Follow my blog with Bloglovin

Isnin, 23 Ogos 2010

najmi update

salam semua,
lama dah tak bersiaran panjang2 kan? bulan puasa ni cam padat sikit jadual, masa rasa cam cepat sangat berlalu. terkejar2 je hari2...tetiap pagi start kul 3 dah bangun bagi najmi susu, masak untuk sahur, pam susu, sahur terus tak tidur sampai la gi keja..letih teramat tapi bila tengok muka anak2 tambahan lak tengok adik najmi yang makin sihat terus hilang penat semua entah ke mana...tapi aku make sure kul 10 mlm dah tidur.

eh..meleret-leret lak cite sal aku ek? meh2 kita cite sal perkembangan adik najmi...
pagi ni aku bawak najmi kat tempat keja, dia elok je tidur dalam carrier dia jadi boleh la aku buat keja, lepas tu kul 11 pg kami gerak gi hospital pasal appointment dia kul 11.30pg...sampai je tak sampai setengah jam dah panggil untuk timbang, lepas tu tak lama gak tunggu dah dapat jumpa doc...ni yang aku suka camni...hehe...

bila timbang tadi, berat adik dah naik ke 4.7kg! hah terperanjat ummi...naik 900gm dalm 2 minggu tu..patutlah aku rasa cam dah tak larat nak tahan dia sebelah tangan bila mandikan dia...alhamdulillah..sangat positif, lepas ni kami nak tukar pulak susu dia pada susu biasa je sebab takut lak kalau terus pakai NeoSure tu kang naik badan macam dipam2 dan tidak dapat dikontrol nanti mula la ada masalah obes lak...huh lagi ngeri..
sebenarnya susu najmi ni aku masih lagi campur, siang aku bekal 4 botol 3oz setiap satu pada cikgu dia kat taska, pastu kalau tak cukup baru cikgu dia top up dengan NeoSure tu, pastu malam lak aku bagi dia botol dulu dalam 11/2oz pastu bila mulut dia dah bukak luas2 cari susu aku suap nenen aku lak, tapi aku pesan dengan cikgu dia mesti kejutkan dia setiap 3 jam sekali untuk susu walaupun dia tak menangis, alhamdulillah setakat ni serasi dia kat situ..

untuk keputusan darah dia pulak, sebenarnya start hari sabtu hari tu aku try makan shaklee, risau anak aku tak cukup vitamin melalui susu aku je...pastu sambil2 nak tambah susu badan..perubahan dia aku tak leh la nak cakap pasal awal lagi kan..yang ni kira tambahan la ye takde kena mengena dengan keputusan darah najmi hari ni..hehe..iklan...
keputusan darah adik doc kata ok, takde masalah dan adik pun dah semakin pink cuma doc kata sambung makan ubat iron tu dan akan ambil darah dalam masa 2 bulan lagi..next appointment 18/10 lak..

alhamdulillah, dengan itu doc kata progress adik nampak ok since berat badan dia bertambah dan adik aktif, cuma pasal pusat adik yang ada keluar cecair sikit2 dan ada ketulan kecik pelik kat dalam pusat adik, doc kata tu granuloma dan kalau dalam masa 2 bulan nanti dia masih macam tu gak, doc nak letak copper sulphate lak...

di kesempatan ni aku nak ucap jutaan terima kasih pada kawan2 yang mendoakan...Allah saja yang dapat membalas budi baik korang semua...dan semoga Allah swt melimpahkan rahmat dan keberkatanNya pada korang jugak..lebih2 lagi bulan puasa ni...amin... Cerita menarik lain

0 Luahan Ikhlas: