Follow my blog with Bloglovin

Selasa, 26 April 2011

penat.....

salam semua,

hari yang agak penat untuk aku hari ni.... penat berkejar2 ke sana sini.... sudahnya report berlambak2 kat atas meja ni...menunggu untuk disudahkan... letihnya....

mana nak layan selsema yang makin teruk ni lagi... mana nak layan kes.... mana nak layan kerenah pelanggan lagi.... apa pun yang berlaku... aku cuma boleh senyum je.... kalau tak nanti semua orang akan cakap perkhidmatan kerajaan tak bagus kan? kami juga yang kena..... selsema pulak nampak makin teruk... semalam dah ambik ubat tapi aku makan malam je... siang2 ni takut tak boleh nak buat kerja lak nanti...

tadi shah dah hantar makanan... belum sempat nak tengok pun lagi.... bersyukur betul dapat suami macam ni... terima kasih ye bang.... sekarang ni boleh kata semua kerja shah tolong bereskan...

kalau pepagi selalunya, shah yang tolong sidai baju, kemas baju anak2.... sementara aku terbaring malas.... hehe... bukan la susukan najmi... kalau ada lauk aku masak pun dia akan panaskan dan bubuh dalam bekal siap2... balik rumah lak sementara aku susukan najmi lagi dia angkat kain.... dan tolong bagi makanan kat abg long.... baik kan dia? upah dia....? nak tau? aku takkan kejut dia tengah2 malam dan dia boleh tidur lena sepanjang malam sebab najmi menyusu direct dari aku dan tak perlu nak bancuh susu malam2... sebab tu kot shah sanggup tolong aku buat semua benda pasal dia tau isteri dia ni tak kan lena tidur...

terima kasih bang.... ita harap ita dapat bagi yang terbaik buat abang dan anak2 tapi ita tetap tak mampu kalau abang tak tolong ita... semoga semua ni tak akan menimbulkan rasa menyesal abang kahwin dengan ita ye bang... Cerita menarik lain

0 Luahan Ikhlas: