Follow my blog with Bloglovin

Rabu, 8 September 2010

kuatkan semangatku...Ya Allah..

salam,
mesti korang cam suspen baca tajuk entry ni kan?

entry ni sebenarnya pasal penyusuan susu ibu pada adik...alhamduillah setakat hari ni aku masih leh bagi susu ibu setiap hari pada adik...
bulan ramadhan pun dah hampir sampai penghujungnya...tapi alhamdulillah setakat ni pengeluaran susu cuma terjejas sikit je...dan aku masih mampu membekalkan sekurang-kurangnya 4 x 3oz botol sehari ke taska untuk adik..itu pun kena bantu dengan susu formula lagi...aku harap sangat2 menjelang umur adik 6 bulan aku boleh bagi adik sepenuhnya susu ibu...insyallah...Kau kuatkan lah semangatku Ya Allah...

setakat ni kadang2 semangat aku sedikit pudar...bukan apa..kadang2 bila baca blog org lain yang mampu pam lebih dari 5oz sekali pam membuatkan aku sedikit cemburu dan patah semangat...tertanya jugak dalam hati nape susu aku tak semewah diorang...

tapi aku tetap tak putus asa...aku beli macam2 untuk tingkatkan pengeluaran...hari ni sampai satu lagi tambahan...super shield plus...
kalau ada antara korang tertanya nape aku beli ni, biar aku terangkan ye...setelah lama aku mengepam baru aku sedar yang nipple aku ni jenis berdiameter lebar..sebab tu agaknya adik najmi cam x suka nak hisap dulu..pasal mulut dia comel jek..
bila aku pam memula dia ok je dalam corong tu..last2 dalam 5 minit gitu dia dah mula tak muat dan cam susah nak bergerak dalam corong tu...tu yang buat aku pikir mungkin pengeluaran aku biasa tapi cuma corong yang standart tu tak standart dengan nipple aku...
so aku try survey2...akhirnya aku jumpa super shield ni...

so testinya akan aku beri kemudian ye...aku baru je nak menerai ni...mungkin lepas raya aku leh cite kat korang ye...doakan aku berjaya ye kawan2... Cerita menarik lain

0 Luahan Ikhlas: