Follow my blog with Bloglovin

Rabu, 4 Mei 2011

aku orang susah.... Part 4

salam semua,

bersambung dari kisah Part 3,

TV

dari abah start duduk kat felda tu sampai aku darjah 6, kami tak pernah ada elektrik.... kawasan rumah kami ni kan dalam hutan, tempat harimau bertendang... mana la boleh merasa elektrik macam kat bandar... jadi kami tak pernah ada lampu yang canggih manggih.... peralatan elektrik jauh sekali la.... kami cuma ada tv buruk yang penutup dia dari kayu...kat depan tv tu ada penutup macam sliding door...

 tv ni la yang selalu abah sorokkan bila orang datang tanya lesen tv.... kesian abah... kalau dari jauh dah nampak orang pakai kemas2 dan pelik2 datang abah cepat2 angkut tv tu ke belakang bawah pokok cempedak dan tutup...bila orang tu tanya kata kami tak pernah ada tv... zaman aku kecik dulu2 nak tengok tv pun kena ada lesen... sekarang ni pun sama cuma bezanya siaran berbayar atau tak je... lesen tv dulu tak mahal mana pun... kalau tak silap aku dalam belas2 ringgit je la kot... tapi aku rasa semua orang akan pelik kenapa la abah beria2 nak sorokkan tv tu... bayar je la duit lesen tu kan... tak yah nak susah2... tapi ramai yang tak tau zaman aku kecik dulu... nilai rm10 tu sangat besar nilainya.... dah la gaji abah aku tak sampai rm30 sebulan nak kena bayar pulak lesen tv yang belas2 ringgit tu lagi....

ada juga desas desus yang cakap lagi... mampu nak tengok tv tentu la mampu nak bayar... sebenarnya ada rahsia lain lagi.... sebelum kami dapat elektrik.... kami duduk menumpang sumber api dari generator seorang jiran yang amat kedekut.... walaupun dia kedekut aku sangat hargai jasa pakcik ni sampai bila2... kami akan ada sumber api dari pukul 7 malam hingga ke jam 10 malam tiap2 malam sahaja.... pakcik ni sangat berkira seminit pun dia berkira tau.... ini kan pulak kalau sesen... tapi kami tetap bersyukur... tak la kami bergelap sepanjang malam.... aku tak pasti berapa bayaran yang dikenakan tapi yang aku tau abah akan mengeluh setiap kali nak bayar bil... abah kata kalau abah banyak duit abah beli satu generator lain untuk pakai sama2 dengan kawan2 yang takde duit macam abah... jadi kami cuma dapat tengok tv hanya pada waktu tersebut sahaja... itu pun kalau kami ada kerja sekolah mak akan hadkan masa kami tengok tv...

kalau waktu siang abah akan charge bateri untuk kami tengok tv....  itu pun tv akan dipasang pada waktu2 nak tengok berita sahaja... kadang2 je kami curi2 je nak tengok kartun... itu pun bila abah tau bateri dah abis.. mesti kami kena marah...

air sejuk

kami juga tak pernah ada peti ais... sampai aku dah darjah 6 bila abah setuju nak masuk elektrik kat rumah... baru la abah belikan mak mesin basuh dan peti ais... itu pun bayar bulan2 dekat singer... masa ni pendapatan abah dah ok sikit sebab pokok sawit mula dah nampak hasil....

ada satu pengalaman mak yang mak cerita bila kami dah besar ni... mak kata dulu2 mak selalu teringin atau mengidam nak minum air sejuk  masa mak mengandung.... mak selalu doakan supaya hujan bila abah balik dari kebun... sebabnya nanti botol air buat bekal abah tu akan kena hujan dan jadi sejuk macam dalam peti ais... mak selalu kejar botol abah dulu kalau abah balik keja dalam hujan... kesian mak...mak kata kalau dikira ini berdosa dah banyak dah dosa mak..

baju bertampal

baju pulak jangan nak kata kami selalu berganti yang baru... dapat pakai baju pun dah cukup baik... kalau adik beradik lelaki pulak mak dan abah akan belikan seluar pendek je sebab seluar pendek yang paling murah... kalau perempuan macam aku ni abah beli gaun2 je senang harga untuk satu baju terus... lagi jimat...
baju pulak kami akan pakai turun temurun sampai dah betul2 tak boleh nak pakai lagi... along turunkan pada uda..andak..alang...acik... sampai masa nak kenduri kawin along kami korek2 baju yang mak simpan ada lagi baju zaman kami kecik2... yang akhirnya kami buat kain buruk...

mak pulak selalu pakai kain batik yang dah bertampal2... kesian mak... kadang2 kain batik mak dah nipis sangat2... tapi mak pakai jugak... tapi mak takde pilihan sebab mak utamakan anak2 mak...

abah pun selalu pakai baju yang dah lusuh2... baju itu la bawak ke kebun dan baju itu jugak bawak berjalan...tapi abah tak pernah merungut sekali pun... aku memang tak pernah dengar... kami tetap hidup bahagia walaupun kami susah... pada abah apa yang penting adalah anak2 dapat makanan setiap hari... biarlah abah bersusah sikit... tapi pada aku abah memang dah susah banyak....

nanti2 la ye aku sambung ye... air mata aku ni dah nak menitik dah... Cerita menarik lain

11 Luahan Ikhlas:

Mila@Rimbun berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

rasanya hidup kita lebih kurang jer ita. saya ingat lagi masa saya darjah 1, pagi2 kami ke perigi untuk mandi dengan lampu pelita penerang jalan. dah darjah 3 kut baru ada elektrik, dan air masa darjah 4.
peti ais cuma ada masa saya dah kerja... sebab abah mmg tak suka berhutang, masa saya dah kerja tuh, abah ada jual tanah, so bolehlah nak beli peti ais kecik satu.
Tapi tu laaaa.. selama hayatnya arwah abah mmg susah, tapi masa dia meninggalkan kami.. hartanya banyak sekali.. itulah dinamakan rezeki.rasanya, tanpa harta peninggalan arwah, hidup saya mmg tak sesenang hari ini.

Rozita berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

mila:
hehe... tu la...rasanya kehidupan zaman dulu semua orang lebih kurang sama je....
sy doakan arwah abah mila tenang di sana...
terima kasih pd mila sudi baca pengalaman x seberapa ni..
kehidupan anak2 kita skrg ni jauh berbeza kan?

ieda berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

sedih pulak akak baca nie ..
x per dik semua ini mengajar kita utk lebih menghargai hidup yg kita kecapi skrg .. semoga anak2 juga memahami ...

BLADE EDGE berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Assalamualaikum...


saya just blogwalking kat sini. baru tahu pasal blog ni..

anyway kalau ada masa, silalah berkunjung ke blog saya.

happy blogging :-)


regards,
BLADE EDGE

Lina berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

rasa terharu sgt bile baca kisah ita...sebenarnya bila kita dah pernah merasai kesusahan barulah kita menghargai segala yang ada

fRaMe+LenSeS berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

terbaik perkongsian ni. terima kasih. ;D

Nadh suka dengan blog kamu, perkongsian kamu, Jum Nadh nk pomot, join contest Aku Ingin Berubah sahabat Nadh,,.

Mungkin kita leh sama-sama sampaikan message positive pada masyarakat dengan perkongsian dalam ni plak.. :D

asni berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

saya pun orang susah dulu. abah penoreh getah. pukul 4 atau 5 pagi gelap2 dah kayuh basikal ke kebun lebih 10 km. kalau time bising ada rimau, pun kadang terpaksa pi juga. tapi sekarang kira okay la..walau tak kaya..anak 13 ada yg jadi doktor pakar dan lain2 pun ramai masuk uni.

Tanpa Nama berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

pengalaman aku dari mula kawin sampai ada sepasang anak2,selalu ada masalah kewangan dan hutang yg tak pernah susut.aku tak ada pelajaran tinggi,isteri pon kerani biasa je.aku rasa susah hidup aku klu tinggal dibandar klu tak berduit.mcm2 aku cuba utk tambah pendapatan tapi semua tak berjaya.tapi aku sentiasa bersangka baik pada Allah mungkin belum dia nak bagi rezeki lagi kot.
sering bertengkar pasal duit dgn isteri.tak tau la.lebih2 lagi hampir 1thn aku menggangur.semua perbelanjaan isteri aku yg tanggung.perit betul klu tak berduit.aku nekad dlm diri aku klu aku senang aku akan bantu orang susah.sebab pengalaman aku sendiri selalu kesempitan wang.betapa peritnya hidup dibelengu hutang.betul la orang kata klu susah takkan ada orang membantu .cakap boleh la orang melayu ni.biarla hanya aku dgn Allah sahaja yg tau masalah aku.
aku sentiasa berdoa berselawat mudah-mudahan Allah berikan yg terbaik untuk aku dan keluarga aku.sekarang ni pun aku masih mencari kerja.

mohamad fitri berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

tolong sambung cerita ini. Saya ingin tahu apa yang akan jadi kepada ayah dan ibu kamu.

Tanpa Nama berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

ibu dan ayah dah meninggal dunia..

Rozita berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

tanpa nama : alhamdulillah..mak dan abah masih hidup sehingga sekarang..dan minta tuan tolong doakan kesihatan yang baik dan semoga ibu bapa saya panjang umurnya..

mohamad fitri : insyaAllah saya akan sambung jika ada kelapangan..