ini. InsyaAllah badan kita akan menjadi kuat & segar kerana rasa lapar akan hilang.

41. "Ya Hasiib!" Untuk memperteguhkan kedudukan yang telah kita jawat, amalkan zikir ini sebanyak 777 x sebelum matahari terbit & selepas solat Maghrib, InsyaAllah akan meneguhkan kedudukan kita tanpa sebarang gangguan.

42. "Ya Jaliil!" Barangsiapa mengamalkan zikir ini pada sepertiga malam yang terakhir, InsyaAllah kita akan mendapati perubahaan yang mengkagumkan - perniagaan akan bertambah maju. Andai seorang pegawai, maka tanpa disedari kedudukan kita akan lebih tinggi dan terhormat & begitulah seterusnya dengan izin Allah.

43. "Ya Kariim!" Untuk mencapai darjat yang tinggi & mulia di dunia mahupun di akhirat kelak, maka amalkan zikir ini sebanyak 280 x ketika hendak masuk tidur. Nescaya Allah akan mengangkat darjat mereka yang mengamalkan zikir ini.

44. "Ya Raqiib!" Bagi meminta pertolongan kepada Allah terhadap penjagaan barang yang dikhuatirkan, maka zikirkan sebanyak 50 x setiap hari dengan niat agar barang-barang yang dikhuatirkan yang berada di tempat yang jauh & sukar dijaga terhindar dari sebarang kecurian mahupun gangguan lainnya. Bertawakkal & yakinlah kepada Allah. InsyaAllah....

45. "Ya Mujiib!" Sesungguhnya Allah adalah Zat yang menerima doa hambaNya & agar doa kita mustajab & selalu diterima Allah, hendaklah mengamalkan zikir ini sebanyak 55 x sesudah solat subuh. Insyaallah Tuhan akan mengabulkan doa kita.

46. "Ya Waasi!" Apabila di dalam kesulitan maka amalkan zikir ini sebanyak 128 x setiap pagi & petang, InsyaAllah segala kesulitan akan hilang berkat pertolongan Allah. Andai zikir ini sentiasa diamalkan, InsyaAllah Tuhan akan menjaga kita dari hasad dengki sesama makhluk.

47. "Ya Hakiim!" Bagi pelajar atau sesiapa sahaja yang memperbanyakkan zikir ini setiap hari, InsyaAllah akalnya akan menjadi cerdas & lancar didalam menghafal & mengikuti pelajaran. Amalkanlah sekurang-kurangnya 300x setiap hari.

48. "Ya Waduud!" Amalkan zikir ini sebanyak 11,000 x pada setiap malam. InsyaAllah kita akan menjadi insan yang sentiasa bernasib baik, disayangi & rumahtangga kita akan sentiasa berada didalam keadaan harmoni.

49. "Ya Majiid!" Untuk ketenteraman keluarga di mana setiap anggota keluarga sentiasa menyayangi & menghormati & khasnya kita sebagai ketua keluarga, maka amalkan zikir ini sebanyak 99 x, sesudah itu hembuskan kedua belah tapak tangan & usap ke seluruh muka. InsyaAllah semua anggota keluarga kita akan menyayangi & menghormati kita sebagai ketua keluarga.

50. "Ya Baa'its!" Zikirkan sebanyak 100 x dengan meletakkan kedua tangan ke dada, InsyaAllah akan memberi kelapangan dada dengan ilmu & hikmah.

51. "Ya Syahiid!" Apabila ada di kalangan anggota keluarga kita yang suka membangkang dan sebagainya, maka zikirkan sebanyak 319 x secara berterusan setiap malam sehingga si pembangkang akan sedar & berubah perangainya.

52. "Ya Haq"! Perbanyakkan zikir ini, InsyaAllah ianya sangat berfaedah sekali untuk menebalkan iman & taat di dalam menjalankan perintah Allah.

53. "Ya Wakiil" Sekiranya terjadi hujan yang disertai ribut yang kuat, atau terjadi gempa, maka ketika itu perbanyakkan zikir ini, InsyaAllah bencana tersebut akan menjadi reda & kembali seperti sediakala.

54. "Ya Qawiy!" Amalkan zikir ini sebanyak mungkin agar kita tidak gentar apabila berdepan dengan sebarang keadaan mahupun berdepan dengan si zalim.

55. "Ya Matiin!" Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin kerana ianya mempunyai fadhilat yang besar sekali, antaranya untuk mengembalikan kekuatan sehingga musuh merasa gentar untuk mengganggu.

56. "Ya Waliy!" Barangsiapa yang menjawat sebarang jawatan atau kedudukan, maka amatlah elok sekali mengamalkan zikir ini sebanyak mungkin kerana dengan izinNya,kedudukan kita akan kukuh & terhindar dari sebarang gangguan oleh orang-orang yang bersifat dengki.

57. "Ya Hamiid!" Perbanyakkan zikir ini sebagai pengakuan bahawa hanya Allah sahaja yang paling berhak menerima segala pujian.

58. "Ya Muhshiy!" Sekiranya kita inginkan diri kita digolongkan didalam pertolongan yang selalu dekat dengan Allah (muraqabah), maka amalkan zikir ini sebanyak mungkin sesudah solat 5 waktu.

59. "Ya Mubdiu!" Agar segala apa yang kita rancangkan akan berhasil, maka zikirkan sebanyak 470 x setiap hari. InsyaAllah....

60. "Ya Mu'id!" Andai ada anggota keluarga yang menghilangkan diri dan sebagainya, amalkan zikir ini sebanyak 124 x setiap hari sesudah solat. InsyaAllah dipertunjukkan akan hasilnya.

61. "Ya Muhyiy!" amalkan zikir ini sebanyak 58 x setiap hari, InsyaAllah kita akan diberikan kemuliaan darjat dunia & akhirat kelak.

62. "Ya Mumiit!" Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah akan dipermudahkan didalam perniagaan, berpolitik dan sebagainya.

63. "Ya Hayyu!" Untuk mencapai kekuatan mental/batiniah didalam menjalani kehidupan, perbanyakkanlah zikir ini.

64. "Ya Qayyuum!" Telah berkata Imam Ghazali bahawa barangsiapa yang ingin memperolehi harta yang banyak lagi berkat, ingin dikasihi oleh setiap manusia, ingin berwibawa, ditakuti musuh & ingin menjadi insan yang terhormat, maka berzikirlah dgn "Ya Hayyu Ya Qayyuum..." sebanyak 1,000 x setiap malam atau siang hari. Hendaklah melakukannya secara berterusan, Insya Allah akan tercapai segala hajat.

65. "Ya Waajid!" Andai berkeinginan keperibadian yang kukuh, tidak mudah terpengaruh & teguh pendirian, maka perbanyakkan zikir ini.

66. "Ya Maajid!" Demi kecerdasan otak dan agar dipermudahkan hati untuk menerima pelajaran, maka hendaklah pelajar tersebut memperbanyakkan zikir ini setiap hari.

67. "Ya Waahid!" Bagi pasangan yang belum mempunyai cahayamata & tersangat ingin untuk menimangnya, amalkanlah zikir ini sebanyak 190 x setiap kali selesai menunaikan solat 5 waktu selama satu bulan & selama itu juga hendaklah berpuasa sunat Isnin & Khamis, Insya Allah...

68. "Ya Somad! Ketika dalam kelaparan akibat sesat atau kesempitan hidup, maka pohonlah kepada Allah dengan zikir ini sebanyak mungkin. InsyaAllah, diri akan berasa segar & sentiasa.

69. "Ya Qaadir!" Apabila kita berhajatkan sesuatu namun ianya selalu gagal, maka amalkan zikir ini sebanyak 305 x setiap hari, Insya Allah segala hajat akan berhasil.

70. "Ya Muqtadir!" Agar tercapai tujuan yang dikehendaki, selain dari berikhtiar secara lahariah, maka berzikirlah dengan zikir ini seberapa mampu sehingga ikhtiar kita itu berhasil kerana zikir ini akan mempercepatkan keberhasilan hajat kita.

71. "Ya Muqaddim!" Menurut Imam Ahmad bin Ali Al-Buuniy, beliau berkata "Barangsiapa yang berzikir dengan zikir ini sebanyak 184 x setiap hari, InsyaAllah, nescaya segala usahanya akan berhasil".

72. "Ya Muahkhir"! Bagi meninggikan lagi ketaatan kita kepada Allah, perbanyakkanlah zikir ini.

73. "Ya Awwal!!" Barangsiapa yang mengamalkan zikir ini sebanyak 37 x setiap hari, InsyaAllah segala apa yang dihajati akan diperkenankan Allah.

74. "Ya Aakhir!" Amalkan berzikir sebanyak 200 x sesudah solat 5 waktu selama satu bulan, InsyaAllah Tuhan akan membuka pintu rezeki yang halal.

75. "Ya Dhaahir!" Amalkanlah zikir ini sebanyak 1,106 x selesai solat waktu di tempat yang sunyi (khalwat), nescaya Allah akan membuka hijab padanya dari segala rahsia yang pelik & sukar serta diberi kefahaman ilmu.

76. "Ya Baathinu!" Seperti no. 75 jugak, tetapi amalkan sebanyak 30 x sesudah solat fardhu.

77. "Ya Waaliy!" Memperbanyakkan zikir ini setiap pagi & petang boleh menyebabkan seseorang itu menjadi orang yang ma'rifat, iaitu hatinya dibuka oleh Allah. Difahamkan para wali Allah selalu memperbanyakkan zikir ini

78. "Ya Muta'aAliy!" Sekiranya kita akan berjumpa dengan mereka yang berkedudukan tinggi atau mereka yang sukar untuk ditemui, maka bacalah zikir ini sebanyak mungkin sewaktu mengadap. InsyaAllah dengan mudah kita akan berjumpa dengannya & segala hajat yang penting-penting akan berhasil.

79. "Ya Bar!" Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin setiap hari, InsyaAllah segala apa yang kita hajati akan terlaksana dengan mudah.

80. "Ya Tawwaab!" Bagi orang yang selalu membuat dosa & ingin bertaubat maka hendaklah memperbanyakkan zikir ini supaya dengan mudah diberikan petunjuk kembali ke jalan yang lurus.

81. "Ya Muntaqim!" Jika kita berhadapan dengan orang yang zalim, supaya dia tidak melakukan kezalimannya terhadap kita, maka hendaklah kita memperbanyakkan zikir ini setiap kali sesudah solat fardhu. Insyaallah, kita akan mendapat pertolongan Allah.

82. "Ya 'Afuww!" Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, nescaya dia akan diampuni segala dosanya oleh Allah.

83. "Ya Rauuf!" Bagi sesiapa yang inginkan dirinya disenangi oleh teman atau sesiapa sahaja yang memandangnya, amalkan zikir ini seberapa mampu samada pada waktu siang mahupun malam.

84. "Ya Maalikul Mulki!" Seseorang pengarah atau ketua yang ingin kedudukan yang kekal & tetap tanpa diganggu gugat, hendaklah selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 212 x sesudah solat fardhu & 212 pada setiap malam selama sebulan. InsyaAllah akan mendapat pertolongan Allah.

85. "Ya Zul Jalaali wal Ikraam!" Amalkanlah zikir ini sebanyak 65 x setiap hari selama sebulan, InsyaAllah segala hajat kita akan tercapai dengan pertolongan Allah.

86. "Ya Muqsith!" Berzikirlah dengan zikir ini mengikut kemampuan, InsyaAllah Tuhan akan menganugerahkan sifat adil kepada mereka yang mengamalkannya.

87. "Ya Jaami'!" Sekiranya ada dikalangan keluarga kita atau isteri kita yang lari dari rumah, maka amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin pada setiap hari dengan niat semoga Allah menyedarkan orang tersebut. Dengan izin Allah orang yang lari itu akan pulang dalam jangka waktu yang singkat.

88. "Ya Ghaniy!" Amalkanlah zikir ini pada setiap hari sebanyak mungkin, InsyaAllah apa yang kita usahakan akan cepat berhasil & kekayaan yang kita perolehi itu akan mendapat berkat.

89. "Ya Mughniy!" Mintalah kekayaan yang bermanfaat untuk kehidupan dunia & akhirat kepada Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah segala hajat kita akan tercapai.

90. "Ya Maani'!" Andai kita selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 161 x pada waktu menjelang solat subuh setiap hari, InsyaAllah kita akan terhindar dari orang-orang yang zalim & suka membuat angkara.

91. "Ya Dhaarr!" Asma ini sangat berguna didalam ikhtiar kita untuk menyembuhkan sesuatu penyakit yang mana sudah lama dihidapi & telah puas dihidapi & telah puas diubati. Amalkanlah zikir ini sebanyak 1001 x pada setiap hari, InsyaAllah dengan ikhtiar ini penyakit itu akan cepat sembuh.

92. "Ya Naafi' "! Menurut Imam Ahmad Al-Buuniy, barangsiapa mengamalkan zikir ini setiap hari, maka bagi orang yang sakit, sakitnya akan sembuh, & bagi orang yang susah akan dihilangkan kesusahannya dengan izin Allah.

93. "Ya Nuur!" Menurut Sheikh Ahmad bin Muhammad As Shawi, barangsiapa yang menghendaki kemuliaan yang agung & memperolehi apa yang dimaksudkan baik kebaikan dunia mahupun kebaikan di akhirat kelak, maka hendaklah selalu berzikir dengan zikir ini setiap pagi & petang.

94. "Ya Haadiy!" Bagi sesiapa yang dalam perjalanan ke suatu tempat tertentu, kemudian ia tersesat, hendaklah ia memohon petunjuk Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, Insya Allah akan diberikan pertolongan Allah akan cepat lepas dari kesesatan tersebut.

95. "Ya Baadii!" Andai kita mempunyai rancangan yang sangat penting & bagi memastikan rancangan kita itu berjaya & berjalan lancar, maka berzikirlah dengan zikir ini sebanyak 500 x selepas solat fardhu. InsyaAllah Tuhan akan memberikan pertolongan hingga rancangan kita berjaya & berjalan lancar.

96. "Ya Baaqy!" Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin tanpa mengira batas waktu, InsyaAllah dengan ikhtiar ini semua perkerjaan yang telah menjadi punca rezeki tidak akan mudah terlepas, perniagaan tidak akan rugi atau bankrap dengan berkat zikir ini.

97. "Ya Waarits!" Sekiranya kita berzikir sebanyak 500 x selepas solat fardhu atau sebagainya, supaya segala urusan kita itu berjalan lancar, maka hendaklah pada setiap malam berzikir dengan zikir ini sebanyak 707 x. InsyaAllah berkat zikir ini Allah akan memberi petunjuk sehingga usaha kita akan berhasil dengan baik & memberangsangkan.

98. "Ya Rasyiid!" Walaupun kita tergolong didalam golongan yang cerdas otak, namun biasakanlah zikir ini sebanyak mungkin, nescaya otak kita akan menjadi bertambah cerdas.

99. "Ya Shabuur!" Agar kita diberi kesabaran oleh Allah dalam segala hal, maka perbanyakkanlah zikir ini menurut kemampuan. Dengan sifat sabar & penuh pengharapan kepada Allah, maka segala usaha & upaya akan mencapai kejayaan.

FADHILAT ZIKIR ASMAUL HUSNA

Doa-doa Yang Makbul:

1. Orang yang terdesak.

2. Orang yang teraniaya/dizalimi.

3. Anak yang berbuat baik terhadap kedua ibubapanya.

4. Doa seorang Muslim yang tidak berbuat zalim & tidak memutuskan silaturrahim.

Tanda-tanda Doa Yang Makbul:

1. Terasa sesuatu yang menakutkan.

2. Menangis tatkala berdoa.

3. Terasa menggeletar.

Cara-cara Berdoa:

1. Bersungguh-sungguh semasa berdoa. Rasulullah s.a.w pernah bersabda:

"Sesungguhnya Allah amat menyukai orang yang bersungguh-sungguh semasa ia berdoa"

2. Menghadirkan diri kpd Allah dengan penuh kekhusyukkan kerana Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai.

3. Hendaklah makanan, minuman, pakaian dan sebagainya dari harta yang halal kerana sesungguhnya Allah itu baik & menerima melainkan yang baik belaka.

4. Doa itu bukan bertujuan untuk melakukan dosa, khianat, memutuskan silaturrahim & jangan sesekali memohon SEGERA dimakbulkan doa tersebut.

5. Digalakkan memperbanyakkan menyebut Asmaul Husna, dimulai dengan bertaubat, istighfar, hamdalah serta selawat ke atas Rasulullah s.a.w & para sahabat.

6. Sebelum berdoa, bersedekahlah terlebih dahulu (al-fatihah dan sebagainya).

KATA-KATA NASIHAT IBNU QAYYIM

  • Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt.
  • Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan dengan Allah swt
  • Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt
  • Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya
  • Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya

  • Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.

  • Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya. . . . . . Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendunghajat hati sihamba itu.

Isnin, 23 Ogos 2010

najmi update

salam semua,
lama dah tak bersiaran panjang2 kan? bulan puasa ni cam padat sikit jadual, masa rasa cam cepat sangat berlalu. terkejar2 je hari2...tetiap pagi start kul 3 dah bangun bagi najmi susu, masak untuk sahur, pam susu, sahur terus tak tidur sampai la gi keja..letih teramat tapi bila tengok muka anak2 tambahan lak tengok adik najmi yang makin sihat terus hilang penat semua entah ke mana...tapi aku make sure kul 10 mlm dah tidur.

eh..meleret-leret lak cite sal aku ek? meh2 kita cite sal perkembangan adik najmi...
pagi ni aku bawak najmi kat tempat keja, dia elok je tidur dalam carrier dia jadi boleh la aku buat keja, lepas tu kul 11 pg kami gerak gi hospital pasal appointment dia kul 11.30pg...sampai je tak sampai setengah jam dah panggil untuk timbang, lepas tu tak lama gak tunggu dah dapat jumpa doc...ni yang aku suka camni...hehe...

bila timbang tadi, berat adik dah naik ke 4.7kg! hah terperanjat ummi...naik 900gm dalm 2 minggu tu..patutlah aku rasa cam dah tak larat nak tahan dia sebelah tangan bila mandikan dia...alhamdulillah..sangat positif, lepas ni kami nak tukar pulak susu dia pada susu biasa je sebab takut lak kalau terus pakai NeoSure tu kang naik badan macam dipam2 dan tidak dapat dikontrol nanti mula la ada masalah obes lak...huh lagi ngeri..
sebenarnya susu najmi ni aku masih lagi campur, siang aku bekal 4 botol 3oz setiap satu pada cikgu dia kat taska, pastu kalau tak cukup baru cikgu dia top up dengan NeoSure tu, pastu malam lak aku bagi dia botol dulu dalam 11/2oz pastu bila mulut dia dah bukak luas2 cari susu aku suap nenen aku lak, tapi aku pesan dengan cikgu dia mesti kejutkan dia setiap 3 jam sekali untuk susu walaupun dia tak menangis, alhamdulillah setakat ni serasi dia kat situ..

untuk keputusan darah dia pulak, sebenarnya start hari sabtu hari tu aku try makan shaklee, risau anak aku tak cukup vitamin melalui susu aku je...pastu sambil2 nak tambah susu badan..perubahan dia aku tak leh la nak cakap pasal awal lagi kan..yang ni kira tambahan la ye takde kena mengena dengan keputusan darah najmi hari ni..hehe..iklan...
keputusan darah adik doc kata ok, takde masalah dan adik pun dah semakin pink cuma doc kata sambung makan ubat iron tu dan akan ambil darah dalam masa 2 bulan lagi..next appointment 18/10 lak..

alhamdulillah, dengan itu doc kata progress adik nampak ok since berat badan dia bertambah dan adik aktif, cuma pasal pusat adik yang ada keluar cecair sikit2 dan ada ketulan kecik pelik kat dalam pusat adik, doc kata tu granuloma dan kalau dalam masa 2 bulan nanti dia masih macam tu gak, doc nak letak copper sulphate lak...

di kesempatan ni aku nak ucap jutaan terima kasih pada kawan2 yang mendoakan...Allah saja yang dapat membalas budi baik korang semua...dan semoga Allah swt melimpahkan rahmat dan keberkatanNya pada korang jugak..lebih2 lagi bulan puasa ni...amin...

Jumaat, 20 Ogos 2010

tangisan ummi..

salam semua,

bagi korang yang kenal aku dari zaman sekolah mesti terkejut dengan tajuk kali ni kan?

ni luahan rasa aku..hari isnin ni buat pengetahuan korang semua kami akan bawak adik najmi sekali lagi ke HTAA untuk susulan pakar. kali ni untuk tau fungsi buah pinggang dan hati adik..berat rasa hati nak melangkah ke hospital rasanya tapi apakan daya, kena la jugak kuatkan semangat..

ummi amat berharap adik tak apa2...tapi siapa boleh lawan ketentuan Tuhan kan? ummi cuma boleh berharap je..

tadi aku luangkan masa sementara pam susu untuk adik sambil baca blog - blog ni, doa buat alanna dan fajar seluas angkasa.

menitis air mata aku tengahari ni...tabah sungguh mereka2 ni menghadapi dugaan...dan sekarang aku pun berada antara mereka ni..

semalam aku dan shah menhadap adik tengah tidur, mata kami sama2 bergenang bila tengok adik tidur, tenang je tapi muka adik makin hari makin pucat amat merisaukan kami. kami cuma boleh bagi adik ubat yang dr bagi, apa daya kami lagi nak tolong adik?
kemungkinan besar kalau hari isnin ni darah adik masih takde perubahan maknanya aku kena derma darah untuk adik...Ya Allah kau kuatkanlah semangat aku hadapi semua ni..Ya Allah..takut ummi nak fikirkan adik...sebabnya selama ni kalau adik kena ambik darah atau kena vaksin tak pernah sekali pun ummi pegang..ummi tak sanggup nak tengok anak2 ummi sakit, masa abg long dulu pun sama.

tadi kawan2 opis pun ada bincang pasal sakit adik, diorang pun sedih dan pelik gak sebab diorang ada melawat sebelum adik kena masuk hospital sebab demam hari tu..diorng pun kata badan adik masa tu tak pucat pun macam sekarang...

kawan2, aku amat mengharapkan doa yang tulus ikhlas dari kalian...doakan adik dijauhi dari sebarang penyakit yang amat membimbangkan...segala doa kalian terlebih dahulu diucapkan terima kasih...hanya Allah yang dapat membalasnya..

Isnin, 16 Ogos 2010

kena tinggal!

salam semua,
hari ni aku gi keja dari umah mak mertua aku..sebabnya aku kena tinggal 2 orang buah hati aku tu kat kg hari ni...aku kena gi putrajaya lak hari ni..bulan posa lak diorang buat program...nak buat camne kan keja..

hakimi ok je kena tinggal..leh salam2..babai2..najmi lak aku cium banyak kali la...cian dia lambat la hari ni dapat nenen ummi dia..sabar ye nak..

k aku nak gerak jap lg ni..nak pam susu lak ni..babai...

Jumaat, 13 Ogos 2010

berehat sekejap..

salam semua,

hari ni banyak noo report yg aku kena buat sebenarnya tp aku berehat sekejap la..tak larat dah nak tengok kertas berlambak2 kat atas meja ni haa..

aku nak cite lak pasal anak2 aku..

hakimi aka abg long:
dia dah makin besar dan sihat..ye la budak dumex la kan..hehe...sukanya bila dia ceria..
abang long sangat sayang dengan adik..sampaikan kalau mak tok dia acah2 pegang adik nak suh tinggal kat umah dia pun abg long leh pakat nangis beria2...dan paling penting dia dah pandai cakap macam2...kalau aku berbual dengan shah pun dia pandai menyampuk..mesti dia akan tanya sesuatu, kalau masuk keta je mesti tanya kita nak pegi mana ni...
pendek kata kalau dok rumah tu mulut dia tak penah diam la..kecuali bila tengok ultraman, tekun ko..kena consentrate...hehe...
kalau aku cuti lak..kalau aku pagar je pintu, dia mesti mengekor aku ke mana je aku gi sambil mulut tak berhenti panggil ummi...ummi..ummi..aku rasa lebih seratus kali sehari kot..
sudahnya aku bukak pagar..dia capai beskal..jalan...pandai kan? saje je trick dia nak keluar rumah tu..aku tau dah..
kalau balik keja aku dgn shah ajak naik keta gi beli barang dapur kat mana2 mesti dia cakap taknak la jalan...nak balik rumah..main beskal..kalau aku paksa gak..mula la zikir lain lak..beli mainan ummi...sepanjang jalan ko..letih..sudahnya nanti kat sana dia dok memilih dekat sejam...tu tak kena ni tak kena..dah ambik dan setengah jalan nak bayar boleh dia patah balik...waa...lagi letih..jadi sekarang ni kami malaaaas nak jejalan ni..dok umah je la...

najmi aka adik:
adik pun dah besar dan dah boooollllaaaat..hehe...alhamdulillah tapi adik masih pucat lagi..tu je yang buat ummi risau..
adik masih nak minum susu ummi plus susu similac...haa..cite sal susu similac ni doc suggest suruh tukar susu similic yg untuk budak pra matang dan kurang berat badan...nama dia smilic neo sure kaler purple...aku ikut je la..harap2 perkembangan makin positif..tapi memula bagi susu tu adik cam tak suka sebab susu tu rasa cam lembu sikit...errr..korang paham kan maksud aku ni? mulut adik pun dah start bau tak sedap bila kena cium...dulu mulut adik wangi je sebab minum susu ummi je...tapi apa nak buat kan dik..ummi tak mampu sayang...eh teremo lak...

adik dah pandai ketawa siap ada bunyi2 sambil mengereng tersengget2 bila kena agah...dah nak bangun minum susu malam2..pandai nangis dah memalam...cuma satu je aku paling suka pasal najmi ni sebab dia tak pernah lagi susahkan ummi bangun malam pasal nak basuh berak dia...dia dah cuci siap2 perut dia kat taska...tak sia2 ummi bayar kat taska tu adik..hehehe..
badan adik dah makin sihat...dah ada isi kat bontot dia..belakang dia...lengan dia...peha dia...dan terutama pipi dia...

p/s ummi sentiasa berdoa anak2 ummi sentiasa sihat dan boleh jadi anak yang soleh...amin..

Rabu, 11 Ogos 2010

pam susu

salam pagi ramadhan semua,

hari ni dah masuk bulan ramadhan pun, aku harap sangat tahun ni dapat puasa penuh...insyallah rasanya sbb sampai ke hari ni aku lum kena period lagi, mungkin sebab masih susukan najmi agaknya..alhamdulillah...
hari ni aku nak cite pasal rutin pam susu aku kat opis ni..
selalunya aku start pam dlm kul 10am, 1pm dan 4pm..satu sesi lagi aku buat kat umah..pepagi buta la biasanya...dlm kul 2-3 pg la gitu...
tapi bila bulan puasa ni rutin aku cam dah tukar sikit kot..
sebab najmi menyusu awal, dalam kul 4 pg..pastu aku bangun sediakan makanan sahur..lepas sahur dalam kul 5 tu aku pam nak menunggukan subuh kan..

hari ni la start rutin baru aku dan ni la hasil aku pagi tadi...tarra...
banyak kan? ni yang nak buat aku makin semangat nak mengepam untuk najmi ni...tapi aku masih top up dengan susu formula gak..
yang ni hasil aku guna pam manual medela tu...bagus kan? selama ni aku pakai spectra 3 yang elektrik tu..cam tak bape sesuai dengan aku kot...dapat sikit je...doakan aku berjaya ye kawan2...

p/s sesiapa yang berhajat nak beli pam spectra 3 aku tu bagitau ye...nak let go je la...condition still tip top sebab baru pakai 2 bulan je..tu pun on off...bila rajin je..hehe..

late entry

salam semua,
yg aku nak post ni semua entry yg aku dah lama taip dlm phone cuma x sempat nak upload dlm ni je...k layan ye...

27.7.2010
salam semua,
hari ni merupakan tarikh keramat yg amat menyedihkan bg aku. Sebabnya? Hari ni aku start bg susu formula utk najmi. Sedih yg amat. Masa aku taip entry ni pun menitis air mata aku. Sory ek ter'emo' pulak. Tp aku mmg sedih sgt2 sbb aku harap sgt boleh susukn najmi sepenuhnya sampai 2 thn. Tp baru 2 bln aku dah tak mampu.

Korang mesti nak tau kan apa sebabnya. 2 perkara ni yang buat aku ambik keputusan terpaksa bg susu formula jugak. Pertama ingat tak masa najmi masuk wad sebab demam aritu. Masa tu susu badan aku xde tp aku paksa anak aku hisap sampai dia demam. Aku cuma top up dgn susu formula sikit je.
Kedua, berat bdn dia x naik2 dari lahir sampai sekarang. Dan darah pun tak cukup.
Dan aku rasa sebab utama semua tu jadi pasal dia 'TAK CUKUP SUSU'. Satu hakikat yg aku tak sanggup terima. Malah sebabkan aku rasa sedih yg teramat sangat.

Mesti ada antara korang yg akan kata perasaan aku je tu. Semua tu mungkin sbb perkara lain agaknya. Ye mungkin, tp aku amat pasti. Walaupun t*t*k aku ni amat semangat tp mungkin mmg takde rezeki aku nak bg susu bdn pd anak2 agaknya. Skrg ni kalau najmi isap dgn tak sama je, abis kuat pun leh dpt 2 oz je. Tu pu dah lebih 1/2 jam aku perah. Teruk kan? Aku terpikir gak sebab semangat sangat sampai salur2 susu tu leh tersumbat. Sebab lepas urut dulu baru leh aku ada byk susu sikit tp tak la byk mana sampai leh bengkak2. Kalau najmi menyusu pun sampai 1 jam kdg2. Payah gak nak dpt dia sendawa. Tu tanda dia x cukup susu.
Kesian najmi jadi mangsa ego aku. Mana nak ada darah kalau makanan x cukup. Ni bukti gambar masa dia kuar spital. Masa ni dia minum susu campur. Yg sblh tu lepas 5 hari. Nampak kan perbezaan dia. Tang pipi dgn lengan tu. Aku baru try bg dia susu formula tadi. Bukan bg semua tp aku campur dulu. Pagi tadi aku bg dia susu badan dulu pastu lepas mandi semua aku bg dia susu perah 3oz pastu aku top up dgn susu formula 1.5oz. Berderap dia sendawa. Kesian anak aku. Skrg dia tgh tido lena. Bising2 pun takpe.
Ya Allah..apa yg aku fikir selama ni. Aku dera anak aku dlm sedar. Kesian dia. Maafkn ummi ye nak. Ummi terlalu ikutkan ego ummi aje. Ummi lupa ketentuan Tuhan Yg Maha Esa. Tak dapat rasa nak hentikan airmata yang mengalir ni. Rasa kesal..terkilan..mcm2 aku rasa..aku amat bersyukur kerana Dia dah bg aku masa 2 bln yg amat2 berharga bg merasai nikmat jadi ibu yg menyusukan anak sendiri. Alhamdulillah..terima kasih Ya Allah.

Tp apa jadi pun insyallah aku akan cuba pam susu bdn selagi terdaya. Esok aku akan cuba hantar najmi ke taska. Aku nak try selang selikan susu perah dengan susu formula. Harap2 takde masalah. Dah aku nak tengok perkembangan dia dlm seminggu dua ni. Minggu dpn leh hantar dia timbang n check darah tengok mcmana.

6.8.10
Hari ni kami hantar adik najmi ke klinik. Mulanya ingat nak gerak awal tapi biasa la kan, siap itu ini..tetiba tengok jam dah kul 9 pg lak..dah tu abg long lak lapar, singgah mkn jap kat kg derhaka. Sudahnya sampai klinik kul 10pg. Tgk appointment adik mmg kul 10pg. Sampai je terus tunggu nak masuk bilik doktor. Tapi bila dpt masuk doc suruh buat blood test dulu kat klinik pesakit luar lak. Awal2 aritu x cakap mcm tu pun. Kalau x senang kami terus gi sana dulu. Gi la buat blood test lak. Resultnya darah merah adik makin kurang lg. Susah hati betul kami dibuatnya. Kami pusing semula klinik jln gambut, timbang berat dan ukur bdn adik lg sekali. Alhamdulillah berat adik dah naik. 3.8kg, lilit kepala dah 38 cm, dada dah 35cm. Tak sia2 ummi kunci jam setiap 3 jam utk bg adik susu, walaupun masa tu mulut adik tertutup rapat. Pastu doc tu bg appointment dgn paedeatric isnin ni.

8.8.10
salam semua,
aku nak cite kat korang, skrg ni aku dah jumpa cara mudah nak update blog aku. Caranya ialah dgn cara menaip entry kat handphone ni dulu pastu aku send je kat netbook. Senang kan? Jd aku dpt la buat entry utk hari2 walaupun aku masukkn ke blog 2-3 entry sekali gus. Ni pun aku leh menaip sambil menyusukan najmi plus sambil tengok tv...hehe..

K, memula kita cite sal rutin najmi dulu ye. Buat masa skrg ni najmi aku hantar ke taska jadi ni jadual dia kalau aku keja: 6.00am: aku akan susukan dia dulu. Pastu aku bg dia tido jap.
6.45am:aku mandikan dia
7.15am:hantarkan ke taska sambil susukan dia.
7.30am-6.15pm:tinggal kat taska.
6.15pm:ambik dari taska, aku susukan dalam keta sampai kat umah.
Sampai kul 7pm:susu sampai dia puas.
7pm-9pm:main2 dengan dia.
9pm: menyusu dan tido.
12am,2@3am,5@6am:kena kejut dia bangun untuk susu.

Gitu la rutin dia hari2. Semenjak aku buat rutin mcm ni, baru la berat badan dia ada perubahan sikit. Susah gak kalau budak suka tidur je kan, nak menyusu pun terlampau la rajinnya. Lagi 1 dia paling tak boleh kalau aku suakan puting aku ni kat dia. Dia malas je nak bukak mulut, jadinya aku kena pam dulu dlm 1@2oz masuk botol. Senang sikit nak tonyoh2 kat mulut dia kan..hehe..bila abis tu baru dia bukak mata sebab tak cukup, baru dia leh minum direct. Jadinya skrg susah sikit nak buat stok susu memalam ni. Tapi takpe yang penting aku leh susukan dia lagi..itu pun dah lebih bersyukur dah.

Jumaat, 6 Ogos 2010

Khamis, 5 Ogos 2010

esok cuti

salam,
esok aku cuti tau..nak bawak najmi gi check up...makin nak cuti esok, makin banyak lak keja nak kena buat hari ni...

k la aku nak gi pam jap..dah due dah masa ni patut kul 2 tadi...pastu nak makan jap...doakan yang bebaik untuk najmi ye kekawan..mekasih..

taska anak-anak

salam,
baru je abis buat kes tadi, ni sebelum naik buat report aku nak tulis entry ni dulu...

sebenarnya sejak bulan lepas kami bercadang nak hantar anak ke taska abg long kat belakang hospital dulu tu, tapi bila aku gi survey minggu lepas...Ya Allah...ramainya bebudak...baby je cikgu tu kata dah ada 16 orang...bayangkan kalau semua nurse yang hantar anak tu keja pagi...semua baby tu padat dan sendat dalam bilik yang kecik amat..aku rasa bilik tu tak sampai 10' x 10' pun...pelik gak aku diorang tak guna skala ke bape budak per meter square....pelik kan? dah tu dia nak ambik rm280 untuk bayaran 1 baby! hah ambik ko..baik aku hantar kat umah orang, tentu-tentunya cuma jaga anak aku sorang jek...

sudahnya hari selasa tu gak aku gi survey taska lain...tak sedap hati betul...petang tu aku dah gi kat area kempadang makmur..dapat la taska lain ni..hari khamis aku pun try la hantar 2 orang hero tu..pepagi aku akan bagi adik nenen masa dalam perjalanan ke taska pastu sampai je taska sambung dengan botol...sampai je pepagi tu kalut sebab budak yang jaga ada sorang je..yang sorang lagi lum sampai sedangkan masa tu dah dekat kul 8..pelik gak..tapi aku pikir positif je, mungkin hari ni je dia lambat...tapi kalau la kan? anak aku dah la baby mana leh kena tinggal camtu je..cikgu tu lak sibuk nak sambut budak besar lagi, baby lain lagi...huh...cam tak menyakinkan je...

tapi lepas tu aku pikir macam tak de tempat lain nak hantar kan terpaksa la kan...dia kat daftar dia ambik rm30 sorang, pastu untuk abg long dia bagi rm160, pastu adik lak rm200 tapi dia bagi diskaun rm20 lagi jadi untuk 2 orang sebulan rm340 la..sehari kalau nak cuba dia kata rm10..
memula aku pikir memang la ok tapi bila datang hari isnin lak...cikgu tu masih datang lambat...cikgu yang jaga hari tu lak berhenti terus...pastu ganti lak dengan 2 orang cikgu tadika...bila aku hulur je adik najmi, dia leh jawab apa tau...eh kak saya tak berani pegang baby..akak kena tunggu cikgu yang jaga dia datang....ambik ko...panik aku..dengan telefon shah dah berdering2 sebab lambat...waa..cam nak menangis ko...

pastu tengahari tu gak aku gi survey tempat lain...tak sanggup aku nak hantar situ lagi...dapat la 1 tempat lain dekat dengan sek men tg lumpur..camne la aku leh tak terperasan yang kat sini ye...sedangkan lagi dekat dengan umah aku duduk sekarang ni dan lebih dekat dengan umah yang kami beli..alhamdulillah..tempat ni cam lega sikit..pastu kan..cikgu yang jaga hakimi kat taska lama dulu tu pun keja kat sini...senang hati aku..pengusaha dia pun ustazah tu...tadika untuk 4 thn ke atas pun sebelah je..senang aku nak hantar abg long nanti kan...lega sesangat...
yang ni dia ambik yuran daftar untuk sorang je rm30, pastu baby rm200, abg long rm160...ok la tu lebih rm20 je sebulan..yang penting anak aku terjaga rapi kan...

kat sini ada baby dalam 5 orang masuk anak ustazah tu sendiri..so masuk najmi ada la 6 orang..and of course najmi yang paling kecik..ustazah tu pun kata cuma ada 4 je lagi kosong pasal dia kira ikut meter sq tu...bagus kan? total semua ada dalam 29 masuk 2 heroku ini..ada 5 cikgu yang jaga..ok la sikit dari tempat 1 lagi tu...aku pun terus buat keputusan nak hantar sini la..

jadi kan...petang tu dlm kul 2 aku tepon la pengusaha taska 1 lg tu...mintak kensel la kan..dan mintak dia kira hari je yang hari isnin tu...dia kata la macam2 ko..ye la x nak hilang pelanggan kan...dia tanya nape aku x nak hantar..aku jawab la yang kami tak leh lebih kurang pasal lambat pepagi..dah 2 hari kena camtu kan...kalau sebulan camtu tak ke haru nanti..
1 ayat dia yang aku tak leh lupa kan...nak tau apa...akak ni tak kisah pun kalau tak jadi hantar, bukan taska je yang akak buat, macam2 bisnes lain akak buat jugak, bukan bergantung dengan taska je...wah...gitu ko...kalau korang jadi aku apa korang kata balik? aku diam je malas nak layan...

pastu petang selasa tu aku gi la ambik anak...pastu tetiba lak bayaran hari jadi rm20 sorang...hai aku pun malas nak layan..ambik anak2..ambik brg diorang...pastu bayar..nak jalan je..dia tanya lak memacam..hantar mana la..itu la ini la..abis2 nak hantar abg long tadika mana pun nak tanya...aik? kata tadi bukan bisnes ni je...itu aku kata dalam hati la kan...malas nak banyak cite...cuma aku jawab lama lagi...biar dulu la...pastu aku cabut...

jadi sekarang ni anak2 aku selamat kat taska bestari...alhamdulillah..DIA tetap bagi jalan pada hambaNya yang dalam kesusahan...semoga kami terus dalam keredhaanNya..amin...

minah rempit...? hehehe..


salam semua,
aku buat entry ni sebelum buat kes jap lagi...sempat tu mengulor..hehehe..

aku nak cite ni mulai hari isnin lepas aku dah mula merempit tau..dengan sapa lagi kalau bukan suamiku yang tersayang tu...
sebabnya anak2 kami dah hantar taska baru yang dekat je dengan umah...pasal taska tu jap lagi bila abis keja aku cite lak ye...

rutin kami hari2, keluar umah naik keta hantar 2 orang buah hati kami tu...pastu balik semula umah tukar lak naik motor gi keja...mesti ada yang tanya kenapa kan?...hehehe..bior aku jawap dulu ye..
sebabnya kami menyahut seruan orang2 yang suruh orang lain ubah cara hidup tu...ye la kan barang2 semua dah naik...minyak naik, gula naik....darah pun makin hari makin naik gak camni...jadi sebelum darah naik elok la kami ambik langkah berjaga2 kan?..hehehe...
aku cadang nak letak gambar aku sebenarnya ni tapi hari ni kami kena naik keta lak sebab hujan jadi terpaksa la aku tepek gambor mat rempit kat atas nuuu...k la aku gi dulu ye...cau cin cau...

Isnin, 2 Ogos 2010

perkembangan najmi..

salam semua,
sejak minggu lepas aku dah start bagi susu perahan aku kat najmi melalui botol...nampaknya macam badan dia ok sikit banding kalau dia minum direct dari badan...sebab dia jenis yang malas menyusu sikit jadi dia akan menghisap sikit lepas tu berhenti lama...cuma bergantung je kat dada ni haa...sebab tu dia dapat susu kurang kot..

ok ni aku tunjuk gambar perkembangan dia ye...
kat bawah ni gambar masa belum start bagi ikut botol...cuba tengok pipi dengan lekuk kat bawah leher tu...
yang ni lak lepas seminggu bagi ikut botol...nampak cam ada beza sikit kan...dagu dia pun cam ada double sikit...harap2nya timbang hujung minggu ni leh naik la hendaknya..insyallah...amin..

kembali bekerja!

salam semua,
pagi ni aku start dah masuk keja...

pepagi ni ada kekalutan sikit...hujung minggu lepas kami balik kg jadi 1 pg tadi baru sampai rumah. kul 2 pg baru leh tidur lak..aku bangun pepagi susukan najmi, mandikan dia semua pastu hantar dia ke taska kul 7.30 pg tadi..sesampai je kat taska ada cikgu baru lak, yg lama dah berhenti...yang jaga baby lak lum sampai lagi..kalut betul! cikgu baru yang ganti lak tak berani pegang baby...waaa...lagi kalut aku dibuatnya...aku mintak rendam susu najmi dulu...aku cari susu dulu takde dalam peti, rupanya dia simpan dalam freezer lak..waaa..lagi terkejut aku...cecepat aku ajar letak kat belah bawah je...tengah2 kalut tu, datang pengusaha taska tu sendiri, kak zai...dia ambik najmi dari aku dan suruh aku gi keja terus...aku lak? terpaksa gi cepat sebab aku masuk keja kul 8 pg walaupun hati aku ni berat je..

tadi aku sampai tempat keja pun dah dekat kul 8.30pg, mintak sain kat punch card dengan bos..settle...tadi kul 9.30 pg aku call kak zai tu tanya sal najmi...dia kata abis susu sebotol dia terus tidur...alhamdulillah...lega aku dengar...harap-harapnya ok la dia hari ni..tengahari ni aku ingat nak balik jap, nak gi survey taska lagi satu dekat2 dengan rumah jugak..harapnya pengasuh kat situ ok sikit..kalau ok aku tukar je terus, yg kat sini aku bayar ikut hari je...

hari ni start rutin pam susu aku kat tempat keja..alhamdulillah aku ada bilik sendiri jadi leh pam bebila pun, aku set pam 3 jam sekali...sesi pertama kul 10 pg, kedua lak jam 1 tghari, dan yg ketiga jam 4 ptg...satu lagi sesi malam/ pagi kang kat umah...harap2 leh la kumpul susu untuk najmi...sekarang ni susu cam dah banyak sikit..alhamdulillah...aku cuba macam2 nak banyakkan susu, sekarang ni aku tengah try makan pil asi...macam nampak gak hasilnya...

ni hasil aku pam kul 10 pg tadi dalam 20 minit sesi...dapatlah dalam 3 1/2 oz..lepas untuk 1 sesi menyusu najmi..pagi ni pun aku bekalkan 4 botol 3.5oz susu untuk najmi..kalau tak cukup tu baru suruh diorang top up dengan susu similic...ok tak apa aku buat ni ye?