Socialize

Follow my blog with Bloglovin

Isnin, 20 Jun 2011

perkembangan adik...

salam semua,

korang jangan terkejut tau aku buat marathon pulak hari ni.... saje je lepas geram... bape hari ni tak dapat menghadap blog ni.... hari khamis aku busy sikit.... jumaat pulak ada lawatan Puspanita gi Kuala Gandah.... sehari tak masuk opis.... eh... korang kalau nak gi kuala gandah tu boleh la pergi sekarang ni dah cantik tempat dia... berubah benar dengan 2 tahun lepas.... lagi satu pergi la sebelum diorang letak harga tiket... yang aku dengar2 macam mahal je tu... kitaorang pun macam nak gi bulan depan je... sebelum dia letak harga kan... hehe... dasar kedekut betul...

aku dah lama tak cerita pasal adik najmi kan? dah lupa daratan dah ummi dia sejak 2 menjak ni.... lagi la bila excited nak masuk rumah lagi semua lupa... hehe... sorry la ye....

adik kami ada bawak untuk check up kat hospital macam biasa setiap 3 bulan.... kalau sesiapa yang dah lupa boleh baca cerita adik yang lepas2... adik ada masalah kekurangan darah yang kami masih tak tau punca dia.... buat masa ni doc tak nak buat ujian talasemia walaupun dia suspect kuat penyakit ni... sebabnya alasan doc darah adik masih bercampur dengan darah aku lagi... keputusan mungkin tak tepat.... setakat ni doc tak risau sebab dia membesar sama macam bebudak lain seumur dengan dia aje....

sebab tu doc bagi tarikh temujanji lagi 3 bulan lagi.... adik dah selamat pun inject vaksin untuk setahun haritu... alhamdulillah tak demam.... molek je dia.... harap2 terus-terusan molek sampai bebila.... korang doakan la ye....

eh cite pasal adik dah setahun aku lupa wish happy birthday kat 2 hero kecik tu..... abg long cukup 4 tahun pada 17 April lepas.... adik najmi lak cukup 1 tahun pada 21 Mei lepas.... sekejap je dah besar anak2 ummi..... semoga anak2 ummi dapat membesar dengan sihat dan jadi anak2 yang soleh ye nak...... amin... Cerita menarik lain