Follow my blog with Bloglovin

Rabu, 11 Mei 2011

pakai payung? apahal ni?

salam semua,

 best kan tidur malam tadi... Allah amat kesiankan hambaNya....kan...? semalam kita semua mengadu pasal panas... hari ni DIA turunkan hujan.... alhamdulillah...

tapi yang tak bestnya hari ni aku gi keja naik kereta.... sesampai kat jalan peramu kuantan yang kecik tu... kami berada di lorong kanan.... maklum la nak laju kan nak gi kerja ni.... sebenarnya kami tak suka ikut lorong belah kiri tu pasal orang suka parking atas jalan untuk pergi sarapan kat kiri kanan jalan sepanjang jalan peramu ni... tetiba je tak pepasal kena brek emergency kang... naya je...

tengah dalam kelajuan sederhana... dalam 50 ke 60 km sejam... tetiba je kereta depan tekan brek... kami pun terkejut dan sama membrek... nak tau pasal apa? rupanya ada umat ni nak menyeberang jalan tu naik basikal sambil tangan kanan dia pegang payung dan tangan kiri di pegang handle basikal tu... terkial2 kau tengok... alahai... sikit lagi nak jatuh ke jalan dah... bayangkan lah kalau dia terjatuh kat atas jalan dan ada kereta langgar macamana? aduhai.... nanti nak salahkan kereta pulak...

aku mintak sangat2 la kat orang yang bawak motor, basikal... basikal elektrik tu... kalau hujan buat la cara hujan... pakai la baju hujan ke topi ke untuk cover korang jangalan membahayakan diri dengan bawak payung macam dalam kes ni.... bahaya tau... kalau kami yang langgar tadi dan orang tu mati... tentu tak aman hidup kami selama2nya tau.... bunyi macam marah kan...? memang marah ni.... kalau aku pun kalau naik motor takde baju hujan aku sanggup gi kedai beli plastik sampah hitam yang besar... gunting belah kepala sikit bagi keluar kepala je...janji aku tak basah... yang penting janganlah cari jalan singkat yang membahayakan nyawa anda2 semua....

hish.... marah belum reda lagi ni.... meh buat kerja jom.... Cerita menarik lain