Logo KBBA

Jumaat, 30 Julai 2010

percubaan

salam jumaat semua,

semalam aku start cuba hantar anak2 ke taska...alhamdulillah, nampaknya cam takde masalah...lega rasanya..jadi hari isnin ni insyallah aku lega keja dgn tenang...najmi pun dah leh minum dari botol susu..aku start latih dia dari hari selasa hari tu..

kat taska semalam di abiskan 3 botol susu pam dan 1 botol similac...alhamdulillah dia serasi dgn susu tu...memalam lak dia jenis suka tidur je..aku kejut menyusu pun x nak tp aku paksa gak...dlm 3 jam sekali aku kejut dia dan nampaknya cam ok je nak susu..harap2 lepas ni leh la naik berat badan dia ni...risau aku..

hakimi lak, aku dah risau sebenarnya budak ni...ye la dah lama dok kat umah kan, takut taknak gi sekolah lak tp alhamdulillah masuk je terus lupa ummi ayah dia, sampai nak salam pun dah lupa..alahai..kerenah anak2...

Rabu, 28 Julai 2010

susu formula

salam semua,

hari ni aku nak cite lak apa jadi lepas aku cuba susu formula pada najmi semalam..
nak tau apa jadi?

aku try dengan dumex yang aku ada beli masa dia dalam pantang yang aku cite aku xde susu aritu..aku try semalam memula 1.5oz pastu lak aku cuba bagi 3 oz kat dia...tau apa jadi?
dia muntahkan balik 2oz yg baru dia minum pastu lak muntah semua susu yg dia minum pagi tu...abis semua susu dia...basah aku dengan muntah najmi..tak pernah2 dia muntah...

pastu malam tadi perut dia pulak kembong...dah macam belon ko...ngeri aku tengok...merening je...Ya Allah..ini semua buat aku terfikir betul ke keputusan aku ni...?

pastu pepagi ni aku cakap dengan shah nak tukar susu dia...kami try beli susu similac yg macam hakimi minum masa dia ada masalah dulu...aku bagi susu perah aku 3 0z pg tadi pastu lepas aku mengurut pelepas tadi aku bagi lagi 2 0z...pastu sedang elok shah balik aku lepas 1 jam aku bagi lak susu similic tu 60ml...habis je susu tu terus dia berak...alhamdulillah...serasi agaknya...lepas berak aku bagi susu perah abis la 1 0z pastu terus tidur dari pukul 2 sampai la kul 3.30 tadi...ni baru je bangun...aku bagi lagi similic pun abis 1 0z lagi...setakat ni lum ada lg kembong perut atau muntah2....lega hati aku...harap2 dia ok bila aku hantar taska esok...tadi aku perah pun dapat la 2 0z setiap kali perah...alhamdulillah cuma 20 minit je sesi...sebelah 10 minit sebelah lg 10 minit gak...ok..aku nak gi pam susu jam ni..sementara najmi diam tu...k...bye2...doakan yg terbaik untuk kami sekeluarga ye kawan2...mekasih...

aku redha...

27.7.2010

salam semua,
hari ni merupakan tarikh keramat yg amat menyedihkan bg aku. Sebabnya? Hari ni aku start bg susu formula utk najmi. Sedih yg amat. Masa aku taip entry ni pun menitis air mata aku. Sory ek ter'emo' pulak. Tp aku mmg sedih sgt2 sbb aku harap sgt boleh susukn najmi sepenuhnya sampai 2 thn. Tp baru 2 bln aku dah tak mampu.
Korang mesti nak tau kan apa sebabnya. 2 perkara ni yang buat aku ambik keputusan terpaksa bg susu formula jugak. Pertama ingat tak masa najmi masuk wad sebab demam aritu. Masa tu susu badan aku xde tp aku paksa anak aku hisap sampai dia demam. Aku cuma top up dgn susu formula sikit je.
Kedua, berat bdn dia x naik2 dari lahir sampai sekarang. Dan darah pun tak cukup.Dan aku rasa sebab utama semua tu jadi pasal dia 'TAK CUKUP SUSU'. Satu hakikat yg aku tak sanggup terima. Malah sebabkan aku rasa sedih yg teramat sangat.
Mesti ada antara korang yg akan kata perasaan aku je tu. Semua tu mungkin sbb perkara lain agaknya. Ye mungkin, tp aku amat pasti. Walaupun t*t*k aku ni amat semangat tp mungkin mmg takde rezeki aku nak bg susu bdn pd anak2 agaknya. Skrg ni kalau najmi isap dgn tak sama je, abis kuat pun leh dpt 2 oz je. Tu pun dah lebih 1/2 jam aku perah. Teruk kan? Aku terpikir gak sebab semangat sangat sampai salur2 susu tu leh tersumbat. Sebab lepas urut dulu baru leh aku ada byk susu sikit tp tak la byk mana sampai leh bengkak2. Kalau najmi menyusu pun sampai 1 jam kdg2. Payah gak nak dpt dia sendawa. Tu tanda dia x cukup susu.
Kesian najmi jadi mangsa ego aku. Mana nak ada darah kalau makanan x cukup. Ni bukti gambar masa dia kuar spital. Masa ni dia minum susu campur.
Yg bawah tu lepas 5 hari. Nampak kan perbezaan dia. Tang pipi dgn lengan tu. Aku baru try bg dia susu formula tadi. Bukan bg semua tp aku campur dulu. Pagi tadi aku bg dia susu badan dulu pastu lepas mandi semua aku bg dia susu perah 3oz pastu aku top up dgn susu formula 1.5oz. Berderap dia sendawa. Kesian anak aku. Skrg dia tgh tido lena. Bising2 pun takpe.

Ya Allah..apa yg aku fikir selama ni. Aku dera anak aku dlm sedar. Kesian dia. Maafkn ummi ye nak. Ummi terlalu ikutkan ego ummi aje. Ummi lupa ketentuan Tuhan Yg Maha Esa. Tak dapat rasa nak hentikan airmata yang mengalir ni. Rasa kesal..terkilan..mcm2 aku rasa..aku amat bersyukur kerana Dia dah bg aku masa 2 bln yg amat2 berharga bg merasai nikmat jadi ibu yg menyusukan anak sendiri. Alhamdulillah..terima kasih Ya Allah.

Tp apa jadi pun insyallah aku akan cuba pam susu bdn selagi terdaya. Lusa aku akan cuba hantar najmi ke taska. Aku nak try selang selikan susu perah dengan susu formula. Harap2 takde masalah. Dah aku nak tengok perkembangan dia dlm seminggu dua ni. Minggu dpn leh hantar dia timbang n check darah tengok mcmana.

Rabu, 14 Julai 2010

sesaje..

salam semua,

waktu aku menulis ni jam dah kul 5.30 pg..
aku saje je menulis pepagi ni bukan apa...sebab pertama x leh tidur balik lepas pam susu tadi...kedua sebab anak2 tgh lena...kalau x susah giler nak dapat turn ngadap netbook ni...manjang je hakimi nak main game...tadi aku baru je lepas pam susu...aku pam lepas najmi menyusu kul 4 tadi...dia tidur punya la lena dari kul 11 mlm tadi sampai kul 3 lebih tadi aku kejut dia menyusu...kejap je x sampai sejam dah tidur balik...aiseh...tu yang aku pam tu..
ni nak cite pasal perkembangan anak2 aku skrg ni...najmi dah besor dah...dah 1 bln 3 minggu 2 hari kalau ikut umur kat atas tu la...dia dah semakin panjang...baru ni aku ukur dah 53cm dah...berat x tau lak...nanti je timbang kat klinik...dia dah leh diagah tau...dia leh senyum2 bila kita panggil2 nama dia masa dia baru je lepas pantang 45 hari...mata dia leh nampak pada jarak dekat pada 30 hari...abg long dia lagi awal tau 21 hari...
sekarang ni najmi dah susah sikit nak tinggal sebab dia dah leh nampak bayang orang ada dekat ke tak...kalau aku la mata dia memang ikut je mana aku pegi...payah tul...skrg ni dah x mau tidur sangat kalau siang tu...nak orang main2 dengan dia je...kalau tegur je bukan main lagi dia punya jawab...oooo..uuu...aaaa...hehe..cute!
abg long lak dah pandai cakap....fuyooo...macam2 yang dia tau cakap sejak duduk umah atuk dia ni...memula dulu memang x clear sangat bunyi dia...dia siap buat gerak2 lagi nak bagi org faham...skrg ni dah improve banyak gak...pandai lak tu ajuk2 orang cakap...ada 2 kali yang aku dengar dia cakap yang nak buat aku menitis air mata...ye la kan...selama ni dia payah noo nak ajuk cakap2 kita tapi bila keluar je ayat2 ni dari mulut dia..terharu ko...hukhuk...
ayat pertama:
hakimi datang dari arah dapur sambil bawak pemukul lalat mak aku, ayat dia:
mi, apat pun pengukul anat......ummi, dapat pun pemukul lalat
ayat kedua:
aku tengah cari2 limau barli dalam peti ais, dia sama menyebok, memula aku cakap kat dia...dah abis kot nak...pastu bila mak aku cakap ada kat belah bawah dan aku dah jumpa, ayat dia:
haa..ada pun, ngat abis....haa...ada pun, ingat abis
wah terharu ko...x dapat nak digambarkan dengan kata2...akhirnya anak aku berjaya mencantumkan ayat2 dengan sempurna...risau je sebab selama ni orang cakap dia x leh ckp kan...dan akhirnya kerisauan aku berakhir walaupun ada pelat2 lagi kan...cam l dia selalu tukar dengan n tapi kira ok la kan..slow2...bagi dia masa..
ni gambar2 terbaru hero2 aku ni...layan

Rabu, 7 Julai 2010

dah abis dah..

salam semua,
hari ni dah 47 hari najmi selamat dilahirkan...dan bermakna kami dah abis pantang 3 hari lepas..najmi makin hari makin comel..
tapi dah 4 hari dah aku leh nak pam susu..pasalnya..adik aku kawin ahad baru ni..pepaham je la keadaan umah kenduri...sebelum kenduri x de space nak pam..nak susukan anak pun susah...lepas kenduri lak busy nak kemaskan umah lak..
alamak..nak gi basuh baju anak jap ye..
hakimi lak nak susu..

k sambung balik..
tu baru anak 2 kan?
hehe..camne kalau ada 4?

aku cuma nak cite satu benda je...24hb jun haritu kan hari ulang tahun perkahwinan kami kan? shah ada bg aku hadiah...bukan yg grand2 sgt pun tapi aku sangat suka sebab dia bukan penah bagi hadiah pun masa ulangtahun perkahwinan..kalau hadiah birthday tu ada la...

shah bagi aku jubah n handbag...cantik sangat...mekasih ye bang...ita hargai sesangat..gambar?
aku upload nanti2 la ye..bila dah naik keja ke nanti...skrg ni sibuk tul dgn anak2..netbook ni lak asyik berebut dgn adik bungsu aku kat umah ni...apa lagi kan budak2 sekolah...asyik dgn facebook je..k adios ye..