Follow my blog with Bloglovin

Jumaat, 15 Julai 2011

Anak bukan harta perkahwinan...

salam semua,

tadi luang masa baca berita online kejap... terbaca tajuk macam kat atas tu.... menarik!

teringat masa pergi sesi ceramah hak wanita anjuran puspanita baru2 ni... penceramah tu bercerita pasal ada pasangan dah bercerai dan ada anak... hak penjagaan anak tu dapat pada si ibu... bapa pula dapat jenguk anak seminggu sekali...

itu tak kisah la... cuma yang jadi masalahnya bila si ibu serah anak pada si bapa dia akan bagi anak dalam keadaan bogel... Ya Allah tak dapat nak bayangkan macamana rasa si anak tu... terpaksa la si bapa ni beli pampers.. baju seluar untuk si anak.... masa nak balik pulak si bapa akan pulang anak dalam keadaan bogel jugak kepada si ibu.... kejam kan situasi ni... malang nasib si anak tu.... sudahnya dia akan tau ibu dan bapa dia orang yang jahat.... kenapa kerana dendam sesama sendiri anak tu menjadi mangsanya... masa peguam tu cerita pasal ni aku terbayang abg long yang selalu malu kalau tak pakai baju... mcmana agaknya budak tu kan..?

artikel yang ditulis di myMetro ni sangat baik untuk renungan.... aku cuma letak kesimpulan terakhir je la ye.... panjang artikel ni...

Dalam perebutan ini, ibu bapa perlu sentiasa ingat bahawa:




  • Anak-anak bukan harta perkahwinan

  • Tiada pihak yang menang atau kalah dalam tuntutan hak penjagaan anak kerana tidak kira siapapun yang ‘menang’, anak tetap jadi mangsa perceraian.

  • Anak bukan ‘hadiah’ untuk dimenangi dalam pertikaian ini. “Apabila sampai masa bersama anak, kena manfaatkan masa sebaiknya. Jangan jadikan anak sebagai orang tengah untuk menyampaikan ‘amanat’ kepada bekas pasangan. Bercerai bermakna kita berpisah dengan pasa�ngan, bukan dengan anak. Sebab itu kena bagi anak jumpa ibu atau bapa yang tidak tinggal bersamanya.

    “Jangan tunjuk pada anak kita benci bekas pasangan kerana dia adalah ibu atau bapa mereka,” katanya. 


  • yang lelain korang leh baca sendiri kat sini.... myMetro Cerita menarik lain
    This entry was posted in