Follow my blog with Bloglovin

Isnin, 18 Julai 2011

nasihat untuk seorang sahabat...

salam semua,

aku harap semua sihat pagi isnin ni ok... pepagi tadi aku jengah blog seorang kawan yang menyepi 2-3 hari ni... kesian kat dia dilanda masalah yang agak serius... secara benarnya aku tak boleh nak tolong... tapi aku cuma mampu memberi nasihat setakat mana yang termampu... semoga dapat meringankan apa jua beban yang tertanggung hendaknya....

pertama: aku tak tau nak kata apa2..

kedua: aku cuba faham tp aku masih x boleh sbb life aku x sama dgn ko.... cuma aku pernah terasa hidup sendiri tanpa kawan2 untuk meluahkan rasa... terlebih rasa bila shah kerap dengan kawan2 dia...

ketiga: ini masalah rumahtangga, aku pernah mengalaminya cuma dalam situasi lain je.. nasihat aku fikir masak2... berdiam dan fikir dengan tenang sebelum keluarkan apa2 dari mulut ko ok...

keempat: cari family terdekat tp bukan mak ayah ko... luahkan apa yg boleh insyallah ko akan lega sikit.. sekurang2nya cukup tenang untuk berfikir dengan waras..

kelima: banyakkan selawat.. istighfar... syaitan selalu bagi penyelesaian x betul pada org yg tgh tak waras...

keenam: ni apa yg Nur Ahda, junior kita tulis kat status dia di FB: ramai yg ingat hidup mesti bergaji besar, kerja besar, kereta besar, rumah besar, mesti kahwin, ada anak. hidup yg begitu dianggap normal dan bahagia, manakala yg tidak begitu akan dianggap abnormal dan tidak bahagia. tapi tak ramai yg ingat hidup mesti mati. dan mati itu pasti. berbahagialah orang2 yg selalu mengingati mati kerana mereka tidak akan gusar dengan remeh-temeh perihal duniawi.

ketujuh: hanya ko yg tau apa yg terbaik utk ko n family skrg dan masa depan.. cuma kadangkala kita tak boleh untuk jadi seseorang yg pentingkan diri kita hanya utk kita sorang....

sekian... untuk yanti.... ketahuilah ko sentiasa ada sahabat di mana2 yg akan tolong ko...  yg penting tenang dan tenang ok... Cerita menarik lain