Follow my blog with Bloglovin

Rabu, 3 Ogos 2011

ujian betul!

salam semua,

ni edisi nak marah la ni... malas nak marah terang2... cerita kat blog je la ye....

tadi aku call pemaju taman yang kami duduk sekarang ni... tanya dia bila nak datang check benda yang kami report semua tu.... kami hantar report kat dia dah nak masuk sebulan dah ni... tarikh report tu 8/7/2011...  masa hantar report dulu dia janji akan check benda2 hal yang berkaitan dengan paip semua tu dalam masa 7 hari... pastu yang struktur bangunan tu dalam masa sebulan... tapi ni dah nak masuk sebulan dah ni....

bila aku call dia kata orang yang incharge takde pulak... nanti dia akan tanya dan call balik... aku kata ok la... tapi yang agak mengecewakan bila dia tanya pulak berapa nombor telefon aku... dia kata senang nak call nanti... aik??? ni yang buat makcik marah ni... terus aku kata "kan kami dah isi borang... nombor hp saya ada kat borang tu... siap dengan nombor hp suami saya sekali"....
tapi boleh pulak dia jawab..."eh ye eh?".... kalau korang jadi aku rasa camne? hangin kan....? betul saje je nak menguji aku.... aku cakap pulak "takpelah kami tunggu awak call kalau tak call jugak kami datang opis terus la camni.."

aku bukan apa korang... saluran paip ke longkang tu macam tersumbat je...air keluar slow je ke longkang... kesan dia kena kat sinki pulak kalau bukak air kuat2 jadi membuak balik kat bawah sinki... banjir woo dapur aku... tu yang aku susah hati tu... kena pulak bulan puasa ni aku kena masak cepat2.. basuh cepat2 kan... kalau air naik masa tu... haru woo...

dah tu kat ruang tamu tu macam ada kesan retak2 je aku tengok... huh... baru sebulan duduk ni.. kalau setahun... 10 tahun?.... waa.. jangan runtuh sudah la...

tadi sempat jugak aku jejalan cari no telefon pemaju tu... terjumpa lak gambar ni....


cantik la....
rumah aku di situ... yang no 3 dari tepi....
gambar pinjam dari SINI
Cerita menarik lain