Follow my blog with Bloglovin

Isnin, 18 Julai 2011

akhirnya... kami dapat astro..

salam semua,

nak cerita berita gembira ni.... setelah sebulan kami duduk kat rumah kami ni... dan setelah sebulan itulah jugak kami tak dapat nak tengok astro... sebabnya.. ? memula shah dah cuba pasang sendiri astro tu pasal nak menjimatkan duit RM100 dari disedekahkan secara tidak ikhlas pada agen pemasang astro tu...

jadi bermulalah perjuangan kami menaikkan piring astro tu ke atas bumbung.... memula shah pasang kat tapak kayu kat bumbung atas sekali... alasan dia... malas nak tebuk batu... akhirnya setelah dipujuk rayu oleh isteri tersayang dia ni.... eh ada ke dia isteri2 lain? abaikan soalan ini ok... maka dia pun pindahkan kedudukan piring tu ke tingkat bawah.... tepi rumah kami je... bukan jauh pun...

sebenarnya aku ngeri dia panjat tinggi2 melangit tu... tu yang aku suruh alih... lagi satu sakit la leher aku nak terdongak2.. terjerit2 masa dia cari signal tu....

lepas dialihkan... terus dia pusing2... hah ko... terus dapat signal 70 tu... cantik... pastu ejas2 sikit terus dapat 75... nak ejas2 lagi terus dapat 0... ahaks... last2 kami stick je la kat 75 tu...

dan akhirnya.... dapat kami tengok astro yang dah sebulan ni kami bayar saje kat astro.....

p/s sungguh berbangga ku mendapat suami seperti ini... terima kasih bang.... Cerita menarik lain