Socialize

Follow my blog with Bloglovin

Selasa, 26 Julai 2011

Tips nak elakkan anak kecil masukkan barang ke mulut.

salam semua,

haaa... tu dia... tajuk panjang berjela2.... hari ni aku nak kongsikan ilmu menjaga anak yang masih di tahap asah mengasah lagi ni.... tak seberapa sebenarnya tapi nak juga kongsikan dengan kawan2... mana la tau di saat ini ada kawan2 yang amat memerlukan.... harapnya dapat sangat la membantu ye....

kalau dah sebut tips mesti ada nombor kan.... ok kita start dengan.....

1.Elakkan barang2 kecil bersepah di dalam rumah
- yang ni paling penting ok.... sebab tu letak no 1...apa pun rumah mesti kemas... walaupun tak la kemas sangat... yang terpaling penting simpan semua benda2 kecil yang boleh mendatangkan bahaya.... kalau kat budak kecik tayar kereta yang comel2 pun boleh masuk mulut....

2. Asuh anak bermain dengan peralatan yang selamat
- yang ni lebih senang cakap dari buat... dari pengalaman la... biasa budak2 kecik ni lebih tertarik dengan benda yang kita tak bagi main.... apa kata kita acah dia dengan jangan bagi main benda yang selamat ni... mesti dia lagi tertarik kan?

3. Jangan jauhkan anak2 dengan sesuatu
- haa.. ni mesti korang pelik... jangan sesekali kita larang anak2 nak pegang barang atau tengok apa2 barang... walaupun cerek panas... tapi semua ni mesti dibuat dalam pengawasan ok... contoh la.. kalau dia nak pegang cerek panas... ajar dia benda ni panas, tak boleh pegang... kalau dia nak pegang jugak... guna alternative cam kain ke bagi alas kalau cerek tu panas sangat.. kalau tak bagi je dia rasa sikit2 kat hujung jari... sure esok lusa dia tak nak pegang dah... kalau kita kata tak boleh esok lusa bila kita leka mesti dia akan try sendiri punya... haa... ni yang bahaya ni...

4. Ajar anak2 fungsi betul setiap alat
- contohnya... duit syiling... ajar anak2 dari kecil lagi apabila dia pandai memegang... ajar dia untuk masukkan duit di dalam tabung... jadi dia dah sedia tau duit syiling hanya untuk masuk dalam tabung dan bukan ke dalam mulut.. ajar berulang2 dengan pengawasan... (yg ni memang aku praktis sampai adik najmi skrg ni)..

5. Ajar anak2 fungsi lain sesuatu benda
- yang ni takde dalam mana2 buku... hehe... saje aku reka... ajar anak2 jadi kreatif dan gunakan fungsi lain untuk sesuatu benda.... contoh macam dalam video ni...walaupun pen tu akhirnya menjadi korban kan...hehe..



diharap tips ni dapat membantu kawan2 mana2 yang memerlukan... kalau ada sesapa sudi menambah silakan ye... Cerita menarik lain
This entry was posted in