Follow my blog with Bloglovin

Khamis, 2 Jun 2011

Update rumah part 5

salam semua,

haaa... ni cerita hari ni.....

malam semalam kami nak pergi basuh rumah....  nak dijadikan cerita shah bercerita kat opis dia... tetiba pulak ada 2 orang kawan opis dia nak join.... shah pun bagi la tau petang semalam.... aku macam biasa bila ada orang nak datang rumah mula la kelam kabut fikir nak hidang makanan apa.... biasalah kan orang perempuan....

memula fikir nak beli je mee kuning dan bahan sikit2 aku masak mee goreng je... tapi tak jadi sebab bila aku baru je fikir belum pun cakap apa2 dengan shah aku dah mula rasa loya macam nak muntah dah... jadi kensel... pening kepala kami nak jamu apa kat orang dan last2 kami terus call Pizza Heart Corner kat Jalan Beserah... order pizza je la... kami ambik 3 keping pizza... tuna, super heart dan spicy chicken...diorang bagi kami free 1 air botol besar... ok la tu...

sementara nak tunggu order pizza tu kami gi singgah kat ECM jap pergi beli donut Big Apple pasal dah janji lama dengan abg long.... dia nak yang berry2 je... tapi mestilah kan mak dia tumpang sekaki dengan donat coklat dan kuaci tu... best2... tumpang rezeki anak... ni untung ada anak tau... kalau aku je kata nak makan mesti shah suruh pergi esok lusa je... hehe....alang2 ada orang nak datng shah suruh beli yang 12 punya set tu...

balik tu dah lepas maghrib kami pergi bersiap dengan bawak semua peralatan dan baju bersih untuk semua ahli ni.... kami pun pergi ke rumah baru kami dengan semangat nak membasuh... sampai2 je shah terus call kawan2 dia yang kata nak datang tu.... korang nak tau apa cerita? yang sorang kata tengah dating dan yang sorang lagi kata pulak kena pergi hantar ikan masin.... wei.... ni pizza aku 3 butir ni sapa nak tolong abiskan wei....

tak lama tu sampai la sorang kawan dia tu yang duduk dekat2 rumah dengan wife dia dan anak diorang yang kecik... kami makan2 dulu sebelum buat kerja... luak la separuh je dari 1 pizza... anak2 bantai makan donut je... aku dah frust dah.. kalau tau tak yah beli banyak2 camni...

sudahnya plan aku nak membasuh tak jadi pasal kena layan wife kawan shah tu... shah dengan kawan dia tu yang basuh akhirnya... itu pun diorang cuma basuh tingkat atas je... tingkat bawah shah kata tunggu orang siap buat dapur semua baru kita basuh...

akhirnya kami tapau je pizza dengan donut tu kat kawan shah ni suruh dia bawak balik.... pagi ni aku tapau gak 2 keping buat sarapan....alhamdulillah dah selamat masuk perut aku dengan roomate ni haa...

bebalik cerita rumah.... hari ni aku masuk opis terlambat dah... sebabnya kawan yang nak buat dapur tu call nak mintak kunci rumah dan deposit sekali... kami terpaksa singgah rumah baru dulu bagi kunci dan duit... lepas tu berebut pulak gi ke opis masing2... kawan tu dah kira2 nak buat 2 konkrit dengan upah pasang table top dan sinki... untuk 2 kawasan yang panjang lebih kurang 7' satu... dalam RM600 untuk setiap satu...untuk table top tu kami dah beli yang White Horse punya kaler putih.. ada offer RM13 satu keping... sinki pulak untuk satu lubang RM80 dan 2 lubang RM160... yang ni aluminium gred 07 kata tokey tu... aku pun bukan faham sangat janji ada sinki cukup... sinki yang ada ni ingat nak transfer ke rumah orang tua kami sorang satu...settle bab dapur harap2 boleh siap dalam minggu ni... jadi boleh la basuh rumah dalam minggu depan dan lepas tu nak cari langsir pulak....

duit ooo duit .... di mana kau duit.... korang taknak buat bantuan amal untuk aku ke?.... hehe...

p/s moral of the story ada 2... lainkali kalau nak basuh rumah jangan pepandai nak cerita2 dengan orang... banyak membazirnya...satu lagi kalau nak beli rumah kena la simpan duit banyak2... Cerita menarik lain
This entry was posted in