Follow my blog with Bloglovin

Jumaat, 12 Ogos 2011

kuih raya pertamaku...

salam semua,

dah tengahari dah ye... baru sempat nak update blog... rehat ni ingat nak lepak2 je la... ngantuk nooo mata ni...

sebelum tu nak tayang sikit gambar ni haa....


tu dia dah mari dah..... mood raya ni kawan2... hehe....

kuih makmur yang aku buat malam minggu lepas..... hasil kerjasama bersama anak bujang tersayang tu la... sapa lagi kalau bukan abg long.... aku saje je buat comel2... senang anak2 nak masuk mulut...

aku buat kuih ni lebih kurang pukul 9.30 malam  gitu la... masa ni adik dah selamat tidur depan tv.. shah kena ot... abg long pulak leka tengok tv....

tetiba bila aku start blend kacang tu alih2 dia dah ada kat dapur pulak sambil buat pertanyaan baik punya.... "ummi buat apa tu?".... jangan tak faham ada maksud tersirat di situ.... hahaha... aku je yg faham kot....

tak lama je lepas 5 minit dia dah selamat duduk bersila depan aku sambil pegang sudu tepung bersedia untuk "menolong".... dan sudahnya kerja yang boleh siap lebih awal akhirnya aku terpaksa siapkan sampai pukul 12.30 tengah malam... tahan pulak tu mata dia...

aku tak kisah yang benda2 lain dia buat cuma kesah bila dia sesaja je pegang kuih tu kuat2 lepas dah golek2 atas topping dia.... ayat dia paling aku tak tahan... nak marah pun rasa tak patut.... dia kata "alamak terpecah pulak kuih ni..." sambil slow2 masuk mulut dia.... waaaa.... kalau korang nak cakap apa masa tu...

menjelang entry ni ditulis dah selamat dah separuh balang kuih aku tu..... mana taknya hari ahad tu lagi dah datang kat aku sambil mintak kuih... ayat memujuk dia pulak..."ummi, mana kuih saya buat semalam?.... saya nak.... aduh... sakitnya perut saya ni ummi..... saya lapar la..."
aku pulak rasa nak jegil2 mata je kata... "lapar makan nasi la...apa pulak nak makan kuih?"

dugaan betul.... mana la ummi ni boleh nak jadi usahawan kalau camni.... Cerita menarik lain