Follow my blog with Bloglovin

Jumaat, 28 Januari 2011

entry maaf khas buat sahabat..

salam jumaat semua,

asal aku tulis je..mesti jumaat..asal jumaat je mesti aku tulis...hehe...tu je kot hari yang sempat..

pagi ni pun nak celah sikit je ada program Puspanita lak pasni...ada program Impian Anggun pulak...alhamdulillah lepas dpt pengerusi baru thn ni nampak aktif Puspanita Jabatan ni. Dah tu tetiba lak aku kena jadi AJK Pendidikan...wah..apa program nak buat ye?

p/s adak kalau ko ada idea leh suggest untuk bg buku amal ke bgtau ek..

eh balik semula pada tajuk kat atas tu ye...

dengan ini saya, Rozita Binti Abdul Rahman, ingin meminta maaf secara terbuka dengan semua kawan-kawan yang dekat...jauh...keluarga...yang mana saya tak sempat nak kunjung semasa kunjungan saya dan keluarga ke Putrajaya dari 11-13 Januari 2011 yang lalu....ceh..ceh...rasmi la pulak kan....hehe

ok la kawan2 aku betul2 nak minta maaf ni ..jadual aku tersangat la padatnya...kena keja kan..family yg ikut pun kesian..kena tinggal dalam bilik je...

hari last tu ingat nak singgah gi zoo..siap dah janji dengan abg long...sekali sampai kat zoo dah pukul 8 mlm..kesian abg long...

insyallah kalau diizinkanNya kami dijadualkan akan bercuti seminggu pada 11 - 18 haribulan depan...hehe...nak tunaikan impian yang belum terlaksana lagi...

tempat yang berada dalam list:
1. cameron highland - selepas 2 thn tak gi sini
2. kuala lumpur - ronda2 plus melepak rumah adik beradik sambil pegi zoo
3. cherating - pasal dapat penginapan percuma sambil bawak anak mandi kat pool..mak yang excited sebenornya...hehe

k my friend..kalau nak atur kita semua jumpa sekali lagi cantik...senang kan...?

k bye...nak gi lak ni program dah start pun..kang x anggun la pulak kan?

Jumaat, 21 Januari 2011

cerita terbaru adik..



salam lagi sekali...

hehehe..tadi kata last entry kan...TIPU....hehehe....tetiba lak teringat nak update pasal adik najmi lak ye...apa nak buat...

adik dah pandai macam2...

masih menyusu campur2...tapi sekarang ni kalau siang banyak campur susu formula sebab aku tak leh pam macam dulu2..dah tak larat dah...

selalu dapat bekal pun sebotol je kat taska...petang balik terus aku susukan sampai malam...

gigi dia sejak keluar putih2 dulu demam dan terus tak mau keluar2 dah...nape ek?

dia sangat suka makan...sekarang dah makan 3 kali sehari...pagi petang malam...bila dah abis dalam mangkuku tu siap leh jenguk2 lagi tu...aiseh...

bulan ni tak timbang berat tunggu 9 bulan esok...tapi baru ni ada gi hospital untuk rutin check darah dia yang dr buat 3 bulan sekali tu..

memula dr kata darah dia tak naik2 sejak 3 bulan lepas...hb dia masih sama 10.3...cepat2 aku cakap masa dia masuk hospital haritu hb dia turun sampai 8.6...dr terus cakap so dah naik la ni...wah...lega aku...tak la serius kan...kalau statik tu yang dr risau...so dr bagi temujanji lagi 4 bulan....

berat dia masa gi spital baru ni 7.7kg...tinggi lak 61cm....
adik dah besar!

kalaulah aku ada anak perempuan...

salam jumaat semua...

entry penutup kot untuk minggu ni...hari minggu selalu x leh nak online...walaupun ada broadband kat umah...manjang je abg long suruh aku cari game...kalau aku tak layan dia lak cari sendiri..adui...letih bebudak zaman sekarang ni kan..

eh nak cite lak benda ngarut2 dulu baru kita sambung citer tajuk atas tu ye...

malam tadi aku buat karipap bersama anak bujang yang sorang tu..ala..memain je lebihnya...
jadinya pagi ni kami bersarapan karipap inti daging kisar + kentang (setelah 3 hari ditangguhkan projek karipap ni)...
sebenarnya aku saje je nak try mesin mee yang beli kat carrefour masa offer baru ni...hahaha..berbaloi...aku buat 30 biji..dah selamat goreng 15 bijik...ada lagi 15 frozen kat dalam peti es...senang bebila nak makan..leh terus goreng...siap ada special edition yang takde inti punya untuk abg long..pasal dia selalu buang inti or makan yang kulit2 tepi je...

eh panjang lak intro mengarut ni ye...
sambung sepertimana tajuk di atas ye...

saje je aku tetiba berangan...sebab 2 malam lepas kot aku termimpi2 aku mengandung...cam best je kan...pagi tu terus cari pregnancy kit test....hmmm...takde rezeki pun...

hmmmm.....kalaulah aku ada anak perempuan kan.....

ada gaya perempuan tak saya?

Khamis, 20 Januari 2011

kek coklat strawberry...


salam semua,
curik masa sikit nak update blog..

sebenarnya aku nak tunaikan janji dengan faiz untuk bagi testi tentang kek dia yang aku order haritu...

sebelum aku cite testi ni aku nak cite sikit sal cik faiz ni...dia buat part time buat kek dan coklat..salah sorang antara kawan2 aku yg rajin buat benda2 camni..aku salute korang tau..kalau kena aku ni agaknya anak2 aku dah sama dok dalam mangkuk bancuh kek tu kot...huhuhu..mesti korang ngeri nak makan kalau aku buat kek lain kali kan....hehehe...takde la takat 1 kek tu boleh la lagi...opss melalut la pulak...k kita sambung balik cite kek faiz ni...

alkisah aku gi putrajaya haritu...dah kebetulan dekat dengan serdang tu aku pun mengorder la kek dgn faiz ni...dan terpaksa la faiz ni gi ngantor kat masjid UPM masa org sesibuk gi sembahyang maghrib lak...

jadi testimoni dia camni ye cik faiz,

memula pasal kek ni ye...aku rasa ada miscommunication masa kita order mengorder tu kot...aku ingat ko biasa makan kat secret recipe...tu yang aku main order je cam sercet recipe punya tu....sekali ko tak tau lak...aiseh...nampak no aku je muka yang selalu beli membeli ni kan...hehehe....

ni rupa kek yang aku nak tu faiz =

ni lak kek yang ko buat =



rupa: cantik cuma tang kat atas tu kena perbaiki...bagi lagi smooth je...hehe..cam aku pandai buat kek lelawa camni kan...takpe faiz practice makes perfect!
hiasan: cantik...dan nampak sedap (sesedap rasanya)..anak aku teruja tengok strawberry tu...
rasa: alhamdulillah sangat sedap...dan yang penting anak aku suka...
krim: sedang2...tak manis pun...kami lagi suka...sebab kami dah cukup manis pun...hehehe...

ni lak gambar anak aku yang tengah excited makan...


ini komen membina dari aku tau...jangan kecik hati...
anyway...kek ko memang sedap....mekasih ye sudi ambik order dari aku yang banyak songeh ni....

p/s: sila abaikan pisau gedabak adik aku tu ye...

Selasa, 11 Januari 2011

keja ke jalan2 ni???

salam semua,

saja buat entry nak ambik berkat 11.1.11 pada jam 11.11 pagi...hehe...

petang ni kami sekeluarga akan bergerak ke putrajaya...penginapan selama 3 hari 2 malam di Puspanitapuri Putrajaya...hehe..cam gempak je kan...

sebenarnya aku kena gi perhimpunan jabatan plus seminar kat sana...disebabkan adik bergayut je sepanjang malam jadi dia tak leh kena tinggal...selama ni pun aku memang menggelak kalau ada seminar atau kursus yang menyebabkan aku kena bermalam..tapi kali ni tak leh nak buat apa dah..bos patutnya kena pegi sekali tapi dia dah nak kena tukar minggu depan jadi dia sibuk packing barang dan sudahkan semua keja2 dia...

jadinya secara tak langsung anak beranak ni semua kena ikut sama la...terpaksa lak shah cuti 2 hari ni...mekasih ye bang sebab bagi komitmen...love u so much....

cadang2nya...nak jalan2 kat sunway piramid la...ada permainan tuk bebudak...sempat ke tak ye?

k la...aku nak kena gi mesyuarat puspanita jabatan jap ni...see u...

p/s: faiz: jangan lupa tau kek aku....esok mlm aku serang ko...huhuhu...

Jumaat, 7 Januari 2011

BUDAK HILANG LAGI!!! ADAM SHAH

hi parents.. the thing i super do not want to face in my life... pls contact thi...s person in FB @Norazuin Munaji incase u have any news about this handsome boy..
My prayers for him n his family



salam semua,

entry penutup untuk minggu ni ada kisah sedih lak...ada budak hilang...
aku dapat gambar ni dari facebook baru je kejap tadi....kesian family budak ni...tolong forwardkan kat mana2 ye kawan2...semoga kita boleh membantu mana yang terdaya..insyallah...

Khamis, 6 Januari 2011

Ya Allah...

salam semua,

sekadar nak berkongsi..terdiam seketika bila baca berita ni...

Keputusan kes ibu bunuh bayi dalam tandas 25 Januari

PULAU PINANG 5 Jan. - Nasib seorang ibu muda yang didakwa di Mahkamah Tinggi di sini atas tuduhan membunuh bayi yang baru dilahirkannya di dalam tandas kilang tempatnya bekerja, dua tahun lalu akan diketahui pada 25 Januari ini.

Pada tarikh itu, Hakim Datuk Zamani Abdul Rahim akan membuat keputusan sama ada memerintahkan Nurul Syuhada Shamsudin, 21, membela diri atau membebaskannya daripada tuduhan tersebut.

Beliau menetapkan tarikh tersebut hari ini selepas Timbalan Pendakwa Raya, Azhar Mokhtar selesai mengemukakan penggulungan hujah di akhir kes pendakwaan.

Nurul Syuhada yang memakai baju kurung ungu dan tudung warna sama dilihat tenang sepanjang prosiding dengan sesekali menoleh ke arah ahli keluarganya yang duduk di galeri awam.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa membunuh bayi yang baru dilahirkannya di antara pukul 3 pagi dan 7 pagi, 31 Disember 2009 di dalam tandas perempuan di kilang Jabil Circuit di Zon Perindustrian Bebas, Bayan Lepas di sini.

Mayat bayi tersebut dijumpai tersangkut di dalam lubang tandas kira-kira pukul 2.15 petang keesokkan harinya oleh seorang tukang cuci selepas menerima aduan tandas tersumbat.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Pendakwaan turut dibantu Timbalan Pendakwa Raya L. Umma Devi manakala tertuduh diwakili peguam, E. Gnasegaran.

Terdahulu Azhar berhujah bahawa wujud elemen niat daripada tindakan yang dilakukan tertuduh untuk cuba menyembunyikan perbuatannya terhadap bayi yang baru dilahirkan itu.

Menurutnya, ia dibuktikan melalui tindakannya yang enggan pulang awal meskipun dinasihati berbuat demikian kerana tidak sihat dan berada di dalam tandas terlalu lama.

Kata beliau, bukti juga menunjukkan tertuduh memberitahu keadaannya 'ok' dari dalam tandas kira-kira pukul 5 pagi pada hari kejadian semasa rakan sekerjanya bertanyakan keadaannya ketika itu.

''Sejam sebelum itu, rakan sekerjanya yang berada di tandas sebelah turut terdengar bunyi tangisan bayi yang disusuli bunyi air dipam dari tandas tempat di mana tertuduh berada.

''Walaupun tidak dapat dipastikan sebab sebenar yang membawa kematian bayi itu namun pakar patologi memberitahu peluang untuk bayi itu hidup amat minimum kerana keadaannya yang berada di dalam lubang tandas.

''Justeru, saya memohon tertuduh dipanggil membela diri kerana hanya dia yang boleh memberitahu kita apa sebenarnya yang berlaku di dalam tandas itu,'' kata Azhar.

Gnasegaran pula menghujahkan bahawa bayi itu mati ketika dilahirkan dan anak guamnya tidak mempunyai pengetahuan bahawa dia telah melahirkan 'anak'.

''Kesakitan yang dialaminya dirasai sama dengan rasa ketika mahu membuang air besar. Dia tidak tahu dia melahirkan anaknya. Lagipun, daripada keterangan saksi, jelas menunjukkan punca sebenar kematian bayi itu tidak dapat dipastikan lagi.

''Justeru, dia tidak wajar dipanggil untuk membela diri atas tuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana dia bukan pembunuh bayi itu,'' katanya.

Akhbar sebelum ini melaporkan tukang cuci tersebut memaklumkan penemuan mayat bayi itu kepada pengurusan kilang yang kemudian membuat laporan polis.

Mayat bayi berkenaan kemudian telah dibawa ke Hospital Balik Pulau untuk bedah siasat.

sumber : utusan malaysia online

kesian bayi tu kan....

Rabu, 5 Januari 2011

yuran naik pulak..


salam semua...

yang ni cerita pasal naik jugak...

yuran taska anak naik pulak....memula hari tu cikgu yang selalu terima yuran tu cakap yuran adik naik dari rm 200 ke rm230..abg long lak dari rm160 ke rm180...pening ummi dia ni dengar...haaa..naik sampai rm70 tu...

pastu semalam jumpa dengan ustazah owner tempat tu...alhamdulillah ustazah cuma naikkan yuran abg long aje rm20... so yuran baru abg long rm180...adik dia masih kira harga lama...syukur...

kalau yuran abg long naik takpe la sebab abg long sekarang diorang hantar gi sekolah tadika sebelah tu waktu pagi dan pukul 2 petang dia ajar mengaji juga..

dan alhamdulillah sekarang abg long sangat suka pegi sekolah..takyah susah2 nak pujuk dan buat muka masam...dia sangat bersemangat ok...nak tau apa dia cakap...?

nak gi sekolah...nak main menan...(ceh mainan lagi...) menan banyak...warna2... (dia suka la tu)
kawan dengan kakak (kakak je?...abg?)...semoga semangat terus berkobar2...insyallah..amin..

p/s : malam tadi pun aku terjaga dan tengok abg long mengigau sambil senyum2 tarik2 tangan.....mimpi apa tu nak oiii....? ;)

Harga petrol Ron 97 naik lagi...aiseh..


salam semua,

hari ni dikejutkan oleh berita sedih lagi...

harga minyak Ron 97 naik lagi 10 sen menjadi rm2.40 seliter...pening..pening...harga barang confirm naik lagi lepas ni...alasannya harga minyak naik dan kos pengangkutan naik...walaupun kebanyakkan lori yang mengangkut tu pakai diesel yang langsung tak terjejas...aduhai alam...

sumber : bernama

Selasa, 4 Januari 2011

kesian mak bapak..

salam semua,

entry ni sebenarnya dibuat lepas baca entry kat blog ni tadi...

aku pun dah lama tak puas hati dengan peraturan yang dikenakan oleh pihak sekolah tertentu...

dulu masa aku sekolah rendah....takde la pulak cam sekarang ni....
sekarang semua benda kena beli..kena bayar...

harga pendidikan dulu dengan sekarang amatlah tak sama...ye la gaji cikgu cikgi pun dah lain kan...tapi yang aku tak puas hati adalah peraturan pembelian barang2 oleh sekolah2...

sebelum abis sekolah cikgu dah bagi list pada anak murid apa yang kena beli untuk tahun depan..
list tu aku tak kisah tapi kadang2 apa yang terkandung dalam list tu yang buat ibubapa terbeban..

contohnya pembelian wajib 2 lencana setiap tahun...alasannya pelajar pakai baju baru setiap tahun...waktu aku dulu2 mak akan buka lencana pada baju lama dan jahit pada baju baru, kami akan guna lencana tu selagi boleh pakai..

lagi satu pembelian wajib buku2 tulis...list yang ada telah tetapkan berapa banyak buku tulis yang perlu dibeli sedangkan ada antara buku tulis tahun sebelumnya cuma diguna hanya 2-3 helai sahaja...kalau dulu2 kami akan koyakkan bahagian yang telah ditulis dan gunakan bahagian yang kosong yang masih boleh dipakai....

juga pembelian baju sukan yang diwajibkan setiap tahun..alasannya kerana pelajar sudah bertukar saiz...aku merujuk pada sekolah adik ipar aku...awal tahun ambil order dan tempah...hujung tahun sekolah nak tutup baru dapat...sudahnya budak tu dah tak leh pakai dan kena order baju baru lagi untuk tahun depan..kan membazir namanya tu...kalau dulu kami pakai satu baju sampai betul2 dah tak muat baru beli yang baru...

walaupun aku belum ada anak yang bersekolah tapi diharap fenomena ni tak berterusan sampai anak aku sekolah esok..kalau tak alamatnya akan makin ramailah ibu bapa yang tak berkemampuan...
This entry was posted in

Isnin, 3 Januari 2011

Selamat Tahun Baru 2011 dan Hari Lahir Saya yang ke 32



salam semua,

ini adalah salam pada hari yang baru di tahun yang baru...dan hari ni aku datang keja dengan handbag hadiah harijadi yang baru...hehe...

semoga tahun ini akan bawak lebih banyak kebaikan dari tahun sebelumnya..amin..