Follow my blog with Bloglovin

Rabu, 3 Ogos 2011

sama-sama la kita fikirkan...

salam semua,

pagi2 biasanya baru dapat peluang dengar berita semalam... kalau malam tu selalu berebut nak tengok tv dengan abg long... best masa takde astro dulu.... senang ummi dia nak tengok drama segala tu semua.... adakah ini maknanya astro harus dipotong? hehehe.....

pagi ni pulak ada berita pasal mangsa ragut kat kuala terengganu yang koma pasal mengejar peragut beg tangan dia.... kesian budak tu... kalau aku kena tak tau nak kata macamana... hilang duit tak seberapa kalau nak dibandingkan dengan keadaan dia yang sekarang ni koma tu....

tapi kalau nak diperhatikan selalu yang jadi mangsa ragut ni perempuan kan.... mungkin ada sebab yang patut kita kaji... selalu kalau nak keluarkan duit di ATM, aku akan suruh shah sebab risau benda2 camni la... rela aku tunggu dalam kereta aje..

tapi mungkin jugak kecuaian menyebabkan semua ni jadi... bukan nak kata la... kalau kat Kuantan ni selalu aku tengok dan dah macam permandangan biasa dah kalau orang perempuan yang bawak motor diorang selalu simpan beg tangan dalam raga motor kat depan tu... kalau aku jadi peragut pun mesti aku ambik.... serius beb rezeki depan mata....! nak2 pulak masa tu tengah tunggu lampu isyarat.... lepas lampu hijau terus peragut boleh pecut kan.... apa nak jadi kat belakang lain cerita... dah nama pun penjahat kan.... ada korang tengok penjahat baik hati....? mungkin diorang takde pengalaman lagi dengan benda2 camni jadinya ambil mudah semua benda kan.... bila dah kena baru nak menyesal.... masa tu dah takde gunanya... Cerita menarik lain