Follow my blog with Bloglovin

Jumaat, 29 April 2011

aku orang susah.... Part 3

salam semua,

sambungan dari Part 2,

sekolah

selepas 3 tahun kelahiran uda, rezeki mak dan abah bertambah lagi... mak melahirkan anak keempat.. andak...dan alhamdulillah keluarga kami dah makin besar...tambah lagi tanggungjawab abah...

pada masa yang sama jugak aku dah mula bersekolah tadika... mak dan abah tak pernah meletakkan apa2 harapan pada anak2... jauh sekali nak bagi tekanan supaya tekun belajar... cuma satu nasihat abah.. kalau boleh abah nak anak2 abah berjaya dapat ilmu setinggi mungkin supaya tak jadi macam abah yang tak ada pelajaran...

nasib aku agak baik... aku dah kenal huruf sebelum aku masuk tadika lagi... itu hasil penat lelah mak mengajar di rumah... jadi bila aku melangkah kaki ke tadika aku tak ada sebarang masalah untuk terus belajar membaca dan menulis... tapi budak yang kenal huruf tak semestinya bagus... ada kenangan di sekolah tadika yang aku masih ingat dan sentiasa menjadi bahan cerita dalam keluarga kami sampai la sekarang ni...

pernah aku balik dengan menangis2.... dulu masa kecik memang aku gembeng sikit... itu bahasa jawa... kalau orang melayu kata suka menangis... mak tanya kenapa aku menangis... aku kata orang curi kasut sekolah aku... kasut yang ditinggalkan kecik dan tak muat.... kesian aku kan? bila mak tengok rupa-rupanya bukan kasut tertukar tapi aku yang pakai kasut terbalik... hehehe... memang sangat kesian...

bila aku naik ke sekolah rendah... abah setia mengambil aku dari sekolah... kalau pagi kami berjalan kaki ke sekolah... satu tabiat yang kami suka ialah tengok awan bergerak2... bila awan tu bergerak kadang2 imaginasi kami akan membayangkan sesuatu... kadang2 sesuatu yang menakutkan... terus buat kami lari sekuat hati ke sekolah... hehe... kelakar kan?

aku dan along bersekolah di sekolah yang sama... kami berkongsi duit belanja yang sama... biasa kalau ada duit abah akan bagi rm1 untuk kami berdua untuk belanja 1 hari di sekolah rendah dan sekolah agama...pagi 30sen dan petang 20sen... aku selalu menempel kat kelas along untuk mintak duit sampaikan bila aku sampai je kawan2 along dah tolong panggilkan along untuk aku...

kalau abah tak ada duit nak bekalkan... aku selalu balik rumah curi2 makan masa waktu rehat... lepas tu pegi ke sekolah balik... mak selalu bising , mak kata nanti aku penat tapi aku tak pernah kisah... hidup susah jadikan aku anak yang berhati batu dan degil...

petai

dalam masa yang sama abah rajin buat berbagai kerja untuk tampung perbelanjaan keluarga kami yang makin besar... abah rajin ikut kawan2 masuk hutan dan cari petai... kalau ada petai yang dapat abah akan jaja di kedai2 dan kami adik-beradik jugak akan tolong menjual petai dari rumah ke rumah... kami cuba tolong apa yang terdaya...jauh kadang2 kami berjalan tapi petai yang laku belum tentu lagi... apa nak buat dulu memang barang2 murah tapi orang belum tentu ada duit nak beli...

abah jugak ambik upah potong buah sawit di kebun2 orang lain... tapi pada masa tu memandangkan hasil sawit tak seberapa... betapa kuat pun abah membanting tulang tetapi memang tidak setimpal dengan upah yang diterima... kesian abah... mak pun rajin tolong abah di kebun untuk pungut biji sawit yang peroi... kami selalu makan buat sawit peroi ni yang direbus... rasa dia manis berlemak... dah lama kami tak makan benda ni... kadang2 mak pun meraut lidi untuk dibuat penyapu... 

jaga adik

sementara tu kami yang besar ditugaskan untuk jaga adik2 yang masih kecil.... keluarga kami makin bertambah selepas kelahiran alang dan acik.. aku anak perempuan tunggal dalm keluarga mula dibebani tanggungjawab untuk menjaga adik2... ada ketika aku mula rasa bosan... mula terdetik dalam hati aku nak belajar pandai2 supaya boleh masuk sekolah asrama dan duduk sorang2... teruk aku kan sangat mementingkan diri....

bila budak kecik dipertanggungjawabkan untuk jaga budak kecik... faham2 je la apa yang berlaku... kami sibuk nak main je lebih.... ada satu hari tu kami duduk ramai2 depan beranda rumah... rumah abah aku rumah kayu asal felda bagi... kat depan rumah tu ada beranda kecil buat kami selalu lepak2... dekat keliling dia ada tiang kecik2 untuk kepung sepanjang beranda tu... beranda tu tinggi... ada lah setinggi 1 meter ke bawah rumah... masa tu aku jaga alang kecik... dalam umur belum sampai setahun.... mak dan abah ke kebun... aku dan adik beradik lain leka memain... sedar2 je kami tengok alang dah ada bawah rumah... ntah macamana dia jatuh aku pun tak perasan... sungguh Allah panjangkan umur adik aku... syukur tak terjadi apa2... tapi dia menangis toksah cerita la... mak dengan abah balik pulak tak abis2 kami semua kena marah... apa nak buat kan...memang salah kami...

nanti2 aku sambung pulak ye...Part 4

penyata cukai pendapatan..

salam semua,

tengah leka2 buat kerja tadi tetiba ada orang tanya aku.... dah buat penyata cukai pendapatan untuk thn lepas?

alamak... aku lupa da.... rebut2 buka web LHDN... nak buat e filing....

bila aku dah bukak... tercengang2 pulak depan komputer... alamak apa kata laluan... aiseh  buat setahun sekali kan... aku try 2 kali tak leh.... tutup dulu... tarik nafas... ingat semula.... pastu aku cuba login balik... tak leh jugak... aku keluar lagi... dah call shah dah... janji dengan dia petang ni nak gi LHDN kejap... nak settle... tetiba aku try bukak balik dan login....alhamdulillah kali ni buat slow2 boleh pulak...

dah isi semua, sekali terlupa pulak berapa bil hospital adik aritu.... pastu abis aku godeh bil card credit kat opis yang jumpa cuma bil bulan 1.. bln 12 takde... aiseh... aku try godek2 kat sini lak... alhamdulillah aku ada tulis dalam entry ni Rezeki.. memang betul rezeki buat aku....

dah isi semua.... lega... untuk tahun 2010 ni aku tak perlu bayar cukai pendapatan... alhamdulillah...
tahun depan pulak tak tau la lagi... korang dah isi ke belum? kalau belum cepat2 isi sebelum 30 april tau!
This entry was posted in

Khamis, 28 April 2011

cerita gempak...

salam,

ehehe... tajuk cam gempak kan? saje je bagi tajuk gempak petang2 ni korang mesti dah ngantuk punya kan?


tadi aku dapat surat ni....

memula pagi tadi aku sangka hujan je sampai petang... tak yah nak jenguk2 bukan hujan kat luar tu hujan dalam hati aku ni la....

rupanya dah sampai petang ni terpanas la pulak... adeh...

pasal apa...pssssttttt..... aku dapat surat ni tadi....




yahoooooo.... akhirnya.... kami dapat duduk umah sendiri... ni tangan tengah bajet2 ni.... ada sapa nak tolong hulur sesikit tak?.... tangan kanan aku cam gatal je ni.... hehe.... apa  segan? ala takpe korang email nanti aku bagi no akaun k...hehe...
This entry was posted in

1st Contest Dari Roroi Yang Ensem

salam,

aku nak luangkan masa jawap contest budak kecik ni... macam best je hadiah dia... aku penah kumpul setem gak dulu woo... tp hangat2 taik ayam je... tapi yang setem ni memang menarik...

akak dah follow ko lama dah dik...

ko suruh tag aku tag 2 orang ni yang rajin tag aku kalau ada contest aku je selalu tak nyempat nak join...

dan 

soklan2 ko tu senang je dik..

soklan 1: dawai kokot kan? ala kalau bahasa glamer dia ubat stapler kan? ko dah lipat dia terbalik kat belakang dan ko cantum 2 kan? jangan ko nak cakap salah lak...mesti betul la jawapan akak punya....

soklan 2 : Roroi yang memang perasan ensem

ok tak nak join jugak klik kat sign dia tu k...

gigil aku baca..

salam semua,

mengigil aku bila baca berita kat metro tadi.... kesian mak budak ni... tak terbayang aku kalau aku berada di tempatnya... nauzubillahi minzalik...

IPOH: Tidak sampai empat jam selepas mengadakan sidang akhbar berhubung kehilangan bayi lelakinya yang diculik, semalam, seorang ibu hampir pitam sejurus mengetahui anaknya mati dan mayatnya ditemui dibuang di tepi lebuh raya, Sabtu lalu.
Dalam kejadian 5.45 petang itu, mayat bayi lelaki lengkap berpakaian dan berstokin kaki itu ditemui disumbat dalam bag kanvas sebelum dicampak berhampiran plaza tol Bandar Baharu, Kedah.

Ketika ditemui mayat kanak-kanak malang yang dibuang tidak sampai 12 jam itu dalam keadaan lebam di kepala, selain hidung berair.

Mangsa sebelum itu dikatakan dilarikan seorang lelaki yang juga kenalan rapat ibu mangsa pada Jumaat lalu selepas ia diserahkan untuk jagaan sementara.


Difahamkan, wanita berkenaan, M Kavitha, 36, mengecam wajah bayi berusia sembilan bulan itu sejurus dipanggil polis dan ditunjukkan gambar wajah mayat bayi ditemui Sabtu lalu.

sumber : harian metro

SANTAI BEN ASHAARI :KENAPA AKU SEORANG BLOGGER



salam semua,

alhamdulillah aku dah berjaya tenangkan diri dan kali ni nak santaikan pemikiran nak join segmen ben ni kejap...

tajuk kat atas tu pun dah jelas dan nyata suruh cerita kenapa aku akhirnya jadi seorang blogger kan? jadi aku kena la jawab dengan ikhlas.... ikhlas ni ben takde tipu2 punya...

sejak dari aku sekolah dulu aku selalu berangan nak jadi penulis... aku suka baca novel dan cerpen... konon2 nak cari idea... sampai sekarang ni masih lagi berangan nak tulis buku... tapi aku tau bakat aku tak sampai ke mana pun... kalau tulis buku belum tentu orang nak baca... korang nak tau buku apa yang aku nak tulis... aku berangan sangat nak tulis buku pengalaman hidup abah aku... walaupun abah aku bukan artis popular tapi aku rasa sebagai anak yang mengenang jasa aku patut jadikan abah aku sebagai ikon popular...

jadi aku start dengan berblog....sebelum aku boleh tulis benda yang serius jadi aku cuba tulis cerita-cerita sempoi macam cerita hidup kami hari2... tengok market dulu orang boleh faham ke apa aku tulis... dan akhirnya hari ni aku dah berani menulis cerita yang memang aku nak sangat tulis selama ni dalam aku orang susah...Part 1 dan aku orang susah...Part 2...dan insyallah ianya tak akan berhenti setakat tu aje... doakan semoga... impian aku nak tulis buku tu akan jadi kenyataan.... amin..

aku orang susah.... Part 2

salam semua,

sambungan dari Part 1,
nota mula: kalau ada yang kata aku bercerita untuk menunjuk2 ketahui la aku sekadar ingin berkongsi pengalaman dengan pembaca...

jadi bermula la perjuangan abah sebagai peneroka felda.... bertemankan motor suzuki abah yang belum habis bayar... abah bawak kedua2 anak kecik dia pindah bersama mak... orang lain semua pindah pakai lori ... abah cuma naik motor je... maklumlah tak ada banyak barang yang nak dibawak... abah cuma bawak yang penting2 saja dulu...yang abah bawak masa tu cuma dapur, 1 kuali dan satu periuk... beberapa pinggan tepen yang confirm tak pecah... dan beberapa biji gelas... jadi la untuk kami sekeluarga....

ada satu ayah abah yang aku takboleh lupa... masa tu abah sangat baru dengan daerah kluang... maklumlah abah membesar di kota tinggi dan kemudian bekerja di singapura semasa bujang... abah abadikan hidupnya untuk adik-beradik jadi abah tak ada masa nak survey mana2 daerah kat johor sekalipun... bila tercampak ke daerah kluang abah susah hati... pada masa tu pulak felda kahang timur tu nun jauh di dalam hutan.... tempat harimau bertendang.... apa la nasib kami agaknya... tapi abah nekad je pegi.. cuma bila ada barang keperluan yang tak ada di rumah abah akan mencari di kota tinggi bersama along yang selalu temankan abah naik motor sampai kadang2 boleh tertidur atas motor... yang kesiannya abah tak pernah tau kewujudan bandar besar yang satu lagi iaitu kluang.... kesian abah... hanya bila kami dah mula bersekolah abah cuba2 pergi ke bandar kluang... itu pun naik motor separuh jalan dan separuh jalan lagi abah terpaksa naik bas sebab abah tak ada lesen motor masa tu tambah pulak motor abah tak ada roadtax... selalunya abah akan naik motor sampai kampung gajah dan teruskan perjalan ke kluang naik bas dari kg gajah.

satu lagi kepayahan abah tempuh masa mula-mula duduk felda.... masa tu pokok sawit masih baru nak tumbuh... abah buat macam2 kerja sebelum merasa hasil dari pokok sawit yang ditanam... pernah ada ketikanya abah cuma dapat gaji rm30 sebulan.... kesian abah... mana nak tanggung susu anak2 lagi...
masa ni aku dah dapat sorang lagi adik... uda lahir kat sini lepas 2 tahun lebih aku lahir...

mak kena susukan kami campur susu formula pasal mak kena tolong abah bekerja.... kami sejak dari kecik dibawa ke kebun sebab tak ada orang yang boleh jaga kami... sampai mak kata anak mak yang paling baik ialah uda sebab dari kecik uda ikut mak ke kebun tak pernah sekali pun uda tinggalkan tikar yang mak bentang untuk letak uda... walaupun masa tu uda dah pandai merangkak...

abah selalu berusaha supaya anak2 tak akan lapar... abah bekerja keras... banting tulang empat kerat untuk anak2... abah pergi pajak kebun getah cina kat kampung gajah... kami selalu ikut abah pergi potong getah... tapi kami memang tak pernah nak pandai toreh getah.. cuma boleh tolong teman abah dan kutip getah beku aja...tak boleh diharap... abah juga ambik upah tabur baja.... meracun... apa saja kerja bagi menyara kami... pendek kata selagi ada matahari abah akan terus bekerja... abah tak pernah mengeluh... sekali pun tidak...

kalau masa kecik segala2 benda boleh jadi makanan... mak dengan abah sangat kreatif... yang penting mak kata anak2 tak pernah mengeluh apa saja lauk yang mak hidangkan... abah rajin memburu... memancing untuk anak2... kami dah biasa makan nasi cuma lauk kentang masak air.... dari jauh aku dah boleh bau lauk apa mak masak... kadang2 kami cuma makan ikan sungai goreng.. mak dengan susah payahnya mengasingkan tulang dengan isi supaya kami anak2 dia yang masih kecik boleh makan... kadang2 abah akan ambil betik muda buat lauk... kadang2 mak ambil daun bunga pagar yang muda2 yang ropol2 ala2 pengaga buat lauk juga... alhamdulillah kami tak pernah merungut... abah tanamkan rasa bersyukur dalam hati kami dengan setiap rezeki yang kami terima... lagi aku rasa susah nak jadi macam abah...

abah dan mak tak pernah tunjukkan rasa susah... sedih... dengan apa yang mak dan abah tempuh untuk membesarkan kami... tapi abah selalu buat air mata aku tumpah... ada satu peristiwa yang aku tak pernah tau tapi bila aku dah besar ni abah ceritakan semula... pernah masa umur aku dalam 4-5 tahun abah niat nak belikan kasut baru untuk hari raya... macam biasa abah naik motor sampai kampung gajah abah naik bas pulak... dengan berbekalkan rm10 pada masa tu, abah sampai kat bandar kluang... abah pergi kedai kasut dan abah cari kasut yang abah rasa sangat cantik... ye la masa tu aku cuma sorang anak perempuan abah... ingin rasa abah nak tengok anak dia pakai cantik2 sikit... abah pegang kasut tu... harga dia rm6...  abah ambil dan terus bayar... cina tu bagi diskaun kat abah lagi rm1... jadi abah cuma bayar rm5... abah balik dengan senang hati... abah dapat jimat sikit untuk beli keperluan lain... sampai dalam bas abah tak sedar bila bungkusan kasut tu hilang... abah cari2 tapi dah takde... abah panik... abah dah janji dengan aku nak beli kasut tapi kasutnya tak ada... abah jalan kaki ke bandar pasal duit cuma cukup2 nak beli kasut je... minyak motor pun cuma cukup2 nak balik rumah je... sampai kat kedai tadi abah cakap dengan cina tu nak beli kasut yang sama sebab kasut tadi dah hilang... dan cina tu cuma suruh abah bayar rm4 je... baik kan hati cina tu...? abah boleh naik bas sebab ada baki lagi duit abah... lepas tu abah balik dengan senyum serahkan kasut yang aku pun tak tau bertapa susah abah nak dapatkannya.... sampai sekarang ni... aku baru tau...

bersambung lagi ye ke part 3... aku nak solat dan berhentikan air mata aku jap ni...

cerita best Part 3

salam semua,

tengah ada cerita2 sedih aku bagi selingan sikit untuk sambungan cerita best aku hari tu.....

tapi untuk kali ni cukup sekadar keratan gambar ini menemani... hehehe... bagi korang suspen sikit...



tau apa dia? ce teka...ce teka?
This entry was posted in

aku orang susah.... Part 1

salam semua,

ni hari entry sedia sedunia tau.... hanya entry sedih sahaja dibenarkan... hehe...gurau je...

hari ni saja aku nak jiwang2 tulis kenangan masa aku kecik2.. korang nak baca ke? layankan je la ye...

masa kecik

masa kecik dulu.... mak cerita aku lahir kat felda pasak, kota tinggi.. kat umah arwah atuk ayah aku... al fatihah untuk atuk... masa tu lepas kawin mak tinggal rumah mertua sampai la aku lahir.....mak kawin umur mak 15 tahun, muda lagi... lepas tu mak kena buli dengan kakak2 abah... diorang tak kawin lagi masa tu... kesian mak aku... dah la kawin muda kena buli lak lagi... dapat long masa umur mak 17 tahun.... pastu aku lak lahir masa umur mak 19 tahun.... mak kata semua benda mak tak tau buat.... abah yang ajar... dari memasak..jaga anak...semua2 la... sebab tu mak kena buli....

lepas tu abah tak sampai hati tengok mak kena buli, abah ajak mak pindah ke estate... kat area lukut... mak kata bermula la hidup sendiri... susah sangat masa ni... ada anak kecik 2 orang duduk pulak rumah berhantu kat estate tu... serius memang berhantu tau bukan main2... mak aku kata pernah ada kejadian abah aku balik dari menoreh pastu jumpa orang kat area jambatan... dia tegur tapi orang tu tak sahut balik pun... masa tu dah dekat maghrib dah... sampai rumah, abah ketuk pintu sekuat2nya tapi mak tak sedar.... seluruh rumah senyap... abah sampai panik... dia rempuh pintu tu.... baru terbukak... bila terbukak je mak tersedar dari tidur... mak kata anak2 semua tengah tidur... mak boleh tanya abah nape muka abah macam cemas je... nak tau nape mak aku tanya? pasal dia tak kunci pun pintu tapi nape abah nak bukak tak boleh? pelik kan?

bila aku dah berumur 3 bulan, abah dapat tawaran felda.... masa memula nak pergi interview abah dah cuak... pasal abah tak pernah sekolah... mak cuma sekolah sampai darjah 3... diorang berasal dari keluarga susah... adik beradik ramai dan ditakdirkan dilahirkan dalam keluarga yang serba kekurangan....

abah, dari umur 6-7 tahun dah mula belajar menyara adik2 dan kakak2 dia.... sebabnya masa ni arwah atuk wan dah mula sakit2... kaki arwah membengkak sampai arwah tak leh jalan... walaupun masa ni diorang dah duduk felda tapi dengan pendapatan penoreh getah berapa sangat la yang mampu nak tanggung semua adik beradik? waktu umur ni abah dah pandai menoreh... sampai kan pernah satu hari pisau toreh tu jatuh tepat kat atas kaki abah pasal abah cuba nak toreh pokok yang tinggi dan pisau tu disambung dengan galah.... tak dapat aku bayangkan waktu abah cerita ni semua... aku masa baya abah masih main2 berlari sana sini tak pandai lagi nak cari duit...kesian abah...

masa umur abah 9 tahun, arwah atuk wan meninggal dunia... alfatihah...abah dah jadi anak yatim yang kena tanggung 2 kakak dan sorang adik... abah pasrah.. tapi atuk ayah tak leh terima kenyataan.. untuk lari dari kenyataan dia pergi cari kerja sebagai pembalak dan tinggallah anak2 yatim ni di rumah saudara mara.... bermula la episod sedih dalam hidup abah yang menjadikan abah antara orang yang paling kuat semangat yang pernah aku kenal... aku tak mungkin boleh jadi macam abah...

memula abah menumpang kat rumah arwah nenek... sampai satu masa nenek dah tak mampu nak bela cucu yang nakal macam abah, dia hantar ke rumah arwah tok itam... sampai kat sini la abah dilayan macam anak tiri... abah selalu tak makan... kalau ada pun cuma lebihan makanan anak2 dia je yang abah dapat... kesian abah... samapi satu tahap abah tak tahan... abah lari semula kat rumah nenek... nenek menangis dengar semua keluhan abah... dan abah terus tinggal dengan nenek sampai arwah nenek meninggal... lepas arwah nenek meninggal abah sebagai anak sulung lelaki secara tak langsung diberi tanggungjawab untuk menyara semua adik beradik dia.... abah tak mampu nak menolak... sebab tu sampai sekarang pun kalau ada masalah apa2 abah lah akan jadi tempat rujukan adik beradik...

kerana itu la abah tak pernah mampu bersekolah macam orang lain.... abah susah... itu yang abah cakap...

mak bernasib baik sikit dari abah... mak dapat pendidikan sampai darjah 3... dapat la bantu abah dalam banyak perkara.... mak jenis yang sangat lurus orangnya... masa baru2 kawin mak tak boleh langsung cakap dalam bahasa melayu... keluarga arwah tok bak menggunakan bahasa jawa dalam percakapan seharian mereka sekeluarga... jadi masa mula2 mak kawin dengan abah dah jadi macam ayam dengan itik... sorang cakap melayu dan sorang lagi cakap jawa... kelakar kan? sampai sekarang ni lain pulak jadinya....mak pulak yang dah lupa banyak cakap jawa...

sambung part aku kecik tadi... bila abah dapat felda, abah rasa lega sikit pasal ada pekerjaan tetap untuk anak2... dalam masa yang sama abah amat rasa rendah diri nak masuk felda pasal abah tak ada pelajaran... abah kata masa interview ada yang pandai cakap inggeris pun ada... abah rasa kecik je masa tu... bila diumumkan dapat abah sangat bersyukur... abah kata rezeki anak2...

bersambung di part 2....

kenapa jadi macam tu...

salam semua,

hari ni macam sunyi sikit... pepagi tadi segerombolan kawan2 kerja ni dah pergi ke lanchang. ada kes di sana..
aku ditinggalkan sebab kena menjalankan tugas sebagai pegawai bertugas minggu ni... ceh sebenarnya kalau diajak pun aku malas...hehe...

bila dah sunyi2 ni macam2 fikiran ada datang menganggu....

tetiba teringatkan dengan peribadi orang2 terdekat yang mula beralih arah.... aku tak yah nak kena cerita la siapa... cukup sekadar aku cakap yang sipolan ni amat ramat dengan kami sekeluarga...

sejak akhir2 ni sipolan amat berubah sekali.... jauh berubah dari yang aku kenal dulu.... semua ni jadikan hati kami tertanya2 dan cukup sedih.... dia buat kami rasa jauh darinya dan buat kami sangat jauh hati.... seolah2 segala pengorbanan kami selama ni sia2.... kami tak pernah harapkan apa2 pun balasan tapi cukuplah  sekadar tidak menyebut berulangkali kebaikan orang lain di hadapan kami.... seolah2 takde sekelumit pun jasa kami padanya...

hati kami jadi tawar setiap kali nak bertemunya..... semoga Allah mengampunkan dosa kami sekeluarga... amin....

korang mesti pelik kenapa cerita aku pepagi ni sedih je kan.... jangan pelik layankan je la... aku tak tau nak luahkan kat mana lagi dah... tak best jadi pegawai cam aku ni.. kawan2 tak ramai.. yang ada semua staf yang berkerja di bawah seliaan aku... takkan aku bercerita pasal hal beribadi kat diorang kan? kan nampak tak manis camtu... diorang pun sure segan nak dengar... terima kasih la kat korang yang sudi baca ni...

Rabu, 27 April 2011

kesian pencinta nasi lemak...

salam semua,

semalam aku ada baca paper online... ada 15 jenis makanan yang diharamkan di kantin sekolah... jatuh haram tu... BAHAYA...

tapi kalau fikir-fikir la kan... boleh berjaya ke kempen ni? mesti ada orang cakap belum buat orang dah kata itu ini... mana nak berjaya... bukan la maksud aku nak kondem kempen seumpama ini...

tapi pada aku banyak faktor yang menyumbang kepada obesiti kat budak-budak sekolah ni... bukan hanya makanan kerana makanan adalah salah satu faktor je.. yang lelain tu lagi banyak....

ada kajian aku penah baca dulu... banyak tengok tv pun boleh mengakibatkan obesiti...

banyak lagi sebabnya... ni apa yang aku dapat dari pembacaan...

GENETIK

Kegemukan boleh diturunkan dari generasi sebelumnya kepada generasi berikutnya di dalam sesebuah keluarga. Itulah sebabnya kita seringkali menemui ibu bapa yang gemuk cenderung memiliki anak-anak yang gemuk juga. Dalam hal ini nampaknya faktor genetik telah ikut campur dalam menentukan jumlah unsur sel lemak di dalam tubuh.

Hal ini dimungkinkan kerana pada ketika ibu yang obesiti sedang hamil, maka unsur sel lemak yang berjumlah besar dan melebihi ukuran normal, secara automatik akan diturunkan kepada si bayi sewaktu dalam kandungan. Maka, tidak hairanlah bila bayi yang lahir pun memiliki unsur lemak tubuh yang relatif sama besar.

KEROSAKAN PADA SALAH SATU BAHAGIAN OTAK

Sistem pengawal yang mengatur perilaku makan terletak pada suatu bahagian otak yang disebut ‘hipotalamus’, sebuah kumpulan inti sel dalam otak yang berhubungan dengan bahagian-bahagian lain dari otak dan kelenjar di bawah otak. ‘Hipotalamus’ mengandungi lebih banyak pembuluh darah dari bahagian lain di dalam otak, sehingga lebih mudah dipengaruhi oleh unsur kimia daripada darah.

Dua bahagian ‘hipotalamus’ yang mempengaruhi penyerapan makanan, iaitu ‘hipotalamus lateral’ (HL) yang menggerakkan nafsu makan (awal atau pusat makan); ‘hipotalamus ventromedial’ (HVM) yang bertugas menghalang nafsu makan (pemberhentian atau pusat kenyang).

Daripqada hasil kajian, didapati bahawa apabila ‘hipotalamus ventromedial’ rosak atau hancur, maka individu menolak untuk makan atau minum, dan akan mati kecuali apabila dipaksa diberi makan dan minum (diberi infus). Sedangkan bila kerosakan terjadi pada bahagian ‘hipotalamus ventromedial’, maka seseorang akan menjadi rakus atau gelojoh dan kegemukan.

POLA MAKAN BERLEBIHAN

Orang yang gemuk lebih responsif dibandingkan dengan orang yang berat badannya normal terhadap isyarat lapar luaran, seperti rasa dan bau makanan, atau ketika waktu makan. Orang yang gemuk cenderung makan, apabila ia merasa ingin makan, bukan makan pada ketika ia lapar. Pola makan berlebih inilah yang menyebabkan mereka sukar untuk keluar dari kegemukan jika individu terbabit tidak memiliki kawalan diri dan motivasi yang kuat untuk mengurangi berat badan.

KURANG GERAK SUKAN

Tingkat pengeluaran tenaga tubuh sangat peka terhadap pengendalian berat tubuh. Pengeluaran tenaga bergantung kepada dua faktor, iaitu:

1) tingkat aktiviti dan sukan secara umum;
2) angka metabolisme basal atau tingkat tenaga yang diperlukan untuk mempertahankan fungsi minimum tubuh.

Daripada kedua-dua faktor tersebut, metabolisme memiliki tanggungjawab dua pertiga daripada pengeluaran tenaga orang normal. Meski aktiviti fizikal hanya mempengaruhi satu pertiga pengeluaran tenaga seseorang dengan berat normal, tetapi bagi orang yang memiliki kelebihan berat badan, aktiviti memiliki peranan yang sangat penting. Pada waktu bersukan, kalori terbakar, makin banyak bersukan, maka semakin banyak kalori yang hilang.

Kalori secara tidak langsung mempengaruhi sistem metabolisme. Orang yang duduk bekerja sehari-harian akan mengalami penurunan metabolisme tubuhnya. Kekurangan aktiviti gerak akan menyebabkan suatu siklus yang hebat, obesiti membuatkan aktiviti sukan menjadi sangat sukar dan kurang dapat dinikmati dan kurangnya sukan secara tidak langsung akan mempengaruhi turunnya metabolisme tubuh orang tersebut.

Jadi sukan sangat penting dalam penurunan berat badan tidak sahaja kerana dapat membakar kalori, melainkan juga kerana dapat membantu mengatur berfungsinya metabolis normal.

PENGARUH EMOSIONAL

Sebuah pandangan popular adalah bahawa obesiti bermula daripada masalah emosional yang tidak dapat diatasi. Orang yang gemuk dahaga akan cinta kasih, seperti kanak-kanak yang menganggap bahawa makanan adalah simbol kasih sayang ibu, atau kelebihan makan adalah sebagai subtitusi untuk pengganti kepuasan lain yang tidak tercapai dalam kehidupannya.

Walaupun penjelasan demikian sesuai pada beberapa kes, namun sebahagian orang yang kelebihan berat badan tidaklah lebih terganggu secara psikologi dibandingkan dengan orang yang memiliki berat badan secara normal. Meski banyak pendapat yang mengatakan bahawa orang gemuk biasanya tidak bahagia, namun sebenarnya ketidakbahagiaan tekanan batinnya lebih diakibatkan sebagai hasil daripada kegemukannya.

Hal ini demikian kerana dalam suatu masyarakat seringkali tubuh kurus disamakan dengan kecantikan, sehinggakan orang gemuk cenderung berasa malu dengan penampilannya dan kesukarannya mengendalikan diri terutama dalam hal yang berhubungan dengan perilaku makan. Orang gemuk seringkali mengatakan bahawa mereka cenderung makan lebih banyak apabila mereka dalam keadaan ketegang atau cemas, dan eksperimen membuktikan kebenarannya.

Orang gemuk makan lebih banyak dalam suatu keadaan yang sangat tertekan; orang dengan berat badan yang normal makan dalam situasi yang kurang tertekan (McKenna, 1999). Dalam suatu kajian yang dilakukan oleh White (1977) pada kumpulan orang dengan berat badan berlebihan dan kumpulan orang dengan berat badan yang berkurangan, dengan menyajikan kerepek (makanan ringan) setelah mereka menonton empat jenis filem yang mengundang emosi yang berbeza, iaitu filem yang suspens, ceria, merangsang ghairah seksual, dan sebuah ceramah yang membosankan.

Pada orang gemuk didapati bahawa mereka lebih banyak menghabiskan kerepek setelah menyaksikan filem yang tegang atau suspens dibandingkan setelah menonton filem yang membosankan. Sedangkan pada orang dengan berat badan berkurangan, selera makan kerepek tetap sama setelah menonton filem yang tegang mahupun filem yang membosankan.

PERSEKITARAN

Faktor lingkungan atau persekitaran ternyata juga mempengaruhi seseorang untuk menjadi gemuk. Jika seseorang dibesarkan dalam lingkungan yang menganggap gemuk adalah simbol kemakmuran dan keindahan, maka orang tersebut akan cenderung untuk menjadi gemuk. Selagi pandangan tersebut tidak dipengaruhi oleh faktor luaran, maka orang yang obesiti tidak akan mengalami masalah-masalah psikologi berkaitan dengan kegemukan.

Jadi, bagi para remaja yang kebetulan memiliki berat badan berlebihan dan belum berjaya mengurangi berat badan, janganlah berasa kecewa. Mungkin dengan mengetahui faktor-faktor penyebab kegemukan seperti tertulis di atas anda akan menemui penyebab mengapa berat badan anda tidak kunjung susut.

Satu hal yang paling penting untuk diingat adalah sejauh tubuh anda tidak mengidap apa-apa penyakit maka tidak ada yang salah dengan tubuh yang besar (gemuk). Perkara lain yang juga tidak kalah penting adalah cubalah untuk bersukan secara teratur dan menjaga agar emosi anda tetap terkawal.

sumber : Yayasan Dakwah Islamiah

kalau dulu-dulu aku percaya ramai ibu-ibu yang membesarkan anak mereka dengan menjual/menjaja nasi lemak dan tentulah bekalan ini yang mereka bawa ke sekolah hari-hari kan? tapi kenapa dulu isu obesiti di kalangan kanak-kanak ni tak macam sekarang ni?

apa pun yang berlaku aku kesian dengan orang jual nasi lemak dan pencinta nasi lemak kat kantin sekolah... cuma boleh jual 2 kali je seminggu... kesian kan?

Selasa, 26 April 2011

akhirnya menjawab persoalan...

salam semua,

korang ingat tak entry aku semalam? ala entry ni letih ...

kalau tak ingat klik situ dan baca ok.... dan hari ni setelah aku membaca berita di harian metro akhirnya terjawab la persoalan kenapa jammed gila jalan dan tidak bergerak2 walau seinci pun hari tu....

korang leh baca ni...

MERSING: “Abang berhenti makan di Endau, mungkin lambat balik kerana perjalanan masih jauh,” itu kata-kata terakhir pemandu treler, Saliman Sakip, 52, kepada isterinya, Laila Abd Kadir, 42, sejam sebelum dia maut dalam kemalangan di Jambatan Sungai Triang Besar, Kilometer 13, Endau, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 10.30 malam itu, Saliman memandu lori membawa muatan besi dari Kuantan, Pahang untuk dihantar ke Batu Pahat sebelum terbabas dan merempuh penghadang jambatan.

Menurut Laila, dia tidak menyangka panggilan telefon itu perbualan terakhir dengan suami.
“Setiap kali berhenti rehat, suami menghubungi dan memaklumkan lokasi berkenaan. Saya tidak sangka kata-kata lambat balik itu petanda dia pergi selamanya.

“Saya reda dengan kejadian dan membesarkan lima anak berusia setahun hingga 20 tahun bersungguh-sungguh hingga berjaya dalam hidup seperti apa yang sering dimahukannya,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Mersing, semalam.

Menurut Laila yang tinggal di Taman Berjaya, Yong Peng, dia dimaklumkan kemalangan itu pada jam 6 pagi semalam oleh polis trafik sebelum bergegas ke hospital bersama adik serta adik ipar.

Adik Laila, Zabedah, 33, berkata, seminggu sebelum kejadian, sikap Saliman berubah daripada seorang periang kepada pendiam.

“Perubahan itu ketara kerana abang yang gemar bergurau berubah sikap menjadi pendiam serta tidak banyak bercakap,” katanya.
MERSING: “Abang berhenti makan di Endau, mungkin lambat balik kerana perjalanan masih jauh,” itu kata-kata terakhir pemandu treler, Saliman Sakip, 52, kepada isterinya, Laila Abd Kadir, 42, sejam sebelum dia maut dalam kemalangan di Jambatan Sungai Triang Besar, Kilometer 13, Endau, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 10.30 malam itu, Saliman memandu lori membawa muatan besi dari Kuantan, Pahang untuk dihantar ke Batu Pahat sebelum terbabas dan merempuh penghadang jambatan.

Menurut Laila, dia tidak menyangka panggilan telefon itu perbualan terakhir dengan suami.
“Setiap kali berhenti rehat, suami menghubungi dan memaklumkan lokasi berkenaan. Saya tidak sangka kata-kata lambat balik itu petanda dia pergi selamanya.

“Saya reda dengan kejadian dan membesarkan lima anak berusia setahun hingga 20 tahun bersungguh-sungguh hingga berjaya dalam hidup seperti apa yang sering dimahukannya,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Mersing, semalam.

Menurut Laila yang tinggal di Taman Berjaya, Yong Peng, dia dimaklumkan kemalangan itu pada jam 6 pagi semalam oleh polis trafik sebelum bergegas ke hospital bersama adik serta adik ipar.

Adik Laila, Zabedah, 33, berkata, seminggu sebelum kejadian, sikap Saliman berubah daripada seorang periang kepada pendiam.

“Perubahan itu ketara kerana abang yang gemar bergurau berubah sikap menjadi pendiam serta tidak banyak bercakap,” katanya.
“Kali terakhir berpisah, kami bersalaman tetapi abang tidak mahu bertentang mata dengan saya sebaliknya memalingkan wajahnya ke tempat lain. Dia tidak pernah berkelakuan seperti itu,” katanya.

Menurut Zabedah, dia rapat dengan abang iparnya itu dan arwah tidak pernah bersikap buruk malah menghormati semua orang walaupun mereka lebih muda daripadanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superintendan Mohd Nor Rasid, ketika dihubungi berkata, siasatan mendapati, sebaik tiba di lokasi kejadian, treler dipandu mangsa terbabas lalu merempuh penghadang jambatan menyebabkannya tersangkut di atas jambatan.

“Mangsa yang memandu seorang diri tersepit di tempat duduk pemandu,” katanya.

Katanya, kren digunakan bagi menaikkan kenderaan terbabit yang mengambil masa hampir empat jam.

tips siang siput...

salam semua,

hari ni singgah blog CMG sekali dia buat masak siput daaa.... meleleh air liur dah ni..... cisss...

ni nak bagi tips sikit pada orang yang suka sangat makan siput ni tapi species cam aku yang malas nak siang dan malas nak keja susah....

huhu... dulu-dulu kami pakat hentak pakai anak batu lesung je.... tu anak batu lesung dulu2 yang keras tau... sekarang punya batu lesung gerenti batu yang pecah...

lepas tu kami kerat2 pakai pisau sembelih yang besar punya tu... sudahnya tangan sakit dan dah malas dah...

sekarang ni ada tips baru yang tak payah susah payah cuma anda kena keluarkan duit sikit dalam bawah rm5 untuk beli plyer.... plyer yang boleh guna untuk repair keta tau.... kalau boleh lagi pinjam je plyer suami anda untuk jimat... hehe... macam aku selalu buat ni....

lepas tu masukkan belakang siput tu kat celah plyer tu....dan kepit.... mudah kan?

macam gambar kat bawah ni ye....


kalau tak faham jugak sebarang pertanyaan dialu-alukan...

p/s kalau dah guna sila terus basuh ye bersih-bersih ye... kalau tak karat macam plyer shah dulu...huhu...kena lak beli baru...
This entry was posted in

serius aku tak kenal...

salam semua,

korang kenal sangat ke dengan semua artis... sejak aku aktif berblog ni... bukan nak kata dulu tak aktif cuma dulu aku suka baca cerita kawan2 dekat dan cerita pasal apa yang berlaku antara family je... sejak dua menjak je ni semakin meluas liputan...

 tapi aku memang tak bape suka cerita pasal artis.... baru ni aku terbukak blog blogger popular... dia ada buat vlog... aku pun masih tak tau apa tu vlog sebenarnya.... dari blog ni aku kenal heliza... artis ni selalu orang sebut tapi serius aku tak kenal dia... kalau korang pakat nak gelakkan aku.. sila kan.... aku ni memang katak bawah tempurung.... mana tak nya... surat khabar jarang sekali aku baca, berita tv pun tengok kadang2... melodi ke apa ke semua aku tak follow... sejak dah ada anak dua ni minat kat tv dah merundum jauh dah... rasa dah malas nak tengok tv... lagi la bila tengok tv banyak nooo cerita hantu...

tetiba je aku tau yg heliza ni artis AF... jadi tak pelik kalau aku tak kenal... aku ni memang tak pernah mengikuti rancangan yang berunsur nyanyian ni.. aku tak bape minat... termasuk la mentor ke idol ke... mana2 la... tak masuk senarai mesti tengok... jadi kalau korang yang selalu cerita pasal artis kat blog tu sory la ye kalau aku tak jengah... serius aku  tak minat nak tau... takut menambah dosa yang ada je ni haa...

apa dah jadi ni...kesian kan...

salam,

sebelum aku nak mulakan tugas petang ni, aku nak curi masa nak luahkan perasaan hati sikit....

masa aku kat kampung dari jumaat sampai ahad lepas aku terlihat iklan kat tv.... konsert sempena pemergian 2 artis popular tanahair kita... 1 : saloma dan 2: loloq

kedua2 acara ini disambut dengan mengadakan konsert mengenang kedua2 artis ni....

terus aku terfikir.... inikah yang dibangga-banggakan oleh semua orang yang nak menjadi, akan menjadi dan dah menjadi artis... dikenang2 sepanjang zaman? aku rasa semua orang nak dikenang sepanjang zaman tapi nak ke kita dikenang dengan cara yang macam ni?

kenapa kita sebagai orang islam tak kenang diorang ni macam kita kenang arwah mak dan ayah kita serta saudara mara kita yang telah meninggal dunia.... kalau aku tanya korang macamana korang kenang arwah? mesti korang akan jawab korang bacakan al-fatihah dan yassin serta buat kenduri berserta bacaan tahlil untuk arwah kan?

jadi kenapa kita tak buat benda yang sama untuk mengenang artis2 ni.... aku rasa sangat tak wajar benda2 seumpama ni diteruskan...korang rasa macamana?

p/s al-fatihah buat semua muslimin dan muslimat...

terima kasih...

salam semua,

petang ni saja nak kongsi cara keibubapaan... eh betul ke apa aku tulis ni ye...? kalau salah abaikan je la ye... kepala pusing ni... aku sebenarnya nak kongsi tips ajar anak...

kalau ada yang kata anak aku belum tentu jadi apa lagi tapi dah sibuk nak ajar orang ajar ni.... mintak maaf bebanyak ye... ilmu aku tak banyak tapi itu la yang aku akan cuba kongsikan...

senario pertama:
apa korang rasa kalau tengah2 jalan tetiba korang jumpa budak kecil dalam 3-4 tahun yang baru pandai bercakap... tetiba lak masa tu korang rasa terlebih rezeki dan rasa nak belanja budak kecik tu aiskrim.... bila korang bagi je kat budak tu dia terus senyum dan lari tanpa mengucapkan terima kasih.... mak bapak budak tu pun marah2 anak dia pulak pasal cakap dengan orang tak dikenali dan tarik tangan anak dia terus blah dari situ?

senario kedua:
sama adegan seperti di atas tapi budak tu dengan senyum terus mengucapkan terima kasih...

mana senario yang korang nak berada?

aku rasa semua orang akan cakap yang no 2 kan?

pasal tu la aku rasa ucapan terima kasih ni sebenarnya kita kena didik dari anak2 kita masih kecik dan baru pandai bercakap.... supaya sampai dia besar esok dia tak akan rasa segan mengucapkan perkataan tu pada semua orang bila dia bekerja dan dalam kehidupan seharian pun termasuk pada suami dan isteri dia nanti...

budak2 selalu mudah ingat dan mudah lupa... aku selalu ajar abg long cakap terima kasih bila dapat sesuatu... dulu masa dia minum susu botol kami takkan ada masalah mintak adik beradik kami tolong buatkan susu dia walaupun atuk dia... sebab bila dia dapat susu je perkataan pertama dia akan sebut sebelum masuk puting tu dalam mulut adalah... terima kasih atuk... terima kasih maksu.... terima kasih ummi... terima kasih ayah... tak lah dia sebut semua sekali ye... hanya perumpamaan sahaja...

sampai sekarang pun kalau dia lupa aku akan cakap..... kena cakap apa abg long? terus dia jawab terima kasih ummi... aku bukan nak cakap yang aku ajar anak dengan baik.. banyak lagi kekurangan yang aku kena perbaiki... SANGAT BANYAK.... tapi ini cuma perkongsian pengalaman saja...

dan bagi orang yang tak pernah mengucapkan terima kasih dengan sesiapa pun.... sangat kesian dengan kamu.... sila la berubah untuk masa depan yang lebih baik....

penat.....

salam semua,

hari yang agak penat untuk aku hari ni.... penat berkejar2 ke sana sini.... sudahnya report berlambak2 kat atas meja ni...menunggu untuk disudahkan... letihnya....

mana nak layan selsema yang makin teruk ni lagi... mana nak layan kes.... mana nak layan kerenah pelanggan lagi.... apa pun yang berlaku... aku cuma boleh senyum je.... kalau tak nanti semua orang akan cakap perkhidmatan kerajaan tak bagus kan? kami juga yang kena..... selsema pulak nampak makin teruk... semalam dah ambik ubat tapi aku makan malam je... siang2 ni takut tak boleh nak buat kerja lak nanti...

tadi shah dah hantar makanan... belum sempat nak tengok pun lagi.... bersyukur betul dapat suami macam ni... terima kasih ye bang.... sekarang ni boleh kata semua kerja shah tolong bereskan...

kalau pepagi selalunya, shah yang tolong sidai baju, kemas baju anak2.... sementara aku terbaring malas.... hehe... bukan la susukan najmi... kalau ada lauk aku masak pun dia akan panaskan dan bubuh dalam bekal siap2... balik rumah lak sementara aku susukan najmi lagi dia angkat kain.... dan tolong bagi makanan kat abg long.... baik kan dia? upah dia....? nak tau? aku takkan kejut dia tengah2 malam dan dia boleh tidur lena sepanjang malam sebab najmi menyusu direct dari aku dan tak perlu nak bancuh susu malam2... sebab tu kot shah sanggup tolong aku buat semua benda pasal dia tau isteri dia ni tak kan lena tidur...

terima kasih bang.... ita harap ita dapat bagi yang terbaik buat abang dan anak2 tapi ita tetap tak mampu kalau abang tak tolong ita... semoga semua ni tak akan menimbulkan rasa menyesal abang kahwin dengan ita ye bang...

Isnin, 25 April 2011

muntah...

salam semua,

hari ni nak cerita pasal anak bujang aku yang dah pandai cakap sikit2 tu... bising je mulut dia sekarang ni...

baru ni abg long ada makan2 kat dapur.... biasalah dia kan kalau sibuk nak makan sambil fikiran dia asyik fikir nak main je.... makan pun dia berebut2... habis semua makanan dia nak telan sekali gus....

bila dah tak mampu nak telan tu...mula la nak termuntah... aku terajin lak mulut terus warning dia.... abg long kalau nak muntah masuk bilik air tau.... setiap kali aku cakap macam tu dia angguk je....

hari khamis yang indah ..... aku ni jenis kalau nak berjalan memana mesti akan tunjuk simptom2 macam nak muntah je...dari dulu tau kalau aku plan baik punya nak jalan mesti camtu..... tu yang aku jadi malas nak berkemas sakan kalau nak jalan memana tu...

dan alkisahnya la... hari khamis lepas aku pun menunjukkan simptom biasa aku tu.... jadi bila si abg long ni tengok aku tah terlahak2 kat sinki la...kat bilik la... sedap je mulut dia cakap balik.... korang leh agak tak apa dia cakap?

haaa... tau apa dia cakap? ummi...nak untah ye? acuk ilik air ye.... ( ummi nak muntah ye...masuk bilik air ye...)
aku senyum je... no komen.... apa harus aku jawab...? ini anak sangat mengikut kata ummi dia ok...

abg long.... cakap..cakap...cakap..

salam,

nak cerita pasal abg long lagi ni....

abg long memang dah makin pandai cakap....

masa hari sabtu lepas aku bawak mak dan adik azah gi bandar nak carik langsir....  mak berangan nak tukar langsir dia... bila dah dapat langsir tu kami ingat nak singgah beli big apple donut.... bila pusing2 nak cari jalan nak ke kluang mall tu... ada la kami lalu kat kedai beskal... ada pulak tu kereta yang macam kami belikan kat abg long dulu... dia yang tegur dulu... sama la dengan kereta abg long tu... aku pun tak perasan dia boleh perasan pulak...

maka terjadi la perbualan antara tok wan dengan cucu dia...

tok wan: cantik la kereta abg long camtu...
abg long: cantik...
tok wan: tok wan nak pinjam boleh?
abg long: tak boleh... jauh... kat rumah saya la...
tok wan: boleh la...tok wan ambik kat rumah abg long ye...
abg long: tak boleh... tok wan besar lagi... saya kecik lagi... tok wan tak boleh naik.. tak muat...

tetiba lak ada sesorang menyampuk...

mak usu azah: maksu boleh naik tak?
abg long: sambil tengok maksu atas sampai bawah.... tak boleh... tak muat...maksu besar juga...
mak usu azah: haaa... bertuah punya anak.. maksu kurus ke gemuk?
abg long: gemuk.... hehehe...

kami semua...pakat gelak ramai2.... hahaha....

moral of the story: jangan tanya budak kecik... diorang jujur tau....

letih...

salam semua,

dah bape hari tak update blog ni kan?

hari ni pun tak bape sihat....rasa macam nak tumbang je... semalam kami tiba dari kampung pukul 1 lebih...pagi tau... letih... aku lak rasa macam malas dah nak gi keja hari ni... nak buat camana kan kena gak gagahkan diri... nak berdiri pun rasa tak larat je ni... banyak pulak kes kena tengok hari ni....

nak dijadikan cerita kenapa kami lambat sampai malam tadi alkisahnya... biasa la kan kalau balik kampung... tetiap kali balik mesti kena ada sesi babai... sesi ni je dah dekat setengah jam... maka bertolak la kami jam 9.30 malam dari rumah mak... sesampai je kat atas sikit dari simpang ke teluk penyabung mersing kami terstop.... pelik gak dari jauh nampak lampu kelip2... polis la tu... ingatkan jpj atau polis buat block... kami cool lagi dan terus tunggu... lebih kurang dah 15 minit tunggu... banyak kereta buat u turn dan terus masuk ke simpang teluk penyabung tu.... kami dah pelik..kalau block takkan tak bergerak2... lama gak tunggu orang semua dah pakat2 keluar dari kereta dan borak2 tepi jalan dah.... tak kuasa kami nak tunggu dan ambik tau apa yang berlaku kat depan tu terus kami buat keputusan nekad... sama maca kereta lain2 tadi.... u turn dan ambik simpang ke penyabung tu....

masuk2 je jalan tu dengan takde guide line nya.... dengan takde gpsnya.... dengan conpidennya....kami redah je jalan pantai tu.... sampai tengah jalan nampak gak batu2 tulis endau... ok la tu... sejuk sikit hati...

last2 betul dia tembus ke jalan endau... betul2 tembus kat depan ten2 endau... wah terasa lak jalan ni lagi cepat dan ok... cuma jalan je kecik sikit.... tapi kualiti lebih baik dari jalan kami selalu lalu tu... dan ambik masa cuma dalam setengah jam je... bagus lain kali leh ikut sini...

sesiapa yg tau apa terjadi kat jalan mersing tu bgtau la ye? serius nak tau ni...

Jumaat, 22 April 2011

lempeng...

salam semua,

ni auto entry bagi memeriahkan blog aku ni sewaktu aku cuti ye.... line berukband kat umah mak aku ni sangat teruk... apa pun korang layan je la ye...

aku nak cite pasal semalam.. aku dengan gigihnya masak sambal hiris campur terung malam khamis tu....dah siap semua aku cadang nak buat lempeng pepagi esoknya la...hari khamis semalam la...

dengan gigihnya lagi aku bangun pepagi.... tetiba budak kecik najmi tu pun sama gak bangun sambil nyondol2 kepala dia kat aku... nak cari susu la tu...

pastu dia tidur balik...aku dengan senang lenang bangun nak buat lempeng...
tengah2 kacau tepung tu.... dia boleh bangun balik lak...gi susukan dia balik....
dah tu dia leka memain lak... aku sambung buat lempeng lagi....
lepas tu aku baru je nak goreng dia merengek2 lak nak ikut... terpaksa la aku dokong dia.... masa tu dah ada 2 keping yang aku dah goreng....

adik tengok je lempeng tu tak kelip2 mata dia ko.... last2 aku cubit sikit... tiup2 sikit... suap ke mulut dia... cepat je dia nganga ko... lepas tu mula la tak berhenti tangan aku...mana nak goreng lempeng...mana nak suap mulut adik lagi... aiseh.... ce korang bayangkan..... letih tau... bila aku nak letak je bawah.... dia mula dah... dia buat kaki jejak tak jejak tu sambil lompat2... sambil nangis beria-ia.... letih aku melayan....

sudahnya aku siap jugak dengan berhempas pulas... dan hari semalam kami berbekalkan sarapan lempeng dengan sambal hiris terung untuk aku dengan shah... untuk abg long aku bawak 2-3 keping lempeng kosong... adik lak aku bekalkan dia lempeng kosong 1 dan kentang, brokoli dan carot lenyek jugak.....

Khamis, 21 April 2011

Michael Learn to Rock buat konsert kat kuantan?

salam semua,

jangan tak caya korang.... nak tengok MLTR live? meh datang kuantan pasal dia buat kat 3 negeri ni je tau...
Pulau Pinang, KL dan Pahang..

sepanjang jalan aku tengok banner iklan diorang ni.... tapi tak sempat nak snap la...shah bawak laju sangat...

kat kuantan ni diorang buat kat Stadium Sukpa....30 April 2011 ni...

tiket boleh beli kat Berjaya Megamall kalau kat kuantan ni....

harga?

RM323 untuk VIP,  RM223 untuk PS1, RM163 untuk PS2 dan RM103 untuk PS3.... huhu... standard la kan untuk artis luar...

aku... confirm tak pegi... mahal nooo tiket tu.... yang puluh2 belum tentu aku nak nyumbang.. ni kan pulak ratus2.. tapi kalau korang minat leh la gi...
This entry was posted in

cerita best Part 2

salam semua,

cerita best bersambung semula.....suspen ke? kalau malas baca sila tutup ye...hehe...

cukuplah buat kali ni aku bagi klu je....cerita best ni buat hari aku ceria....rasa nak senyum je.... tak henti2 tau.... hati berbunga2....

alhamdulillah Allah masih limpahkan rezeki berlipat kali ganda untuk kami sekeluarga.... semoga rezekiNya tidak setakat ini saja....

ceita best kan? sambung lagi sampai korang jemu...hehehe....
This entry was posted in

kerusi...

salam semua,

tadi rehat aku balik rumah jap.... tengah2 dalam keta sebelum sampai lampu trafik kat jln teluk sisek tu ada la kedai jual prabut glamer... tiap2 hari lalu sini mesti kepala aku mesti sampai senget2 nak tengok perabut kat dalam tu... huh... shah buat tak tau je tau... bukan nak offer aku gi situ satu hari ke apa ke... takut sangat kalau aku nak beli perabut mahal tu kan... bukan nak beli pun sesaja je tengok2...

hari ni mata aku tak lepas pun tengok set kerusi makan yang ada diorang display kat tingkat bawah tu.... aku jeling2 la kan... pastu terkeluar la soklan maut aku kat shah yang sedang tekun bawak  keta....

aku: "abang, nanti kita nak beli set kerusi makan yang macamana ye?" (dengan muka sangat manis ok)

shah: "kita pakai kerusi plastik je..... senang nak susun... meja pun meja lipat je..." (dengan muka sangat selamba ok)

aku: tak yah cakap lah apa aku buat...malas dah.... takde mood...

sakit hati tak kena macam aku ni?

Rabu, 20 April 2011

cerita best Part 1

salam semua,
 baru je sempat menghadap blog ni haa.....banyak no keja hari ni...maklumlah hari jumaat kami nak cuti...balik kampung....yeeeeehaaa..... lama tak balik ni... dekat sebulan dah ni... rindu dgn mak abah...

hari tu pun masa jumaat lepas ada ustaz tu sebut sekali dalam tazkirah dia... dalam dunia ni sangat mudah nak dapat pahala... ada 3 perkara yang kalau kita tengok je tentu dapat pahala... belum buat apa2 tau cuma tengok je...

pertama: tengok al-Quran... tengok je dah dapat pahala belum pun baca lagi...
kedua: tengok Kaabah.... jadi kalau dapat peluang gi tanah suci jangan lepaskan peluang tengok Kaabah lama2..
ketiga: ni paling senang.... insyallah... korang teka la apa?

mesti ramai jawab isteri atau suami kan?

tettttt..... salah!

jawapan dia..... anak?

bukan jugak la.... nanti dulu...jangan teka lagi la... aku dah nak jawab ni....

jawapan dia.... emak dgn ayah kita....

betul kan aku kata senang....? selagi ayah dan mak kita masih hidup insyallah senang nak cari pahala yang ni....korang balik kampung tu kalau takde benda2 nak borak pun.... tengok muka pun ok apa....

ni sebahagian cerita best yang aku nak cite.... cerita best kan...kena la cite part by part...hehehe....
This entry was posted in

Selasa, 19 April 2011

berangan-angan...

salam semua,

aku berangan2 nak buat Give away macam orang lain... tengok orang buat aku pun macam nak buat tapi kan bila pikir hadiah pulak... nanti2 la ye....

memula aku cadang nak buat start hari lahir abg long 17hb lepas tapi bila pikir tak sempat nak gi beli hadiah maka kensel la dulu... eh bukan kensel tapi tangguh dulu la...

mesti ada orang kata ada apa dengan hadiah kan? penting apa... aku sebenarnya selalu merasa kesian.... kalau orang jual buku2 kat tepi jalan aku tak beli kesian.... kalau orang mintak derma aku tak bagi kesian... even kalau orang jual2 kuih tepi jalan pun kalau aku tak beli aku rasa kesian tau... tu pasal kadang2 kalau balik johor leh sampai dalam 3 jam lebih je leh jadi sampai 6 jam....hehehe kesian punya pasal la ni...

jadi untuk bagi hadiah ni pun aku kesian kalau ada orang yang tak dapat tau.... ceh cam ramai je nak join kan...?

apa pun aku akan bagi yang terbaik kat korang... insyallah kalau aku sempat aku akan buat dalam masa terdekat ni ye...doa2lah kan aku ada masa..... amin...

Isnin, 18 April 2011

selamat hari lahir sayang...

salam semua,

sebenarnya nak tulis entry ni semalam... tapi disebabkan keuzuran badan yang tak dapat dielakkan... maka ianya bertangguh sehingga hari ni...

aku nak ucapkan selamat hari lahir yang ke 4 untuk anakku yang tersayang.... Ahmad Haziq Hakimi....

semoga abg long terus membesar menjadi anak yang soleh ye sayang...amin..

selsema..

salam semua,

2 hari lepas aku pengsan kat rumah.... bukan pengsan nape pun.... cuma gara2 dapat jangkitan selsema dari adik najmi la ni... hari jumaat dia kena, hari sabtu jangkit kat ummi dia...hari ahad pulak menjangkit kat ayah dia.... nasib baik abg long dah kena awal2 kalau tak mesti satu rumah pengsan...

lagi best bila ummi dgn ayah tertidur sebab selsema, anak2 pulak busy... busy menyepahkan rumah... sekali kami bangun tidur...laaa rumah...apa sudah jadi...? siap ada sesi gaduh2 rebut mainan lagi tu....

ini la jadinya bila ummi sakit... kesian kat anak2... bukak je mata.. terus abg long mengadu... ummi.. saya lapar... nak makan nasi...  terpaksa jugak kerahkan badan bangun masak lauk untuk anak2... tengok2 peti ada brokoli, kentang dan lobak...kerat2 semua aku masak rebus2 je... untuk adik lenyek2 sekali dengan bubur nasi dia... untuk abg long hidang sekali dgn nasi.. laju je dia makan... kesian dia lama dah dia tunggu nak nasi agaknya...

ni pun masih berat je kepala rasa... nak makan ubat kang terus tak leh keja la jawabnya...

Jumaat, 15 April 2011

baru ada 2...

salam,

nak cerita pasal anak2 pulak ni....

abg long,

makin tinggi dia... tapi aku tak ukur lg lak bape...tapi sekarang dia dah leh ambik gelas sendiri kalau nak minum air dalam peti... dah pandai tuang sendiri... senang tak banyak nak susahkan aku...

aku ada beli kerusi tangga khas kat dia untuk dia panjat sinki... alhamdulillah jugak banyak mudahkan keja aku...kalau tak selalu aku je kena angkat dia bila nak basuh tangan...kalau tak pun tong beras aku jadi mangsa...

ni kerusinya... aku beli kat parkson... murah je tak sampai pun rm25

bercakap pulak? masih macam dulu... masih pelat... kena ulang banyak2 kali baru leh faham.... kalau dia cakap tranformers... dia akan cakap eka teteomers... maksud dia kereta tranformers la tu... kesian abg long...

kalau kami puji adik pandai...mesti dia jawab pulak...aya pandai juga...... hehe... jadi jangan abaikan anak anda yang sulung ok?

berat dia makin ok selepas dia pandai makan ni...sampai kul 10 mlm pun mintak aku goreng nugget lagi...kadang2 terus mintak nasi....haru...ummi dia nak tidur dah tu...

adik najmi,

dah ada 2 gigi kat bawah yang malu2 segan nak keluar.....sangat menyakitkan aku bila dia menyusu....
dia masih lagi menyusu badan dan dicampur dengan susu formula bila di taska... masih lagi dibekalkan dengan 1 botol susu ibu bila di taska... bila hujung minggu dan malam masih lagi fully breastfed...ini yang menyebabkan aku payah nak tinggal kursus lama2...

dia dah pandai buat bunyi2an kalau kena tinggal... pandai jadi penambah bila kami tengah marah abg long...siap tangan2 dia lagi ko...

pandai menangis bila kena marah dengan ayah.... dengan aku dia boleh sengih2 lagi tu...

dah pandai makan macam2.... semalam 3 biji nugget abis kat dia sorang...letih mulut aku tolong kunyah bagi jadi hancur dulu baru masuk mulut dia...

semoga anak2 ku terus sihat dan menjadi anak2 yang soleh yang mampu untuk ku tumpang amalannya di kemudian hari...amin....
This entry was posted in

Bangku Kosong - Saya Seorang Blogger Wanita

salam,

saja suka2  nak join segmen lagi sebelum gi menunaikan tanggungjawab pada adik najmi lak ni....huhu apa lagi kan... pam susu la tu...

kali ni segmen dia macam best sebab dia khas untuk kaum hawa je....

en hasrul suruh cerita apa kelebihan jadi blogger wanita ni... huhu... mesti kena jawab ke HH? banyak sebab wooo... pertama selalu perempuan ni memang banyak isu... selalu kalau tak buat blog pun memang banyak isu kan...hehe...

kedua...rata2 yang singgah sini pun ramai blogger perempuan... jadi kalau nak tau kelebihan leh klik satu2 link tu ye...hehe...

ketiga...takyah nak cakap la... fikir sendiri la....boleh jawab camtu? hehe...

apa yang blogger perempuan suka cerita?
ini lagi senang.... nampak kat atas tu....? eh gi mana pulak...tengok kat header la... nampak...? korang nampak apa? kalau nampak gambar family ok...tapi kalau nampak yang lain2...balik kang baca Yassin byk2 ok...hehe..gurau je...

biasa perempuan suka tulis kalau dah kawin...pasal anak..pasal suami...pasal keluarga...pasal keja...
kalau belum kawin.... pasal pakwe... pasal keluarga...pasal keja...
orang perempuan ni biasa suka tulis pasal keja..tak caya? tengok yang surirumah pun tulis pasal keja kat rumah tau....

ok siap.... dan kena tepek gambar publisiti tuan bangku kosong ni....


Panduan ke Taska/Pusat Asuhan.. Apa yang perlu?

salam semua,

salam jumaat...sekejap je dah jumaat kan?

sempena nak ambil berkat jumaat ni aku nak kongsi sikit pasal pengetahuan yang aku rasa patut kita kongsi bersama....

rasa terpanggil nak berkongsi dengan semua kawan2 sejak aku tulis Entry ni : Al Fatihah buat baby Adelia
apa yang kita sediakan sebagai ibu bapa kepada anak2 kita?

mesti ramai yang jawab...makanan yang cukup, pakaian  yang selesa, tempat tinggal yang juga selesa, juga pendidikan dan permainan yang baik untuk anak2...ada juga benda2 lain yang pastinya kita sediakan untuk anak2 kita...dan pastinya semua itu adalah yang TERBAIK kan?

tapi pernah tak bagi korang yang hantar taska atau pusat asuhan macam aku ni...terfikir apa yang aku fikir...?

aku tak kata aku pandai tapi aku juga belajar dari kesilapan orang lain yang ditunjukkan di sekeliling aku...

kita sebagai orang tua kata kita sayang anak2 kita tapi setiap langkah yang kita tunjukkan menunjukkan yang kadang2 kita abaikan anak2 kita... seterusnya meletakkan kesalahan yang patut ditanggung di bahu kita kepada orang lain...

aku merasakan perlu untuk berkongsi ini semua dengan semua ibu bapa yang sedang dan akan menghantar anak2 mereka ke mana2 sahaja sewaktu mereka pergi bekerja..

panduan yang mesti ikut:
1. pastikan pusat asuhan tempat anak hendak dihantar berdaftar.. jangan sesekali mengandaikan ianya berdaftar hanya kerana namanya telah terkenal.. korang boleh check kat sini.. JKM (aku pun sebelum ni tak ambil serius benda ni...betapa cuainya aku...  :( ... )
2. pastikan pusat asuhan mempunyai pengasuh yang cukup, ini untuk memastikan bila ada kecemasan berlaku..ada org lain untuk standby jaga yang lain yang tinggal.
3. pastikan pusat asuhan ada kenderaan untuk menghantar anak anda ke klinik apabila berlaku kecemasan...(kita selalu tak perasan benda2 ni..), kalau dah takde sangat pastikan dekat dengan jalan raya supaya kemudahan awam mudah didapati..
4. pastikan ada insuran untuk cover kalau2 ada kemalangan berlaku...
5. paling penting tinggalkan nombor anda untuk dihubungi ...ini aku sendiri lupa...lepas 2 bulan baru aku tinggalkan... teruk kan?

semua di atas sangat perlu sebenarnya...jangan apabila kita nak hantar anak kemana2 saja untuk diasuh kita hanya mementingkan yuran, apa yang dimakan, serta apa yang dipelajari oleh anak kita saja....

Hargailah anak2 kita..... korang leh tambah apa2 sahaja yang korang rasa nak tambah k...nanti aku update lak ok...

tazkirah jumaat kejap leh?

salam semua...

hari ni banyak yang aku dengar tentang nombor... pepagi tadi lepas majlis bacaan Yassin dah ada tazkirah ustaz sikit pasal nombor.... ustaz sebut pasal ganjaran pahala jika berbuat baik untuk ummat Nabi Muhammad s.a.w...jarang kita nak ingat tentang nabi kita kan...mari sama2 sedekahkan al fatihah untuk baginda serta selawat sekali ye....

tadi juga ustaz tu menyedarkan aku... dia kata kita tak perlu nak specifikkan setiap bacaan quran kepada org tua kita...kerana secara automatiknya setiap amalan anak yang soleh dan solehah akan sampai kepada kedua orang tuanya...insyallah...

yang penting cuma kita kena didik diri kita serta anak2 kita supaya menjadi anak yang soleh dan solehah...

ok cukuplah aku memanjangkan tazkirah oleh ustaz tadi.... semoga dapat manfaat pada kita semua...amin...

111 lagi..

salam,

korang perasan tak... tarikh hari ni dalam islam? aku pun baru je perasan... tu pun bila aku nak print screen tadi...

dulu aku pernah buat entry 111 ni... tapi masa tu kat blog orang... dan akhirnya aku boleh buat entry ni untuk blog aku jugak akhirnya... alhamdulillah.. terima kasih untuk yang sudi singgah....terutama pada hari2 yang aku tak sempat nak update juga...dan juga untuk yang sudi memfollow.....

jom layan gambar no 111 ni....

This entry was posted in

korang ingat tak?

salam semua,

korang ingat tak aku penah tulis entry ni PESANAN dulu? kalau sesapa yg rasa2 tak ingat tu leh buat2 ingat sambil klik kat link entry tu ye...hehe...

dulu aku merajuk nak letak tapi aku letak la jugak pasal kesian kat kawan aku yg xleh nak komen kat entry blog ni...

tapi aku tengok tadi kan aku dah remove masa 25/2/2011 lagi tau...camne leh ada lak pesanan yg masuk masa lepas dari tu ye? ada pakar leh explain kat aku tak?

Rabu, 13 April 2011

TORTURA Kuantan 2011




salam semua,

lama dah tak update blog...tak sempat...waduh...esok kena organize kursus lak... dah settle semua ni curik masa kejap...

tapi belum makan tengahari lagi ni... naya betul la.... tadi sempat pergi 2 ladang kambing kejap... aku nak makan jap lagi... lepas tu nak pam susu jap...sebelum tu nak cerita kat korang dulu pasal TORTURA...

korang penah dengar tak? ayat tu muncul dari ayat torture sebenarnya... ada pameran TORTURA kat kuantan sekarang ni... tengah berlangsung pun... dari 1 mac 2011 hingga 31 mei 2011.... sempat la kalau korang yang teringin nak pegi lagi tu...

aku tak plan pun nak pegi masa hari sabtu baru ni... balik dari cherating tu kami terus ingat nak balik sekali teringat yang pameran ni kami belum pergi lagi... terus pusing balik ke muzium seni kuantan... sampai2 je dah kul 6 petang tapi sempat lagi pasal dia tutup pukul 7 mlm...

bila sampai tu ingat free je tiket tapi aiseh kena bayar sorang rm6 la...tu harga dewasa.. kanak2 lak.. cuma rm3 je...

masuk2 je kami dah nampak rangka kena rantai dalam sangkar besi...memula ingat takde apa2 la... sekali masuk dalam je ada bacaan seram2 yang diorang pasang kat speaker sehingga bunyi memenuhi seluruh dewan dah... seram... serius.... aku cam tak leh jalan dah... abg long dah pakat2 pegang seluar dah ni...aiseh... rugi la pulak rasa bayar tiket kan?

bilik pertama kitaorng skip.... seram ko... gelap semacam lak tu... meremang bulu roma... memikir lak yang aku bawak anak kecik ni.... aku tunggu kat luar shah je masuk... abg long asyik cakap takut ummi...takut ummi... camne tu?

last2 aku beranikan diri gak masuk semua tempat... shah jaga adik lak... terus abg long ikut aku.... aik..berani pulak dia?

tapi serius aku balik je rumah terus mandikan anak2 sebelum maghrib tu... habis segala ayat aku baca dan sembur2 kat anak2 aku... lagi la bila aku tanya kat budak yang jaga tu semua benda yang berasaskan besi memang original! cuma yang kayu je diorang buat baru....

meh layan gambar pemplet je....yang ori? aku takut sampai tak sanggup nak ambik gambar.... buat ada yang menempel kat gambar tu kang tak naya?




Isnin, 11 April 2011

kemalangan ngeri di sungai ular..

salam semua,

baru je ada masa nak jengah ke blog ni.. ni pun sebab waktu rehat...

hari sabtu lepas kami mengisi masa berjalan2 ke cherating....lagi sekali... kali ni pegi tengok penyu lagi...sampai orang yang jaga pun dah kenal... dekat kan... boleh la gi selalu... harap jangan bosan ye...

lepas balik tu kami gi chendor..gi beli keropok lekor... masa nak balik tu lebih kurang pukul 4.45 ptg la...nampak kereta terbalik dengan keempat2 tayar menghala ke atas...orang dia..wallahualam bi shawab... aku tak tau cuma yang kami nampak banyak ambulan berkeliaran dan ada 2 ambulan dari pertahanan awam dipandu laju ke arah kemaman.. ada 2 bijik motor bomba di tempat kejadian... cuma yang agak pasti tiada kenderaan lain terlibat...

lepas dari tempat tu kami sangkut pulak di sungai ular... ingatkan jalan jem pasal hari minggu...
rupanya satu lagi kemalangan berlaku kat sini... yang ni kemalangan maut...memang sah dah keluar paper pun... shah pergi tengok dekat2.. tapi tak leh buat apa pasal dua tersepit dalam kereta dan satu lagi dah tak dapat diselamatkan di atas jalanraya.. ada sorang je yang orang boleh bawak keluar dari kereta... dia ni je yang tak ada cedera teruk bila kita tengok dari luaran...

aku? tengok dari dalam kereta je..tak berani nak pegi dekat pun...
gambar? aiseh lagi la... aku lupa bawak henset dan shah lupa bawak kamera...
nak tau lanjut leh baca SINI.http://kemalangandijalanraya.blogspot.com/2011/04/8-maut-semua-lori-punya-pasal.html

tapi serius aku sangat seriau....terbayang2 sampai sekarang ni.... malam tu pulak ada pulak berita 3 beranak mati kena hempap lori kat selangor... aduhai... kecut rasa perut...

Jumaat, 8 April 2011

Filling strawberry masak


salam,

tajuk kat atas tu nampak macam pelik kan? kalau agak2 lepas korang baca entry ni macam tak kena je nanti korang buat tak tau je la ye... sebenarnya aku tak tau nak letak nama apa dah... taram je la...

sebenarnya ni projek yang aku buat hujung minggu lepas..

aku beli strawberry yang dari CH kat Giant...sekali dia masam daaa...

taknak membazir... pasal abg long taknak makan... maka aku bercadang la nak buat filling dalam kek coklat velvet aku... konon2 ala2 Secret Recipe la kan... ecece...

pastu sekali aku nak letak je...dia jatuh daa... terus tak jadi... terus aku tepek je belah atas kek tu... pastu ada lagi belen kat dalam peti tu... aku gi pulak beli cheese kek yang kosong kat Giant... potong belah atas...letak filling ni atas tu... sehari je kek separa bulat tu abis...hahaha.... sedap la maknanya tu kan?

jangan nak kata aku perasan pulak ye... pasal selalu kek tu aku je manjang kena abiskan... tu pun dah simpan keluar..simpan keluar peti tah bape kali tah....

ok.. bagi sesiapa yang nak resepi dia...ni haaa... senang je...aku biasalah kan benda tak senang aku tak buat...hehe...

Filling Strawberry Masak

Bahan2
Strawberry 1 kotak...korang beli je yang masam2 ok je...buang daun dulu tau..
Gula 5 sudu makan...kalau nak manis lagi leh letak lebih..
Air suku cawan..

Cara2
Masak semua atas api sederhana...
Bila dah mendidih air tu perlahankan api sampai agak pekat ye...
Jangan pekat sangat...nanti jadi macam jem pulak... agak2 korang angkat dengan sudu dia boleh menitik2 camtu...
bila sejuk boleh hidang....

simple kan? boleh juga makan dengan aiskrem vanilla tau...best ni macam eskrim McD...
This entry was posted in

Khamis, 7 April 2011

suka majalah ni...



salam,

saje je nak celik kan mata petang2 ni....

aku nak cerita pasal satu majalah ni... Positive Parenting...aku suka intro yang dia guna untuk majalah ni:

Positive Parenting Guide is especially for young parents seeking reliable advice on how to care for themselves and their children......bla..bla..bla... aku malas nak tulis semua..

aku baru je kenal majalah ni...itu pun selepas jadi ahli kelab ABBOTT... dioarng hantar aku complimentary copy...

ada banyak sebab aku suka majalah ni :
1. sebab dia bagi aku free untuk vol 1/2011
2. sebab majalah ni ada dwibahasa... sangat bagus untuk yang tak bape fasih bahasa inggeris... walaupun usop wilcha menekankan english education... kebanyakan rujukan mengenai benda2 mcm ni dalam bahasa inggeris..
3. sebab dia ada gambar yang banyak dan colourful.... aku sangat suka...
4. sebab ditulis oleh pakar2 dari persatuan pediatrik malaysia... ini yang sangat bagus sekali..
5. sebab dia agak murah.. rm 20 untuk 1 tahun... rm40 untuk 2 tahun...
6. sebab dia cuma ada 4 volume setahun...tak semak nak simpan kat rumah....
7. sebab dah menjangkau 10 tahun dah diroang ni......owwwhhh..aku baru tau...



lepas ni aku nak gi hantar borang untuk langgan 2 tahun terus...korang minat cam aku gak ke?

leh email kat : parentcare@mypositiveparenting.org
atau leh call kat sini tanya terus : 03-56211408

aku ada di situ...

salam,

hari ni bukak dashboard..ada entry baru dari BANGKU KOSONG...

dia buat penghargaan khas untuk blogger yg join bloglist dia... bagus kan...?

ni semua blogger yang join segmen dia macam kat SINI..

dia pernah jugak review blog aku dulu masa aku join segmen kat SINI..

dan akhirnya aku sedar aku dah ada di SITU...

pukul 3 pagi...

salam,

semalam aku terkejut kerana dikejutkan oleh shah...tepat jam 3 pagi...

tetiba je dia duduk kat hujung kaki aku terus keluar ayat... ummi bangun anak berak ni...abis semua basah.... laaa... cuma pelik sikit... sellau aku yang sador dulu tetiba pagi ni dia lak kejut aku... cam ajaib je kan? tak sempat uruskan anak pun dah keluar ayat aku... camne abg leh sador pulak? dia kata pasal kaki abg long kena kat dia tu yang dia terbangun tu...sador2 je bau semacam je... tengok2 adik dah basah kuyup dengan taik... aiseh...

terpaksa la kami pepagi buta tu buat operasi pembersihan besar2an... kesian adik merengek2 dia.... sebenarnya dari hari selasa lepas dia kena cirit birit masa pagi sebelum ke taska.... kami pelik jugak sebelum tu dia ok je... tanya2 kat cikgu taska dia kata memang ada budak tadika sebelah yang dah kena masa hari sabtu lagi tapi mak diorang still hantar ke taska jugak...

jadi semalam pegi klinik kejap pagi tu... dr bagi ubat dan susu lactose free... bila aku tanya masa ambik dia balik tu cikgu kata taik dah ok dah tak cair... ingat dia dah oklah kan... tetiba lak pagi ni dia jadi balik... kesian dia... mungkin ambik masa nak sembuh la kot... jap lagi nak try call cikgu tanya keadaan dia macamana..

Rabu, 6 April 2011

100 dah...alhamdulillah...


salam,

alhamdulillah dah cecah angka keramat tu...dah ratus...walaupun belum ratus2...

terima kasih semua...nanti aku gi jengah blog korang lak ye....bz amat ni...kena jadi penyelaras kursus lak minggu depan...haru tul...

eh...korang yang tau camne nak printscreen yg leh nampak nama2 tu ye? aduh...tak reti betul la aku benda2 ni...
This entry was posted in ,

lelaki vs perempuan

salam,

saje la kan nak buat entry lepas gi kursus pengurusan stress jap tadi... tapi aku serius jadi stress balik bila balik2 je baca entry ni kat blog ben ni.... NAPE PEREMPUAN SEMUA BOLEH?

ko saje je bakor akak kan?

kenapa la ko asyik tak puas hati je dengan perempuan ni....

akak nak bagitau satu je ni...

ni petikan penceramah tadi tau (penceramah ni lelaki tau) :
dia kata lelaki minta dengan tuhan (Allah) supaya diadakan/diciptakan perempuan.... so kenapa masih taknak menghargainya?

jadi tuan-puan...kita fikirkan la bersama2 ok... ? peace no war!
This entry was posted in

kek velvet coklat pulak!

salam semua,

entry ni  sesaje je nak bakor hati kawan aku ...FAIZ aku nak bakor ko ni...hahaha...

dulu aku penah cite yang aku buat kek ni kat SINI kan?

pastu kali ni aku buat projek hari ahad lepas guna kek ni pulak... SINI

jadi kali ni nama dia sudah tukar la.... aku bagi nama kek velvet coklat la pulak....

korang leh layan gambar ni ye....



huhu... kesat sikit air liur meleleh tu ...hehe...

yg pulak untuk kawan aku ni...faiz strawberry camni la aku suruh ko letak dlm filling kek tu...

memula aku nak letak kat dlm kek buat cam filling SR punya kek...tapi dia jatuh daa...tu yang aku letak kat atas je tu...
korang nak tau nape kau tukar nama pasal kek kat dalam tu coklat kukus... pastu aku letak je frosting mcm velvet kek tu....

tapi toksah buat cam aku la...nak tau nape?

bagi korang yang suka brownies memang suka kot...pasal kek coklat aku yang gebu geban tu leh jadi keras lak...adeh....sekali dia keras dah...nasib baik frosting masih tip top...

nak tau lak nape aku tukar ...pasal aku penah bagi review kat SINI dulu kan... itulah pasal...

p/s faiz ko terbakor tak?
This entry was posted in

Selasa, 5 April 2011

terima kasih daun keladi...

harap boleh tambah pembaca lagi...

assalamualaikum...

korang kenal ni tak?



hari isnin lepas aku cuba nasib dekat entry ni : SAYA NAK JOIN BLOGLIST LULU-PAGES OLEH LULU CALDINA

pastu hari ni aku dapat komen camni:

aku tak percaya gak nak terus aku pegi SINI

dan aku nampak ni:

korang nampak nama aku kat bwh sekali tu....wahhh...mcm tak disangka2...akhirnya ada tuah aku rupanya...

tak aci! aku nak saman ben ashaari...!

assalammualaikum semua...


aiseh bagi tajuk gempak..mesti la kena bagi salam penuh kan?...hehehe... ko jgn marah akak lak dik...

cuma nak luahkan hati tak puas je ni...nak saman ko....kim salam je la... aku yang tak terbayar lak nanti kalau ko saman aku balik... adehhh....

ni aku nak lepaskan luahan rasa je... dah la ko bagi segmen gila2... nasib baik dah dekat rehat..leh la aku join.. pastu akak dah bagi jawapan salah la pulak skema...kena otter balik... adeh.... saje je kan ko ni....

letih aku tau....

bila ko kuar je KEPUTUSAN BEN 2 ni akak keciwa ko tau.... letih makcik ni...

pastu bila aku klik la satu2 nak tau jawapan diorang... sesaje la kan...rugi aku tak tiru tadi...konon cam aku punya betul la kan...

klik punya klik ada satu tu dia link pulak dengan ko punya soklan satu la ben... yeee apa daaaa... ni kira ngelat la kan...ini tak aci..tak aci.... kalau sesapa setuju mari ikut tangan mcm saya....ayat org keciwa ni.....

Isnin, 4 April 2011

ABPBH 2010 - usop wilcha menang?

salam,

tajuk atas tu saje je buat gempak untuk orang yang tak tengok siaran langsung ABPBH 2010 malam tadi.. macam aku la ni...

bagi korang yang tak tengok atau nak tengoklagi meh layan video kat bawah ni....

This entry was posted in

Saya nak join bloglist lulu-pages oleh Lulu Caldina


salam,

entry terawal hari ni setelah bercuti selama 2 hari...

nak cuba nasib mana tau ada rezeki kan.... aku nak join bloglist lulu...nak join jugak leh klik SINI

terhad untuk 20 blog terawal je.... harap2 dapatlah...syarat semua dah lengkap...


pilih saya ye awak!!!

p/s lulu pernah singgah dan bagi komen dalam entry ni...

Aku Benci Rokok! : Ben Ashaari

Jumaat, 1 April 2011

77 pulak...

salam semua,

memang hari bertuah aku kot lepas entry ni

aku tak suka tapi aku dapat...

lepas tu entry ni pulak

hari ni memang hari bertuah ke? 111 lah pulak...

pastu bila aku bukak lak dah ada 77 follower... alhamdulillah...



lama dah aku tunggu2 nombor ni....


terima kasih buat yang sudi follow ye...yang sudi baca pun tq so much...juga untuk silent readers ok... ceh cam ada je...

This entry was posted in

hari ni memang hari bertuah ke? 111 lah pulak...

salam semua,

tadi jejalan kat BLOG NI... pastu terjumpa contest yang dianjurkan pastu ingat nak masuk tapi dah tutup...

jalan2 lak ke blog orang yang masuk sampai kat BLOG NI... peserta pertama contest ...jawapan dia memang best..siap segala2nya rajin dia ni... aku pun follow.... pastu bila tengok lak... meh kita sama2 tengok ok...

yang tak nampak sila buka mata luas ok..
This entry was posted in