Socialize

Follow my blog with Bloglovin

Selasa, 24 Mei 2011

semoga selamat....

salam semua,

semalam aku dapat call dari adik aku yang no 4 yang aku panggil andak.... wife dia dah start rasa sakit nak bersalin sejak malam kami balik dari kluang baru2 ni.... jadi semalam pagi dia hantar ke hospital kluang pasal pagi tu dalam pukul 4 lebih dah keluar tanda dah....

tadi pulak aku call dalam pukul 2 lebih tadi belum selamat lagi tapi servik dah bukak 9cm dah.... dia pun dah selamat masuk ke bilik bersalin dah....

cuma satu je yang andak aku terkilan... dia dah siap isi borang keizinan nak masuk temankan isteri tapi sampai sekarang masih belum dipanggil masuk lagi... takut2 jadi macam kes along aku je... kak long aku dah selamat bersalin dan dan siap makan tengahari baru along aku tau yang anak dia dah selamat keluar... tadi pun andak aku tanya masih lagi terima jawapan ya... ya... tapi tetap tak panggil lagi.... diorang siap kata kalau ramai kat dalam bilik tu atau doktor ada diorang takkan panggil.... kenapa macam tu pulak ye...?

berbeza dengan hospital kuantan.... suami atau mak memang dibenarkan untuk teman semasa bersalin.... sangat bagus sebenarnya benda camni dipaktiskan... sebabnya dah 2 kali aku bersalin dan alhamdulillah setakat 2 kali ni shah boleh meneman dan sekaligus menambahkan keyakinan aku nak hadapi sakit masa bersalin tu... patut semua hospital patut benarkan suami teman isteri... korang yang pernah bersalin mesti setuju kan?

p/s diharapkan semoga adik ipar aku selamat melahirkan hendaknya.... amin.... kuatkan semangat dik! Cerita menarik lain