makin pandai... - Cerita Ita                                                             makin pandai... Langkau ke kandungan utama

makin pandai...

salam semua,

alhamdulillah dah masuk bulan 7 dah pun kan... sekejap je rasa... pejam celik pejam celik dah nak ramadhan dah bulan depan... macam sekejap je...

sabtu ahad baru ni kami penuhi dengan aktiviti macam2 kat rumah... memula hari sabtu kami lepak2 kat rumah pasal shah letih main futsal malam sebelum tu... dah petang tu baru kami balik kampung untuk kenduri tahlil yang terakhir... alhamdulillah selesai... cadang nak tidur rumah mak mertua aku tapi last2 tak jadi pulak... adik dia ada kat rumah anak beranak... jadi kami balik semula ke kuantan... letih sebenarnya berulang tapi nak buat macamana takde pilihan...

hari ahad tu kami pergi pulak habiskan masa berjalan ke nursery cari rumput... shah bersemangat nak tanam rumput kat tanah sekangkang kera kami tu.... nanti2 la aku ambik gambar ye...malam tadi tak larat dah mata nak nunggu shah siap... pagi tadi baru aku tengok hasilnya... lupa lak nak snap gambar...

anak2 pulak alhamdulillah makin pandai semua....

abg long:
yang sorang ni dah pandai cakap makin menjadi2 pulak dia... banyak nooo soklan sekarang ni letih nak kena menjawab...
bila makan banyak sikit mula la suruh rasa perut dia... dah tu keluar ayat... dah besar kan ummi? maknanya kena berhenti makan la tu... pelik kan? dia takut perut dia jadi macam perut adik... boroi... hahaha...

aritu aku ada tanya dia... perut abg long tak besar ke... dia jawab apa tau... perut saya kecik...perut ummi kecik... perut adik besar.... lepas tu dia cakap slow2.... perut ayah pun besar jugak.... hahaha.... takut tu ayah dia dengar...

dia dah pandai kira 1 sampai sepuluh je... itu pun ingat2 lupa.... hari dia ingat dari isnin sampai ahad.... mengaji dah boleh baca sampai huruf sin... walaupun dia agak perlahan... tapi aku tetap bangga memandangkan dia dah ada adik dulu baru boleh bercakap... bermakna baru setahun dia pandai bercakap.. kira masih di tahap yang tak merisaukan aku lagi.... al fatihah pun dah boleh ikut slow2 kalau aku baca... doa makan pun sama... cuma 2 beradik ni sama je nak cepat amin....

semoga abg long terus membesar dengan sihat dan cergas....amin...

adik pulak:
adik dah tunjuk kemajuan sikit2.... dah mula merangkak dengan gaya yang amat pelik... hehe... kadang2 aku tengok gaya lelabah pun ada kot... kaki belakang macam nak berdiri tapi tangan masih tak lepas dari lantai... aku nak snap gambar selalu tak dapat... bila kita tegur dia senyum.... sampai terkenyit2 mata pulak tu....

kadang2 dia manjat badan aku lepas tu cuba berdiri lepas2 tangan.... dah ada kemajuan... cuma belum berani berjalan je lagi... berdiri sendir tu aku tengok ada la 2 - 3 kali dia try tapi sekejap je...pastu terus nak duduk... aku bawak jugak dia jalan bertatih.... tapi sekejap je...kalau atas jalan mau dia duduk atas jalan tu agaknya.... dia pun selalu bertatih dengan kereta abg dia.... kadang2 kat tepi kerusi n meja... tapi aku tak risau sangat la sekarang ni dia dah 1 tahun 1 bulan... abg dia boleh jalan pun 1 tahun 3 bulan... berjalan betul2 bagus pun masa 1 tahun 5 bulan je...

cuma satu je yang aku risau... abg long dulu 9 bulan dah pandai panggil ayah... adik ni berat mulut sikit la... yang dia boleh sebut aaaa.... mamama.... je...
sampai hari tu dia sebut mama... masa nak makan... tau apa abg long jawab... bukan mama la adik... ummi... hehe... dia ingat adik dia panggil mama...

hari ni ingat nak bawak adik gi klinik lagi... adik batuk dan selsema lagi... kena cepat2 takut nanti makin teruk... kesian adik tak boleh tidur malam... kesian ummi jugak... waaa....

sabtu lepas aku gi botakkan rambut anak2... bila balik kampung abg long cakap... saya dah botak... adik saya dah botak juga.... hehe...
nampak nakal pulak muka diorang bila rambut pendek....

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat