Follow my blog with Bloglovin

Rabu, 22 Disember 2010

alahai abg long.....


selamat malam..

jarang kan aku buat entry memalam? sebab tu la nak kena tulis selamat mlm tu...hehe....
banyak lak entry hari ni ye? pelik? tak yah pelik la...
sebenarnya tadi sepupu shah datang ajak dia balik umah mak shah jap, nak ambik barang...dia ajak aku ikut tapi aku malas nak bawak adik jalan memalam...lagi tak sihat budak tu kang...last2 dia tanya hakimi nak ikut tak...abg long excited betul...sebelum ayah dia keluar dia dah keluar dulu dah...siap2 dah pakai selipar...ceh...cepat je kalau ajak berjalan...

disebabkan aku dah kena tinggal maka banyak la entry yang boleh ditulis ini malam....hehehe....

kali ni aku nak tulis pasal aktiviti hakimi lak....
sekarang ni dia amat pandai berkawan..kat memana je dia leh ada kawan...aku tak kesah asal dia pandai bawak diri..setakat ni dia takde la pulak aku tengok pukul2 atau buli2 budak lak...
tadi lak tak penah hayat ramai bebudak main kat dalam umah aku ni....abg long la yang ajak...yang tak bestnya tu sampai tak nak balik lak...abg long jadi lupa makan minum...tidur semua...parah tul...nak suruh balik kang tak patut lak...camne nak buat ye?

last2 shah balik tadi dia suruh semua bebudak main kat luar...alasan adik nak tidur..hehe...tu pun dah kul 5 lebih dah...letih aku, dah macam taska dah umah ni....
esok tah macamana agaknya....

abg long sekarang ni payah nooo nak mandi...kalau nak mandi pun beria dia kata nak air panas...siap rasa2 ko air dalam besen yang aku isi..sejuk sikit pun tak leh...tapi kalau dah berendam tak ingat dunia...
kadang2 dia buat perangai lak tak mau mandi..terpaksa la aku ajak dia mandi kat kolam plastik yang shah beli...tak larat la kan aku nak main tarik2 ni...dia dah beso dah...sekali dia meronta...hilang tenaga aku tau....tapi yang aku pelik kalau dalam kolam tu air sejuk takpe je......hmmmm..saje je kan...

eh aku kena stop la nak bagi adik makan ubat lak... Cerita menarik lain

0 Luahan Ikhlas: