Follow my blog with Bloglovin

Khamis, 14 Julai 2011

budak hilang lagi...

salam semua,

baru kejap tadi tulis entry pasal kehilangan.... ni ada pulak budak yang betul2 hilang.... alahai tak dapat bayangkan kalau anak2 hilang ni.... mesti luluh hati mak bapak kan.....

ni dapat dari wall perbadanan putrajaya....


gambar ni kecik... aku besarkan dia jadi pecah2 pulak... kalau nak tengok detail pergi kat FB Perbadanan Putrajaya ye kawan2....

ni detail dia....:

Dengan hormatnya dimajukan butiran dan foto seorang kanak-kanak yang hilang sejak 13 Julai 2011. Mohon perhatian dan kerjasama kepada orang ramai untuk menghubungi ibu bapa mangsa atau Balai Polis berhampiran seandainya ada melihat kanak-kanak ini.

Butiran :
•Seorang kanak-kanak lelaki berumur 10thn (Darjah 4)
•Memakai t-shirt sukan berw...arna merah berlengan hitam dgn cetakan 'S.K Subang Bestari, Tuah',
•Berseluar sukan berwarna biru gelap berbelang putih dan berjaket berwarna coklat.
•Membawa beg sekolah berwarna biru dan hitam.
•Mempunyai ketinggian lebih kurang 110cm, berambut pendek dan mempunyai tanda parut disebelah kanan kepala.
•Ayahnya menyedari kehilangan anaknya pada 13hb Julai 2011 diantara jam 6.30 petang ke 7.00 petang.
•Budak ni dibawa oleh seorang perempuan agak berumur, berkulit agak gelap. Dipercaya warga indonesia
semoga dipermudahkan pencarian dan ditemukan apa yang hilang hendakNya... amin...

update: 5.20petang.... dapat info budak ni dah dijumpai... alhamdulillah..info oleh BOBMY... thanks.... Cerita menarik lain