Follow my blog with Bloglovin

Jumaat, 1 Julai 2011

pergi jua akhirnya... al-Fatihah...

salam semua,

ingat hari rabu lepas aku ada buat entry pasal nenek shah kan? lepas kerja rabu tu kami terus balik ke rumah mak mertua aku.... bergegas kami ke rumah mak saudara yang jaga mi tu....

dia memang dah tak berganjak dari tempat dia baring tu... dia dah baring mengiring je... rupanya dia dah tak makan minum selama seminggu dah... mak saudara tu cuba macam2 bagi dia minum... guna cawan keluar balik... guna picagari pun keluar balik.... memang dah takde rezeki dia agaknya.... malam tu kami semua anak beranak buat kenduri sikit dan bacakan yassin untuk mi.... malam tu kami ingat nak tidur rumah mak shah... siap dah bawak toto segala dah... tetiba datang pulak mak saudara shah dari raub nak menumpang tidur kat rumah mak jugak... nak taknak kami balik jugak malam tu ke kuantan semula...tidur kat rumah kami...

keesokkan paginya kami... bersiap nak pergi kerja macam biasa... shah je yang tak nak kerja dia kata dia tak sedap hati... dia nak balik semua lepas hantar aku kerja kang... aku dah siap punch card dah... tengah on the way nak beli sarapan... tetiba tepon aku berbunyi... aku angkat je... orang tu kata..atan ada? atan tu nama manja shah dalam family dan kampung dia... aku pass terus kat dia... tetiba aku dengar...shah tanya...

haa? nak kebumi? sapa?.... eh kitaorang balik malam semalam mi ok je lagi... masih bernafas...
eh... kenapa kitorang tak tau... xpe la nanti atan telefon mak....

lepas tu shah toleh kat aku kata mi dah takde dah... abg nan (sepupu shah) bagitau ni... dia tanya bila nak kebumi...
aku terus keluar ayat... eh apsal kita tak tau bang...?

aku terus call mak mertua aku.... betul mi dah takde... mak tak telefon kami pasal akak ipar aku kata kami dah tau... kami tanya akak ipar aku pulak lepas tu... dia kata ingat kami dah tidur rumah mak takkan kami tak tau.... laaa... boleh jadi camtu.... terkilan betul rasanya... mi meninggal pukul 4.00pagi dan kami cuma tau dekat pukul 9 pagi.... orang yang jauh di kl pun tau lebih awal...

lepas tu aku terus call bos kata emergency leave.... ambik anak2 ... baju semua... jalan balik kg...

jadi semalam kami terus ke kampung uruskan semuanya...

al- Fatihah untuk Saripah Aminah bin Syed Ali.... semoga rohnya dicucuri rahmat dan tenang di sana.....amin... Cerita menarik lain