pindah rumah dah... - Cerita Ita                                                             pindah rumah dah... Langkau ke kandungan utama

pindah rumah dah...

salam semua,

aku nak buat pengumuman ni... penting tau... mulai sekarang ni kami dah pindah alamat rumah... secara rasminya kami sudah berkampung di Bandar Putra.... bagi kawan-kawan yang sudi nak datang... nak jengah... sila-sila la ye.... tapi calling2 dulu ye... takut la datang tak serupa rumah nanti kan.....

dah 2 malam kami tidur kat situ.... anak2 alhamdulillah... tidur ngigau sikit2 je... maklum la rumah baru... yang paling suka abg long la... menjerit2 happy dia dalam rumah.... buat masa ni kami layan radio dan vcd je sebab astro shah pasang tu tak mau jugak bagi sikit pun signal dia.... saje je nak duit la tu.... nampaknya terpaksa la kami membayar jugak pada orang tolong pasang.... sunyi dah bape hari ni.....

abg long dah tak nak balik rumah sewa kami lagi... dia kata tak nak duduk rumah kecik.... abg long nak duduk rumah besar aje.... tidur pun dia tak bagi aku tidur sekali kat toto dengan dia dan najmi... dia suruh aku naik atas katil dia kata aku tidur kat toto nanti toto dia tak muat.... huh.... macam lah besar sangat ummi dia ni....

adik pulak..... penakut.... hehe.... tak pernah duduk rumah besar dari rumah sewa yang lari sana sini pun masih boleh nampak ummi dia.... tetiba je bila pindah, ummi hilang kat dapur sekejap..... hilang balik kerusi kejap dah nangis....apa la anak lelaki sorang ni.....

semalam 2 beradik tu pakat tidur siang.... lama pulak tu.... macam pelik pulak kami tengok... selalu nak suruh tidur pun susah.... sudahnya aku dengan shah bukak projek kerat kain langsir.... jangan tak caya aku cuma beli langsir sliding door je tau.... yang bilik kami pinjam mak punya.... kira ambik terus la tu... hehe.... yang bilik lain tu la aku baru kerat2.... tape putih lak tak beli... hari ni nak beli jap... esok2 boleh jahit.... huhu... jangan tak caya tau.... (silap-silap sampai balik dari kampung esok masih lum jahit lagi)

hari rabu ni kami nak balik kampung pulak.... shah hantar aku dengan anak2 balik dulu karang dia balik hari jumaat pulak.... dia tak dapat cuti....
ooo... lupa pulak nak bagitau.... mak aku nak buat kenduri kahwin adik aku.... kalau korang senang leh la datang rumah mak aku ye.... ni aku jemput sungguh2 tau bukan memain..... alamat ni haa.... no 262, jalan enggang, felda kahang timur, kluang, johor..... kalau sesiapa yang ada kelapangan boleh la luangkan masa ok...

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat