pertama dalam sejarah - Cerita Ita                                                             pertama dalam sejarah Langkau ke kandungan utama

pertama dalam sejarah

salam semua,

selamat pagi.... rasa segar pagi ni.... walaupun malam tadi 3 kali turun naik katil.... haaa... jangan salah faham lak... fikir biru la tu.... aku tidur atas katil dengan shah.... anak2 tidur kat bawah... takut tergolek... memalam pulak si kecik tu masih menyusu direct kan... jadi bila dia menangis kena la turun bawah pulak.... dah jadi rutin harian pulak dah sejak berpindah rumah ni.... dulu kat rumah lama kami memang berlambak je semua tidur kat bawah.... rumah baru kena semangat dan cara baru pulak la kan....

pepagi ni sempat aku tanak bubur nasi untuk bawak bekal adik kat sekolah... sejak 2 menjak ni dia dah demand nak makan bubur pulak... sebelum ni tak mau kalau disuap pun... dah jemu makan nasi agaknya... sejak gigi dia nak tumbuh lagi 2 batang belah atas tu yang jadi camtu... hari isnin aku buat lauk sardin simple2 cuma tambah asam untuk banyakkan kuah je...lepas tu letak kuah tu atas bubur... gaul2... terus suap kat mulut budak berdua tu... berselera diorang makan.... agaknya sedap kot sardin tu pada tekak bebudak ni... sebenarnya aku tak pernah try pun lagi... ni la pertama kali cuba... dan nampaknya diorang suka...

untuk aku dgn shah pulak aku tumbuk sambal lempoyang dengan ikan bilis + lada kecik... sedap wooo makan dengan nasi panas2.... aku tak pasti la korang tau tak apa lempoyang tu.... rupa dia macam halia sikit... tapi rasa dia lebih berangin dan tak pedar macam rasa halia.... kalau kat kl pasar chow kit banyak jual... murah lak tu... jangan pelik mana aku tau... hehe... aku pernah suruh along aku belikan sebab nak bawak balik kuantan.... kuantan ni payah nak jumpa... orang tak kenal aku rasa... mak mertua aku pun baru kenal lempoyang ni masa jaga aku berpantang ang long dulu... itu pun mak aku bawak khas dari johor... terus dia tanam belakang rumah... sampai sekarang ni nak makan senang... gi je rumah mak mertua aku ambik...
kalau lauk untuk orang pantang biasanya tak letak lada kecik... kami tumbuk lempoyang dengan ikan bilis je... sedap tau makan nasi panas dengan ikan bakar + lempoyang + sawi masak air....marveles... sebab tu aku suka berpantang... leh makan lempoyang hari2...hahaha....

pagi ni pulak kami dikejutkan...aku bukak mail box... tengok ada bil elektrik... wah.... nak tau berapa? RM15 je tau.... pertama kali kami leh dapat pengecualian bayaran bulanan.... alhamdulillah... syukur... tapi tu la... baru je nak masuk 2 minggu duduk kan... tapi yang penting pertama kali tak kena bayar... selalu kalau kat rumah lama yang kecik tu pun paling kurang RM25 bil.... saje je nak bagi terlebih RM20 supaya kena bayar kan.... apa pun aku bersyukur.... astro kami pun masih tak berfungsi lagi... ingat nak potong je la... abg long pun ok je takde astro... kami pun macam dah biasa dah tengok tv yang ada tu je...

lagipun astro dah nak naik lagi kan.... rasa tak rugi kot kalau potong.... tengok la nanti macamana....

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat