Follow my blog with Bloglovin

Selasa, 31 Mei 2011

hashbrown di pagi hari...

salam semua,

pagi ni mood macam baik sikit sebab semalam dapat tidur dengan lena... bestnya lama dah tak boleh tidur lena... malam semalam aku tindih bantal tinggi2 tidur bersandar... terus lena sampai sedar cuma masa adik nak susu je...
tapi ada pulak ulat gonggok merayap kat muka aku malam tadi... aku dah cuak dah ingatkan lipan... dah 2 kali dah camtu tau... kat luar tu panas agaknya tu yang dia masuk kat dalam rumah....

pagi tadi tetiba je ada mood nak bawak bekal... lama dah tak bawak bekal gi opis.... bukan tak bawak ada la bawak jugak cuma bekal yang dibeli tepi jalan la bukan masak sendiri....

sejak mabuk2 ni semua menu dari kedai je singgah kat perut kami anak beranak ni....kesian kat diorang bertiga... nasib la tak banyak kerenah... termasuk la si kecik tu....

pagi tadi aku goreng hashbrown yang dah berkurun beli kat dalam peti ais kat rumah ni.... habis semua sepuluh keping aku goreng.... dah siap goreng... 2 keping buat bekal abg long... 3 untuk ummi dan 4 untuk ayah.... 1 lagi untuk adik.... adik najmi dah tak senang duduk bila aku bungkuskan 2 keping untuk abg long.... dia dah start nangis2 dah... takkan takde untuk dia kot kan.... lepas tu aku ambik satu letak dalam tupperware dan bawak sana sini... mata dia tak pandang lain je dah... pandang makanan je tu.... takut ummi dia letak tempat lain lagi kot....

lepas tu masuk je dalam kereta... siap ummi baca doa makan... terus suap ke mulut dia... bukan main laju dia nganga.... dan kunyah.... hish... memang pandai makan budak kecik ni.... sampai kat sekolah dia taknak ikut cikgu dia... semalam pun macam ni tau...

tapi bila aku bagi je bekas bekal tu kat cikgu dia terus je melompat ke tangan cikgu sambil mata terus tengok bekal.... hahaha.... bertuah anak sorang ni.... Cerita menarik lain