Socialize

Follow my blog with Bloglovin

Isnin, 2 Ogos 2010

kembali bekerja!

salam semua,
pagi ni aku start dah masuk keja...

pepagi ni ada kekalutan sikit...hujung minggu lepas kami balik kg jadi 1 pg tadi baru sampai rumah. kul 2 pg baru leh tidur lak..aku bangun pepagi susukan najmi, mandikan dia semua pastu hantar dia ke taska kul 7.30 pg tadi..sesampai je kat taska ada cikgu baru lak, yg lama dah berhenti...yang jaga baby lak lum sampai lagi..kalut betul! cikgu baru yang ganti lak tak berani pegang baby...waaa...lagi kalut aku dibuatnya...aku mintak rendam susu najmi dulu...aku cari susu dulu takde dalam peti, rupanya dia simpan dalam freezer lak..waaa..lagi terkejut aku...cecepat aku ajar letak kat belah bawah je...tengah2 kalut tu, datang pengusaha taska tu sendiri, kak zai...dia ambik najmi dari aku dan suruh aku gi keja terus...aku lak? terpaksa gi cepat sebab aku masuk keja kul 8 pg walaupun hati aku ni berat je..

tadi aku sampai tempat keja pun dah dekat kul 8.30pg, mintak sain kat punch card dengan bos..settle...tadi kul 9.30 pg aku call kak zai tu tanya sal najmi...dia kata abis susu sebotol dia terus tidur...alhamdulillah...lega aku dengar...harap-harapnya ok la dia hari ni..tengahari ni aku ingat nak balik jap, nak gi survey taska lagi satu dekat2 dengan rumah jugak..harapnya pengasuh kat situ ok sikit..kalau ok aku tukar je terus, yg kat sini aku bayar ikut hari je...

hari ni start rutin pam susu aku kat tempat keja..alhamdulillah aku ada bilik sendiri jadi leh pam bebila pun, aku set pam 3 jam sekali...sesi pertama kul 10 pg, kedua lak jam 1 tghari, dan yg ketiga jam 4 ptg...satu lagi sesi malam/ pagi kang kat umah...harap2 leh la kumpul susu untuk najmi...sekarang ni susu cam dah banyak sikit..alhamdulillah...aku cuba macam2 nak banyakkan susu, sekarang ni aku tengah try makan pil asi...macam nampak gak hasilnya...

ni hasil aku pam kul 10 pg tadi dalam 20 minit sesi...dapatlah dalam 3 1/2 oz..lepas untuk 1 sesi menyusu najmi..pagi ni pun aku bekalkan 4 botol 3.5oz susu untuk najmi..kalau tak cukup tu baru suruh diorang top up dengan susu similic...ok tak apa aku buat ni ye? Cerita menarik lain

0 Luahan Ikhlas: