Follow my blog with Bloglovin

Isnin, 30 Mei 2011

Update rumah part 3

salam semua,

hari ni mood kerja sangat merundum... aku muntah2 dari malam semalam.... makan pun tak selera ni... aku gasak minum air je... camne nak buat ye... letih la badan.... ni rasa nak terpejam je mata.... satu malam tak leh nak tidur.... pagi mula la mengantuk....

petang sabtu, lepas kami pergi kenduri kawin rumah kawan kami... kami ajak kontractor selaku kawan kami baru kenal suruh dia datang ukur2 dapur kami untuk buat konkrit... bila tanya2... dan siap ukur2 semua... dia kata anggaran harga dalam RM600 lebih la kot... perjanjiannya barang semua dia sedia cuma bahan untuk buat table top tu je kami nak cari sendiri.... kami ingat nak beli yang 2' x 2' tu... nanti nak cari kat hardware dekat2 rumah ni je...

memula maca dah deal elok je... tapi bila tengok rumah jiran sebelah rumah kami tu buat rasa macam nak tukar setting sikit la... nanti shah akan bincang dengan dia balik...

lampu pulak shah dah kontrak separuh yang dia tak boleh buat kat kawan dia... semalam dah start buat dan janji boleh siap hari ni... belum apa2 dah kena deposit RM250 dah.....apa da.. kawan pun berkira... sebenarnya ada sorang kawan dia yang memang ikhlas nak tolong tapi masalahnya kawan tu skrg ni ada kat kedah dan nak balik lagi 2 minggu... kami dah tak sabar nak pindah rumah... jadi kira pejam mata je la bayar nanti...

haa.. ada update terbaru... ruang dapur kering kami tu rendah jadi takleh letak kipas siling... karang ada yang hilang kepala... dah kira2 shah nak gi tukar ke kipas dinding tengahari kang...jangan kena tambah duit sudah la...

kami dah beli dapur glass 3 tungku RM420...tinggal beli hood je lagi...hari ni shah ambik kot... hari tu dah survey RM620... aku beli yang suction rendah je... bukan selalu nak masak pun...

sekarang ni dah stop beli2 barang cuma nak reserve duit buat bayar2 upah je lagi... lagi satu spare duit nak ambik sofa so good kami yang lama dah booking kat kedai tu... tunggu rumah siap baru leh bayar...hehe... Cerita menarik lain