panas badan... - Cerita Ita                                                             panas badan... Langkau ke kandungan utama

panas badan...

salam semua,

tadi pagi gi keja tak bape ada mood jugak.... asyik takde mood je kan aku ni.... baik berhenti terus... aha... pastu makan pasir... hehe... tapi mengenangkan dah hari jumaat aku gagahkan juga gi kerja... esok dah boleh lepak dgn anak2 kat rumah kan.... best.... shah pun cuti esok... kami cadang nak balik rumah mak dia... jom santai2 hujung minggu...!

sebenarnya nak cite pasal apa aku takde mood ni... malam tadi ntah bape kali terjaga... gara2 badan adik yang panas mendadak.... memula sebelum tidur tu kami dah bagi dia makan ubat demam dah sebab badan dia dedar2 sikit camtu.... pastu pukul 1 pagi dia bangun siap duduk2 sakan main2 hensed aku yang aku biasa letak kat atas kepala....

sudah.... dia bangun memain pulak.... siap ada bunyi2 lagi.... tatatata.... dadada.... last sekali sembam kat aku dia bunyi pulak.... tetetetete.... hehehe... siap sengih2 lagi....

tapi masa tu badan dia memang dah panas sangat... aku cepat2 kejut shah mintak dia basahkan balik kain yang kami guna sebelum adik najmi tidur tadi.... basahkan kepala dia... pastu dia marah pulak... mungkin sebab air tu sejuk sangat kot.... pastu kami terus masukkan ubat ikut bontot dia.... selamat.... tukar pampers... pastu dia menyusu dan tidur semula....

pagi tadi pun badan dia masih dedar2... siap ada hingus2 lagi...kami dah check suhu dia dalam 37.5 degree..selamat dah bagi ubat sebelum gi sekolah... kesian adik baru je nak sihat demam lagi.... rupanya kat sekolah ada jugak baby yang demam tu yang menjangkit kat adik tu.... tadi aku baru lepas call cikgu dia... dia kata masih dedar2... cuma dia taknak makan cuma minum susu je.... agaknya pasal gigi dia nak tumbuh lagi kot.... semalam aku tengok gusi atas tu macam merah semacam je.... mesti sakit kan...

balik kang nak masak bubur dgn sup kentang bagi adik makan.... kesian adik lama ummi tak boleh masak....

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat