Socialize

Follow my blog with Bloglovin

Jumaat, 1 April 2011

cerita penyu menangis...

salam,

ni aku nak sambung cerita pegi cherating minggu lepas ni...apadaa...cerita minggu lepas baru cerita minggu ni...

kalau korang kata dah basi toksah baca ok...

alkisah nak memenuhi ruang aku kat cherating pagi jumaat yang mulia minggu lepas tu aku gi la kat tempat Pusat Penetasan Penyu Cherating...

tempat ni bawah kelolaan Jabatan Perikanan... kira adik beradik la dengan Jabatan Veterinar kami ni... takde tiket dikenakan untuk masuk kat sini.. cuma sumbangan ikhlas boleh letak kat tabung dia yang BESAR punya kat pintu masuk pusat ni... perhatian masuk kena bukak selipar ok..aku suka ni... kat koridor luar tu ada la orang jual2 cenderamata macam t-shirt, magnet peti ais, key chain... macam2 la... aku tak beli sebab mahal..haha.. kedekut...

pastu belah dalam dia adalah... cerita2 jenis2 penyu berserta gambar, penyu yang diorang awet... pastu diorang letak sekali siap set tunjuk macamana penyu bertelur...dan anak penyu menetas...ok tu... tapi sory macam biasa gambar dalam dslr ok... pastu kami gi pulak tengok kat bilik sebelah tu karang2...

pastu kami gi pulak tengok ni...penyu hidup ko...secara live tu...jangan jeles...





 bagi yang berminat nak pegi... pusat ni dibuka setiap hari dari Selasa hingga Ahad je ye.. Isnin diorang off..
masa pulak dari pukul 8.30 pagi hingga pukul 5.30 petang... rehat dari pukul 1 hingga 2 petang tapi hari jumaat diorang tutup pada pukul 12 sampai pukul 3 petang... jelas?

sebarang pertanyaan jangan tanya aku tapi leh tanya diorang sendiri... Cerita menarik lain
This entry was posted in

0 Luahan Ikhlas: