Socialize

Follow my blog with Bloglovin

Selasa, 21 Jun 2011

ada tragedi tau...

salam semua,

korang dah baca dah entry aku semalam.... ala yang ada gambar bebanyak tu.... nyampah kan tengok..hehe... saje je bagi korang rasa kemeriahannya.... biar sampai biru mata hitamku... hahaha....

kalau yang belum baca leh gi SINI....

sebenarnya aku nak cerita... ada tragedi sebelum mengambil gambar reramai tu.... memula... tragedi oktober... takde la tu saje bagi gimik... sebenarnya tragedi anak bujang sulung aku tu haa... dia pakat merajuk pulak pasal kamera kecik dia tak bawak... sebenarnya adik ipar aku pinjam tapi kami malas nak bagitau dia... dia merajuk pasal semua orang ada kamera... tu yang dia tak wujud masa gambar reramai tu....

tragedi kedua pulak.... hampir2 berlaku pelamin angan adikku musnah tau..... korang nak tau apsal? nampak tak kat gambar tu aku duduk celah2 abah dengan alang aku.... memula andak aku duduk kat tempat aku berdiri tu.... pastu aku dengan konpidennya jalan kat tepi tu nak ke belakang nak menyelit sebelah dia.... sekali kau... aku terpelecok kat tepi pelamin tu.... aduhai... terus aku menyorok kat belakang tiang bunga yang paling tinggi tu... nasib baik tiang tu kuat nak tampung berat aku yang ala2 peserta rancangan The Bigger Loser Astro je ni...

andak aku pulak yang ada kat tepi tu terkejut tengok aku menyusup dari belakang... terus dia gelak2 sakan... dia siap kata tu ayat menusuk kalbu.... "patut andak tengok tiang bunga ni goyang2..." ciss nak kata aku gemuk la tu....

tapi betul korang.... nasib baik aku tak jatuh hari tu... kalau tak sah2 aku call shah suruh ambik aku kat belakang pelamin dan kami balik terus dah... tak toleh2 lagi la jawabnya.... malu ooooo......

moral: lain kali tengok mana tempat kita nak jalan tu dulu... jangan main redah je... Cerita menarik lain