Follow my blog with Bloglovin

Selasa, 4 Januari 2011

kesian mak bapak..

salam semua,

entry ni sebenarnya dibuat lepas baca entry kat blog ni tadi...

aku pun dah lama tak puas hati dengan peraturan yang dikenakan oleh pihak sekolah tertentu...

dulu masa aku sekolah rendah....takde la pulak cam sekarang ni....
sekarang semua benda kena beli..kena bayar...

harga pendidikan dulu dengan sekarang amatlah tak sama...ye la gaji cikgu cikgi pun dah lain kan...tapi yang aku tak puas hati adalah peraturan pembelian barang2 oleh sekolah2...

sebelum abis sekolah cikgu dah bagi list pada anak murid apa yang kena beli untuk tahun depan..
list tu aku tak kisah tapi kadang2 apa yang terkandung dalam list tu yang buat ibubapa terbeban..

contohnya pembelian wajib 2 lencana setiap tahun...alasannya pelajar pakai baju baru setiap tahun...waktu aku dulu2 mak akan buka lencana pada baju lama dan jahit pada baju baru, kami akan guna lencana tu selagi boleh pakai..

lagi satu pembelian wajib buku2 tulis...list yang ada telah tetapkan berapa banyak buku tulis yang perlu dibeli sedangkan ada antara buku tulis tahun sebelumnya cuma diguna hanya 2-3 helai sahaja...kalau dulu2 kami akan koyakkan bahagian yang telah ditulis dan gunakan bahagian yang kosong yang masih boleh dipakai....

juga pembelian baju sukan yang diwajibkan setiap tahun..alasannya kerana pelajar sudah bertukar saiz...aku merujuk pada sekolah adik ipar aku...awal tahun ambil order dan tempah...hujung tahun sekolah nak tutup baru dapat...sudahnya budak tu dah tak leh pakai dan kena order baju baru lagi untuk tahun depan..kan membazir namanya tu...kalau dulu kami pakai satu baju sampai betul2 dah tak muat baru beli yang baru...

walaupun aku belum ada anak yang bersekolah tapi diharap fenomena ni tak berterusan sampai anak aku sekolah esok..kalau tak alamatnya akan makin ramailah ibu bapa yang tak berkemampuan... Cerita menarik lain
This entry was posted in

2 Luahan Ikhlas:

nornilia berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Saya sebagai cikgu nak berkongsi pengalaman saya di sekolah. Sekolah saya tak mewajibkan lencana dibeli setiap thn. Tapi diwajibkan kalau budak dari sesi ptg pindh ke sesi pg. Sbb nametag kaler lain untuk bezakan murid pagi dan petang. bukan lencana tapi nametag.

Baju sukan pon tak wajib. cikgu pon suka kalau anak murid tak order baju sukan. senang skit keje .tak payah nak ukur saiz.

Buku selalunya memang abis diguna. Jarang la yang tak abis guna. Kalau saya aja matematik satu thn saya guna 3 buku. kalau ye ade buku tak abis nak guna thn depan, terima ke anak zaman skarang nak guna sumer. kalau saya memang saya bagi guna buku lama, terutama yang banyak lagi tak guna utk buat buku conteng.

Harap tak de lah nak kaitkan ape yang sekolah mintak dgn gaji cikgu. Gaji tu kan memang dimaktubkan oleh JPA. Sape pon keje kerajaan janganlah diungkit pasal gaji. Sebenanya duit cikgu banyak kuar untuk murid-murid. Cume orang tak perasan.

Mintak maaf kalau saya ada terkasar bahasa. Sekadar ingin berkongsi fenomena sebenar.

Rozita berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

salam,
terima kasih nornilia kerana komen anda... ;)

maaf kalau ada kata2 saya yang menyinggung perasaan...

sebab tu saya ada nyatakan sekolah2 tertentu...sebab terpulang pada pengetua, guru besar dan cikgu2 sendiri...

gaji tu pulak...jangan salah faham...itu hanyalah perbandingan semasa sahaja...

aku tabik hormat pada guru2 yang sanggup keluarkan duit untuk anak2 murid mereka..

pada semua guru2..terus la berbakti untuk semua anak bangsa...percayalah..baktimu sentiasa dikenang..insyallah..