taska anak-anak - Cerita Ita                                                             taska anak-anak Langkau ke kandungan utama

taska anak-anak

salam,
baru je abis buat kes tadi, ni sebelum naik buat report aku nak tulis entry ni dulu...

sebenarnya sejak bulan lepas kami bercadang nak hantar anak ke taska abg long kat belakang hospital dulu tu, tapi bila aku gi survey minggu lepas...Ya Allah...ramainya bebudak...baby je cikgu tu kata dah ada 16 orang...bayangkan kalau semua nurse yang hantar anak tu keja pagi...semua baby tu padat dan sendat dalam bilik yang kecik amat..aku rasa bilik tu tak sampai 10' x 10' pun...pelik gak aku diorang tak guna skala ke bape budak per meter square....pelik kan? dah tu dia nak ambik rm280 untuk bayaran 1 baby! hah ambik ko..baik aku hantar kat umah orang, tentu-tentunya cuma jaga anak aku sorang jek...

sudahnya hari selasa tu gak aku gi survey taska lain...tak sedap hati betul...petang tu aku dah gi kat area kempadang makmur..dapat la taska lain ni..hari khamis aku pun try la hantar 2 orang hero tu..pepagi aku akan bagi adik nenen masa dalam perjalanan ke taska pastu sampai je taska sambung dengan botol...sampai je pepagi tu kalut sebab budak yang jaga ada sorang je..yang sorang lagi lum sampai sedangkan masa tu dah dekat kul 8..pelik gak..tapi aku pikir positif je, mungkin hari ni je dia lambat...tapi kalau la kan? anak aku dah la baby mana leh kena tinggal camtu je..cikgu tu lak sibuk nak sambut budak besar lagi, baby lain lagi...huh...cam tak menyakinkan je...

tapi lepas tu aku pikir macam tak de tempat lain nak hantar kan terpaksa la kan...dia kat daftar dia ambik rm30 sorang, pastu untuk abg long dia bagi rm160, pastu adik lak rm200 tapi dia bagi diskaun rm20 lagi jadi untuk 2 orang sebulan rm340 la..sehari kalau nak cuba dia kata rm10..
memula aku pikir memang la ok tapi bila datang hari isnin lak...cikgu tu masih datang lambat...cikgu yang jaga hari tu lak berhenti terus...pastu ganti lak dengan 2 orang cikgu tadika...bila aku hulur je adik najmi, dia leh jawab apa tau...eh kak saya tak berani pegang baby..akak kena tunggu cikgu yang jaga dia datang....ambik ko...panik aku..dengan telefon shah dah berdering2 sebab lambat...waa..cam nak menangis ko...

pastu tengahari tu gak aku gi survey tempat lain...tak sanggup aku nak hantar situ lagi...dapat la 1 tempat lain dekat dengan sek men tg lumpur..camne la aku leh tak terperasan yang kat sini ye...sedangkan lagi dekat dengan umah aku duduk sekarang ni dan lebih dekat dengan umah yang kami beli..alhamdulillah..tempat ni cam lega sikit..pastu kan..cikgu yang jaga hakimi kat taska lama dulu tu pun keja kat sini...senang hati aku..pengusaha dia pun ustazah tu...tadika untuk 4 thn ke atas pun sebelah je..senang aku nak hantar abg long nanti kan...lega sesangat...
yang ni dia ambik yuran daftar untuk sorang je rm30, pastu baby rm200, abg long rm160...ok la tu lebih rm20 je sebulan..yang penting anak aku terjaga rapi kan...

kat sini ada baby dalam 5 orang masuk anak ustazah tu sendiri..so masuk najmi ada la 6 orang..and of course najmi yang paling kecik..ustazah tu pun kata cuma ada 4 je lagi kosong pasal dia kira ikut meter sq tu...bagus kan? total semua ada dalam 29 masuk 2 heroku ini..ada 5 cikgu yang jaga..ok la sikit dari tempat 1 lagi tu...aku pun terus buat keputusan nak hantar sini la..

jadi kan...petang tu dlm kul 2 aku tepon la pengusaha taska 1 lg tu...mintak kensel la kan..dan mintak dia kira hari je yang hari isnin tu...dia kata la macam2 ko..ye la x nak hilang pelanggan kan...dia tanya nape aku x nak hantar..aku jawab la yang kami tak leh lebih kurang pasal lambat pepagi..dah 2 hari kena camtu kan...kalau sebulan camtu tak ke haru nanti..
1 ayat dia yang aku tak leh lupa kan...nak tau apa...akak ni tak kisah pun kalau tak jadi hantar, bukan taska je yang akak buat, macam2 bisnes lain akak buat jugak, bukan bergantung dengan taska je...wah...gitu ko...kalau korang jadi aku apa korang kata balik? aku diam je malas nak layan...

pastu petang selasa tu aku gi la ambik anak...pastu tetiba lak bayaran hari jadi rm20 sorang...hai aku pun malas nak layan..ambik anak2..ambik brg diorang...pastu bayar..nak jalan je..dia tanya lak memacam..hantar mana la..itu la ini la..abis2 nak hantar abg long tadika mana pun nak tanya...aik? kata tadi bukan bisnes ni je...itu aku kata dalam hati la kan...malas nak banyak cite...cuma aku jawab lama lagi...biar dulu la...pastu aku cabut...

jadi sekarang ni anak2 aku selamat kat taska bestari...alhamdulillah..DIA tetap bagi jalan pada hambaNya yang dalam kesusahan...semoga kami terus dalam keredhaanNya..amin...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat