Socialize

Follow my blog with Bloglovin

Selasa, 2 Ogos 2011

Kuala Gandah lagi...


salam semua,

dah petang kan... sekejap je... korang nak berbuka apa petang ni? semalam kami berbuka dengan char kuey tiew je... dah tu semalam shah ada gak sebut2 pasal steamboat... berangan nak makan la tu... jadi petang ni ingat nak gi makan kat East Coast Steamboat kat Jalan Beserah la... tadi tengahari dah survey tempat dia.. huhu... siap survey lagi tu... kalau kami jadi gi aku cerita esok ok...

ni nak cerita aku gi iring rombongan Puspanita Jabatan Putrajaya ke Pusat Konservasi Kuala Gandah...lama dah tak datang sini... last pergi dulu tahun 2009... cerita boleh tengok SINI...pastu terus tak gi dah... tempat dia pun dah lain la... sekali masuk macam terpegun pulak... wah dah cantik la...

gambar atas sekali tu kat depan opis dia... ada tempat lepak2 sambil tunggu rombongan dari Putrajaya sampai... haa... nampak tak makcik baju kuning kat tengah2 tu.... sorry ek gambar ni pakai hp je... lupa bawak dslr la...

kat bawah ni kraftangan yang staf kat sini buat... kreatif kan...?


kat bawah ni pulak gambar tiang dia... ada 2 tiang camni... aku saje ambik gambar walaupun memang tau confirm tak nampak apa yang aku nak tunjuk... aku nak tunjuk kat tiang tu penuh dengan ukiran gajah tau... bertimpa2... kalau korang nak tengok jelas lagi .. gi sendiri la...
pegi sebelum diorang letak harga tiket nak masuk.... tempat dah lawa kan.. tentulah ada tiket... dengarnya dah lulus pun... dan macam mahal je....
jadi sementara free ni baik la pegi...

Cerita menarik lain