Socialize

Follow my blog with Bloglovin

Rabu, 6 Julai 2011

tak cukup makan...

salam semua,

dah rehat? makan tengahari?

aku tadi baru lepas abiskan balance spagetti yang aku buat untuk makan malam tadi... ada baki pagi ni... panaskan dan bawak bekal untuk semua orang.... termasuklah untuk anak2.... lama dah tak bawak bekal... rindu pulak memasak....

tapi semalam hilang mood rasa nak masak.... ceh saje je kan alasan... ye la aku ada masalah dengan sinki kat rumah tu... air tak lancar je mengalir tah apa masalah ntah.... nanti ingat nak gi pejabat pasdec report kat diorang suruh diorang tengok.... puas dah shah godeh2 air macam slow je turun... hari tu susah payah shah jolok kat lubang air ke longkang tu membuak2 air sama tanah keluar... aku rasa memang ada sumbat kot... abis kerja mengelap lantai pulak dah semalam.... menyampah tul! tu yang jadi hilang mood nak masak tu...

apa pun selamat jadi spagetti aku semalam... dah selamat masuk perut dah pun....

pasal tajuk kat atas tu bukan aku nak cakap kami sekeluarga tak cukup makan... tapi hari ni aku dapat lagi majalah positive parenting vol. 2.... ni nak kongsikan dengan korang semua apa yang tertulis kat m/s 7 majalah ni....

daripada 22,032 orang malaysia dalam lingkungan umur 0 hingga 18 tahun:

5.4% terlebih berat badan

13.2% kekurangan berat badan

15.8% pertumbuhan terbantut....

seram kan tengok data tu...? bermakna 65.6% adalah normal atau ada lain2 kategori?

abg long dah masuk kategori no.2 tu yang amat merisaukan aku.... camne nak bagi naik badan dia ye? Cerita menarik lain