Logo KBBA

Ahad, 27 Jun 2010

Jumaat, 25 Jun 2010

malas, dilema n nursing cover....

salam,

hari ni dah genap 35 hari aku berpantang. alhamdulillah maknanya dah 29 hari aku menyusukan najmi...sekarang ni tengah berjuang nak pam susu untuk buat stok lak..baru aku tau susah rupanya..mencabar betul..setakat ni cuma boleh mengepam sekali sehari je..najmi kalau siang kuat menyusu betul...sejam sekali dan setengah jam sekali menyusu..kekadang tu leh sampai sejam dia bergayut..tapi kalau malam lak aku leh tidur dengan lena..alhamdulillah..sebabnya dia menyusu biasa dalam kul 11 mlm sampai dekat kul 12..pastu terus lena sampai kul 4@5 pagi...aku kejut2 gak dia bg susu tetap mulut rapat je..lena sangat dia tidur..aku lak kalau nak pam memalam malas gila nak menunggu...hish..pasni kena jgn malas2 la nampaknya..tu la cita-cita tinggi nak menyusukan najmi dengan susu badan sepenuhnya tapi entahla...MALAS lak melanda...teruk betul aku ni kan...takpe2..aku akan cuba mengikis sifat malas tu...insyallah..setakat ni cuma dpt pam 2-3 oz je sekali pam..bukan banyak pun tapi aku tetap nak usaha gak...doakan aku ye kwn2..
korang penah rasa tak cam aku rasa...dilema ibu zaman sekarang untuk menyusukan anak sepenuhnya...aku dah baca macam2 kat internet tentang kebaikan susu ibu..ye la skrg kan zaman IT kan..semua info kita leh dapat dari internet...dengan sebab tu aku cuba sedaya upaya nak susukan najmi dengan susu badan..orang lain boleh buat nape aku lak x leh kan?tapi tu la banyak noo halangannya...pertama sekali orang tua la kan...mak aku ok sporting sebab dia mudah terima apa2 yang baik...tapi abah aku la...susah sikit...tapi aku malas nak argue sangat dengan dia..aku cuma diam je bila dia kata apa2...

sebenarnya aku rasa ada gak orang lain yang ada masalah sama dengan aku ni...najmi memang suka bergayut bila siang...kekadang tu rehat dia cuma sejam dua je...tu yang buat abah kata anak aku ni lapar je...seboleh2 dia nak suruh aku bagi makan kat dia...sedangkan aku dah baca dah apa keburukan air masak dengan bagi solid food pada baby yang bawah 6 bulan...cam air masak tu aku x leh nak buat apa sebab mak aku yang bagi masa aku gi mandi...korang leh baca kat blog ni..aku malas nak tulis..mekasih ye linda...

pada kefahaman aku la..susu ibu ni cepat hadam so normal la kalau anak menyusu banyak kali kan?...(kalau salah tolong perbetulkan ye)...
mak abah lak suruh aku bagi najmi makan tepung kanji la pulak...aiseh...camne nak jawab ye..abah aku lak jenis sensitif sikit..x leh nak jawab lebih2...so kesimpulannya aku diam je la...malas nak komen...tapi dilema wooo...

ni lak aku nak cite sal nursing cover...hari rabu lepas aku order dekat web ni...alhamdulillah hari ni kul 10 smlm dah sampai dan aku dah menerai pun...hehe...kes tak sabo...tapi aku sebenarnya tempah yang ada bunga bulat tapi dia buat pesen lain lak...tapi ok je la...harga pun berpatutan..sekarang ni senang sikit hati aku nak menyusukan najmi kat public sebab dengan adanya nursing cover ni terlindung la mahkotaku yang agak besar ni...hehe...ni gambar yg aku pinjam dr web niah...sorry ye niah...tolong promote je...

selamat ulang tahun ke4

salam semua,

semalam genap 4 tahun aku dengan shah bernikah...dah 4 tahun usia penikahan kami...macam2 dugaan dah dilalui...yang susah...yang senang....mmg usia 4 tahun ni x cukup lama untuk menilai...kami masih lagi dalam proses pengenalan lagi...dan harap2 dan aku sentiasa berdoa semoga Allah panjangkan jodoh kami dan tambahkan zuriat kami (hehe)....dan kurniakan kami anak2 yang soleh dan solehah...dan tabahkan hati kami dalam menjalani ujian yang mendatang...amin...

Selasa, 22 Jun 2010

1 bulan dah..

salam semua,
kejap je masa berlalu kan? Najmi dah berumur 1 bulan dah...cam x caya pun ada...cam sekajap sangat...nanti sekejap je kan dah naik keja...pastu sekejap je dah nak dapat adik lagi...eh...eh...........silap lak..hehe...awal sangat kot..tunggu la dia dah setahun ke baru cite sal nak ada adik lagi..

sekarang ni aku bersiaran subuh2 hari...mengambil kesempatan yang anak2 aku masih tidur lagi ni..shah dah selamat balik malam semalam..tinggal la kami 3 beranak lagi kat johor ni...insyallah shah akan balik semula 2@3hb nanti sebelum kenduri andak..

hari ni aku nak cite sal kedua2 anak aku..semalam masa shah nak balik hakimi dah selamat bangun tidur...dia perasan lak ayah dia sibuk kemas2 barang nak bawak balik..terus mengekor sampai sudah..last2 masa nak gerak tu menangis gegila...sebenarnya sebelum gerak lagi dah start drama nangis2 tu..bila shah tinggal ambik ko siap nangis sampai muntah2...last2 atuk wan dia mandikan memalam tu gak..lepas tu terus mood dia baik lak..hehe..macam2 kan bebudak ni..

semalam pagi aku dgn shah bawak najmi gi klinik desa kat sini sebab nak cucuk najmi 1 bulan..masa pegi tu dah kul 10pagi tapi hakimi tak ikut sebab x bangun tidur lagi...sampai sana najmi ok je lagi lepas tu je start nak nenen...sementara tunggu dia tidur jap..pastu nak timbang kenalah bukak baju..haaa mulalah dia ingat lepas mandi kan..nak nenen lagi...mula la rengek2 sikit2...pastu aku bagi gak lepas abis check baby tu..pastu aku cabut sebelum dia puas sebab nak cucuk lak..marah la dia..tapi yang kelakarnya bila kena jarum je dia menangis kuat tapi bila cabut je jarum terus dia stop lak sampai la balik rumah...dah sampai tahap nangis maksimum kot..hehehe...lupaj lak berat najmi cuma 3.25kg je dan misi kata normal je bila 1 bulan memang akan balik ke berat asal masa lahir dan lepas tu baru start naik balik..ok la tu kot.. pajang badan je yang bertambah sikit...masa lahir 48cm, semalam 51cm..patut nak bedung pakai kain lampin dah x muat..

balik dari klinik lak kami singgah beli nasi lemak untuk hakimi..bila sampai rumah je hakimi dah terlonjak2 depan pintu...nasib dia x nangis..

Khamis, 17 Jun 2010

berat najmi n hakimi

salam semua,

apa khabar semua? aku? alhamdulillah sihat walafiat bersama kedua2 buah hati...sekarang ni kami kat kluang, umah mak abah aku...aku balik sini 5hb aritu dan insyallah akan duduk kat sini sampai4hb depan sambil tunggu kenduri kawin adik aku 4hb julai ni..

kali ni aku nak cerita pasal berat najmi, masa keluar haritu berat dia 3.2kg...pastu susu badan aku kan xde beberapa hari tu kan...pastu dia demam lak...masa masuk spital tu berat dia dah turun ke 2.99kg tau...cemas gak aku..pastu dia dah sihat dan menyusu badan lak..masa timbang 10 hari aritu berat dia dah 3.4kg...alhamdulillah semakin sihat...insyallah hari isnin ni genap umur dia sebulan dan kami akan bawak dia pegi amik injection untuk sebulan dan aku akan update lagi berat dia nanti..

berat abg long lak...alhamdulillah sejak duduk umah ni selera dia cam ok gak banding dulu...badan pun dan semangat dah...last aku timbang dia 2-3 hari lepas dah naik 12.5kg dari sebelum ni cuma 11kg je kan...lega aku bila tengok anak2 semakin sihat...alhamdulillah...moga semakin sihat sampai bila-bila pun...amin...

p/s lupa lak nak update berat aku lak...dah turun banyak tau..skrg ni dah 56kg...yeay...aku dah kurus!

Khamis, 10 Jun 2010

Susu Badan

Malam pertama aku bagi gak najmi susu badan tapi aku rasa mmg susu badan aku xde langsung masa tu..puas aku tekan2..perah2..mmg xde langsung..sian najmi isap dengan penuh perasan..puting aku pun jadi sakit..sudahnya nurse tolong bagi susu formula mlm tu..masa tu aku dah kecewa sangat2 dah sebab memikirkan usaha aku nak perah susu untuk anak sampai bila2 dia nak tu cam takleh jadi kenyataan je..
Esoknya aku leh kuar wad dlm kul 10 pagi...balik rumah aku try lagi bagi susu badan...masih cam xde apa yang keluar...sampai hari ahad, najmi lak kena demam...semalaman kami x tidur...tapi shah amat kuat meyokong aku untuk bagi susu badan..dia sanggup tolong aku bagi susu formula pakai syringe je..pastu aku tetap bagi najmi isap puting aku sambil aku lalukan susu ikut syringe kat celah2...
Sampai hari isnin, datanglah tukang urut yang aku dah booking untuk urut sepanjang 3 hari..dia tolong urut dada aku sekali..dia kata pundi susu aku tersumbat x lepas keluar..dia tolong urut bagi keluar...pastu dia tengok puting pun dia kata sumbat gak, dia tolong cungkil bagi keluar...lepas tu alhamdulillah susu badan aku turun mencurah2...rezeki najmi...
Tapi hari isnin tu aku bawak najmi ke hospital sebab demam dia kebah sikit je..risau jugak hati..masa kat rumah dah 38°C sampai kat hospital dah turun jadi 37.2°C..berkat aku jelum kepala dia dengan air asam jawa+beras+air batu yang tukang urut tu buat...
Masa kat hospital ni la datang ujian lagi kat aku...anak aku ditempatkan kat nursery untuk pengawasan rapi..jadi aku x leh duduk dekat dia..setiap 3 jam kena dtg bagi susu kat dia..masa ni susu aku baru je mula nak ada..najmi lak merajuk2 bila kena bagi susu ikut masa...mana x ye lum puas dah kena tinggal..lepas tu pepandai je nurse2 kat situ top up dengan susu formula..sian anak aku...aku sampai nangis2 ko kena dengan nurse2 kat situ...bila aku dah nangis baru diorang diam..benci aku!
Terpaksa lak aku perah susu dan simpan sampai waktu dia nak menyusu...masa ni dada aku dah bengkak dan sakit dah..macam nak demam pun ada...ni la kali pertama aku rasa camni..dulu masa hakimi, x dpat langsung nak menyusukan dia..perah2 pun dapat sikit je..agaknya masalah aku sama mcm ni cuma tukang urut dulu tu x bape pandai nak lerai mana yang sumbat2 agaknya...
Alhamdulillah masuk hari ni dah masuk hari ke 20 kami dan hari ke 14 najmi aku susukan dengan susu ibu...

Isnin, 7 Jun 2010

kelahiran

Salam semua,

Maaf ye kalau korang pelik baca entry kali ni. Sebenarnya entry2 kali ni ditulis masa aku dalam pantang hari ke 10. Aku x dapat nak taip direct kat blog sebab ada masalah lak dengan netbook yang baru beli ni...dia x leh nak detect lak modem broadband aku tu..tah apa tak kena agaknya..semalam berjam shah menunggu kedai tu godeh2 tapi x leh gak..diorang suh rujuk kat celcom lak..error dia akan keluar bila kita nak autorun modem tu...ada x sesapa tau cara nak settle benda ni? Hari ni shah busy lak dia kata x sempat nak gi celcom. Lagi satu tokey kedai tu lak cicirkan modem aku tu kat kedai dia, tak masukkan sekali kat dlm beg netbook ni...maka x dapat la aku nak bertenet hari ni...


Untuk kali ni aku nak ceritakan detik-detik pada 21 Mei 2010 yang lepas, sudi2kan lah diri membaca ye...Alhamdulillah, Allah masih mendengar doa2ku dan kawan2 yang sangat mengambil berat dan turut mendoakan. Terima kasih semua.

21 Mei 2010 Jumaat

Jam 3.30 pagi, aku terjaga...rasa sakit cam contraction lak kat perut aku...tapi memula aku biarkan je..takut2 aku je yang perasan sendiri..yelah kan ada dalam 10 hari lagi kan due date anak dalam perut ni..aku pun lum ambik cuti lagi..cadangnya nak ambik cuti start minggu depan kalau lum bersalin lagi sebab macam dah x larat sangat dah bawak perut.

Kul 4 pagi sakit tu cam rasa makin kuat, aku mula x senang baring, rasa nak gi tandas lak...aku lepaskan hajat sesiap dah supaya harap2 anak tak terkeluar dengan najis cam hakimi dulu. Lepas tu aku habiskan masa dengan mengemas baju2 dan barang2 yang nak dibawa ke hospital. Masa ni aku rasa contraction dah 1x dalam 10 minit. Haa jangan x caya kalau aku cakap masa ni baru aku leh teringat sakit nak beranak tu camne tau...haha...ye la kan dah 3 thn lepas tu...

Kul 5 pagi, aku rendam sanggul fatimah yang aku pinjam dari kak rudi jiran akak ipar aku, kak ani...masa ni aku ingat nak ambik air dia buat air selusuh la, biar senang bersalin..masa aku rendam je dalam setengah jam dia kembang elok dalam besen tu...kak ani dah pesan kalau terasa sakit baru rendam...aku ikutkan je la...
dalam kul 6 lebih aku ambik air tu bubuh dalam tumbler untuk aku bawak ke hospital nanti...sambil tu aku minum gak sikit2..masa ni shah dah sedar dan di pelik tengok aku tengah dok sibuk mengemas barang2...aku cakap kat dia yang aku dah sakit...dia cam panik gak...dia tanya nak gi hospital sekarang ke? Aku kata x pe sakit x kuat lagi...

Kul 7 pagi, aku dah start sms semua org berkenaan di tempat keja inform yang aku x keja sbb dah mula sakit. Shah gi keja dengan hakimi naik motor je...selepas pesan mcam2 dengan aku..
Kul 7 pagi sampai kul 12 tengahari aku siap basuh baju...sidai baju...kemas rumah...sapu sampah...basuh pinggan...sambil menahan sakit yang datang sekejap2..aku ingat pesan org jdn duduk diam2 kalau dah rasa sakit...lagi aktif kita lagi mudah bersalin.

Kul 1 tengahari, aku dah rasa contraction 1x dlm masa 5 minit...sakit makin lama dan kerap..aku call shah mintak dia hantar hospital terus...dalam kul 2 petang dah sampai kat hospital..tapi tunggu giliran nak check dalam setengah jam gak...kul 2.45 ptg doc start buat test ECG kat anak...doc tu kata contraction tak kuat sangat..dalam 7 minit sekali...lepas tu jantung anak cam tidur je...dia reach 143 je paling tinggi...doc jangka dlm 150++ kalau nak bersalin...lepas tu doc tu bagi aku minum...tapi still sama...dia kata ok tapi dia nak check jalan dulu..bila dia check dia cam terkejut gak sebab masa tu dah bukak 5cm..doc start tanya aku ulang2 kali betul ke xde kaluar tanda lagi...lepas aku yakin xde dia check mmg dia kata still no puncture...lepas tu doc tu goyang2 perut aku suh bagi budak dalam perut ni jaga tapi masih camtu gak...dia buat iv line lak kat tangan kanan aku untuk masuk air, laju air tu, x perasan lak bape drop per sec tapi yang pasti mmg laju sampai tangan aku ni masih bengkak dan sakit sampai ke hari ni..

Kul 3.30 ptg..doc suh gerak terus ke labour room..aku inform shah kat luar, mintak dia belikan air milo untuk alas perut pasal dari tadi aku tak makan, takut xde tenaga nak teran lak nanti.

Kul 4.30 ptg, aku dah siap terbaring dalam labour room...masa ni jantung anak dah start increase ke 148-149..cuma contraction masih x kuat..masa ni aku masih leh senyum2 dgn doc dan nurse.

Kul 5.30 ptg, air mentuban dipecahkan...sakit makin kuat...tapi sekejap2 je...tapi heart rate anak dah makin kuat..sampai 155..masa ni dah x leh nak senyum2 dah..shah pun aku x bagi pegi jauh dah...suh pegang tangan aku je..

5 minit sblm kul 7 aku dah rasa cam nak meneran dah...bila nurse check je opening dah 8 cm...dia kata nak tolong buang air kencing dan jalan leh fully open...bila air kencing dah keluar masih x fully open tapi dia kata boleh kalau aku pandai teran...sudahnya kul 7 mlm aku start meneran...ok diorang kata dah leh nampak rambut dia...alhamdulillah dengan 3 kali teran dan dengan bantuan nurse2 yang aku paksa tekan kaki aku (hehe), aku berjaya melahirkan dengan selamatnya...dan lahirlah Ahmad Najmi Afiq pada jam 7.15 malam...