Follow my blog with Bloglovin

Rabu, 29 Jun 2011

mi dah sakit pulak....

salam semua,

tadi aku dikejutkan sekali lagi.... shah call kejap tadi kata akak dia ada call....

dia kata mi dah start tak nak makan minum.... mi atau ummi ni sebenarnya atuk pada shah... mak pada mak mertua aku... dulu sebelum mak pindah rumah baru dan bekerja dia yang jaga mi ni... sekarang mi dijaga oleh bapa saudara shah pulak.... tadi mak dah tak pergi kerja dan diorang semua dah standby kat rumah takut jadi apa2.... mi ni dah berumur lebih dari 80 tahun dah... dah tak berapa sihat sejak kebelakangan ni... dia dah tak kenal orang... tak nampak...tak berapa dengar... dan tak berapa ingat... dia selalu ingat benda yang dah lama2... masa cucu2 dia masih kecik2...

dulu aku memula tunang dengan shah dia masih sihat lagi...masa tu arwah lek (suami mi) pun ada lagi... dia boleh solat..puasa... lepas tu bila arwah lek dah takde dia makin tak sihat... kadang2 meracau pelik2 tengah2 malam... solat pun dah tonggang langang... kiblat ikut suka... al fatihah pun dah tak betul... lepas tu kami bawak dia berubat kat sana sini... kami dapat tau dia ada dapat sesuatu yang diwarisi ntah dari sapa2... tapi masalahnya dia dah tak ingat masa tu... susah nak tanya.... kami semua berdoa supaya Allah sihatkan mi sebelum dia pergi... tak kira la apa pun dia buat masa dia muda dulu....

kami semua tengah standby juga balik bila2 masa dari sekarang ni.... kalau takde apa2 kami akan balik petang ni jugak.... korang tolong doakan semuanya selamat ye.... Cerita menarik lain