Follow my blog with Bloglovin

Selasa, 22 Mac 2011

Hari Air Sedunia, Korang tau ke?

Salam semua,

aku nak citer pasal hari air sedunia ni....ada korang yg tau ke hari ni hari air sedunia? aku? selalu bila nak pegi keja aku lalu kat bangunan MPK tu memang nampak ada banner hari air tapi serius aku adalah manusia yg tak mengambil tahu dan dan sangat mementingkan diri sendiri....

sebabnya selalu lalu kat situ time aku tengah berhempas pulas nak mengejar punch card kan...terus tak sempat nak tengok...ceh...alasan....lagi pulak aku pekerja baik jarang nooo kuar gi ngular memana...mana la sempat nak baca banner sana sini kan....ceh alasan lagi...tapi peliknya kalau banner SALE tu aku nampak la pulak kan...nampak nooo alasan kan...?

korang tau tak hari air sedunia ni dah disambut sejak tahun 1993 lagi...? aku ? sekali lagi aku tak tau ok...ceteknya ilmu aku kan....? nasib baik masa interview dulu dia tak tanya benda2 camni...kalau tak teruk la nak jawab...

korang yg sama cam aku dan nak tau sejarah hari ni leh gini SINI.. yg dah tau tu x yah la sebok2 nak tekan..untuk yg tak tau je ok...

kalau tengok kat situ...walaupun dah lama sejak 1993 lagi dah ada kempen ni tapi ianya nampak serius hanya pada tahun 1997 bila ada organisasi yg besar nak mengepalai benda camni...

diorang ada slogan setiap tahun dan untuk tahun ni :

World Water Day. Water for cities: responding to the urban challenge

kalau tengok pada slogan tu cam tak terlibat je kita2 yg duduk kampung ni kan...(aku duduk kg ok..kg kempadang)


tapi apa yg penting bukan slogan tu tapi cara kita manfaatkan kegunaan air sehari....dan aku rasa insaf balik ni nak suruh shah tukar paip kat bilik air yg menitik2 tu la...

  Cerita menarik lain

0 Luahan Ikhlas: